Saturday 16 March 2013

Entry Wajib Baca



Assalamualaikum dan salam ceria~

Menaip entry ini dengan rasa serba salah.
Ya. serba salah. 

Mengapa?
Sedar tak sedar Nia ni jarang sangat update entry baru kan?

Sebab tu laa Nia tak nak buat instagram pada mulanya (eh?) sebab memang da tau, bila da ada akaun instagram yang sudah pun boleh difollow (klik sebelah sini -> @dscarnia) memang sah-sah laa Nia akan kurang fokus nak hapdet akaun media sosial yang lain. Orang-orang kat Twitter (@dscarnia) pun entah apa khabar agaknya. Huhuhuuu

Maka hari ni, Nia meluangkan rangkap pertama untuk menceritakan ke-serba-salah-an (keserbasalaEhan? Serius? o_O) Nia terhadap blog Nia ni. Bersyukur masih ada viewers setiap hari yang datang dari incik google dan incik busuk mencari-cari entry pasal handphone Ninetology dan Tips Penjimatan Bateri and I am happily to announce that Ninetology Black Pearl 2 i9400 have been restock nationwide! Wow! Ini semua poyo Nia, kau tak patut speaking bagai -.-"

Nampak tak corak entry Nia kali ni? Menutup keserbasalahan Nia dengan cara memberi berita gembira? Nampak tak? Nampak tak? Tak nampak? Ok fine. --!

Hatta lebih baik Nia taip je apa yang Nia nak taip ok.

Umum ketahui tak lama lagi da nak Raya kan? Kalau tengok kat facebook tu da mula ada sample-sample kuih raya yang di post kat wall wall FB. Baik kuih tradisional, baik kuih moden, homemade chocolate memang da mula dah orang duk promosikan sana sini.

Ingat lagi kalau dulu-dulu da dekat-dekat nak masuk bulan Ramadhan barulah nampak kawan kita ke, jiran kita ke, sedare kita ke, datang bawa sample kuih muih ni untuk dipromosikan. 

Sekarang? Hey sepanjang tahun ok!

Ingat lagi kalau dulu masa kecik-kecik Nia suka sangat tolong Ibu buat kuih raya. Lagi-lagi kalau buat bangkit daun! Paling suka part menyepit-nyepit untuk jadikan macam bentuk daun.

Tapi..

Bila da besar (umur ye bukan saiz :P) baru tau punyalah penat buat kuih-muih ni. Terutama biskut! Yelah kalau dulu masa kecik, adunan da siap barulah nak mencelah kat tepi Ibu lepas tu buat-buat tanya,

“Ibu buat apa ni?”,

“Ibu, nak cuba boleh?” - sambil buat buka comel yang luar biasa comelnya :]

Lepas tu agak-agak da bosan cabut lari pi tengok kartun!

Sekarang ni bila da besar (umur ye bukan saiz :P) barulah tauuu... 

Nak kena sediakan bahan, sukat menyukat, adun mengadun, cuci mencuci, bakar membakar, lepas tu bila da masak nak kena susun sejukkan, susun masuk dalam balang, kadang-kadang tu kena mengira pulak 1 sampai infiniti :'( 

Punyalah banyak kerja.

Serik.

Serik.

Serik.

Nia lebih rela buat kek 3 - 4 macam daripada buat biskut satu macam tau!

Hatta Nia tabik spring, autumn, summer dan winter kat orang-orang yang rajin buat biskut-biskut ni. Maka baru-baru ni kawan Nia dari Asmal Bakery’s ada promote product yang dia jual Popia Milo dan Popia Susu Nestum

Hey tak fikir panjang terus nak beli! 
Tamak haloba pulak tu beli Satu Botol Besar Popia Milo dan Satu Botol Besar Popia Susu Nestum.

Sampai pesan dengan Ibu,

“Ibu kalau poslaju sampai kalau Ibu nak bukak parcel jangan buang pape eh”

“Ish tak laa, Ibu tunggu awak balik nanti baru buka” (sayang Ibu)

Kerja kerja jugak, tapi kepala asyik ingat Popia Milo dengan Popia Susu Nestum kat rumah.

Sampai rumah, lepas makan petang (makan malam sebenarnya) terus capai parcel atas meja dan buka macam budak-budak dapat hadiah hari jadi wieeee!! (huh. Over betul kau ni Nia)

Maka Tadaaa! 



Maaf ye gambar blurr punyalah mengigil gigl tangan (Over Nia Over --!) 

“Kriak kriukk kriakk kriukk..”

Punyalah ranggup!! Manis-manis Milo dan Susu Nestum sangat purrrfect and my personal favourite is the Popia Milo.

Biasalahkan hantu Milo, Milo tak nanti bancuh dengan air, ratah macam sagun je. Jadi bila dikahwinkan dengan popia yang rangup memang ummph!! Berganda ganda ganda ummph!

Maka kepada sesiapa yang berminat untuk buat tempahan Popia Milo dan Popia Nestum boleh PM directly kepada Cik Asmal di Facebook. Atau boleh tempah / tanya harga melalui telefon dan email. 

Paling best ialah Cik Asmal ni fleksibel! Boleh runding dengan dia sama ada nak packing dalam botol atau dalam bentuk paket-paket kecik untuk dibuat ‘berkat’ di hari Istimewa anda! 


Haaaaaa... Nampak tak? Nampak tak?

Tujuan asal Nia taip entry ni nak mempromosikan Popia Milo dan Popia Susu Nestum dari Asmal Bakery’s je tapi sengaja panjang-panjangkan entry untuk menampakkan Nia ni seorang yang rajin :)

Hihii kalau awak berminat jangan lupa order k. Tu saje untuk entry kali.

P/S : Akhirnya da terjawab misteri sejak 2 3 hari yang lalu. Keroo da pandai buka pintu bilik! patutlah bila kurung dia dalam bilik, tiba2 je dia boleh lolos lepas tu pintu terbuka. Teori maybe angin, tapi praktikalnya Keroo lompat, hang badan dia kat pemegang pintu dan dia menghayun berat badan dia ke belakang dan ke bawah. gila cepat nak rakam pun tak sempat..fuhh apa yang dorang letak dalam makanan kucing ni? o_O

Saturday 9 March 2013

Mi Maggi



Assalamualaikum dan salam ceria~ 

Maggi dengan Nia, bagaikan aur dengan tebing, bak irama dan lagu. Tak boleh dipisahkan.
Agak2 kalau lapar ke malas nak masak makanan yang complicated ke, mesti masak mi Maggi. Kadang-kadang tu bukan jenama Maggi pun, tetap cakap “Ibu, nak mi Maggi?”. Mungkin sebab da biasa kot. Yelah, dulu mana ada jenama lain kan, kalau ada pun boleh kira dengan jari. Sekarang ni, macam-macam ada. Akan tetapi, mi Maggi tetap di hati. Malah, masakan pertama Nia yang paling sedap selain goreng telur mata kerbau yang tak hangus, ialah Mi Maggi Kari. Masa tu dalam umur 12 Tahun kot. ('',) heh

Umum ketahui mi Maggi tampil dengan pelbagai perisa. Mi Maggi yang paling Nia suka ialah Maggi Tom Yam. Kalau demam, masak dua bungkus, confirm kebah!.
Tak kurang dengan Maggi Kari, pecah telur sebijik. InsyaAllah kenyang 2 jam. Hihii 2jam je laa lepas tu lapar balik -..-“ .
Lepas tu kalau Maggi Ayam, Nia suka campur dengan isi ayam, lepastu nak makan, perah sebiji limau kasturi. Perghh!!

Dan baru-baru ni, kalau anda perasan. Mi Maggi tampil dengan lagu baru! Nia paling suka irama dia. 



Tet tenenenet tet tenenenet <--- irama yang paling Nia suka! 

Verse 1:
Dulu kini hanya ini pilihan hati 
Tiada ganti yang selazat ini 
Harum sekali, rasa asli, ku nikmati berkali-kali 
Syok tak terperi 

 Chorus :
 Mi Maggi senang dimasak lazat dimakan 
Hanya kau yang ku damba sepanjang masa 
Mi MAGGI senang di masak lazat di makan
Satu satunya, satunya, selamanya 

 Verse 2: 
 Dari kecil hingga meningkat ke dewasa 
Di mana saja, kota dan di desa 
Saat saat indah sukar ku lupa 
Sajian dikongsi bersama sama 
Penuh ceria~ 

Lepas tu part Chorus yang “Mi Maggi senang dimasak lazat dimakan” da macam virus dalam kepala ni. Tapi virus yang baik laa, sebab senang nak ingat lagu dia.Walau tak hafal verse kan, tetap boleh enter frame part yang Mi Maggi senang dimasak lazat dimakan! heheh

Ok bye! Nak masak Maggi :)

Sunday 3 March 2013

Kucing



Assalamualaikum dan Salam ceria-ceria ~

Selama ni Nia asyik cerita pasal Ninetology Nia je kan. Sampai tak tulis langsung apa-apa tentang Nia dan mungkin ramai yang tak tahu bahawasanya Nia ni memang suka kucing. Melainkan orang tu memang kenal Nia laa dan mungkin pernah mengikuti blog-blog Nia sebelum ni.

Mungkin minat Nia kepada kucing ni muncul sejak dalam perut lagi (rahim sebenarnya) sebab Ibu pun memang seorang yang penyayang. Ingat lagi dulu-dulu, Ibu pernah bela kucing sampai berpuluh. Kalau time makan amekow dua dulang besar. Macam buat kenduri! Senang cerita full house laa! Tapi bila lama-lama berkurangan sebab ada yang kena makan biawak,  ada yang bawa diri, kena racun, diambil orang , sakit dan mati. 

Sedia maklum kucing umur tak panjang, paling-paling 6 tahun -15 tahun. Mata bengkak sebab menangis pasal kucing da memang normal dalam rumah ni. Kena cakar sebab layan dorang main pun da macam kebal da tangan ni. Kalau orang tak tau silap-silap boleh salah faham. hehee

Saat paling indah bila Nia dapat jadi Bidan Kucing. Tengok kucing beranak sampai tak kelip mata. Pernah sekali, kucing beranak tak makan uri anak dia. Sampai terpaksa ambil gunting dan guntingkan pusat dia. Ibu kata, itu tandanya dia kasi tuan dia. Tapi masa tu Nia kecil lagi, mana la paham pape kan. Simpan pun ntah mana-mana dah letak tak tau mana hilangnya. Kalau orang, suka cium bayi. Kalau Nia suka cium anak kucing! Kalau cium berdesup-desup. MasyaAllah! Wangi tak terkata.

Jadi sekarang ni yang tinggal kat rumah hanya ada dua ekor. Metot dan Keroo! Kucing Kampung yang Kacak. Dua-dua 'jantan'.Kira kat rumah, ni la budak-budaknya. Kena marah sebab cekau sofa tu perkara biasa da. Kalau Nia da geram, gomol je kuat-kuat masing-masing buat muka insaf. Good.
Bawah ni video Keroo main dalam kotak dan Metot jadi penonton.



Metot ni tua sikit, dia macam bapak-bapak. Kucing sebaya dia da mengawan, tapi dia? Nak kata penakut, macam tak. Tapi maybe dia lack of confidence kot. Malu nak tackle aweks kat luar rumah. Walhal, yang menayang kat depan rumah tu macam-macam kaler ada. Kelabu, hitam, belang tiga. Pernah juga la si Metot ni lari dari rumah sebab kejar kucing betina warna kelabu. Menangis woo masa tu. Tapi Alhamdulillah da dua minggu dia balik semula. Memang kerempeng gila badan dia. Sekarang ni Alhamdulllah badan dia da balik normal. Siap tambah lagi satu dagu - Triple Chin.

Keroo pulak istimewa sikit sebab dia mata juling - kero. Nia ambil dia kat office. Siap tambangkan dia balik rumah naik teksi. Yelah Nia kerja 8jam, nak balik kejap tak reti drive. Nak minta tolong bos hantarkan ishh den ni pekerja je. Maka nasib baik laa ada pakcik teksi yang Nia kenal tu. Minta tolong dia hantarkan. Manja tak payah nak cerita laa. Enjin diesel pun kalah!

Bawah ni pula video kucing-kucing Nia yang da tak ada :(


Yang ini Michi, tapi dia da mati sebab sakit dalam perut.


Yang ni pula Debab. Ghaib entah ke mana.

Maka jika anda seorang yang menyayangi kucing. Sep sikit! :)