Assalamualaikum dan salam santai~
Hari ni Nia nak share sikit pasal kucing. Sebelum ni ada share pasal kucing yang Nia ada dalam entry Kucing.
Masa menulis tu Nia cuma mention 2 ekor je kucing Nia kan?
Lepas tu dalam entry Header dan Blog #2 sekali lagi Nia cerita pasal kucing tapi kali ni ada tambahan Puteh dan Comel kan?
Dan kali ini pula, Nia nak cerita lagi dua ekor kucing tambahan dalam rumah Nia iaitu Citam dan Heeh Heeh (Ibu panggil dia Pungut, Nia tetap panggil dia Heeh Heeh)
Sebenarnya masa dah ambil Puteh dan Comel, Nia memang dah tak nak ambil stray cats lagi tau..
Kalau nak bagi makan memang takde masalah, yang masalahnya kalau nak bela dalam rumah.
Tapi, tertambah juga laa dua ekor ni sebab dua-dua ni kira kucing terbiar yang kelainan upaya (KKU-Kucing Kurang Upaya)
Si Citam ni memang KKU sejak dari kecil. Kulit dekat celah peha dia tu macam tak cukup. Jadi dia tak boleh berdiri macam kucing biasa sebab kaki dia tak dapat dibuka dengan sempurna.
Macam mana nak terangkan eh? Ermm.. Kira macam ni, contohnya perempuan. Pernah tengok perempuan pakai kain skirt sendat gila? Susahkan nak berjalan? Haa macam tu laa nasib si Citam. Jadi cari paling mudah dia nak jalan ialah duduk ala-ala macam bersimpuh lepas tu seret je kaki dia.
Kadang-kadang nampak gaya dia berjalan macam Suster Ngensot (eeek seram)
Tapi memang Nia puji laa upper body strength si Citam ni memang terbaik. Bayangkan dia boleh cari makan dekat kawasan perumahan dengan kaki yang macam tu, bersaing cari makanan dengan stray cats yang sihat-sihat dan boleh tahan sakit kaki melecet akibat geseran kaki dengan jalan tar. Bayangkan.
Sebab tu laa Nia ambil keputusan untuk bawa balik si Citam ni. Rawat, makan.minum, beri kasih sayang, dan jaga dia sepanjang hayatnya. InsyaAllah
Si Pungut pula (Nia panggil heeh heeh) pun kucing jantan yang KKU. Tapi KKU dia disebabkan perangai manusia yang macam binatang. Kena simbah dengan air panas. Pungut ni salah seekor stray cats dari berbelas ekor kucing yang Nia bagi makan (sekitar rumah dan office). Jadi dia selalu juga datang berheeh heeh depan pintu minta makan. Badan dia tough dan bersih (sebelum kena simbah air panas) kiranya kat area rumah Nia ni dia kira "abang long" laa..
Tiba-tiba satu hari tu dia datang, sebelah kiri badan dia melecur! Nia bagi makan tapi nak ajak masuk rumah dia tak mahu. Masa tu, Nia ingatkan dia kena ekzos ke motor ke sebab luka dia nampak macam selari je. Tapi selepas beberapa hari dia datang lagi, tak fikir panjang terus bawa masuk dan rawat dia. Kopeng dia kussemangat tebal! Nia (Ibu gelar Doktor Kopeng) terus tanggalkan semua kopeng tu dan letak sesuatu yang ajaib (tunggu entry akan datang) kat luka-luka dia tu. Masa tu baru laa jelas kelihatan yang Pungut sebenarnya kena simbah dengan air panas sebab nampak bulu sekitar luka tu macam mereput. Tapi lepas sapu je ubat dia minta keluar.
Sejak malam tu, setiap malam Pungut datang minta makan, Nia kopek kopeng yang dah kering, sapu sesuatu yang ajaib dan dia keluar rumah. Namun sejak seminggu yang lalu, dia dah tak nak keluar rumah dah. Nak jadi homecat gamaknya. Manja tidur dekat kaki orang. Pandai bawa diri (kalau kucing jantan lain kepala dah senget nak bergaduh) eh senang cerita memang dia well behave laa..
Ok. Rasanya cukup dulu Nia cerita pasal Citam dan Pungut. Kira ni sekadar pengenalan laa (pengenalan yang panjang lebar) Nanti Nia sambung lagi dalam entry akan datang ye.
Assalamualaikum :)

posted from Bloggeroid
assalamualaikum...sis kucing saya jantan dia selalu fight tpi bru ni Kucing saya Luka parah dkt tangan dia sampai napak tulang, data hanya bubuh minyak gamat saja, luka dia makin pulih sikit2 skrg kering dh sikit, sya nk bwk jumpa doktor kos mahal2 sya skrg x ekonomi saya x stabil, sya guna pertua sendiri, sja tpi alhamdulillah LA mkin pulih, boleh ka sya Guna pertua sis untuk kucing sya yg Luka parah,napak tulang, tolong sya sis, terima kasih harap sis balas..
ReplyDelete