Berikut adalah 55 Amalan Sunnah Rasulullah
1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan
muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada
kusyuk.
2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum
dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh
menghalang sihir.
3. MINUM TANGAN
KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis
minum dengan tangan kiri.
4. SESAAT DI JALAN
ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di
depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan
ayuhlah kita solat"
5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah
kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.
6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu,
telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan
pertama ikut sunnah.
7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi
salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke
jalan Allah.
8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas
bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai
di situ.
9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia,
iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah
penghibur iblis.
10. CARA POTONG
KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai
kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu
jari kanan.
11. CARA POTONG
KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai
kelingking sebelah kiri.
12. PANJANG LENGAN
BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai
pergelangan tangan sahaja.
13. PAKAIAN
KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju
labuh atau kurta.
14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda
bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70
kali solat.
15. DOA DALAM
SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan
Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di
dalamnya.
16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.
17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui
batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.
18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT
pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang
sombong.
19. PAKAI MINYAK
WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama
ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.
20. AMBIL WUDUK
SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana
menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.
21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan
mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.
22. SOLAT FARDHU
DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap
langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus
satu dosa.
23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan
penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata
kanan dan kiri.
24. PANJANG
PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah
antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .
25. SOLAT FARDHU
BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat
dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah
anda akan solat?
26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap,
tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk
melalui mulut.
27. MENYIMPAN
JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan
jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.
28. JANGAN
MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air
kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
29. WARNA PAKAIAN
RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana
Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.
30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas
rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah
pipi.
31. MINUM LEPAS
MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar
anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.
32. TIDUR SEBELUM
ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah
di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.
33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari
tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke
suatu majlis.
34. PAKAIAN
BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti
yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.
35. MAKAN DENGAN
ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama
orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan
mereka.
36. MENU
RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air
sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.
37. PEMBERIAN YANG
TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal,
minyak wangi dan susu.
38. KETAWA
RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.
39. MINUMAN
RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah
minuman yang manis dan dingin.
40. HISAP AIR
DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa
menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.
41. BERI MAKAN
ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang
duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri
bekas tersebut.
42. LARANGAN PAKAI
CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.
43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka
dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.
44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan
makanan yang banyak tangan memakannya.
45. 4 RAKAAT
SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor.
Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika
solat zohor.
46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa
dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.
47. JANGAN MENCACI
MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak
suka biarkan sahaja.
48. APABILA
BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan
muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke
dalam rumah.
49. JAWAB SALAM
DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas
kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau
isyarat suara.
50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah
biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.
51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol,
hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah
kanan.
52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu
puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat
Witir.
53. JANGAN TIDUR
MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli
neraka dan yang dibenci Allah.
54. CARA PEGANG
MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu
jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.
55. DUA RAKAAT
SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah
lebih baik dari dunia dan segala isinya....