Wednesday, 30 January 2013

Tips: Bekerja Lebih Seronok!



Assalamualaikum dan salam ceria-ceria

Adakala, kita rasa bosan bila asyik kerja, kerja, kerja.

Niat nak bekerja pada awalnya baik. Akhirnya jadi tak berapa baik, sebab perkara-perkara yang tidak dapat duga. Oleh itu, hari ini Nia akan kongsi  beberapa tips agar pergi kerja tidak lagi bosan!



1) Tentukan Matlamat Kerja

Dalam apa jua perkara yang kita nak buat kita mesti ada matlamat sebab matlamat ini la yang akan membakar semangat kita untuk bangun pagi dan pergi kerja tanpa rasa bosan. Kira target la. Contoh, bila kita belajar di tingkatan 5, pastinya matlamat kita ialah “Aku nak dapat straight A untuk SPM”. Sama juga seperti kerja, tentukan matlamat kita dahulu.

Contoh: “Aku nak kerja, nak tolong kedua Ibu Bapa Aku”, “Aku nak kerja, nanti da cukup simpanan nak masuk minang si Milah”, “Sekarang aku da jadi Assistant Manager, tak lama lagi aku nak jadi Manager” atau “Aku nak cari kerja yang boleh menjamin masa depan untuk isteri dan anak-anak Aku”.

2) Jalinkan Hubungan Baik dengan Majikan dan Rakan Sekerja

Bayangkan kalau kita berada di bawah satu bumbung, tapi tak bertegur sapa. Memang tak keruan laa rasanya. Hubungan baik bukan bermakna hubungan sulit, bukan bodek-membodek, tapi hubungan yang telus.  Tanpa ada sikap pilih kasih kerana apabila ada sikap pilih kasih, pasti ada dengki-mendengki, dan akhirnya pemulauan.

Contoh: Si A tak bertegur sapa dengan si B, sebab si B tu ‘anak emas’ Bos. Lepas tu si A ‘cakap-cakap’ dengan C, D, E, F, lalu si B di pulaukan, si B panas, surat perletakan jawatan atas meja bos -.-"  . Typical Human Being la kan?

Jadi, jalinkan hubungan baik sesama Majikan dan rakan sekerja dan sentiasa berfikiran positif. Anggap sikap pilih kasih itu sebagai semangat untuk kita untuk jadi yang lebih baik daripada dia. Jangan simpan perasan dengki sebab itu mungkin rezeki dia dan tak perlu laa nak ‘cakap-cakap’ hal orang lain, sebab kita pun belum tahu apa yang orang lain ‘cakap-cakap’ tentang kita.
Ingat, jangan ingat orang ketawa, kita ketawa. Sebenarnya kita yang ketawa dan orang yang mentertawakan kita.

Selain itu, andai ada masalah dalam kerja, pastinya konflik itu boleh diselesaikan secara dalaman dengan mudah sekiranya kita jaga hubungan kita dengan mereka. Pegang kata pepatah “Bersatu teguh, bercerai roboh” sama juga seperti sebuah organisasi. Tanpa kerjasama yang baik, kita tak akan sampai ke mana.

3)Amalkan Sikap-Sikap Yang Positif

Rajin. Hello, kalau pemalas kerja pun buat bertangguh-tangguh memang alamatnya dapat Surat Amaran la nanti. Walaupun sebenarnya kita ni bukan seorang yang rajin, tak mengapa sebab “buat-buat rajin” pun dah cukup memadai bak kata pepatah “alah bisa tegar biasa”.

Jujur. Sentiasa bersikap jujur dalam apa jua perkara. Terutamanya dalam soal duit. Andai ada buat silap, akui kesilapan diri dan jangan salahkan orang lain.

Ikhlas berkongsi ilmu. Berkatnya berkongsi ilmu, apabila dikongsikan ilmu kita bukan sahaja dapat pahala malah kita juga tak akan mudah lupa dengan ilmu yang kita ada.  Sekali gus, bila keikhlasan kita itu ada, maka dengan sendirinya rakan kita juga akan ikhlas berkongsi  ilmu yang mungkin kita belum tahu / ada.

Hormat-menghormati. Sehebat mana pun pelajaran yang kita ada,  setinggi mana pun jawatan yang kita pegang,  lebih mulia jika kita seorang yang mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Contohnya dengan panggilan Encik, Puan, Cik. Selain mempamerkan keperibadian kita yang berbudi bahasa kita juga sebenarnya boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya dengan panggilan Akak, Abang dan mungkin ‘sayang’ J.

Komunikasi. “Tak kenal, maka tak cinta”. Cuba kenali rakan sekerja atau Majikan anda dengan lebih rapat. Ambil berat tentang mereka. Contohnya tarikh lahir, tempat tinggal dan kesihatan mereka.  Mana tahu nanti boleh buat surprise birthday mereka di pejabat atau andai kalau ada apa-apa berlaku sekurang-kurangnya kita tahu sesuatu tentang mereka. Tapi awas! Jangan sampai “Jangan sampai jaga tepi kain orang”.

Dalam konteks komunikasi pun ada banyak sebenarnya. Nada berdehem, lirikkan mata, bahasa F, dan boleh juga ber’eksperimen’ dengan suara katun yang agak annoying J

4) Penampilan dan kekemasan

Apa yang kita lihat boleh merangsang naluri ceria kita. Berpakaian kemas mengikut kesesuaian tempat kerja dan gunakan warna-warna yang boleh menyuntik  rasa semangat dan keceriaan seperti merah, kuning, oren, hijau, turquoise dan biru. Sekali sekala, cuba juga warna-warna pastel yang sejuk mata memandang.

Untuk kekemasan si jejaka, rapikan rambut dengan kemas. Kalau semalam belah tengah, apa kata hari ni cuba belah tepi pula?

Begitu juga dengan Perempuan, kalau semalam free hair, apa kata hari ni rambut  ikat satu, tak pun bersanggul?

Yang bertudung pula, tukar-tukar la cara bertudung anda. Kalau semalam pakai tudung awning, apa kata hari ni guna bawal, ataupun syria, pashmina pun ok juga. Tak kisah la apa jua fesyen tudung asalkan labuh dan boleh menutup aurat.

Bersolek juga penting agar muka kita tak kelihatan pucat. Bedak asas, sedikit celak dan secalit gincu cukup untuk buatkan penampilan anda berbeza.

5) Berehat pada Waktu Rehat

Pastikan waktu rehat anda dimanfaatkan dengan rehat. Ya. Dapatkan shortnap sekurang-kurangnya  10minit untuk kembali bertenaga. Lepas tu jangan skip lunch!

6) Minyak Wangi dan Haruman Aromaterapi

Pastikan tak ada bau masam dan  bau-bau yang tidak menyenangkan ada dalam pejabat.  Wangi-wangian itu penting kerana ia boleh merangsang otak untuk tidak stress, fokus dan rasa gembira. Haruman seperti Vanila, Lavender dan Citrus boleh membantu anda. Tukar wangian anda sekurang 2 kali seminggu agar tak rasa bosan :)

7) Muzik

Sekarang ni tak ada alasan untuk tak dengar radio (melainkan kalau anda memang langsung tak minat dengan muzik). Ada pelbagai variasi radio yang boleh dipilih. Sama ada berkonsepkan tradisional, klasik, rock mahupun yang terkini. Boleh didengar menerusi  frekuensi mahupun dalam talian, rancangan yang berkonsepkan  bual bicara dan perkongsian boleh merangsang fikiran kita terutamanya pada waktu pagi. Manakala, dendangan lagu-lagu yang rancak pasti boleh menghilangkan rasa bosan dan mengantuk pada waktu petang.

Tak salah juga kalau nak berkaraoke sambil buat kerja. Lagi-lagi kalau suara sumbang-sumbang manja, ‘senyum kambing’ laa orang sebelah kita tu nanti J. Tapi awas, jangan sampai hilang fokus!

8) Rumah Kedua Ku

Jadikan pejabat anda macam rumah kedua anda. Jaga kebersihan dan hiasi pejabat anda dengan warna-warna yang terang atau mengikut musim perayaan. Contohnya, jika Chinese New Year bakal tiba. Hiasi pejabat anda dengan kad-kad ucapan yang diterima dan mungkin juga boleh letak sebakul limau mandarin di atas meja kopi..

Solek juga meja anda. Gunakan alat-alat tulis yang berwarna warni untuk memberikan rasa seronok.

9) Jajan! (kudap-kudapan/cemil-cemilan)

Pastinya setiap pejabat ada pantri kan? Mohon peruntukkan dari Majikan anda atau berbincang sesama rakan sekerja untuk membeli stock jajan!  Kebiasaanya jam 3 hingga 5 petang ialah waktu untuk minum petang. Kalau keluar untuk alas perut, banyak juga masa yang akan terbuang. Apa kata beli dan simpan stock seperti teh, nescafe, biskut, coklat dan kekacang dekat pantri untuk para staf nikmati bersama.

Sekali sekala, bergilir-gilir la keluar untuk beli pisang goreng dengan keropok lekor kat makcik depan simpang tu, bawa balik office dan makan sama-sama.. heee

10) Senyum

Sentiasa senyum.Senyuman tidak boleh menyelesaikan masalah tetapi ia boleh menenangkan jiwa. Dalam keadaan stress mana sekalipun pastikan anda senyum. Senang, senyum  J


Okay tu saje untuk kali ini. Semoga anda lebih seronok bekerja pada esok hari. Nite J

7 comments:

  1. aku kalau time keje wajib dgr lagu, brekfes sblom gi keje, tido kejap lepas waktu zohor.. buat mcm tu hari2 mmg tak stress sgt.. :)

    ReplyDelete
  2. Kalau tempat santai, mungkin tak stress.. tapi kalau tempat bz.. bnyk yg terus hilang semangat nak bekerja.. tips yg menarik.. ^^

    ReplyDelete
  3. hari-hari cakap saya suke dengan kerja saya..kata2 tu kan doa..
    insyaAllah bersemangatlah sikit nak buat kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila seronok bekerja, prestasi kita juga meningkat :)

      Delete
  4. Terima kasih. Dapat manfaat utk mulakan kerja hari ini

    ReplyDelete

Comment :)