Monday, 1 July 2013

Safi Balqis Perfect 10



Assalamualaikum dan salam ceria~

Sejak akhir-akhir ni kulit Nia suka buat perangai!
Kalau dulu, pakai pencuci muka je da cukup.
Walaupun tak pakai toner, mosturizer, dan lain-lain kulit tampak 'glowing' je!
heheh bukan sebab kulit licin ke hape, tapi sebab kulit Nia jenis yang berminyak. Hmm..
Tapi sekurang-kurangnya kalau ambil gambar (terutamanya selca) 
nampak ala-ala kulit Shila Amzah gittew.. :P


Tapi sekarang? hmm hmm hmm.. Malu nak citer..
Senang cerita kalau jumpa kat luar mesti tak sama dengan yang dalam gambar.. :(
Sebab tu sekarang, Nia suka dok syok sendiri..
Main mekap2 dalam rumah,lepas tu selca namblasjutakali lepas tu cuci muka lepas tu buat macam takdepape yang berlaku.. 

(mekap cemana sekali pung Dagu tetap Maintain!)

Ibu dengan Abah pun perasan kulit Nia makin teruk..
Senang cerita hari-hari memang akan naik sebijik sebijik jerawat beras 
(ntah ke betul ntah ke tidak nama dia tuu)

Seteghreesss!!!!!
Jari ni pulak, eh eh eh degil! Asyik nak picit-picit je.. Grrr..

Tapikan kata Ibu, ni semua normal. Hormon.
Hatta terima je laa hakikat umur semakin meningkat :(

Tapi.. takkan nak biarkan je sampai teruk kan?

Jadi, minggu lepas Nia pergilah Guardian..
Sebenarnya kalau bab-bab kecantikkan ni, Nia selalu dapat F masa sekolah dulu..
Da kerja ni pun barulah merasa dapat gred E!
Tu pun sebab da pandai sikit bab berhias-hias ni..
Pakai baju kurung, pashima lilit simple dengan handbang ke hulu ke hilir..
Tapi tang kaki??

Selipar Jepun jee.. 
Tettt!! -_-!

Ok berbalik kepada cerita asal.. 
Maka Nia pergi la Guardian cari sesuatu yang sesuai dengan kulit manja ni..
Sampai je tempat penjagaan kulit muka, kepala rasa macam nak pitam..

"Produk apa nak beli? Produk apa nak beli? Produk apa nak beli?"

kebetulan menghadap rak Safi Balqis, tiba-tiba kena tergur dengan promoter kat situ.

Dia tanya "Ms cari apa?" dengan senyuman terukir manis, 
Nia pun jawablah "Saya nak cari sesuatu untuk kulit saya laa.. Makin teruk :("

Ibarat kata pepatah,
"Sekilas Ikan Di Air, Sudah Tahu Jantan Betinanya"

Dia pun terus cadangkan Nia untuk guna 2 produk baru dari Safi Balqis ni :


1)  2 Dalam 1 Pembersih dan Penyegar
2) Losyen Pelembap Kawalan Minyak SPF15

Dengar explanation dia, senyum lebar Nia :)

Kenapa? Sebab kedua-dua produk ni memang ada apa Nia mahukan.

Tapi favourite Nia setakat ni, memanglah Safi Balqis 2 Dalam 1 Pembersih dan Penyegar sebab dia memudahkan kerja Nia! Selain bertindak sebagai pembersih muka, dia juga bertindak sebagai toner. Maka da kira save budget dan masa di situ!


Tak kurang juga dengan Safi Balqis Losyen Pelembap Kawalan Minyak SPF15 sebab selain berfungsi sebagai pelembap, dia juga mengawal minyak dan melindungi dari sinaran UV sebab ada SPF15. 

Harga pun tak mahal tau..
Nia beli kat Guardian dengan harga :
RM13.48 untuk Safi Balqis 2 Dalam 1 Pembersih dan Penyegar
RM16.88 untuk Safi Balqis Losyen Pelembap Kawalan Minyak SPF15
(*** Bukan harga tetap)

Kalau nak cakap pasal berkesan ke tidak, 
setakat ni Nia rasa macam ok laa..
Jerawat beras tu setakat ni belum keluar lagi..
Jerawat yang lama-lama pun menyusut 
(sebab jari ni di kuarantin daripada menyentuh kulit pipi lama-lama, terutama kuku!)
Pori-pori da semakin mengecil..
Senang cerita kalau pandang cermin, 
muka senang hati memang terserlah!

Untuk Info Lanjut boleh kunjungi :

4 comments:

  1. eh, a'ahhh.. ye lah macam shila amzah.. hehe.. alamak, jaga kulit tu.. jangan sampai macam lyla.. nyesall ooo... T_T'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lylaa mari kita bersama2 jaga kulit muka sebelum masuk umur 30an.. :)

      Delete
  2. saya ade pencuci muka je..hahah
    lelaki tak kesah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah Nia pun dulu pakai pencuci muka je, tapi sebab da hampir nak teruk ni barulah kelam kabut cari produk itu dan ini.. :D

      Delete

Comment :)