Assalamualaikum dan salam ceria ~
Inilah mesej dari SPA yang Nia terima 13 September yang lalu.. Huhu sebaik terima SMS ni tangan Nia terus mengigil-gigil.. Rasa excited ada, takut ada, panik pun ada.. huhuu hatta sampai ke saat ni pun Nia masih sibuk bertanya dengam Encik Google tentang "Penerbit Rancangan B41". Rupa-rupanya ramai juga calon yang dijemput untuk menghadiri peperiksaan ni..
Bagi Nia pula ni kali pertama Nia akan menduduki ujian untuk Jawatan Penerbit Rancangan B41 jadi senang cerita memang langsung tak ada pengalaman. Orang kata "Kalau malu bertanya sesat jalan" jadi Nia pun rajin-rajin laa tanya siti sotu sana sini.. Ramai yang kata "Kena usaha lebih", "semasa bercakap kena tenang, jelas dan terang", "do your best and be yourself" dan banyak lagi..
Aiyoo boleh pengsan 15minit tau bila nak cuba bayangkan cemana enviroment kat bilik ujian tu nanti..
aiyooo.. aiyooo..
Esok giliran Nia pula untuk hadiri Ujian Suara dan Penyampaian.. Mudah-mudahan Nia dapat buat yang terbaik.. Doakan Nia ye..
Bye :)
No comments:
Post a Comment
Comment :)