Saturday, 7 December 2013

Burung Apa? Burung . . .




Assalamualaikum dan salam berbahagia~

Hari ini genaplah 6 hari Nia menjadi seorang “akak” kepada seekor burung.
Burung yang dimaksudkan di sini ialah burung – makhluk ciptaan Allah S.W.T ye, bukan double meaning -_-”

Al-kisah pada hari Sabtu yang lalu (30 November 2013) sebelum pergi kerja dan semasa Nia melangkah longkang untuk buang sampah kat tempat sampah, Nia terdengar laa bunyi,

“Flap flap flap”

Dah berjalan maju, sempat gostan (mengundur) untuk memastikan bunyi apakah itu?
Sekali terpandanglah seekor burung berwarna coklat cair mengepak-ngepak kan sayap dia dalam longkang yang kering tu.. Nampak gaya dia macam nak terbang, yang hairannya tak terbang-terbang pun, nampak macam berjalan je..

Ingatkan nak terus tangkap, tapi sebab masih ada sebungkus sampah kat tangan pastu teringat kata-kata orang tua ‘tak baik buat kerja separuh jalan’, hatta Nia pun meneruskan perjalanan untuk pergi buang sampah. Masa tu dalam hati berkata,

“kalau ada rezeki nak tengok burung tu lagi kat dalam longkang tu, ada laa”

Alhamdulillah memang rezeki Nia, balik dari buang sampah tu, Nia tengok dia tak terbang pun.. Cedera la kot.. Nia ikut je, sampai kat satu sudut  longkang tu dia duduk diam-diam. Seolah-olah macam dia cakap,

“Save me, please.. I can’t fly~” (amboii speaking)

Nia pun apa lagi, turun sikit kat longkang tu dan ambil burung tu. Dia diam je tau. Sikit pun tak meronta. Tunjuk Ibu dengan Abah, nak balik semula ke rumah dah lambat nak pergi kerja. Jadi bawa laa dia pergi pejabat Nia.. Sampai pejabat carikan kotak untuk dia lepak-lepak. Bila buat pemeriksaan fizikal (ecewah macam doktor laa pulak) semua ok. Kepak dia ok, kaki dia ok, cuma ada sedikit kesan macam kena patuk dengan burung yang lebih besar (mungkin dia gaduh, mungkin dengan burung gagak) di antara mata kiri dan paruh dia. Jadi masa tu Nia da suspek dia pening atau penglihatan dia terganggu akibat kecederaan itu.



Masa mula-mula macam keliru laa, dia ni burung apa? Siap tangkap gambar, upload kat instagram dan facebook tanya orang

“Ini burung apa? #SoalanSerius” siap dengan hashtag lagi cik kak.

Lepas tu habis seharian asyik tangkap gambar dia jee.. Sampailah ada seorang kawan Nia di facebook bagitau ini burung Terkukur Jawa atau dalam bahasa inggeris Ring Neck Dove.


Memang jelas sangatlahkan gelang hitam kat tengkuk dia tu. 

Haa.. masa tu baru laa boleh cari makanan dia – sekoi. Tapi mungkin tak ada rezeki, boleh pulak sekoi habis. Jadi terpaksa laa belikan dia dedak. Abah Nia suruh beli sangkar kecik, Nia cakap dengan Abah.

“Takpe laa Abah, lat (nama manja) bukan nak bela pun.. Cuma nak jaga sampai dia sihat, lepas tu nak bebaskan semula”

Abah pun macam setuju laa.. Jadi tak beli pun sangkar. Kalau nak pakai sangkar pun memang dah ada kat rumah, tapi sangkar kucing laa.. heeee..

Sejak detik itu, Nia gelarkan burung Terkukur Jawa ni dengan nama ‘Lala’ sebab senang nak sebut. Kalau ikutkan hati macam nak panggil TJ je, tapi takut dia terperasan feeling-feeling nama dia Tiara Jacquelina pulak kang tak pasal-pasal dia nyanyi lagu Asmaradana pengsan pulak ‘akak’ dia ni.. hihii

Oh.. kalau orang lain, bela kucing atau haiwan peliharaan lain suka bahasakan diri dia sebagai ‘mak’. Nia pula suka bahasa kan diri Nia dengan haiwan peliharaan dengan panggilan ‘akak’.

Sejak Nia jaga Lala ni, soalan yang kerap ditanya kepada Nia tentang Lala ni ialah:

1)      Kenapa Nia tak bela terus je Lala ni?
Huhuu Nia tak mampu nak bela terus sebab utama dia ialah Nia ada 4 ekor kucing kat dalam rumah ni dan rasanya lebih baik jika haiwan seperti burung ini terbang bebas.

2)      Kucing Nia yang 4 ekor tu tak kacau ke Lala ni?
Kucing Nia belum jumpa lagi dengan Lala ni. Walaupun Lala tak duduk dalam sangkar, tapi dia duduk dalam bilik Nia. Setiap kali bila kucing Nia keluar, Lala duduk je dalam bilik. Bila nak bawa Lala keluar, semua kucing-kucing Nia masukkan dalam bilik pula.

3)      Lala ni tak duduk dalam sangkar, dia tak berak sepah-sepah ke?
Hehee biasalah nama pun burung kan. Bila-bila masa, kat mana-mana sesuka hati dia je nak berak. Memang nak kena rajin laa. Bila nampak dia berak, kena cepat-cepat kesat lepas tu kena cuci dengan dettol sebab takut hama. Ibu Nia pun selalu bising.. hihii kalau kat tempat dia selalu bertenggek, Nia alas dengan surat khabar supaya poo poo dia jatuh molek-molek atas tu.. heee

4)      Nia memang suka burung ke?
Suka. Terutamanya burung puyuh! Kalau goreng sedapnyaaa!! Hehee
Sebenarnya ini pengalaman pertama Nia bela burung. Tapi sebenarnya Nia tak bela pun, cuma jaga buat sementara waktu.

5)      Lala ni jantan ke betina?
Haa.. Soalan yang paling susah untuk dipastikan dan dijawab. Tetapi apa yang pasti setelah bertanya dengan salah seorang pemilik instagram iaitu @instadoves dia kata,
“The males are cooing more and they court :) (sorry for my bad english :P)”
Dalam erti kata lain, kalau burung jantan dia akan kerap berkukur dan di sini memang jelas lagi nyata si Lala ni betina sebab dia langsung tak pernah berbunyi. (tak pasti dia bisu atau tak)

Oh ye, masa Nia bagi dedak burung tu kan, si Lala macam tak nak makan tau. Makan pun macam ketis-ketis je.. Terima kasih kepada En, Nizam sebab ajar Nia cara pemakanan si TJ a.k.a Lala ni.. Sekarang Lala makan sekoi je laa dan poo poo dia da berketul-ketul (sebelum ni macam cair sikit)

Sebenarnya sehingga hari ini, Nia masih cuba untuk memahami dan belajar karakter si Lala ni.. Masa mula-mula ambil dia macam manja sangat, sekarang da pandai jual mahal. Kalau dulu ambil gambar diam je, sekarang huh berlagak. Apa yang pasti rabun dia dah semakin pulih sebab kalau masa mula-mula dulu, dia terbang sampai eksiden terlanggar dinding, sekarang da ok sikit. Hehee memang terhibur laa melayan dia ni..

Kadang-kadang waktu petang Nia bawa dia keluar, kot dia nak terbang terus redha je laa kan. Tapi tak pun.. dia macam fobia ada laa.. Kalau bagi dia bertenggek kat atas palang besi depan rumah Nia tu, menggigil-gigil badan dia. Ibu dengan Abah tengok pun geleng-geleng kepala..  Tak habis fikir agaknya.. hehee


Setakat ini, tu je laa cerita pasal Lala yang boleh Nia kongsikan. Nanti kalau ada cerita terkini Nia update lagi ye. Bye. Salam :)


P/s : Nia akan buat Giveaway sempena ulang tahun Blog Dscarnia pada bulan Januari 2014. Nantikan pengumuman di blog dan facebook :)

3 comments:

  1. salam sis, terima kasih dtg ke blog akak..salam kenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ws salam sis.. terima kasih datang blog saya juga.. salam perkenalan :)

      Delete
  2. saya punye pernah pelihara burung merpati je.
    tapi ade dalam sangkar la..hehe
    makanan tu beli yg dekat kedai.

    ReplyDelete

Comment :)