Tuesday, 18 August 2015

Restoran Anugerah Steak - Western Food

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa :)

Sejak akhir2 ni, Nia da macam jadi food hunter. 
Pantang dengar orang cakap dan nampak orang update "Makan kat ..... sedappp!"
Mesti mark tempat makan tu dekat "Must Eat List"
Konon nak stop jadi food hunter 2 minggu selepas raya..
Tapi...
TAKDENYAAAA.. Hahaha

Jadi kali ni, Nia nak update salah satu tempat favourite Nia untuk makan Western Food.

Taraaaaaa...

Restoran Anugerah Steak!


Salah satu restoran Western Food yang berdekatan dengan tempat Nia.
Masa mula2 nampak signboard Anugerah Steak naik, seronok dan teruja gila!

1st Menu bos Nia belanja, masa tu makan Grilled Chicken Chop.
Perghhh sos black pepper dia memang terbaik la.
Terus jatuh cinta dengan suapan pertama!

Pastu ajak ibu pulak makan.
Menu Lamb Chop, Fried Chicken Chop, Mushroom Soup dengan Garlic Bread.
(Gambar ade, tapi lost in folders)

Then, tak ingat dah berapa kali makan.
Selepas dapat name card dekat kaunter pembayaran.
Nia prefer order dekat Whatsapp dan tapau makan kat rumah / office.
Pastu setiap kali order, tanya kak Syaza "semua sekali berapa RM ye?"
Akhirnya dengan bahagianya kak Syaza bagi full menu Anugerah Steak!








Menu yang lazat dengan harga yang berpatutan!

Kalau anda baru nak cuba pergi makan kat Anugerah Steak,
Nia cadangkan cuba menu-menu ni di kunjungan pertama:
1) Fried Chicken Chop
2) Cheesy Wedges
3) Meatball with Creamy Sauce
4) Mushroom Soup dan Garlic Bread (Garlic Bread dia serius terbaikk)



Antara menu yang Nia tapau dan makan dekat office.. hehehe
(gambar tanpa edit / filter)


Anugerah Steak ada dua cawangan di Johor Bahru:

Alamat pertama : 
No. 18, Jalan Susur Tun Abdul Razak 6,
80200, Johor Bahru,
Malaysia.

Alamat kedua :
(berdekatan 3 Abdul Steamboat and Grill)
No 93, Jalan Nibong 10,
Taman Daya, 
81100, Johor Bahru, Johor
Malaysia.

Nia belum pernah pergi Anugerah Steak di Jalan Susur Tun Abdul Razak 6,
Jadi entry ini, khusus untuk Anugerah Steak cawangan Taman Daya.

Selamat mencuba :)


1 comment:

Comment :)