Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Sunday, 13 October 2013

Penerbit Rancangan B41 (Bahagian 3)



Assalamualaikum dan salam berbahagia~

*** Entry Updated ***
Nia terpadam entri asal Penerbit Rancangan Gred B41 (Bahagian 3)
Hatta Nia terpaksa laa menaip semula pengalaman Nia dan diringkaskan mengikut kesesuaian masa yang ada untuk menaip entri ini..

Ujian Bertulis (5 Oktober 2013)

Pagi tu Nia awal-awal lagi da gerak ke tempat peperiksaan untuk Ujian Bertulis di Hotel Central Johor Bahru. Sampai je Nia terus duduk kat lobi hotel.. Masa tu ada laa dua tiga orang calon yang lain sedang berbual-bual dan depan Nia ada seorang budak lelaki, dari Kota Tinggi kalau tak silap berbual pun lebih kurang je sebab masa tu Nia tengah main Star Girl. Hehee
Tak lama selepas tu kami (Nia dan calon-calon lain) di jemput naik ke dewan peperiksaan naik lift.

Sampai kat aras dewan peperiksaan tu (tak ingat pulak aras ke berapa), rupa-rupanya ramai lagi calon yang da sampai lebih awal dari Nia. Ada yang datang dengan Suami, ada yang Ibu Bapa temankan, ada yang sedang berbual, ada yang sedang baca bahan bacaan, ada juga yang sedang main Candy Crush! Hahaa.. Nia pula mula-mula terselit laa kat tepi pintu lift tu, dengan harapan Kak Aini, Kak Syikin cepat laa sampai :’(

Sekali nampak kat sebelah kanan tu ada tangga, Nia pun apa lagi cepat-cepat melangkah dapatkan port kat tepi tangga tu. Da duduk apa lagii, sambung main Star Girl.. Hehee.. Sejujurnya pagi tu Nia memang nervous, sampai tak tahu nak bual apa bila jumpa dengan orang. Sampaikan ada seorang budak perempuan dari Pekan Nenas duduk sebelah Nia pun Nia lupa apa yang kitorang sembangkan, terutamanya nama dia. Camni nak jadi penerbit rancangan? Parah Nia.. Parah.. hehee

Bila Kak Aini dan Kak Syikin sampai barulah Nia rasa macam Oh My Saviour! Bertenaga semula!
Tak lama selepas tu, semua calon dipanggil untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan. Dewan peperiksaannya sangat gojez ok! Dengan lampu, meja disusun rapi, beralaskan alas meja warna merah jambu, rasa macam princess sangat. Hehee




Kertas pertama (Seksyen A – Pengetahuan Am)
Semua soalan objektif. Pilih A, B, C, atau D dan hitamkan dalam borang objektif yang disediakan. Soalan semua senang – senang kalau kita seorang yang selalu ikut perkembangan semasa. Penerbit Rancangan mesti ambil tahu apa-apa perkembangan semasa sama ada dalam negara, luar negara, sukan, hiburan,  ekonomi dan lain-lain.

Bagi Nia nak kata senang, takde laa senang sangat. Sebab kantoi juga bila salah jawab nama sebenar Tan Sri P. Ramlee.. hehee

Kertas kedua (Seksyen B – Karangan)
Yang ini kena buat dua karangan / esei.
Satu dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris.
Nia rasa macam senang sikit sebab dia bergantung kepada kreativiti kita dalam penulisan. Nia pun pilih tajuk yang senang iaitu yang berkonsepkan perbincangan. Tapi kena hati-hati semasa menulis sebab masa yang diberikan memang cukup-cukup untuk menulis dua karangan tu.

Kak Aini dan Kak Syikin! 

Kertas ketiga (Seksyen C – Penterjemahan)
Ada dua teks yang disediakan. Satu teks dalam Bahasa Melayu (kena terjemah dalam Bahasa Inggeris) dan satu lagi teks dalam Bahasa Inggeris (kena terjemah dalam Bahasa Melayu).

Bagi Nia yang ni senang kalau kita selalu berkomunikasi dalam dwi-bahasa. Dalam banyak-banyak perkataan, Nia boleh terlupa perkataan “bersempena” dalam Bahasa Inggeris  apa? Akhirnya Nia terpaksa laa ubah ayat dalam satu baris tu supaya memberi maksud yang sama dengan perkataan “bersempena”. Kehkeh.

Pengalaman menghadiri Peperiksaan Memasuki Jawatan Penerbit Rancangan Gred B41 memang mengujakan bagi Nia yang dah hampir lima tahun meninggalkan dewan peperiksaan (SPM 2008). Pengalaman berjumpa dengan orang-orang yang hebat dalam bidang mereka sendiri, tak mungkin Nia lupakan sampai bila-bila. Kata-kata semangat dan sokongan dari keluarga dan kawan-kawan yang sangat-sangat supportive akan Nia kenang sampai bila-bila. Hey bukan sekadar itu, Nia juga dapat dua kawan baru – Kak Aini dan Kak Syikin!


Tips Menduduki Peperiksaan
·         Bawa bekal air mineral (terutama semasa menghadiri Ujian Amali)
·         Jangan lupa sarapan (kot giliran lambat, kang tak pasal-pasal dalam bilik rakaman bunyi gendang tambahan pulak yang dirakam)
·         Ikuti perkembangan semasa, terutamanya tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku / akan berlaku pada enam bulan sebelum dan enam bulan selepas tarikh peperiksaan.
·         Untuk persediaan semasa ujian amali, boleh bawa kamus. Jadi sila bawa kamus.
·         Banyakkan menonton television dan mendengar radio terutamanya rangkai stesen RTM.
·         Banyakkan senyum.
·         Banyakkan selawat (bagi orang Islam).
·         Pakai wangi-wangian yang lembut dan tahan lama (ok ni saje tambah)
·         Selalu bersikap positif, bergaul baik dengan semua calon peperiksaan untuk elak rasa gementar yang keterlaluan.
·         Jaga kesihatan suara dan tubuh badan.
·         Jangan panik.
·         Jangan panik..
·         JANGAN PANIK!!! (saje taip 3kali sebab ada orang tu hebat sangat tulis kat blog pengalaman dia, sekali tiba giliran dia masuk bilik rakaman dia yang terpanik terover sangat.Menyampah betul dengan orang tu. Nama dia Nadia Dscarnia. Huh)


Untuk makluman semua, Nia gagal dalam peperiksaan bertulis.
Kehkeh saje putihkan tulisan tu..
Tu  laa ingat senang sangat ke nak masuk Jawatan Penerbit Rancangan Gred B41?
Susah tau..
Jadi untuk calon-calon yang akan datang, Nia doakan semoga anda berjaya dengan tips yang Nia kongsikan ini..

p/s: Masih belum ada kesempatan nak duduk diam-diam makan cheesy wedges tiga empat kotak lagi.. tunggu laa bila kesihatan dah elok sikit.

Yang benar,
Nia yang tengah demam, terdelete pulak entri asal terpaksa pulak taip entri ni semula.
Tarikh : 22 Oktober 2013

Penerbit Rancangan B41 (Bahagian 2)



Assalamualaikum dan salam bahagia :)

Entry ini ialah sambungan daripada cerita Penerbit Rancangan B41 .
Umum ketahui (jika mengikut perkembangan blog Dscarnia ni), bulan lepas Nia dijemput untuk menghadiri Peperiksaan untuk memasuki Perkhidmatan Penerbit Rancangan gred B41 jadi dalam entry ini, Nia akan share pengalaman Nia sepanjang menghadiri ujian amali dan ujian bertulis.

Sebelum pergi menghadiri apa-apa ujian (amali/bertulis) Nia gigih cari info sebanyak boleh sebab nak buat yang terbaik. Kala baca kat 'about me', tentu anda tau kenapa Nia nak sangat buat yang terbaik untuk peperiksaan ni.

Salah satu tempat rujukan Nia ialah di Forum Cari (boleh klik link sebelah <--)

Dan sejujurnya Nia memang masih blurr blurr lagi masa tu..

Ujian Amali (26 Septermber 2013)
Malam tu Nia tak boleh tidur. Nia memang dah bayangkan ramai orang yang hebat-hebat berlatar belakangkan pelbagai peringkat pendidikan sebab jawatan ini lebih kepada BAKAT. Nia tak tahu nak jangkakan apa-apa, jadi Subuh tu Nia tulis je entah apa-apa dalam buku nota kecil Nia (walhal tak pakai pun, buang masa betul T_T)

Dalam pukul 7 lebih Nia siap-siap mandi, pakai baju, sarapan lepas tu duduk depan kipas "Breathe In, Breathe Out, Breathe In, Breathe Out" dah dekat pukul 9 pagi baru nak gerak ke RTM Johor. Salam Ibu dengan Abah, minta doakan Nia dapat buat yang terbaik.

Pagi tu Abah yang hantar Nia. Tup tup dah dekat nak sampai hujan bukan main lebat lagi. Masuk-masuk je RTM Johor, kena cari nama dalam senarai yang ada kat atas meja, ambil nombor giliran, tulis nombor giliran dan duduk. Giliran Nia yang ke 30. Tengok tempat duduk berselang-seli kosong lelaki-perempuan-perempuan-lelaki, nak duduk di antara tu takut rasa tak selesa. Jadi tetiba terpandang pulak satu tempat kosong sebelah hujung, sebelah seorang wanita yang berbaju kuning. Heheh Nia pun apa lagi memulakan bicara, tanya nama, dari mana, da lama sampai heheh akhirnya sampai-sampai je da dapat kawan baru. Alhamdulillah.. Nama akak tu kak Aini dari Batu Pahat dan baru je berkahwin sebulan (kalau tak silap).

Lebih kurang 5-10minit menunggu kat bahagian bawah tu. pengawas peperiksaan pun datang dan ajak laa kitorang (no giliran 20-30) pergi ke sebuah bilik di tingkat dua. Kat bilik yang sama tu laa kita akan buat persediaan sebelum menjalani ujian suara dan penyampaian. Dalam bilik tu ada kerusi dan meja, ala sama laa macam kita nak periksa masa sekolah dulu-dulu kan. Kak Aini siang-siang dah cop tempat duduk barisan depan. Molek-molek sebelah dia, dia space kan ruang untuk Nia. Tapi Nia geleng kepala laju-laju lepas tu terus jalan melulu duduk kat barisan belakang sekali. Betul-betul belakang DJ Saufi Nawawi. Masa dalam bilik tu semua senyap je. Sebelah kanan Nia seorang akak (tapi tak tau nama dia) dan sebelah kiri Nia seorang abang (ceh macam konfiden je Nia yang termuda.. hihii).

Ok bila tiba masa untuk buat persediaan. Kita semua diberikan dua buku soalan. Satu untuk ujian suara (Ada dua teks, Bahasa Melayu dan English yang ni untuk baca je) dan satu lagi ujian penyampaian (ada satu teks berita dan ada 5 soalan tugasan -kena pilih satu). Untuk Ujian Suara Nia rasa macam ok sikit laa.. Tapi ujian penyampaian tu memang mencabar. Sebab kita kena sunting balik teks berita yang diberi tu untuk sesuaikan ia dengan siaran berita. Kat situ kot yang banyak ambil masa sebab rata-rata ramai yang tak siap bahagian penyampaian tu. Bahagian penyampaian tu kena buat dalam English dan Nia buat soalan yang ke lima iaitu penyampaian hiburan. Huihh boleh tahan susah jugak laa..

Bila dah habis masa untuk buat persediaan, kitorang dibenarkan keluar dan duduk dekat hallway (disediakan kerusi) untuk tunggu giliran masuk bilik rakaman. Nia pun apa lagi melulu dapatkan tempat duduk depan konti! Heheh sebab nak tengok DJ Junaidah bertugas. Kebetulan sebelah kanan Nia ada tempat kosong, Kak Aini pun duduk laa sebelah Nia. Bual-bual kosong. Giliran dia nombor 29 jadi memang cantik sangat laa kan.. bual, bual dan bual lagi lepas tu minta FB dia. Sebab confirm akan jumpa lagi untuk ujian bertulis. Sebelah kiri Nia pula seorang wanita kecil molek berbaju hijau. Alaa comel betul. Bila bual-bual dengan dia, ohmai umur dia dah 28, da kahwin dan dah ada anak satu. Mati-mati laa Nia ingat dia ni adik-adik Nia. Nama dia Syikin, orangnya cakap laju dan lucu. Duduk sebelah dia asyik ketawa je sampai serak tekak Nia. Boleh pulak dia kata,
"Awak ni penawa ye? Senang ketawa ye?"
 aduii akak tu yang buat saya ketawa, da macam roller coaster! Bila duduk bual-bual al-kisah nombor giliran kak Syikin 28. Cantiklah! 28-29-30.

Bual-bual jugak, mata duk tengok DJ Junaidah Alahan berdeejay. Seronoknya. Cuba juga melambai-lambai kat dia tapi tak perasan kot. Tak pasti laa sama ada tu 'One Way Mirror' atau tak. Tapi bila dia keluar konti kan, ayat pertama bila dia nampak Nia,
"Hey Boolat, apasal makin boolat ni?"
 hahaa Nia pun jawab
"Hati senang kak June hehehee (dialog siap dengan ketawa ok)"
sambil bersalaman - ambil berkat.. hehee.
Sebenarnya ni kali kedua Nia pergi RTM, dulu Nia pergi untuk rakaman rancangan 'Aksi Deejay Jemputan'. Kat bilik yang sama jugalah sesi rakaman tu dijalankan.

Giliran Nia lambat sangat.. Ye laa Nia ni orang yang terakhir untuk sesi pagi. Bayangkan dari pukul 9 pagi, Nia dah tak minum air, lepas tu cakap, gelak kat tempat yang berhawa dingin, lepas tu giliran Nia masuk bilik rakaman pukul 2 lebih. Boleh bayangkan tak cemana suara Nia? Huhuu salah pun salah sendiri sebab tak nak berganjak dari situ. Tak bawa bekal air pulak tu #PadanMuka :(

Masa tunggu giiran kat luar, hati tenang je. Tapi bila da sampai giliran kak Syikin, masa tu laa rasa macam nak ke tandas, tangan sejuk, kaki gigil.. Aiyoo Aiyoo.. Bila dah giliran kak Aini lagi laaa.. Nasib laa ada pengawas yang teman-teman kat hallway tu..

Bila masuk bilik rakaman? Hah memang sudah dijangka. Panik tetiba! Sebab suara da mula serak. Lepas tu keadaan bilik tu yang kalis bunyi lagi laa menambah panik. Minda Nia terus kosong. Hahaa main baca apa yang ada depan mata. Sesekali tertelan air liur pada tempat yang tak sepatutnya.. kehkeh

Bila dah habis rakaman, fuhhh lega rasanya.. Terus serahkan semua buku soalan sekali dengan surat panggilan SPA Nia kepada pengawas bertugas.. Hahahaa apalah Nia ni.. Panik tak tentu pasal.. Hahaa Aduii.. Itulah cerita bahagian kedua pengalaman Nia menghadiri Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B41.

Baca seterusnya   : Penerbit Rancangan B41 (Bahagian 3)

Ok Bye!

Monday, 7 October 2013

Terima kasih Safi :)




Assalamualaikum dan salam ceria!

Dulu..
Dulu laa kan..
Nia ada share pasal Safi Balqis Perfect 10 kat dalam blog ni..
Kalau belum baca boleh laa KLIK SINI

Kebetulan, Nia pun masuk laa Facebook Safi pada hari yang sama Nia update entry tu..
Nak dijadikan cerita Nia pun masuk laa kontest "Sempurnakan Aidilfitri bersama Safi".
Dan..
Nak dijadikan cerita lagi, Nia pun terpilihlah sebagai salah seorang pemenang untuk bulan Julai.

***Printscreen dari page Safi



Hadiahnya? 
Duit Raya RM300!! Hihii..
Terima kasih Safi :)


Kepada anda yang belum LIKE lagi page Safi, 
cepat KLIK SINI laju-laju untuk dapatkan update terkini dari Safi :)


Yay! Terima kasih Inspirasi FAR!



Assalamualaikum dan salam berbahagia..

Ehem2..
Ehem3…


Inilah dia habuan yang Nia dapat daripada
"Like, Share & Win Contest" anjuran syarikat Inspirasi FAR
pada bulan Ogos lalu dan dah tamat pun contestnya.. 
Nama pemenang telah pun diumumkan pada  10 September yang lalu
Tapi.. 
Baru sekarang Nia ada kesempatan untuk share dengan pembaca blog Dscarnia..
Maaf ye..

Alhamdulillah Nia bersyukur sangat-sangat sebab terpilih sebagai pemenang 
dan dapat hadiah Shake N Take ni senang-senang je daripada Inspirasi FAR, 
terima kasih ye.. :)

Untuk pengetahuan semua, Inspirasi FAR ini ialah sebuah syarikat yang berdaftar, dimilik oleh bumiputera yang berpangkalan di selatan tanahair Malaysia dan syarikat ini merupakan salah satu pengedar produk Shaklee yang sah!

Ye laa, 
Sekarang ni semua orang dah semakin peka dengan penjagaan kesihatan, 
Sama ada luaran mahupun dalaman.. 
Terutamanya orang yang macam Nia ni,
yang semangat nak slimkan badan.
Azam yang da bertahun-tahun susah nak dicapai.. hihii

Kadang-kadang kita tahu kita ada masalah kesihatan yang tertentu,
cuma kita tak pasti nak makan supplement atau dietary apa kan?
Kalau beli produk Shaklee ni dengan syarikat Inspirasi FAR tak perlu risau
sebab owner dia akan guide cara makan 
dan akan cadangankan gabungan produk Shaklee yang boleh memberi kesan yang terbaik untuk mengurangkan permasalahan kesihatan kita..

Selain itu, sekarang ni kan da nak masuk musim kenduri kahwin.
Jadi untuk bakal pengantin lelaki mahupun wanita, 
boleh laa jadikan produk Shaklee ni sebagai salah satu barang hantaran. 
Cuba tengok gambar bawah ni, sweet kan :)

Yang bagusnya bila beli produk Shaklee dengan syarikat Inspirasi FAR
ialah kita akan dapat #HargaKasihSayang,
lepas tu dia ada COD (Cash On Delivery) untuk kawasan sekitar Johor Bahru, Tangkak, Muar, Melaka dan kawasan-kawasang yang terdekat dan mudah di cari di selatan Malaysia. 
Ownernya pun comel dan sangat-sangat friendly tau..

Hatta, jika anda berminat untuk mencuba produk Shaklee ni
atau 
nak menang hadiah untuk contest yang macam Nia dapat ni, di masa hadapan,
cepat-cepat Like Page Inspirasi FAR ni di Facebook ye..

Like Page : Inspirasi FAR

Atau Call / SMS untuk maklumat lanjut :
0122971341 / 0197911341