Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Sunday, 13 October 2013

Penerbit Rancangan B41 (Bahagian 3)



Assalamualaikum dan salam berbahagia~

*** Entry Updated ***
Nia terpadam entri asal Penerbit Rancangan Gred B41 (Bahagian 3)
Hatta Nia terpaksa laa menaip semula pengalaman Nia dan diringkaskan mengikut kesesuaian masa yang ada untuk menaip entri ini..

Ujian Bertulis (5 Oktober 2013)

Pagi tu Nia awal-awal lagi da gerak ke tempat peperiksaan untuk Ujian Bertulis di Hotel Central Johor Bahru. Sampai je Nia terus duduk kat lobi hotel.. Masa tu ada laa dua tiga orang calon yang lain sedang berbual-bual dan depan Nia ada seorang budak lelaki, dari Kota Tinggi kalau tak silap berbual pun lebih kurang je sebab masa tu Nia tengah main Star Girl. Hehee
Tak lama selepas tu kami (Nia dan calon-calon lain) di jemput naik ke dewan peperiksaan naik lift.

Sampai kat aras dewan peperiksaan tu (tak ingat pulak aras ke berapa), rupa-rupanya ramai lagi calon yang da sampai lebih awal dari Nia. Ada yang datang dengan Suami, ada yang Ibu Bapa temankan, ada yang sedang berbual, ada yang sedang baca bahan bacaan, ada juga yang sedang main Candy Crush! Hahaa.. Nia pula mula-mula terselit laa kat tepi pintu lift tu, dengan harapan Kak Aini, Kak Syikin cepat laa sampai :’(

Sekali nampak kat sebelah kanan tu ada tangga, Nia pun apa lagi cepat-cepat melangkah dapatkan port kat tepi tangga tu. Da duduk apa lagii, sambung main Star Girl.. Hehee.. Sejujurnya pagi tu Nia memang nervous, sampai tak tahu nak bual apa bila jumpa dengan orang. Sampaikan ada seorang budak perempuan dari Pekan Nenas duduk sebelah Nia pun Nia lupa apa yang kitorang sembangkan, terutamanya nama dia. Camni nak jadi penerbit rancangan? Parah Nia.. Parah.. hehee

Bila Kak Aini dan Kak Syikin sampai barulah Nia rasa macam Oh My Saviour! Bertenaga semula!
Tak lama selepas tu, semua calon dipanggil untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan. Dewan peperiksaannya sangat gojez ok! Dengan lampu, meja disusun rapi, beralaskan alas meja warna merah jambu, rasa macam princess sangat. Hehee




Kertas pertama (Seksyen A – Pengetahuan Am)
Semua soalan objektif. Pilih A, B, C, atau D dan hitamkan dalam borang objektif yang disediakan. Soalan semua senang – senang kalau kita seorang yang selalu ikut perkembangan semasa. Penerbit Rancangan mesti ambil tahu apa-apa perkembangan semasa sama ada dalam negara, luar negara, sukan, hiburan,  ekonomi dan lain-lain.

Bagi Nia nak kata senang, takde laa senang sangat. Sebab kantoi juga bila salah jawab nama sebenar Tan Sri P. Ramlee.. hehee

Kertas kedua (Seksyen B – Karangan)
Yang ini kena buat dua karangan / esei.
Satu dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris.
Nia rasa macam senang sikit sebab dia bergantung kepada kreativiti kita dalam penulisan. Nia pun pilih tajuk yang senang iaitu yang berkonsepkan perbincangan. Tapi kena hati-hati semasa menulis sebab masa yang diberikan memang cukup-cukup untuk menulis dua karangan tu.

Kak Aini dan Kak Syikin! 

Kertas ketiga (Seksyen C – Penterjemahan)
Ada dua teks yang disediakan. Satu teks dalam Bahasa Melayu (kena terjemah dalam Bahasa Inggeris) dan satu lagi teks dalam Bahasa Inggeris (kena terjemah dalam Bahasa Melayu).

Bagi Nia yang ni senang kalau kita selalu berkomunikasi dalam dwi-bahasa. Dalam banyak-banyak perkataan, Nia boleh terlupa perkataan “bersempena” dalam Bahasa Inggeris  apa? Akhirnya Nia terpaksa laa ubah ayat dalam satu baris tu supaya memberi maksud yang sama dengan perkataan “bersempena”. Kehkeh.

Pengalaman menghadiri Peperiksaan Memasuki Jawatan Penerbit Rancangan Gred B41 memang mengujakan bagi Nia yang dah hampir lima tahun meninggalkan dewan peperiksaan (SPM 2008). Pengalaman berjumpa dengan orang-orang yang hebat dalam bidang mereka sendiri, tak mungkin Nia lupakan sampai bila-bila. Kata-kata semangat dan sokongan dari keluarga dan kawan-kawan yang sangat-sangat supportive akan Nia kenang sampai bila-bila. Hey bukan sekadar itu, Nia juga dapat dua kawan baru – Kak Aini dan Kak Syikin!


Tips Menduduki Peperiksaan
·         Bawa bekal air mineral (terutama semasa menghadiri Ujian Amali)
·         Jangan lupa sarapan (kot giliran lambat, kang tak pasal-pasal dalam bilik rakaman bunyi gendang tambahan pulak yang dirakam)
·         Ikuti perkembangan semasa, terutamanya tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku / akan berlaku pada enam bulan sebelum dan enam bulan selepas tarikh peperiksaan.
·         Untuk persediaan semasa ujian amali, boleh bawa kamus. Jadi sila bawa kamus.
·         Banyakkan menonton television dan mendengar radio terutamanya rangkai stesen RTM.
·         Banyakkan senyum.
·         Banyakkan selawat (bagi orang Islam).
·         Pakai wangi-wangian yang lembut dan tahan lama (ok ni saje tambah)
·         Selalu bersikap positif, bergaul baik dengan semua calon peperiksaan untuk elak rasa gementar yang keterlaluan.
·         Jaga kesihatan suara dan tubuh badan.
·         Jangan panik.
·         Jangan panik..
·         JANGAN PANIK!!! (saje taip 3kali sebab ada orang tu hebat sangat tulis kat blog pengalaman dia, sekali tiba giliran dia masuk bilik rakaman dia yang terpanik terover sangat.Menyampah betul dengan orang tu. Nama dia Nadia Dscarnia. Huh)


Untuk makluman semua, Nia gagal dalam peperiksaan bertulis.
Kehkeh saje putihkan tulisan tu..
Tu  laa ingat senang sangat ke nak masuk Jawatan Penerbit Rancangan Gred B41?
Susah tau..
Jadi untuk calon-calon yang akan datang, Nia doakan semoga anda berjaya dengan tips yang Nia kongsikan ini..

p/s: Masih belum ada kesempatan nak duduk diam-diam makan cheesy wedges tiga empat kotak lagi.. tunggu laa bila kesihatan dah elok sikit.

Yang benar,
Nia yang tengah demam, terdelete pulak entri asal terpaksa pulak taip entri ni semula.
Tarikh : 22 Oktober 2013

1 comment:

  1. Done follow sini #35. Follow back - http://sharifahamarina.blogspot.com/

    ReplyDelete

Comment :)