Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Saturday, 17 May 2014

Sample Percuma #5


Assalamualaikum dan salam berhujung minggu :)

Hihi jam 2 pagi baru ada kesempatan nak update blog. Aiyoo..
Sejak baru baik demam ni kan, Nia selalu ada masalah nak tido malam.. Hmm
Pukul 2-3 pagi mata segar je lagi..
Alhamdulillah nasib pergi kerja tak lemau sangat.

Oh kay! Berbalik kepada tujuan asal menaip entri ini.
Rabu lepas (adeh cerita pekasam), Nia dah terima sample daripada Certainty Malaysia!
Yayyyyyyyy!!

Dah lama rasanya request tapi baru dapat bulan May ni.
Alhamdulillah dah rezeki yer, cepat atau lambat pasti ada.




Tapi apa tu Certainty?
Certainty ialah salah satu jenama yang mengeluarkan produk lampin untuk orang dewasa.
Masuk yang ni dah dua kali Nia dah request dan dah dapat sample lampin dewasa.
Sample pertama pun belum digunakan lagi.. hehee

Oleh kerana Nia tak pasti apa beza lampin dewasa untuk lelaki dan lampin dewasa untuk perempuan, maka Nia mengambil langkah mudah dengan merequest lampin Unisex. Haa.. Jadi dua-dua jantina boleh pakai. Senang!


Mesti nampak pelik kan, kenapa Nia request lampin dewasa?
Sekarang ni hanya ada satu sebab yang memang dah nyata sangat.
Sebab Nia takde anak, jadi tak boleh request sample lampin bayi.. Huhuu T_T

Walauapapun, kalau korang nak dapat sample macam yang Nia dapat ni.
Boleh terus ke laman web Certainty Malaysia :)

Saturday, 10 May 2014

Sayang Ibu


Assamualaikum dan salam mesra :)

Dalam seminggu ni kan Nia tengok masing-masing buat entri khas 
dan update kat media sosial tentang 
Ibu, Mak, Mami, Ummi, Ibu, Mama, Mum 
masing-masing sempena sambutan Hari Ibu pada hari esok.

Biasanya Hari Ibu disambut setiap tahun pada hari Ahad minggu ke-2 dalam bulan Mei 
(Hari Bapa pula disambut pada hari Ahad minggu ke-3 dalam bulan Jun)

Tapi bagi Nia, hari-hari pun Hari Ibu dan Hari Bapa kan?
Mereka mesti dihormati dan dikasihi setiap detik, saat, minit, jam, 
senang cerita selagi nyawa dikandung badan.

Jadi entri ni Nia nak dedikasikan khas untuk Ibu Nia..

Ini Ibu Nia, Puan Maimunah. Umur 63 tahun. Gambar ni ialah gambar yang baru diambil pada hari sambutan hari jadinya pada bulan April yang lalu.. 

Ibu ni seorang yang bersemangat tinggi, penyayang dan tabah. Bayangkan dalam pada Ibu ada sakit lutut tapi dek kerana sifat penyayang dia dengan kucing dia masih sanggup tau bela / jaga sama-sama kucing 4 ekor dan seekor kucing kurang upaya yang Nia selamatkan dekat Office. Nia memang dibesarkan dalam memori yang dipenuhi dengan kucing-kucing, dari kecil sampailah dah besar ni.

Rutin harian Ibu pula, setiap pagi, mesti ada sarapan yang Ibu sediakan untuk Nia dah Abah makan sebelum pergi kerja. Lepas tu bila dah nak gerak, Nia mesti cium tangan Ibu, pipi kanan kiri kanan. Kemudian Ibu mesti cium tangan Abah, pipi kanan kiri kanan (Sweet sangat tau tengok pasangan veteren buat macam tu.. hehee..). 

Apa yang mengikat kasih sayang dalam keluarga Nia, rasanya air tangan Ibu. Ohmai kalau Ibu masak Laksa Johor sedapnyaaaa. Abah yang makan berpantang pun, terus jadi pantang jumpa Laksa Johor. Makan bertambah-tambah. Lagi satu masakan yang paling terer Ibu Nia masak ialah sambal hijau. Alaa sambal cilipadi yang ada letak ikan bilis tu. Perghh.. Kalau makan dengan jemput-jemput, superb! Sebab pedas, manis, masin secukup rasa. Yang paling penting lada memang masak tapi tak hangit. Makan sedap, tapi takda la asyik ulang alik pegi tandas je. Sebab tu Ibu menduduki tangga pertama orang yang masak paling sedap dalam dunia Nia. (Nia pun masak sedap sebab Ibu laa.. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak kat nasi kan? hehee)

Ibu Nia juga seorang yang tabah. Sebab dalam keadaan Nia dilanda krisis (taknak bagitau krisis apa), Ibu laa yang menguatkan diri untuk Nia jadi kuat juga. Ohmai those days, yang kita rasa macam why me? why me?  Ibu laa yang banyak bagi moral support. Sentiasa berada disisi menjadi pendengar setia, memeluk dengan kehangatan ketenangan. Hmm.. Luar biasa. Love you, Ibu..

Macam baru-baru ni kan Nia kena demam. Ibu laa yang jadi doktor kat rumah. Suruh berehat, ambil cuti, ingatkan makan ubat, masakkan bubur. In fact sejak dari kecil lagi! Masa Nia kena cikenpox (ohmai sakit paling seksa betul!) , Ceri Beri (selalu juga kena dulu) dan terseliuh kaki. Oh Ibu laa yang selalu ada. Abah pun ada juga. Tapi entah ye, sebab dah biasa dari kecil kalau demam mesti nak dengan Ibu. Kalau Abah atau orang lain jaga macam tak sama. Lambat nak kebah kekdahnye. Heh semua orang pun macam tu kan..

Sebab tu kan, masa habis sekolah dulu Nia teragak-agak nak sambung study tau. Tak nak berjauhan dengan Ibu. Anak tunggal maklumlah kan, kalau ada adik-adik lain juga. Well, Ibu dah didik Nia dengan sempurna. Dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi (sebab anak tunggal khen). 

Kadang-kadang kan, Nia rasa macam kalau Nia ada adik, mesti Nia jadi batu api bila tengok adik-adik macam kecikkan hati Ibu. Why? Heh maaf cakap laa, kalau orang macam memperlekehkan mak kita, macam kebolehan mak kita ke, (contoh masak inti karipap termasin.. contoh ye contoh) I would be like, "heh kau perfect sangat ke?". Yet Ibu selalu tau macam tenang. Tak ambil port. Nia pula yang over-over. heheh nak kata gene Abah, tak juga. Maybe sebab Nia tak suka jadi naif sangat. Kalau orang cari pasal mesti confront. Bukan cakap belakang-belakang. Hasut orang sana, hasut orang sini. Boleh blah, baik tak payah kenal dari awal! (kau dah kenapa Nia tetiba emo? hahaa)

Panjang pula entri ni -_-"
Ok make it simple.

Bingkisan sempena hari Ibu. I love you Ibu. Terima kasih untuk segalanya. Semoga Ibu panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Selamat Hari Ibu juga buat semua insan yang bergelar Ibu.
"Ibu di hati, Syurga menanti" InsyaAllah..



Sample TUMIX® Kuah - Sample Percuma #4


Assalamualaikum dan salam selera.. (Ececeh ada ke salam selera.. hihii)

Dua hari lepas kan, Nia melepaskan gian merequest sample percuma. 
Tanya sama Encik Google, jumpalah blog Kak Sepet
Kemahen seronok baca entri dia (boleh klik kat link atas tu)



Jadi seperti biasa, Nia pun klik laa link yang dia beri, isi borang kat laman web Tumix Malaysia 

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Tadaaaaaa!! 


Dah sampai pun samplenya.. Hehee
Sekali dapat 3 paket TUMIX® Kuah tau!!
Terima kasih Tumix Malaysia, sample paling cepat sampai.. hehee :)
(kalau ikutkan penghantaran sample dalam masa 7 hari bekerja)




Yang ini pandangan dari dekat Cover sample TUMIX® Kuah
Kak Adibah Noor sebagai Duta Produk TUMIX® Kuah




Yang ini pula pandangan dari dekat Sample TUMIX® Kuah.

Fungsi TUMIX® Kuah ialah untuk menyedapkan lagi rasa masakan kita.
Kalau dulu kita dah memang masak sedap.. 
Bila tambah 1-2 sudu besar TUMIX® Kuah ke dalam masakan 
confirm lagi seratus ribu kali sedap!
hehee..

Kalau tengok daripada kandungan pun dah nampak kan ia 
mengandungi serbuk bawang, gula, serbuk lada putih dan lain-lain.

Sesuai digunakan untuk masakan yang berkuah yang macam sayur Bayam masak Bening (masakan paling simple), Ikan masak Singgang, Sotong Masak Kari, Rendang Daging, Ayam Masak Lemak Cilipadi dan lain-lain.


Produk TUMIX® Kuah akan berada di pasaran bermula dari Jun 2014 tau.
Jadi kalau sekarang nak berangan-angan pegi beli kat Hypermarket, Supermarket dan kedai-kedai runcit jangan mimpi laa jumpa produk ni..

Cara nak dapatkan sample?
Mudah jerrr.. Pegi kat link
lepas tu klik kat bahagian kanan - ada ruangan Dapatkan Sample
isi borang, dan tunggu sample sampai dalam masa 7 hari

(Sample Nia ni Tumix Malaysia hantar guna City-Link)



Bukan setakat dapat sample je,
mulai 19 Mei 2014 kita juga berpeluang merebut hadiah utama 
RM 100,000 wang tunai!!!


Senang sangat..
Dapatkan sample percuma.
MASAK masakan yang kita suka.
RASA dan alami sendiri keenakkan baharu.
AMBIL FOTO (jangan upload kat Instagram je tau.. hehee).
KARANG ungkapan kreatif tidak melebihi 10 perkataan.
HANTAR foto dan komen anda ke http://www.tumixkuah.com.my/#hantar atau pos.
dan
SIMPAN sample percuma ni sebagai bukti penyertaan.

Senang kan?
Jadi apa tunggu lagi? 
Cepat klik !!!

atau pergi ke Page : TUMIX MALAYSIA untuk info lanjut :)


Tuesday, 6 May 2014

Hai May!


Assalamualaikum dan salam ceria :)

Hehee saje je letak gambar keroo di awal entri. Budak juling ni selalu buat Nia tersenyum walau dalam apa jua keadaan sekalipun. ^_^

Hujung April yang lalu Nia gigih tau ambil cuti sebab nak buat preparation untuk raya. Haaa.. Untuk raya okeh. Beli kain ela untuk buat baju raya, langsir, dan semua benda-benda kecik yang remeh-temeh. Jadi outing laa dengan Ibu. Makan lepak-lepak kat mekdi. Hehee rasa macam muda remaja je lepak-lepak dengan Ibu bual pasal benda-benda yang macam
"eh macam laa tak sempat nak bual dekat rumah kan?".

Saje je mengada sekali sekala. Balik daripada shopping beli laa Lemonade with Jelly Each A Cup - Big Cup minum sorang-sorang(ok tipu Ibu pun ada share sikit) Hentam sampai abis, elok-elok sihat wal'afiat, esoknya demam.

Haaaaaa..mekkaw. Dah seminggu lebih dah ni. Jumpa / telefon colleague pun dorang duk tanya
"Eh? Tak elok lagi? Dah pergi Klinik ke belum?".
 Sayang jugak dorang dengan Nia yer. hehee

Tapi sekarang dah ok sikit. Batuk-batuk dah kurang, seleseme pun ada sikit-sikit je. Yang paling best, pagi tadi bangun telinga pekak sebelah. Eh, takde laa pekak sampai tak dengar apa-apa. Cuma dengar sayup-sayup kadang-kadang rasa macam dalam gua. hehee.. Panas dalam kot. Ala sekejap je tu, nanti esok bangun pagi.
Tadaaaaaa!! Da clear!!! (hopefully)

Apa yang Nia harap dalam bulan May ini, harap-harapnya dapat clearkan meja. Sekarang ni meja Nia macam "Erghhh!!" Susah nak explain. Kalau tengok pun "Erghhh!!" Serabutnya. Banyak sangat kertas. Tak sempat nak susun mana yang tak pakai buang, mana yang nak kena masuk dalam file. Hehee kadang-kadang rasa macam kelakar tau bila masuk waktu puncak je, macam apa dah cari kertas atau note yang entah mana-mana diletaknya. Kelam kabut dibuatnya. Elok-elok kerja boleh siap dalam 5minit jadik sampai 10-15minit. Tapi tak selalu jugak laa, sebab kadang-kadang ajaibnya macam tau-tau je celah mana note atau kertas-kertas penting tu ada (ni kalau Nia yang cari kalau orang lain setahun pun maybe tak jumpa lagi.. hehee).

Nia ada terbaca kat blog ASHQIARA tentang orang yang suka bekerja dalam keadaan Meja Berselerak. Kalau korang pun macam Nia, heh wajib baca ni..


MEJA BERSELERAK:
Inividu ini adalah seorang yang kreatif tetapi sukar mengikut peraturan. Selain itu, x pandai membahagikan tugas yang diberikan mengikut skala pioriti tugasan tersebut. Pun begitu, apa yang positif tentang mereka adalah ketika mood dlm keadaan baik, mereka berupaya menyelesaikan segala kerja/tugas sehingga selesai dengan hasil yang memuaskan dan berkualiti biarpun meja mereka berselerak. Ini kerana individu seperti ini biasanya tidak selesa dan sukar melakukan kerja dalam keadaan meja tersusun rapi.

-kalau nak baca entri penuh, klik laa kat nama ASHQIARA-
Macam betul laa pulak kan. Jadi tu laa harapan Nia untuk bulan May ni dan kalau boleh biarlah cepat sembuh, sebab tak sabar nak minum Lemonade lagi. Hehee.. Ok Bye!