Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Wednesday 11 September 2013

Sample Sample Percuma!



Assalamualaikum dan salam ceria~

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini – Keseronokkan, sepanjang tahun ni antara Sample Percuma yang Nia berjaya dapat ialah : -

Whiskas

Haa ni rezeki untuk si bulus Nia – Metot dan Keroo, tapi yang paling eksaited sangat si Keroo laa sebab dia memang suka Whiskas ni lagi-lagi kalau Tuna. Kat rumah memang beli minimum 10 paket ni untuk stock sebulan sebagai makanan cemil-cemilan untuk si Keroo (bila dia minta baru kasi, kalau dia tak minta, tetiba dia buat derk je).  Metot lak jenis yang suka makanan kering, jadi dia tak layan wet food ni – huh cerewet sangat!

Purina Royale - Fancy Feast


 Sekali lagi rezeki si bulus Nia. Keroo makan ni tak toleh kiri kanan, dia fokus je mengadap piring makan dia. Sedap sangat kot. Hihii

Berus Gigi Systema
(alamak yang ni lupa nak ambil gambar.. hihii) Ni rezeki Nia, dapat sebatang tapi dah guna dah. Heh sekarang ni guna Systema je laa sebab selesa dan rasa bersih bila guna.

Minyak Wangi Escada – Delicate Notes (dapat time raya)


 Semasa Nia nak request sample percuma dari Escada ni kan. Nia duk bayangkan, bestnya kalau dia pos kan sebotol sample minyak wangi ni.. Kalau dapat 5ml pun cukup la kan, boleh juga tahan 2-3 bulan. Ek eleh bila sampai tengok-tengok sample ada pada poskad je, rasa hampa la juga.. sobs sobs.. Tapi kira ok laa dapat juga menghidu sample ni.. Sample ni masih boleh di request tau, KLIK SINI

Libresse (dapat time raya)


 Yang ni selalu tengok iklan kat TV,  teringin sangat nak cuba. Tapi sebab takut tak selesa ke apa ke jadi nekad je mohon sample. Tapi belum cuba lagi. Kalau nak juga sample macam Nia dapat ni, KLIK SINI dan pilih option Freebies

Essentiale Forte N (dapat time raya)



 Yang ni produk kesihatan dalam bentuk kapsul untuk hati. Ni belum cuba lagi, kalau anda nak request sample dari Essentiale Forte N ini boleh KLIK SINI

Lampin dewasa Tena (dapat time raya)
Ok ni barangkali untuk Nia. Apa? Dscarnia pakai lampin dewasa? Serius? Heh jangan senyum sorang-sorang heh. Nia request sample ni sebab duk fikirkan masa-masa terdesak. Ok bayangkan.Pernah tak kena cerry berry (cirit-birit)? Kira tahap keracunan makanan gittew? Tak pernah? Ok ni berdasarkan pengalaman sendiri la yer. Dua tahun yang lalu, akibat makan Kupang Sambal (Nia alah dengan Kupang), Nia pun terkenal laa keracunan makanan. Semalaman berulang-alik bilik- tandas-bilik- tandas-bilik sampailah ke pagi. Nak pergi ke hospital time subuh tu memang mustahil laa sebab tak ada simpan Lampin Dewasa ni. Hatta da pagi, badan da lembik, da kekurangan air, baru nak bergasak-asak pergi ke Hospital Sultan Ismail dan masuk air. Bila nurse tanya kenapa tak datang awal sikit? Dalam hati duk jawab “Tak ada Pampers laa Nurse” huhuhuu.. Jadi nampak tak keperluan untuk menyimpan Lampin Dewasa di situ? Heh kalau nak sample Lampin Dewasa Tena ni juga, KLIK SINI


Zacolla Beauty Collagen (dapat time raya)
Haa.. Yang ni sample paling cepat Nia dapat tau.. Dalam masa kurang seminggu da dapat. Zacolla pun bagi fre 30 sample je dan alhamdulillah Nia antara yang bertuah dapat sebotol  sample percuma ni. Sekarang ni Nia baru cuba 2 hari. Nanti selepas seminggu Nia buat review / testimoni yer. Tapi kalau nak survey produk apa yang diorang jual sekarang, boleh KLIK SINI untuk terus pergi ke Page diorang di Facebook

Setakat ni tu je la sample percuma yang Nia da dapat. Kalau ikutkan ada lagi 2-3 barang lagi yang belum sampai, tapi tu pun belum tahu sama ada Nia ada rezeki ke tidak. Nanti kalau da dapat Nia share lagi yer..


3 comments:

  1. wahhh..untongnye awak..banyak dapat free gift...done follow n komen blog awak...jgn lupa sggh folow dan komen juga ye

    ReplyDelete
  2. tak pernah dapat free sample..
    tapi kalo beli barang, ade dpt buy 1 free 1..hehe

    ReplyDelete

Comment :)