Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Monday 4 September 2017

Lama Menyepi.. Reply komen pasal Kucing

Assalamualaikum dan salam rindu..

Dah lamaaaaaaaa sangat Nia tak jenguk blog.
Sejak Nia mula berjinak-jinak main Game Of War, terus Nia lupa jenguk blog.
Sesungguhnya Nia antara insan-insan yang tak mampu nak handle banyak media sosial :(

Nasib la hari ni Nia rasa macam rajin sikit nak bukak blog, tak fikir panjang terus log in.
Terima kasih untuk kunjungan yang tak putus kalian <3
Ada komen yang Nia tak sempat nak reply, maka Nia akan jawab dalam entri ni ye.

Semuanya komen dari entri Rawat Luka Kucing dengan ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NABIL IMAN ZUHAIRI21 April 2016 at 23:17
assalmualaikum,kalau kita nak tolong kucing jalanan yg ade kurap perlu ke kita mandikan mereka dulu sebelum letakkn ubat?
Bergantung pada keadaan, kalau kucing jenis hyperaktif, jangan ambil risiko untuk mandikan dia.. Takut nanti dia meronta-ronta, habis tangan dan badan kita kena cakar.

Tuan14 May 2016 at 21:59
Boleh tak guna minyak yg belum dimasak n campurkan dgn kunyit je
Boleh, minyak masak + serbuk kunyit @ kunyit yang ditumbuk halus.

Unknown24 May 2016 at 07:57
Kaki kucing saya luka.smpi nmpk daging ngan tulang.macammane nak buat?
Boleh cuba, tapi digalakkan bawa jumpa vet.

nursuryana hassan24 September 2016 at 05:37
kucing saya bergaduh. then saya tengok tapak kaki dia luka sedikit tp semakin membengkak. apa harus saya buat selain pergi vet? macam mana nk rawat bengkak tu?
Kucing Nia pon selalu juga kena macam ni. Sebaiknye kalau taknak pergi vet, biarkan bengkaknye susut sendiri. Boleh juga letak minyak dengan kunyit ni.

tigermeow25 September 2016 at 05:08
assalamualaikum nia. nak tanye, bagi mandi lagi tak kalo dah bagi minyak tu? kalo kitten pun bole eh?
Bergantung pada keadaan. Kalau kitten boleh juga, tapi jangan letak banyak-banyak.

Pkdbd Bakas7 October 2016 at 22:43
kalau sapu mnyak gamat pd luka, nnt cat tu jilat xdk masalah ke pd cat tu??
Nia kurang pasti, tapi kucing Nia kebanyakkannya memang tak suka bau minyak gamat, pernah cuba pada luka dan sembuh juga. Cuma jangan pakai minyak gamat yang panas ye, cian kucing tu nanti.

sra26 October 2016 at 01:36
assalamualaikum sis . kucing saya kena bisul kat kaki , tp dah pecah , boleh ke saya letak kunyit kat luka dia tu ?
Boleh. Tapi jangan kunyit saje ye. Campurkan dengan sedikit minyak.

ainun aenun20 November 2016 at 04:01
Assalamualaikum, kak Nia. Kucing saya luka kat bahagian ekor. Sampai menanah dah. Dahla dia garang. Macam mana nak rawat dia?boleh ke letak minyak bekas ikan yang ada kunyit? Kena letak banyak ke sikit je? Xada cara lain ke selain letak minyak bekas ikan?
Boleh, kalau kucing jenis garang.. kasi dia makan makanan yang dia suka pastu bila dia leka, tuangkan aje minyak bekas goreng ikan yang dah sejuk kat bahagian luka dia tu. Tapi pastikan dekat luar rumah, kang kalau kat dalam habis semua lantai berminyak.
Selain bekas minyak goreng ikan boleh guna minyak masak + kunyit serbuk. Ringkas.

Dhiah Rahim2 January 2017 at 04:01
Assalamualaikum nadia.. Macam mana ya kalau kucing tu berlubang n mcm sakit kulit..nadia tau x nk ubat mcm mana..macam mana ya cara senang nk berhubung.. Dhia pun kesian dgn kucing ni.. Die sakit.. Emmm
Alamak lamanye Nia nak reply komen ni. Sakit kulit ni takut Sporo, kena bawa pergi vet sebab Sporo ni bahaya sikit. Kalau luka biasa atau berlubang boleh guna minyak bekas goreng ikan atau minyak masak + kunyit serbuk.

Jajaaa28 March 2017 at 00:16
Assalamualaikum macam mana nak elakkan kucing dari menggaru luka...kucing saya luka bernanah saya dah rawat lukanya tapi selepas digaru bertambah dalam lukanya
Perangai sebijik macam kucing Nia yang nama Citam tu laa. Tapi luka si Citam tu pada kaki dia. Jadi selepas sapu minyak bekas goreng ikan Nia terus balut dengan tisu dan cellotape.

Nia...berapa lama ea pungut nak sembuh?saya ada kucing..luka bergaduh dan memang dalam sampai berulat..bawa pg vet..dah buang semua ulat dan sekarang ada dlm jagaan saya..cumanya,saya kurung dia dalam rumah..dia bunyi kuat..mengamuk nak keluar rumah..kucing ni stray cat kat luar rumah sebenarnya..semua ubat dari vet habis dijilatnya...apa patut saya buat ya?
Bergantung juga, Pungut lebih kurang 2 3 bulan untuk sembuh sepenuhnya sebab dia memang tak suka duduk rumah. Memang straycat yang berjiwa kental. Balik pon bila dia rasa lapar je, lepas tu dia hilang. Tapi sekarang ni tak pasti Pungut masih hidup lagi atau tak sebab dia dah lama tak balik. 
Takpe biarkan dia jilat lukanya sendiri nanti lama-lama dia ok.

Ariani Lubis16 April 2017 at 06:14
Assalammualaikum kucing aku masih kecil.. dia gaduh dengan kecil besar jalanan.. skraang peha nya tk de kulit skit.. aku letak powder kunyit campur air.. dekat luka dia.. dia tk suka.. skraang ade kering luka.. dia dah jd degil balik.. suka main2 kacau orng.. kalau kluar air dari luka nya nk buat apa lagi ye?
Waalaikumussalam, kalau air keluar dari lukanya, cuba lap dengan tisu atau kain yang bersih, picit-picit dan lap sampai semua air dekat luka tu kering dan sapu minyak masak+serbuk kunyit, mudah-mudahan sembuh.

Amirul Rock9 May 2017 at 15:05
Assalamualaikum...sis sya nk Tanya kucing saya jantan dia selalu fight, baru2 nie dia bergaduh Kali ni luka agak parah dekat tangan sampai napak tulang, saya bubuh minyak gamat saja,tpi luka dia skrg semakin pulih,kering jgk sya nk tanya jika luka dlm mcm tu boleh tak sya guna pertua yg sis bgi ni..napak tulang kesian dia sya sibok keja x sempat nk bawak jumpa doktor, kos pon mahal sya Guna pertua sendiri saja, sbab skrg ekonomi sya pon x stabil..tpi alhamdulillah LA pulih sikit2 Luka kucing sya, harap dengan pertua sis bgi ni napak menpercepatkan lgi sembuhkan Luka pada kucing sya..trima kasih
Waalaikumussalam, Boleh cuba petua ni. Alhamdulillah.. Sama-sama

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- TAMAT-


Selesai soal jawab, semoga dapat membantu walaupun respon lambat.. hehee

Buat masa ni kucing Nia ada 11 ekor. Semua kucing jalanan yang diselamatkan.
Nia memang tak biarkan kucing Nia beranak pinak. So masing-masing duduk dalam sangkar dia. Tapi kena adil ye, kena spent time masa dengan semua. kira ada private session untuk setiap ekor. Makan minum mesti cukup, kebersihan mesti jaga, playtime pon mesti ada.

Salah seekor kucing Nia pernah kena sakit batu karang (susah kencing), bila google, Nia jumpa tips untuk rawat batu karang untuk kucing. 

Cara-caranya :
Kisar sedikit lobak putih dengan sedikit air dan suapkan satu sudu air tu ke mulut kucing yang sakit tu. Ulang 2 atau 3 hari sekali sampai la kucing tu boleh kencing dengan normal.

Memang confirm mulut kucing tu akan berbuih, tapi Alhamdulillah mujarab. Bila dah kencing normal, boleh stop. Dan beri bila perlu.
Sakit batu karang (susah kencing) ni biasanya kena pada Kucing Jantan yang jarang minum air dan dikategorikan dalam golongan obesiti (gemuk dan kurang aktif).

Hehee rasanya cukup la dulu sampai sini, nanti Nia update lagi lain kali ye.

Kalau rasa susah nak keep in touch dengan Nia, boleh jer hantar email ke nianadiasalleh@gmail.com, cari Nia di facebook : Nurul Nadia Dscarnia Salleh.

Sekian, Assalamualaikum
Nia


No comments:

Post a Comment

Comment :)