Saturday 1 March 2014

Penatnya Pindah..






Assalamualaikum dan salam ceria :)

Hari ni Ahad, Johor kerja. Tapi Nia cuti :)
Semalam pun Nia cuti tapi tak dapat nak update blog sebab badan melekat kat katil.. Hehee

Jadi hari ni kebetulan nak simpan gambar dalam lappy, Nia pun online laa kejap sambil update Senarai Peserta 1st Giveaway By Dscarnia. Terima kasih yer kepada semua yang dah join setakat ini :)

Sejak Rabu lepas, Nia da pindah pejabat baru tau. Masih bekerja di syarikat yang sama, cuma tukar pejabat je. Keseronokkan tidak terkata sebab pejabat baru ni kemas sangat, space dia mencukupi.

View office lama dari meja Nia..
Masa ni separuh perabot sudah dibawa ke office baru.

Kalau kat pejabat lama dulu office besar. Banyak ruang, dan banyak juga kerja kalau nak mengemasnya. Kalau hidupkan aircond 2 sekali gus, lepas tu suhu dalam 20 darjah celsius macam tak terasa sangat (kecuali kalau musim hujan). Lagi satu office lama ni kadang-kadang seram tau, sebab ni kawasan kilang, jadi macam-macam bunyi boleh dengar, lagi-lagi kalau tinggal sorang. erk.

Oleh itu, setiap hari Sabtu Ibu Nia ikut pergi office teman Nia kerja. Muehehe well anak manja, nak buat cemana kan? Nasiblah dapat bos yang sangat-sangat memahami dan sporting sebab izin Ibu Nia teman anak dia yang perasan comel ni pergi office :P


duofie dengan Ibu dekat depan office :)

Dekat office baru ni pula, rasanya Ibu dah tak perlu ikut sebab kawasan office ni sangat strategik dan tak sunyi lagi dah. Tapi sebenarnya tak pasti laa sunyi ke tak, sebab semalam Nia tak kerja bos kasi cuti.. hehe

Belum habis mengemas. -_-"

Haa.. Ni view office baru Nia dari pintu masuk. Nampak comel kan? Serius Nia rasa selesa sangat. Kalau pagi dah tak payah hidupkan aircond sebab pakai kipas dinding je pun dah rasa dingin. Tapi kalau tengah hari memang aircond menjadi harapan sebab boleh tahan panasnya. Masa Nia snap gambar ni, memang waktu tengahari laa.. Keadaan berselerak lagi sebab masa ni masih mengemas step by step. Malah sehingga hari Jumaat lepas pun, Nia tak habis mengemas lagi tau.

Respect dengan bos sebab arrange perabot dengan kemas. Sebulan juga laa proses mengemas dan berpindah ni berlangsung. Angkat barang sikit-sikit, kemas sikit-sikit. Nasib company ada lori sendiri kan.. Kalau nak sewa lori orang lain, perit juga laa kena angkat barang semua sekali harung. Tapi Nia memang tak terasa sangat masa part mengemas dan mengangkat barang pindah ke office baru ni, sebab Nia stanby kat office lama. Buat kerja, buat permit, buat bill.

Bila dah sampai office baru ni, amekow baru pening kepala nak cari dan mengemas barang2 yang kat meja Nia. Hihii.. Apapun sekurang-kurangnya dah ada pengalaman pindah office.. Ni sementara je.. Nanti dalam pertengahan tahun pindah lagi, kat office sendiri.. Ya, office sendiri.. Until then, bye! :)

1 comment:

  1. wah, cantik nampak pejabat baru dia..hehe
    semangat la ne nak kerja.

    ReplyDelete

Comment :)