Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Wednesday, 11 September 2013

Keseronokkan!



Assalamualaikum dan salam ceria~

Hey September yang slumber!
Mungkin orang yang masuk blog ni da naik bosan tengok-tengok entry tak berupdate berminggu-minggu kan? Ampun dan maaf ye. Sesungguhnya Encik Masa amat mencemburui Nia. Encik Masa langsung tak beri Nia peluang untuk duduk mengadap lappy lama-lama dan Encik U-Mobile pula selalu buat perghagai!

Ok kalau perasan, Nia tak ada update apa-apa kan dalam blog tentang sambutan hari Raya Aidilfitri tahun ni. Hmm ye laa, tahun ni rasanya raya yang paling tak seronok. Eh, tapi masa dapat Bonus daripada kedua-dua Majikan dan Ang Pow daripada Uncle depan rumah tu seronok laa kejap. Rasa eksaited macam nak beli gula-gula stobeyi enam belas karton! Tapi apa yang buat tak seronok tu tak dapat nak beraya banyak rumah. In fact, tahun ni tak pegi rumah siapa-siapa pun sebab kena kuarantin.. hohoo terpaksa tolak beberapa jemputan majlis kenduri kahwin dan ‘open house’ termasuk dari Majikan sendiri. Hmm nasib laa diorang memahami..

Ok dalam pada tak seronok sangat beraya tu, Alhamdulillah benda lain pula yang buat Nia seronok sangat-sangat nak share kat blog ni. Da baca ke belum entry Nia yang sebelum ni, pasal Escada – Delicate Notes? Kalau belum nanti klik kat link tu eh. Tapi sekarang ni fokus pada apa yang Nia nak cerita ni.

Sejak awal tahun ni kan, mengumpul sample-sample produk ni da jadi macam satu keseronokkan bagi Nia. Sanggup ni google 2 hari sekali untuk cari Freebies dekat Malaysia ni. Macam-macam jugak laa produk yang Nia request sample. Daripada produk kesihatan, kebersihan sampailah entah apa-apa je.

Antara laman web yang selalu sangat Nia kunjungi ialah : -

Dan banyak lagi sebenarnya.


Bila request tu mesti laa dapat sample tu kan (kecuali kalau stock habis etc etc), jadi kalau nak tau sample produk apa yang Nia request dan berjaya dapat, tunggu entry selepas ini yer. 

bye ^^,

No comments:

Post a Comment

Comment :)