WARNING : Gambar yang akan dipaparkan dalam entry ini mungkin mengerikan bagi sesetengah orang.
Assalamualaikum dan salam santai~
Dalam entry Kucing Kurang Upaya - Citam dan Pungut, Nia ada cerita pasal Pungut yang kena simbah dengan air panas. Akibatnya dia jadi kucing kurang upaya sebab dia memang tak boleh nak pertahankan diri dan survive kat luar sebagai kucing jalanan dalam keadaan luka dia yang memang parah.
Oleh demikian, sekarang dia dah jadi homecat dan masih lagi dalam proses pemulihan. Sebenarnya tak terkecuali si Citam yang lumpuh sejak dari kecil. Terpaksa berjalan dalam keadaan bersimpuh dan menyeret kaki menyebabkan kaki dia melecet dan kulit dia hampir masak sebab berjalan atas jalan tar waktu tengahari juga masih lagi dalam recovery mode.
Kaki Citam pada hari pertama Nia bawa dia balik rumah.
Badan si Pungut lebih kurang sehari kena simbah dengan air panas.
Teruk kan luka dorang? Tapi dua-dua muka relax je bila Nia pegang sekitar luka tu (sebab dah rasuah dengan ikan goreng).
Sebenarnya sejak kecik lagi kan, Nia macam tak hairan sangat laa dengan kucing-kucing luka ni sebab masa Nia kecik dulu pun, ibu selalu selamatkan dan rawat kucing sakit, nak beranak dan lain-lain. Sebab tu Nia tak geli. Bila orang kata "jangan pegang takut ada jangkitan", Nia hanya mampu tersenyum - tak mampu nak berkata apa-apa.
Nia bukanlah seorang doktor nak merawat kucing-kucing ni, tapi Ibu laa yang menjadi kekuatan dan tulang belakang untuk Nia rawat Citam dan Pungut. Bermodalkan petua tradisi turun menurun dari moyang ke cucu cicit.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaaaaa~
Ya kunyit.
Umum ketahui cara nak merawat kucing yang ada kurap ialah dengan menggunakan minyak bekas goreng ikan.
Sebenarnya ada betul dan salahnya.
Yang betul minyak bekas goreng ikan yang berkunyit.
Yang salah minyak bekas goreng ikan yang takda kunyit. Dan tak semestinya minyak bekas goreng ikan je. Minyak bekas goreng ayam (kunyit bukan celup tepung) pon boleh sebenarnya.
Sebab apa?
Salah satu khasiat kunyit ialah ia boleh bertindak sebagai agen antiseptik dan antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka dan terbakar. Oleh itu, kunyit sangat membantu salam proses penyembuhan luka dan pembetukan semula kulit yang rosak.
Tapi kalau dah tahu kunyit tu berkhasiat, kenapa tak sapu pes kunyit tu direct kat luka, kan senang?
Cakap memang senang. Nia yang manusia ni yang makan sayur dan ulam-ulaman pon rasa macam tak mampu nak makan kunyit mentah2 gitu. Apatah lagi kucing. Sebab tu pakai minyak bekas goreng ikan / ayam. Supaya bila dia jilat / terjilat minyak tu takde laa mulut dia berbuih (sebab tak boleh terima rasa kunyit mentah). Sekurang-kurangnya ada juga rasa ikan dan ayam goreng yang dia suka, kan?
Lagipun minyak pon membantu tau sebab dia mencegah lalat daripada bertelur kat luka tu dan berulat. Sebab kalau dah berulat parah dan mesti bawa pegi vet.
Macam kes Citam dan Pungut ni, Nia cepat sapu minyak bekas goreng ikan. Lukanya pon tak terlalu dalam. Jadi kalau lalat sempat bertelur pon larva dia akan mati sebab tak cukup oksigen akibat minyak yang menutupi permukaan kulit dan luka.
Bila dah sapu minyak bekas goreng ikan tu, biarkan je. Nanti bila dia asyik jilat je luka tu. Keringlah nanti. Sapu sehari sekali. Bila nampak kopeng dia kering berkeping-keping, tolonglah gugur-gugurkan.
Kesian Pungut tau. Nia memang pantang jumpa kopeng tau suka kopek. Asyik kena marah dengan Ibu je..
Ibu : Lat (nama manja) dah laa tu kesian dia sakit..
Nia : Manade sakit tengok dia landing baik je tak lari pon..
Monolog Pungut : Memang laa tak lari akak dah tindih betis akak kak kaki saya T_T
Hehehee untuk kebaikan dia juga tau. Nak kopek kopeng pon ada teknik tau supaya tak berdarah. Lepas tu jangan lupa cuci tangan.
Oh ye lagi satu, better kurung kucing yang sudah sapu dengan minyak kunyit supaya kesan minyak kunyit tu tak tertinggal kat mana-mana tempat yang dia landing.
Hasilnya..
Kaki Citam sebelum rawatan 25.03.2014 dan selepas 13.04.14.
Proses penyembuhan Pungut step by step. Oh ya. Kalau kucing (manusia pon sama) ada luka. Jangan bagi makan telur dan benda2 yang gatal. Sebab dalam kes Pungut ni, masa luka dia baru nak kering, Nia terkasi dia makan telur dadar (suka mengacau orang makan) dan akibatnya kulit dia macam ruam-ruam. Cian Pungut..
Gambar terkini (dalam minggu ni tak ingat hari apa) Hampir semua kopeng dia dah tanggal. Sikit je lagi lepas tu dah boleh bersamba ria!
Sekian perkongsian daripada Nia untuk merawat kucing yang luka.
Yang sedia membantu,
DTB Nia
(DTB = Doktor Tak Bertauliah)
Pakar Kopeng

posted from Bloggeroid
Klu luka tu berulat cm ne sis
ReplyDeleteKalau luka tu mcm tak dalam sangat masih boleh buat macam atas ni. Tapi kalau dah teruk sangat better bawa pergi vet sebab takut jadi lebih teruk dan takut ulat tu dah efek urat saraf dia.
DeleteKalau sapu minyak gamat utk luka kecil boleh tak sis ?
ReplyDeleteMinyak gamat pon boleh :)
Deleteminyak gamat bila cat jilat xdk masalah ke sis..??
DeleteKalau luka kecil sapu minyak gamat ok ke sis ?
ReplyDeletesalam kak, nak tanya. kaki kucing saya sakit, lebam macam kene gigit lebah, tapi tak tau la die kene ke tak. sbb die tdur dlm bilik saye.. kaki die sbalah kanan je yg kene, besar mcm nak mletup agaknya. ada tak rawatan yg smula jadi slain nak pergi vet? sbb saya ni sibuk sangat ngan kerje. :(
ReplyDeleteWaalaikumussalam dik, sorry baru perasan. Kucingnya da ok? huhuu
DeleteSalam nia,ada x cara nk rawat baby kucing umur xsmpai 2 bulan.mungkin org buang kakinya luka Xleh jln kucing.
ReplyDeleteMaaf lambat respon. Kucingnya survive ke?
DeletesalAm nak tny. kucing yg saya jumpa ada bisul. hantar vet, 5hari warded now dibenarkan balik. luka Loki bawah perut sebesar bola golf.rasa besar sikit lah dari bola golf. doc suruh bg ubat n sapu je lah dgn cream yg dia bg dan luka dia dibiarkan terdedah. ada x cara lain utk mengubati luka
ReplyDeletemaaf saya x habis tulis td 🙈 ada x cara lain sis utk mengubati luka nanah ni dengan lebih cepat? vet ckp apa yg saya nampak tu is actially muscle dia. bukan kulit.dh dalam. saya xsampai hati plak tgok dia mcm tu.
ReplyDeleteMaaf lambat respon. Kucingnya survive ke?
DeleteAssalamualaikum. Nia klu macam kes PERLAS tu cam ne ye nk rawat .. kucing sya pun ada bisul berlobang .. nk gi jumpa vet xde kenderaan ..
DeleteAssalamualaikum. Nia klu macam kes PERLAS tu cam ne ye nk rawat .. kucing sya pun ada bisul berlobang .. nk jumpa vet xde kenderaan ..
Deleteassalamualaikum,kalau kita ambik kucing jalanan yg sakit seperti kurap perlu ke kita mandikan mereka?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.. Kalau saya, saya tak berani mandikan kucing jalanan sbb kadang2 mereka akan jadi agresif. Kalau boleh jinak kan dulu, cuba percikkan air dan tengok respon dia. Lebih baik lap kotoran pada badan mereka dengan kain yang lembab.
Deleteassalmualaikum,kalau kita nak tolong kucing jalanan yg ade kurap perlu ke kita mandikan mereka dulu sebelum letakkn ubat?
ReplyDeleteBoleh tak guna minyak yg belum dimasak n campurkan dgn kunyit je
ReplyDeleteKaki kucing saya luka.smpi nmpk daging ngan tulang.macammane nak buat?
ReplyDeletekucing saya bergaduh. then saya tengok tapak kaki dia luka sedikit tp semakin membengkak. apa harus saya buat selain pergi vet? macam mana nk rawat bengkak tu?
ReplyDeleteassalamualaikum nia. nak tanye, bagi mandi lagi tak kalo dah bagi minyak tu? kalo kitten pun bole eh?
ReplyDeleteassalamualaikum nia. kalo dah bagi minyak tu, bole bagi mandi lagi ke? untuk kitten bole jugak ek?
ReplyDeletekalau sapu mnyak gamat pd luka, nnt cat tu jilat xdk masalah ke pd cat tu??
ReplyDeleteassalamualaikum sis . kucing saya kena bisul kat kaki , tp dah pecah , boleh ke saya letak kunyit kat luka dia tu ?
ReplyDeleteassalamualaikum sis. kucing saya kena bisul tp dah pecah , boleh ke saya guna kunyit kat luka dia tu ?
ReplyDeleteAssalamualaikum, kak Nia. Kucing saya luka kat bahagian ekor. Sampai menanah dah. Dahla dia garang. Macam mana nak rawat dia?boleh ke letak minyak bekas ikan yang ada kunyit? Kena letak banyak ke sikit je? Xada cara lain ke selain letak minyak bekas ikan?
ReplyDeleteAssalamualaikum, Kak Nia. Kucing saya luka kat bahagian ekor. Sampai menanah dah. Dahla dia garang. Macam mana nak rawat dia? Boleh ke letak minyak bekas ikan yang ada kunyit? Kena letak banyak ke sikit je? Xada cara lain ke, selain letak minyak bekas ikan?
ReplyDeleteAssalamualaikum, kak Nia. Kucing saya luka kat bahagian ekor. Sampai menanah dah. Dahla dia garang. Macam mana nak rawat dia? Boleh ke letak minyak bekas ikan yang ada kunyit dekat luka tu? Kena letak banyak ke sikit je?
ReplyDeleteAssalamualaikum nadia.. Macam mana ya kalau kucing tu berlubang n mcm sakit kulit..nadia tau x nk ubat mcm mana..macam mana ya cara senang nk berhubung.. Dhia pun kesian dgn kucing ni.. Die sakit.. Emmm

ReplyDeleteAssalamualaikum macam mana nak elakkan kucing dari menggaru luka...kucing saya luka bernanah saya dah rawat lukanya tapi selepas digaru bertambah dalam lukanya
ReplyDeleteNia...berapa lama ea pungut nak sembuh?saya ada kucing..luka bergaduh dan memang dalam sampai berulat..bawa pg vet..dah buang semua ulat dan sekarang ada dlm jagaan saya..cumanya,saya kurung dia dalam rumah..dia bunyi kuat..mengamuk nak keluar rumah..kucing ni stray cat kat luar rumah sebenarnya..semua ubat dari vet habis dijilatnya...apa patut saya buat ya?
ReplyDeleteLama tak pungut nak sembuh?saya ada stray cat yg luka dalam sampai berulat..dh bawa pg vet buang semua ulat..saya jaga sampai sembuh..tak bagi keluar rumah sebab takut berulat lg..dia mengamuk nak keluar...semua ubat sapu dr vet dia jilat..apa patut saya buat?
ReplyDeleteAssalammualaikum kucing aku masih kecil.. dia gaduh dengan kecil besar jalanan.. skraang peha nya tk de kulit skit.. aku letak powder kunyit campur air.. dekat luka dia.. dia tk suka.. skraang ade kering luka.. dia dah jd degil balik.. suka main2 kacau orng.. kalau kluar air dari luka nya nk buat apa lagi ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum...sis sya nk Tanya kucing saya jantan dia selalu fight, baru2 nie dia bergaduh Kali ni luka agak parah dekat tangan sampai napak tulang, saya bubuh minyak gamat saja,tpi luka dia skrg semakin pulih,kering jgk sya nk tanya jika luka dlm mcm tu boleh tak sya guna pertua yg sis bgi ni..napak tulang kesian dia sya sibok keja x sempat nk bawak jumpa doktor, kos pon mahal sya Guna pertua sendiri saja, sbab skrg ekonomi sya pon x stabil..tpi alhamdulillah LA pulih sikit2 Luka kucing sya, harap dengan pertua sis bgi ni napak menpercepatkan lgi sembuhkan Luka pada kucing sya..trima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum...sis kucing saya jantan dia selalu fight tpi bru ni Kucing saya Luka parah dkt tangan dia sampai napak tulang, data hanya bubuh minyak gamat saja, luka dia makin pulih sikit2 skrg kering dh sikit, sya nk bwk jumpa doktor kos mahal2 sya skrg x ekonomi saya x stabil, sya guna pertua sendiri, sja tpi alhamdulillah LA mkin pulih, boleh ka sya Guna pertua sis untuk kucing sya yg Luka parah,napak tulang, tolong sya sis, terima kasih harap sis balas..
ReplyDeleteassalammualaikum kak,saya ade kucing kt blakang rumah saya hari makin hari makin ramai,ade seekor kucing ni kaki kiri dia luka dan berlubang,selepas tu mak saya sapu la ubat TYT,lpas sapu ubat tu dia kering,oh ye sebelum sapu kaki dia,kaki dia dh berbau busuk mcm bangkai,lpas sapu luka dia kering,slpas lama kmudian kucing yg kaki dia yg sakit dtng balik saya terkejut apabila saya tngk kaki dia yg bengkak tadi membesar kt kaki dia yg sakit tu,dan luka dia berbau busuk sngt dan ade ulat bnyak di kaki dia,saya tngk kaki dia belah kiri itu tngh2 diadh nmpak tulang dia,adakah dia boleh disembuhkan lagi,nk anta spital mahal tk ckup sbb saya masih blajar lagi,minta tolong sangt kesian kucing itu saya tngk,sedih rasanya
ReplyDelete