Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Tuesday 22 January 2013

Tips Penjimatan Bateri - Ninetology Black Pearl 2 i9400




Assalamualaikum dan salam ceria-ceria!

Sebelum ni Nia ada taip entri tentang Pakej Komunikasi Belia (SKMM) dan Ninetology Black Pearl 2 i9400 (boleh terus klik kat link tu), Nia ada juga cerita sikit pasal telefon Ninetology Nia yg hensem tu tapi tak adalah full version sebab Nia baru je guna.


Video ni la sebenarnya yang mebuatkan Nia betul-betul yakin yang Nia nak kena beli telefon Ninetology Black Pearl 2 i9400. Masa baru je beli telefon ni, penuh je bateri macam-macam Nia teroka. Perkara pertama yang Nia buat ialah tengok kamera dia! Betul tak tipu kamera Ninetology Black Pearl 2 i9400 ni bukannya 5MP tapi 8MP! Ulang taip 8MP!

8M Pixels
Tapi tu laa, tak sampai 3jam bateri da habis. Ye la kan macam-macam Nia buat. Cuba Wifi, Radio, Aplikasi, senang cerita 3jam tu duduk mengadap telefon je! Rasa macam tak puas hati juga sebab 3jam je boleh pakai? Kemudian Nia tengok la dekat page Ninetology dan jumpa post yang bawah ni..

Print Screen dari Facebook Nineology
Oleh sebab belum ada kesempatan untuk Nia pergi upgrade latest firmware, maka Nia hanya buat step 1 dan 2. Jadi, untuk kali ni, Nia nak share tips untuk menjimatkan penggunaan bateri untuk telefon model Ninetology Black Pearl 2 i9400 dan mungkin juga tips ni boleh digunakan untuk model-model telefon android yang lain.

Tips Penjimatan Pertama (tips yang diberi oleh Ninetology)

Pergi ke Menu Screen > pilih Setting > Apps > pilih Running > Cari M-Warranty, Klik, pilih Stop dan tekan OK macam paparan di bawah ni : -

Print Screen telefon Nia

Tips Penjimatan Kedua

Pergi ke Menu Screen > pilih Settings > Battery > pilih apa-apa jua Apps yang da tak pakai (Contohnya, Facebook, Google Play Store dan lain-lain) > nanti dia keluar Use Details > tekan Force Stop kalau apps tu masih lagi running.
Print Screen telefon Nia
Andai kata, tersalah pilih apps dan tiba-tiba telefon macam ada masalah. Jangan panik. Power Off telefon Ninetology tu, lepas tu restart balik. Kalau tak elok juga, cepat-cepat bawa pergi mana-mana Ninetology Outlets untuk dapatkan nasihat dari yang pakar (ewah)


Tips Penjimatan Ketiga

Tahukah anda? Sekiranya anda slide kan jari anda dari atas ke bawah di mana jua screen telefon Ninetology Black Pearl 2 i9400 anda, akan keluar paparan seperti di bawah ini? Kalau tau, bagus.. Kalau tak tau, mai sini check nak cerita.

Print Screen telefon Nia
Tips penjimatan bateri ketiga ialah pastikan menu-menu yang ada dalam kotak pink tu hanya menyala ketika anda menggunakannya. Contohnya kalau guna Wifi, (atau Bluetooth, GPS, Data Connection dan Airplane Mode), tekan kat Wifi signal tu dan kira-kira dalam 5saat dia akan menyala dan itu tandanya Wifi connection telah pun dihidupkan.

Sekiranya anda slide kan pula jari anda di kotak pink itu dari Kiri ke Kanan atau Kanan ke Kiri, anda akan jumpa menu Brightness, Timeout, Auto Rotation dan Menu Audio Profiles (Contoh General, Silent, Meeting dan Outdoor)

Cara lain, boleh juga pergi ke Menu Screen > Settings untuk hidupkan apa jua connection dan tukar apa jua settings.

*** kalau wifi, data connection, bluetooth dan GPS sentiasa on, bateri cepat habis.


Tips Penjimatan Keempat

Kecerahan (Brightness) skrin yang maximum boleh menyebabkan bateri cepat habis. Oleh itu, pilih (adjust) kecerahan yang sedap mata memandang. Jangan risau kalau skrin macam gelap dan takut  kalau snap gambar nanti nampak tak jelas, sebab bila kita on je kamera secara automatik skrin akan cerah dengan sendirinya.

Menu Screen > pilih Settings > Display > Brightness > Edit kecerahan skrin mengikut selera (paling minimal pun da ok)

Kemudian, boleh juga edit sama ada nak Auto-rotate screen dan Sleep (kalau Nia guna 30 seconds untuk skrin sleep)


Tips Penjimatan Kelima

Download Apps Easy Battery Saver dari Google Apps Store. Contoh paparan :-
Print Screen dari telefon Nia
Kira-kira seminggu lebih guna Apps ni memang ok laa. Nia boleh tukar-tukar setting mengikut kegunaan Nia, agar bateri Nia tak cepat abis. Contoh paparan :

Print Screen dari telefon Nia
Kalau Nia, lebih selesa guna Super Power Saving Mode setiap masa ketika pergi kerja, Intelligent Power Saving Mode pada masa-masa yang tertentu (Contoh nak online FB) dan hanya guna Normal Mode ketika berada di rumah. Kalau tak suka settings yang dah sedia ada, boleh edit mengikut selera sendiri di Advance Customized Mode.

Buat masa ni, cuma 5 Tips ni saja yang mungkin boleh bantu anda, anda atau anda yang newbie macam Nia ni. Kalau tak berkesan juga, kena la upgrade firmware ye. 

Jangan lupa, Like Facebook Ninetology Malaysia, Subscribe Youtube Ninetology Sabah dan follow Twitter Ninetology Malaysia untuk latest update!

Dah alang-alang LIKE page Ninetology, jangan lupa untuk sertai Wall Of Pledge, Responsible Blogging 2013.
Klik Sini untuk sertai >>> Wall Of Pledge dan Responsible Blogging <<< untuk support kempen ini.

Nia harap perkongsian Nia ni dapat memberi manfaat kepada sesiapa jua yang mengunakan telefon Ninetology Black Pearl 2 i9400 dan seangkatan dengannya. Ok nite! ^_^


Nota dari Nia:
Tadi Nia ternampak dekat facebook Ninetology, seorang blogger post entry Review Ninetology Black Pearl 2 i9400 dan alangkah sentapnya Nia bila tengok entry Nia dicopy dan diedit sebijik-sebijik sekali dengan gambar yang Nia snap. Tak kisah kalau nak share, tapi jangan lupa bagi kredit pada tuan empunya entri. Bukan susah pun, boleh komen kat bawah ni atau pun boleh tweet je Nia kat sebelah kanan ni. Please be a responsible blogger. :)

102 comments:

  1. perasan juga review tu .. sabar2 ..biasalah bila berblog memang orang senang copy hasil kita... terima kasih atas tips diatas .. :)

    ReplyDelete
  2. whoaa... nak beli ni jugak lah guna rebate 200 tu.hehe :)
    lagi semangat nak beli baca review nia..haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe cepat-cepat beli, lepas tu boleh join page Ninetology Black Pearl 2 di facebook :

      https://www.facebook.com/NinetologyBlackPearl2?fref=ts

      Delete
    2. semestinya..hehe..jumaat ni nak g beli.nia beli aritu kat mana? tune talk ek?

      Delete
    3. Hehe masa nia beli, Tunetalk belum keluarkan senarai dealer.Jadi nia terus direct tengok senarai outlet ninetology kat website dorang. cuba tengok entry nia sebelum ni, ada link yang nia sertakan kat situ.

      Delete
    4. oh..okei2..hehe :)

      nia beli tu trus update dia punya firmware ek?
      tgk kat page tu..dorg dok cite pasal upgrade firmware v16.
      ngee (^_^)

      Delete
    5. Hehe Nia belum update firmware v16, sebelum beli tak tau pun nak kena upgrade.. Takpe laa nanti bila free baru Nia pegi upgrade :D

      Delete
    6. cmne nk upgrade firmware tu?and skrg konfius nk plih antra BP2 ni ngn Huawei Ascend Y300..spec Huawei ni pun bleh thn gak..

      Delete
    7. AIZUDDIN , upgrade firmware di SC berhampiran anda. semua smartphone ada spec dan kelebihan masing2. bergantung kepada budget dan selera kita :)

      Delete
    8. Black pearl fonts x bleh tkar ke??

      Delete
  3. boley bgtaw dak cara nk printscreen fon ni.heee :)tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekan on button + -volume serentak dan hold dlm 3s.
      Untuk lebih jelas, boleh klik ke link ni:

      http://youtu.be/DzlUB5X7Cgs

      Delete
  4. org pun nak beli hak ni..ni package komunikasi mana yang nia beli? tune talk ke..digi ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nia beli yang digi. Hehee beli laa.. Nanti boleh join group : https://www.facebook.com/groups/NinetologyUserMALAYSIA/ :)

      Delete
  5. ninetology black pearl ni ok x?bt msa skrang,ada apa2 msalah x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni Nia pakai da dua bulan ok. bateri pun da ok sikit sebab Nia praktikkan tips kat atas ni. gps pun bolehla, Nia guna waze. Jadi sementara belum pegi upgrade firmware ni semuanya masih ok :)

      Delete
    2. Upgrde firmware tu utk apa

      Delete
  6. hye..thx untuk review, saya baru beli BP 2 semalam di mines which susahnya nk cari yg harga RM299 sebab kebanyakan kedai nak ambil kesempatan terhadapa rebate tu n nak untung lebih. kebanyakan kedai kata kena trad in hp lama baru dapat rebate RM 200+100 tu..last kedai saya pergi hampir tertipu sebab nk trade in semata mata nk rebate RM 100 tu...nasib baik sebab jumpa satu kedai yang jual BP-2 tanpa perlu trade in hp..dan saya cuma bayar RM299 sahaja...sesiapa yang nak beli BP-2..hati-hati ok... my rivew Bp-2 so far do good... @1130 still battery 90%...semua laju...hehe.. n dah donload instagram =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sebab tu kalau nak beli2 apa2 phone pun kena betul2 survey dulu dan yay! welcome to the club :)

      Delete
  7. Salam.. Sy baru je pkai handset BP2 nie.. nk ty dekat mna nk cri kalu kita nk tgok data2 yg kita simpan dlm memory card.. Please help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Welcome to the club!

      Fadilah ada jumpa folder yang ada tulis ES FILE EXPL tak? kalau ada, masuk kat situ, pilih FAVOURITE (star shape belah kiri skrin) nanti keluar menu home, downloads dan picture. Awak klik kat icon memory card ( /mnt/sdcard2/ ).

      kalau takda, better cucuk usb cable kat pc/laptop utk tengok balik apa2 file yang ada dalam memory card. :)

      Delete
  8. tq nia 4 da tips.tp cane nk convert sdcard to sdcard2?dier xdetect memory card kiter as prime storage :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome avrail. hehe tang nak convert sdcard to sdcard2 tu nia pun tak pasti cemana.

      Tapi kalau kes tak detect memory card, memory card awak kalau masuk kat henpon lain dia detect tak?

      Atau awak boleh tanya dengan pengguna BP2 yg lain kat https://www.facebook.com/NinetologyBlackPearl2 :)

      Delete
  9. pas keje ni nk p carik la kt tunetalk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah da beli ke? Hehee welcome to the club :)

      Delete
  10. Replies
    1. Utk warranty. Masa memula hidupkan fon, kan dia ada suruh isi segala maklumat kan? (ok jujur nia da lupa.. hiks). bila da success terus disable kan je. sebab app ni makan bateri.. ;)

      Delete
    2. Nak capture screen cmna

      Delete
  11. salam...
    nia akk nk tnya
    mcm mana nia print screen ek
    tolong aja akk leh
    dh puas godek phn
    x tau nk wat cam ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak yaty..
      Tekan on button + -volume serentak dan hold dlm 3s. Untuk lebih jelas, boleh klik ke link ni:

      http://youtu.be/DzlUB5X7Cgs

      selamat mencuba :)

      Delete
  12. salam, sy baru bli fone ni smlm :) but nak connect wifi tak bleh plak..cmne ya setting tu?ada autenthication prob katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Welcome to the club :)

      Mula2 nak confirmkan awak pakai wifi apa? Unifi ke streamyx?

      Cara nak connect kat Wifi
      Settings > Wi-Fi > On kan dulu Wifi lepas tu kalau tak detect apa2 cuba > scan > Masukkan password > connect

      Kalau masih tak boleh connect cuba on pakai port wifi yang lain. Macam kat mcd ke, mamak ke. Kalau tak boleh juga, pergi semula ke kedai yang awak beli fon tu untuk confirmkan apa masalah sebenarnya

      Jangan lupa untuk join group di FB :-
      https://www.facebook.com/groups/NinetologyUserMALAYSIA/

      dan LIKE page : https://www.facebook.com/NinetologyBlackPearl2

      Delete
    2. tq so mu h for info :) sy pakai unifi,sy da cuba mcm cara awk.da msuk password everthing but ada authentication prob. perlu setting lain ke..or on data?tkut ada setting lain yg trlps pndg..

      Delete
    3. Ok kalau awak masuk kat group ninetology di FB tu kan, taip kat search unifi. saya pernah terbaca komen kat situ. awak kena tukar setting unifi tu dari auto ke manual. lepas tu pikih channel 9 (kalau tak silap). Kalau tak boleh juga, maybe awaj boleh minta tolong kat group tu. Dorang semua friendly :)

      Delete
    4. thanks so muchhh, da bley online..fone BP 2 best ! :)

      Delete
  13. salam. hi :) baru belikan utk ibu saya semalam. em macam mana nak clear call log dia eh? serabut pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Hi.

      Pergi ke Phone > Pilih icon yang tengah di bahagian (macam bentuk jam) > tekan menu button > pilih Delete > lepas tu tick (kena buat satu2) > kemudian tekan icon Tong Sampah

      Tu je laa cara yang saya jumpa. Selamat mencuba! Heee :)

      Delete
  14. baru nk p beli ni..baca komen mcam ok je suma.. rege pon ok..tq admin 4 da info

    ReplyDelete
  15. salam, nk tnye, casing n screen protector, ad jual on9 x?? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, saya kurang pasti. Tapi boleh cuba tanya kat group Ninetology di FB :)

      Delete
  16. salam..
    nape susah nk cari casing dye yep??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      BP2 masih baru. Kalau CODE casing memang ada. Yg flip pun ada sebenarnya kalau awak tengok kat Group Ninetology di FB. Cuma belum banyak je :)

      Delete
  17. salam nia.. mia bru je gne fon ni.. so x tau sgt la nk gnenye cmne.. kalu fon2 mcm ni ad anti virus x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Mia, welcome to the club. Untuk antivirus Nia guna yang QQ tu je (yg sedia ada) untuk scan dan optimise hp 3 hari sekali :)

      Delete
    2. QQDoctor ke nia? blh ajarkan mcm mne nk scan n optimize tu?

      Delete
    3. Ya.
      Setakat ni Nia guna yang QQDoctor je.
      Nia selalu buat yang Scan.
      Bila buka app QQ Doctor, tekan je
      [ Start Scan ]
      Nanti proses scanning akan berjalan lepas tu nanti akan keluar Status telefon kita (Contoh : Less Well).
      Kemudian tekan
      [ Optimize at one click ]
      Lepas tu dia akan keluar
      "your phone is very healthy" dan tekan DONE.

      Setiap kali kalau kita ada downloads ada apa-apa file, QQDoctor ni akan scan file secara Automatik.

      Dalam QQDoctor ni pun ada Antivirus, tapi Nia jarang scan sebab lama sangat proses scanning dia. hehee

      Delete
    4. nia, mwaranty tu kte kne wt pe2 x? mksud mia, kalu mia off fon, bile on smula, dy kua mwranty suh kte next n next.. prlu ke tekan next tu? lgi 1 , bteri fon ni akan berkurang ek,even kte x gne? ble mia tkan button on kt atas tu, mia tgk trun 1 bteri... cpt abs bteri..

      Delete
    5. Mia da register M-Waranty ke belum? Kalau dah, Mia disable je M-Waranty tu. Yup Mia, bateri akan sentiasa turun, cuma bezanya cepat atau lambat je. Sebab tu Nia share tips penjimatan bateri ni, mungkin boleh membantu :)

      Delete
    6. nia, fon ni boleh tukar font x mcm samsung? for whole of the icon.

      Delete
    7. Buat masa ni, apa yang Nia tahu fon ni tak boleh tukar font. Tapi kalau tak silap Nia pernah terbaca kat group Ninetology Users (Malaysia) di facebook mengatakan font boleh ditukar selepas fon di root dan perlu download software (kalau tak silap). Untuk kepastian, cuba Mia search kat group tersebut :)

      Delete
    8. Yup mg kna root tuk tuka font,boot animation n leh gna custom rom jgk..

      Delete
  18. Ok,I'm in the club now..huhu..

    ReplyDelete
  19. nk tanya,saya da buka m-waranty than tulis apa dia suruh tp mst failed..napa ek.

    ReplyDelete
  20. Ninetology ni memand tak ada accessory hanging ke?

    ReplyDelete
  21. GPS dia boleh guna kr?coz tgk comment user lain ade yg xbleh..ce citer..ce citer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. GPS BP2 saya ok. cuma memang lambat. kalau nak cepat pakai wifi. lepas tu kena pegi kat tempat yg lapang.

      Delete
  22. salam.. mcam mne nk guna wifi hnset nih?
    adik sy ade.. tp x fham camne nk sambung connection wifi ke wifi streamyx..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. awak pergi ke settings > mobile & networks > wifi > pilih on > pilih wifi awak, masuk kan password, tunggu dia connect, da settle :)

      Delete
  23. Bateri lain blh x guna utk gnti bat bp2 ni?? Ltiih je slalu cas..dh lah kalau cas nak smpai 4 jam bru full..tp kalau ada cara lain nk jimat pon blh shre jga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bateri lain saya tak pasti pula. bab cas tu, masa cas hp on ke off? kalau on, kalau boleh matikan data connection dulu. kalau off pun lebih baik rasanya :)

      Delete
  24. Klau mlm time cas mmg off...siang tpksa on sbb tkut ada kol masuk..syg sgt ngan hp ni..tp tu lh msalh dia..bteri die tu..atleast 2 hr skali cas pun kira ok

    ReplyDelete
  25. Kalau pakai easy power saver tu..bateri blh than brapa lama ye..dulu sy penah pkaidoctor bat..tp xde ksan pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lbih baik root kn hp tu dlu.. Sbb bla root,perfomnce hp jd lbh baik.. Dgb root jgk kta dpt buang go launcher yg semak tu..

      Klo na jmat bttry pastikn autoapps di kurgkb dan running app pn kurg.. Gna ram booster pro..

      Delete
    2. mcm mana nk root kan bp2 ?? ajar2

      Delete
    3. hi.. untuk cara root boleh tengok kat page FB Ninetology Malaysia >> https://www.facebook.com/groups/NinetologyUserMALAYSIA/files/

      Delete
  26. salam..nak tnye sy baru je pkai bp II...asal kredit sy tgal 0 sen dri rm17.20 ek? sedangkan sy dh pakai pakej internet celcom.. tp kredit abes bile tukar sim ke bpII..adakah ne setting mane2 kt bpII...harap bule membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Samihah, berkenaan kredit celcom kena tolak tu Nia tak berapa pasti sebab tak pernah guna celcom. Tapi masa kredit kena tolak tu, ada on kan data connection ke? kalau tak pasti, boleh tanya kat group ninetology malaysia di Facebook

      Delete
  27. Black pearl fonts x bleh tkar ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole joe. pergi ke page ini dan search tuto > https://www.facebook.com/groups/NinetologyUserMALAYSIA

      Delete
  28. latipah
    macam mana nk on wifi, bila saya on wifi dan masuk password dia akak paparkan perkataan authentication problem...
    apa masalahnye ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Latipah, awak masuk pakai unifi ke? sebab kalau pakai unifi memang kena ubah setting sikit..Nia tak ingat, tapi boleh cari kat group Ninetology Users [Malaysia] di FB.

      Delete
  29. Kenape xde update sofware cam hset lain? Sy tgk yg mahal sikit punye ninetology ade utk check update sofware... Nk root camne? Warranty ilang x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Mat, untuk cara root saya tengok kat blog Norfanil.. hihii ni link dia : http://norfanil.com/cara-root-ninetology-black-pearl-2/

      Delete
    2. Law x slap.. tnpa custom ROM x blh update software...

      Delete
  30. Salam saya nk tnyee . Saya thu camera dia mmg 8mpx tp knape bila saya try cpture tulisan msty tulisan nmpak kabur . Dah tekan screen tgh untuk fokus pun xjd . Please help meee .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ws salam iqin. ok setiap kali selepas tekan skrin utk fokus, tahan nafas, tunggu sampai kotak fokus tu bertukar kepada wane hijau, terus snap gambar, bila gambar da auto save baru leh bnafas. kadang-kadang yang buat gambar tak fokus tu ialah sebab tangan kita mengigil akibat bernafas.. hihii

      Delete
  31. Tima kasih nia...ninetology terbaek ahh !!!

    ReplyDelete
  32. hai..macam mana nak change font dia ? boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai shin.. kalau tak silap boleh guna aplikasi yg didownload dari google play.. tapi Nia tak ingat laa apa nama dia.. boleh cuba tgk kat group ninetology..

      Delete
    2. Root dlu bru blh tkar font... cri kt Google play ada...

      Delete
  33. assalam nak tnya nak delete history dlm fon ninetology mcm mna erk???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ws salam Afini.. delete history utk apa ye? calls atau web browsing?

      Delete
  34. M warranty saya bru dftr. tp yg second sy cri x jumpa.

    ReplyDelete
  35. Tgh mncri car tmbah ram gna SD.. klau ada email kan ke sy blh... ijul2000@gmail.com

    ReplyDelete

Comment :)