Assalamualaikum dan salam ketenangan~
InsyaAllah tinggal 6 hari je lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan.
Nia pun apa lagi.. Sempat juga google resepi2 baru untuk dicuba dalam bulan Ramadhan ni.
Contohnya macam semalam Nia Duk google resepi Sarak Ikan Kembung.
Dulu-dulu masa kecik jiran Nia buat sedapnya.. Masin lemak secukup rasa, jahitan dia pun kemas je.. ohmai.. Aunty Norlia punya air tangan memang sedap :)
Lepas tu tadi FBwalking terjumpa laa satu status yg akak Nia share dari FB Ismi Nurhamizah. Hehee nak like tak boleh, jadi Nia share je laa kat wall FB Blog Dscarnia.
Dah terlanjur rajin ni kan, share jugak laa kat blog..
Semua sekali ada 30 resepi..
RESEPI SEBULAN TAK PAYAH PENING-PENING
Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu
2. Udang Masak Serai Wangi
3. Ikan Siakap Kukus
4. Ikan Masak Berlada
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina
7. Pajeri Nenas
8. Mee Hailam
9. Ketam Bertelur
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir)
12. Ikan Tiga Rasa
13. Ikan Pari Lemas!!!!
14. Tandoori Kurau
15. Tom Yam
16. Nasi Ayam Hakka
17. Mee Rebus
18. Daging Masak Kicap
19. Ayam Golek Seri Pahang
20. Kari Kepala Ikan
21. Black Pepper Steak
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
23. Asam Pedas Tumis (Melaka)
24. Soto Ayam
25. Nasi Paprik
26. Nasi Dagang
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
28. Gulai nenas ikan kering orang utara
29. Ayam Bercili masak ketumbar
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
_______________________________________
1) Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis,
tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa
yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara
memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk
lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas
tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
________________________________________
2) Udang Masak Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara
memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah,
cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa
dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
________________________________________
3) Ikan Siakap Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa
Cara
memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus
lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur
bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur
hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
________________________________________
4) Ikan Masak Berlada
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara
memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan
kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan
bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing)
masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai
pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan
gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak
layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum
dihidangkan.
________________________________________
5) Ikan Kerapu Masak Asam Manis
Bahan-bahan
A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak
(untuk goreng)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan
B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling
Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa
Cara
memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan
goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis
bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau
sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan
perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit
minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan:
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan
timun.
________________________________________
6) Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram
Cara
memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2.
Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah
naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak
apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili
padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap
terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk
yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2
cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan.
Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15
minit).
________________________________________
7) Pajeri Nenas
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang,
pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn
sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan
ditoskan air
Cara
memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah
dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula
sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi
(masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm
kuali tu sikit-sikit).
________________________________________
8) Mee Hailam
Bahan-bahan:
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam
setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara
memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api.
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian
letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk
pekatkan kuah.
5. Masukkan sayur2 an dan mee.
________________________________________
9) Ketam Bertelur
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang
keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar
Cara
memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan
halia tumiskan sehingga bangkit baunya
2. Masukkan secawan air
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup
rasa
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan
telur yang dah dipukul,
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
________________________________________
10) Ayam Kepak Masak Minyak Bijan
Bahan
-bahan:
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah
Sesame oil/Minyak bijan
Serbuk lada hitam
Fish sauce/Sos ikan
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2)
Sos tiram
Cara
memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos
tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg
dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam.
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada
hitam (terpulang ikut kepedasan).
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang
30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi
[18/06 11:23 am] Pak Long Malham: ik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya
tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia
untuk dihidang.
________________________________________
11) Nehari (Kari Kambing Kashmir)
Bahan-bahan:
1 camca
besar garam masala
4 ulas
bawang putih dicincang halus
2 cm
halia dicincang halus sedikit garam
2 camca
kecil serbuk cili
1 camca
besar serbuk ketumbar
1/2 camca
kecil serbuk buah pala
1 camca
besar serbuk jintan kasar
1 camca
besar paparika
4 labu
bawang besar dihiris nipis
1kg
daging kambing didadu ( Bahagian kaki )
150ml
Tairu
2 camca
besar tomato puri
1/2 cawan
kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin
1/2 cawan
daun ketumbar dicincang halus
2 biji
cili hijau dihiris
Minyak
Vesawit untuk menggoreng
Air
secukupnya
Garam
secukup rasa
Cara memasak:
1.
Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng
sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis
bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi.
2.
Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau
rata dan dikecutkan selama 10 minit.
3.
Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun
ketumbar dan cili hijau.
________________________________________
12) Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
1 ekor
ikan siakap / kerapu
sedikit
bawang putih (ditumbuk)
1 inci
halia
2 biji tomato
(agak masak)
6 biji
cili merah
10 biji
cili padi
2 sudu
sos tiram
2 sudu
sos cili
1 sudu
sos tomato
sedikit
gula, garam
bhn utk
dikisar
Cara memasak:
1. Goreng
ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
2. Tumis
bawang putih (naik bau) + bhn kisar
3.
Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
4. Tuang
atas ikan
________________________________________
13) Ikan Pari Lemas!!!!
Bahan A:
1
bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar)
- di
basuh bersih
-
sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan
ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit
supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya
senang nak balut ikan pari tu.
- letak
ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks)
Bahan B:
5 biji
bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis)
2 biji
bawang besar di belah dua dan di mayang halus
2 batang
serai di mayang halus
1 helai
daun limau purut di koyak empat
25 biji
cili padi di mayang halus
halia
sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang
1biji
cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus
3 sudu
besar minyak masak
2 sudu
besar sos minyak ikan
sedikit
ajinamoto
1/2 sudu
kecil garam
1/4 sudu
kecil gula
Bahan C:
10 biji
limau kasturi
Cara memasak:
Campurkan
kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A.
barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas.
biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas
tu kukus/bakar selama 20 minit
________________________________________
14) Tandoori Kurau
Bahan-bahan:
3 keping
ikan kurau
1 biji
liamu purut
1 sudu
besar halia (dicincang halus)
2 biji
bawang putih (dicincang halus)
5 sudu
besar yoghurt
1 sudu
kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
10 gm
jintan halus
Setangkai
daun ketumbar (dipotong halus)
Garam dan
lada hitam secukup rasa
2 sudu
besar minyak sapi
Cara:
1. Gaul
bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam
sebuah mangkuk.
2. Ikan
kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3.
Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4.
Hidangkan bersama roti atau nasi.
________________________________________
15) Tom Yam
Bahan-bahan:
Ayam -
1/4 ekor (dipotong kecil)
Daging -
250 gm (dipotong kecil)
Udang -
terpulang pada tukang masak
Bahan A –
Blenderkan
Halia
3 inci
Bawang merah
6 ulas
Cili api
20 biji
(seeloknya yg dah masak berwarna merah)
Bahan-bahan lain
Minyak
masak - 1/5 cawan
Serai - 6
btg serai (diketuk) - lebih pun boleh
Lobak
merah - 2 btg (dipotong)
Bunga
kubis - 150 gram
Putik
jagung - 2 bungkus
Tomato -
3 biji (potong 4)
Bawang
besar - 3 biji (potong 4)
Daun
limau purut - 3 atau 4 helai
Limau
nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan
Batang
saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika
rasa perlu untuk tambahkan kepedasan)
Sos ikan
- dalam 1 atau 2 sudu
Air
Garam
Bahan
perasa - jika berminat
Cara memasak:
1.
Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A).
2.
Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3.
Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini,
sedikit air perlu !
4.
ditambah, hanya utk menyempokkan daging.
5. Bila
daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak.
Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada
didalam periuk tu.
6.
Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak.
7.
Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau
purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin
anda telah berpuas hati).
8.
Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan
garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan
api.
9. Akhir
sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.....
________________________________________
16) Nasi Ayam Hakka
Bahan-bahan:
1 ekor
ayam segar
Kicap
cair (Cap Camel)
Minyak
Bijian Bawang merah 1 biji
Bawang
putih 3 biji
1 ketul
kecil halia
Beras 2
tin susu
1 sudu
besar garam
1 sudu
kecil Ajinamoto
Sedikit
lada putih
Cara memasak:
1. Rebus
ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk
paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat
ditembusi.
2. Toskan
ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti
dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
3. Biar
ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita
memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong
ketika panas.
4. Air
rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk
terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras
beras)
5.
Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
6.
Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada
putih.
7. Biar
nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
________________________________________
17) Mee Rebus
Bahan-bahan:
1 paket
mee kuning - celur
Bahan sayuran:
50 sen
Taugeh - celur
Sedikit
daun sup - hiris nipis
Sedikit
daun bawang - hiris nipis
Bawang
goreng
4 keping
tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji
Cili hijau - dihiris nipis
Limau
nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur
rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
Sedikit
minyak untuk menumis
4 sudu
cili kering yang di kisar
3 biji
bawang merah - kisar
3 sudu
lengkuas yang di kisar
4 batang
serai dikisar halus
2 biji
bawang putih - kisar
RM 3
udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm
udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi
keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu
gula atau secukup rasa
garam
secukup rasa
Sedikit
ajinomoto
4 sudu
sos tomato
Air -
agak-agaklah
Cara memasak:
1.
Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang
kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
2.
Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3.
Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam,
gula, aji,sos tomato.
4.
Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
________________________________________
18) Daging Masak Kicap
Bahan-bahan
400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis
atau di potong dadu kecil)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti
dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)
Cara Memasak:
1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih
dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan
tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada
kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.
2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap
pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam,
masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa,
masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air,
akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang
agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.
( kalau nak rebus daging sampai empuk pun
boleh, bila masak tu boleh kurangkan kuantiti airnya)
_______________________________________
19) Ayam Golek Seri Pahang
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam
gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa
Cara
memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari,
garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian
didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan
kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara
api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah
yang selebihnya.
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa
tersendiri. hidangkan bersama minuman.
________________________________________
20) Kari Kepala
Ikan
Bahan-bahan:
1 kg kepala ikan
50 gm bawang merah
30 gm halia (dikisar)
30 gm bawang putih (dikisar)
50 gm cili kering (dikisar)
50 gm ketumbar
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas
10 gm serbuk lada putih
40 gm serbuk kunyit
1 liter santan kelapa
20 gm garam
10 biji kacang bendi
6 biji terung
Cara
memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering.
Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa.
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu
masukkan santan, kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga
separuh masak.
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan
serbuk perasa secukup rasa.
________________________________________
21) Black Pepper Steak
Bahan-bahan:
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti
dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!)
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal
1/2 inci)
1/2 cawan kicap manis
1 cawan air
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal
1/4 inci)
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang
sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa
lagi dah)
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6)
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2
sudu besar air (untuk memekatkan kuah)
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Cara
memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci.
Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia
dan lada hitam.
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah,
kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam.
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga
daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu).
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar
hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato.
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang
besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung
dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi.
8. Siap untuk dihidang.
Tips:
Stik ini enak dimakan bersama "garlic
toast" dan french fries.
________________________________________
22) Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara
memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam
periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya
tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia
untuk dihidang.
________________________________________
23) Asam Pedas Tumis (Melaka)
Bahan-bahan:
ikan
serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo
melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang
7/8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sebesar ibu jari kaki belacan
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga
gunakan kunyit serbuk)
air asam jawa
cili yang telah diblander(dapat yang digiling
lebih sedap)
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
sedikit halba
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak
kuah dan ikan banyak mana.
garam secukup rasa
perasa ajinomoto jika suka.
Cara
memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat.
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh
lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih
kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
5. Masukkan bawang
merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu
besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing
(macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah
air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang
telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips :
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya)
dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next
time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan
bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap...
________________________________________
24) Soto Ayam
Bahan A
1 ekor ayam di potong ikut suka
3 biji bawang besar (potong 4)
5 ulas bawang putih (di ketuk je)
2 inci halia (di mayang)
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah)
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang,
kayu manis)
Cara
memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah
sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B
10 bijik bawang merah
Cara
memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru
(minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak
tu kedalam sup yang dah masak tu.
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan C
Daun sup dan daun Bawang
Di potong dan masukkan dalam sup tu.
Sambal kicap
Bahan-bahan:
20 bijik cili api
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2
belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sikit gula
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah
lumat
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang
kicap, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan .
________________________________________
25) NASI PAPRIK
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
Cara
memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan
bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos
tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi
ayam/daging.
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang
panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
________________________________________
26) Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras
pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang
mancis)
Garam dan gula secukup rasa.
Cara
memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit
gula dan garam
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih
(seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam
pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke
dalam sebuah mangkuk besar
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata
dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia
dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal
kelapa.
Gulai
ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan,
lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas,
tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu
makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau
kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara
memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan
selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
Pijarkan minyak di dalam periuk
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia,
sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna)
dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan
asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
Masukkan santan pekat dan asam gelugor
Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau
sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum
dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal
kelapa untuk Nasi Dagang
Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya
sahaja
Cara
memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit.
Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh
kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal
kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.
________________________________________
27) Mee Bandung Muar (resepi asli Muar)
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus,
toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
(alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung
Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs,
sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual
preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka
(dihiris)
NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang
rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa.
Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee
bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.
Cara
memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air
rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan
sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no.
15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging
dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak
in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu
orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur,
sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan
mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak
diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
________________________________________
28) Gulai nenas ikan kering orang utara
Bahan-bahan:
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering
1 biji nenas
Isi / tulang ikan talang kering
Santan
garam
bawang merah
daun kari
minyak untuk menumis
Cara
memasak :
1. Ikan talang direndam.
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama
dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian
masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih.
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai
tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu)
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis
didalam kuali bersama-sama dengan daun kari.
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama
minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi.
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi.
7. Siap dan boleh dimakan.
________________________________________
29) Ayam Bercili masak ketumbar
Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putihditumbuk lumat
sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping
Cara
memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing
bolehlah diangkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat
sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan
bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah
minyak.
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis
yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang
sederhana).
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan
sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan.
Hidangkan
________________________________________
30) Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa
(ayam bandar))
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak
tahan pedas boleh kurangkan sikit)
1 inci kunyit hidup
2-3 batang serai (dititik)
santan (dr sebiji kelapa)
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam
bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara
memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup +
bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali
beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra
hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit
minyak
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak
perlu..nanti tak pure)
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas
bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, masukkan selepas masukkan
santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.
Simple je kan resepi yang di share.. Boleh laa cuba nanti.. Tapi ingat.. Masak jangan sampai membazir ye.. Selamat berpuasa :)
Updated : 19/06/2015 by Nadia Dscarnia