Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Saturday, 20 April 2013

Blogger Kpop?



Assalamualaikum dan salam ceria ~

Hujung minggu ni kan rasa macam malas sangat nak bergerak.
Rasa macam nak duduk mengadap lappy je 24jam.
Tapi kalau rasa macam nak lappy cepat meletop buat laa -_-"

Maka di kesempatan ni nak share laa.
Nia kalau ngadap lappy ke, nak tido ke, mesti Nia layan satu lagu Kpop ni.
Nia bukan la peminat tegar Kpop.
Malah kalau sebut nama penyanyi Kpop pun kadang- kadang  sempat melopong 3 saat. heh

Tapi ada 1 je lagu ni. 1 je. Nia download tahun lepas bulan Mac.
Boleh dikatakan agak lupa laa kenapa Nia download lagu ni.
Mungkin permintaan pendengar kot (masa Nia masih aktif jadi DJ online)

Tapi sejak tu dan lebih parah sejak akhir-akhir ni Nia boleh dikatakan setiap hari Nia dengar lagu ni.
Tajuk lagu dia ialah:-
 Davichi & T-ara(다비치&티아라) _ We were in love(우리 사랑했잖아)
(siap copy paste dari tittle lagu dalam lappy ni)

Maka hari ni tergerak la hati nak tgk kat youtube kot-kot ada video lyric - translation
Maka jumpalah video ni :-



Sedapkan melody dia.
Tu la muzik. 
Universal.
Biarpun selama ni Nia setakat dengar je lagu ni tanpa faham maksud sebenarnya.
Tak kenal pun siapa penyanyi dia.
Lagu ni je la kan tetap menjadi lagu pilihan untuk feeling Kpop selama-lamanya ~

p/s: Lagu Kpop apa lagi ek yang tengah best kat radio?

PHD - Double Sensation



Assalamualaikum dan salam ceria ~

Sejak akhir-akhir ni kan Nia macam selalu ketagih makan Pizza.
Hari tu masa birthday Ibu da beli.
Hari ni beli lagi.

Kalau tengok kat TV iklan Pizza ni memang tak kelip mata!
Sebab nak pastikan sama ada PizzaHut atau PHD.

Ye laa.. Kalau kat PizzaHut kita kena dress up, pergi sana, makan kat sana.

Kalau PHD, bangun tido, air liur basi masih berkopeng-kopeng pun, da boleh call
1300-82-2020 lepas tu order nak pizza apa, topping apa, nak nantikan dia sampai dalam masa kurang 30minit da boleh sempat mandi siap gosok gigi sekali.

Tapi sebenarnya kalau tak nak mandi pun takpe sebab bukan orang yang hantar pizza tu nak cium kita pun kan? hahahaa

Hatta dipendekkan cerita, tadi balik kerja, dapat laa pamplet PHD pasal Double Sensation!
Huuiiiii bila baca :-

Cheesy Lava Crust
A  ring of melted cheese in crust, topped with succulent pepperoni, capsicums and mushrooms on a bed of honey barbeque sauce.
Cheesy Sausage Stuffed Crust 
A ring of delightful cheesy sausages in a golden Parmesan cheese crust that is topped with tender chicken rolls, caramelized onions and salsa sauce.

Terus call tak pikir panjang.
Nia order yang Double Sensation 1
Ada 1 Regular Double Sensation Pizza, 2 Soup, dan 1 Garlic Bread.
Harga?
RM28.90

Jimat kan? Rasa berbaloi sangat!
Walaupun Nia ni bukan la seorang penggemar Capsicums dan Mushrooms untuk topping pizza.
Nia abaikan je!
Sampai bersusun Capsicums dengan Mushrooms kat tepi pinggan.. heh.

Jadi ini adalah untuk tatapan anda.
Sebab kalau nak share pizza nye da happily ever after dalam perut. 
Happy Weekends semua =)




Double Sensation 1

p/s : makan panas-panas memang superb!

Header dan Blog


Assalamualaikum dan salam ceria ~

Hari ni Nia rasa macam rajin pulak nak buat header. 
Idea datang spontan.
Bukak je photoshop.

Edit, Crop, Itu, Ini maka terhasil la header yang anda lihat sekarang ni.
Kalau tak silap da 3 kali kot header Blog Dscarnia ni bertukar.

Ini header yang pertama
Header kedua dan paling lama bertahan (setakat ni)

Dan ini yang terbaru (ketika ini, saat ini)


Tapi tak tahu laa yang ketiga ni akan bertahan sampai bila.
Heheh sekali pandang macam budak-budak punya blog je kan?
Siap ada cupcake segala bagai.
Bentuk LOVE tu memang tak pernah takda!
Ntah la yer. Suka sangat dengan bentuk love.
Nak kata Nia ni macam comel-comel ala Kiyomi takde la sangat.
Kalau brutal boleh tahan laa.. hiks


Ya, Nia tahu susah sangat nak hafal nama blog Nia ni.
DSCARNIA

Sampaikan ada yang eja dcarina, dscarina, dcania.
Sabar je laa.. hehee
Kalau agak-agak nak masuk lagi blog Nia ni.
Cuba hafal ejaan dalam 3, 4 jam (ewah)
Tak pun bookmark je..
Senang nak brows next time :)

Papepun dengan harapan jumlah readers bertambah dari bulan ke bulan.
Nia cukup berterima kasih kepada anda 
yang menyumbang kepada peningkatan jumlah pageviews setiap hari. 
Walaupun tak konsisten (eh cerewet pulak Nia ni) tapi Nia berterima kasih sangat 
sebab walaupun blog ni baru 4 bulan, 
tapi pageviews blog ni da capai targetnya yang tersendiri dan mengalahkan blog Nia yang lain-lain sebelum ni. 

Terima kasih semua =)

Wednesday, 17 April 2013

Wordless Wednesday #1



Assalamualaikum dan salam ceria.

Okay.. Ni 1st time kot (dalam blog ni) Nia buat Wordless Wednesday.
Jadi, tadaaaaaaaaaaaa!!!



Untuk Hidangan : 2 Orang


p/s : kalau pasal makan lupa diet! -.-"

Sunday, 7 April 2013

Media Sosial dan Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna



Assalamualaikum dan salam ceria~ 

Pejam celik pejam celik dan masuk bulan 4. Cepat betul masa berlalu. Bulan depan da masuk bulan 5. Masuk la juga bulan Rejab kan. Lepas tu Syaaban. Lepas tu Ramadhan. Lepas tu Syawal dan yay! Amboii Nia ingat nak raya je ekh. Persoalan kepada diri sendiri dan mungkin kepada yang membaca entry blog ini.

“Da ganti puasa ke belum?”

Heheh kalau belum, boleh la mula ganti puasa esok ye. :)

Lama juga Nia tak buka dashboard blogger ni. Asyik sangat dengan media sosial lain seperti Instagram, Keek, dan We Chat, sampaikan Blogspot di anak tiri kan. Maaf sayang. Tapi tu la hakikatnya seorang manusia bernama Nurul Nadia (dscarnia), suka ikut apa yang tengah trending. Kalau boleh tak nak terlepas benda2 yang baru.

Lagi-lagi bila da guna Ninetology Black Pearl 2 ni, memang aktif download aplikasi media sosial, ibarat dunia tanpa sempadan.

Maka sukalah Nia untuk mempromosikan sekali lagi Instagram Nia. Boleh follow kat http://www.instagram.com/dscarnia .

Di Keek pula boleh follow kat http://www.keek.com/dscarnia kalau tak boleh klik kat link tu, jangan malu-malu untuk taip kat search : dscarnia . Tapikan harap maklum laa kalau kat keek tu belum ada video lagi. Sebenarnya da ada hari tu masa mula-mula daftar. Tulis skrip hafal selama 5 minit lepas tu buat video dengan muka poyo sambil kata,

“Hai, Assalamualaikum saya Nia. Ok ni video pertama saya di keek. Ok sebenarnya saya tak biasa bercakap depan kamera. Tapi sebab sekarang ni da memang trend kan orang buat video letak kat keek. So apalah salahnya kalau kita cuba benda yang baru kan? Apapun salam perkenalan dari saya , jumpa lagi dalam video yang akan datang, byeeeee..”

Tengok 4, 5 kali lepas tu monolog sorang diri

“Apasal la skema sangat video aku ni?”

Tekan edit, lepas tu delete. Muarghahaha. Sadis.

Jadi sejak tu main la skodeng-skodeng je Keek orang. Paling enjoy tengok keek Hanis Zalikha, Lisa Surihani dengan Fynn Jamal. Sempoi Juna dengan muka kiut dia aishh untungnya dapat baby comel macam tu :’)


Lepas tu kan, join We Chat. Yeah We Chat. Jangan bukak google translator lepas tu taip We Chat belah kiri skrin pastu translate ke Malay ok. Sebab nanti dia keluar “kita berbual”. Itu semua salah dan menyusahkan. Paling senang tengok iklan kat TV. Kalau keluar muka Lisa Surihani berchatting dengan Shaheizy Sam lepas tu Shaheizy Sam buat video call dan do the harleem shake. Maka itulah dia We Chat.

Hey senang cerita sejak akhir-akhir ni rasanya nak buat semua akaun media sosial yang ada dalam dunia ni dengan nama dscarnia. Tapi tu laa dalam sehari cuma ada 24 jam. Macam mana nak manage akaun media sosial banyak-banyak kan? Maka buat la semuanya dengan smartphone (ehem cinta hatiku – Mr Ninetology Black Pearl 2). Tak wajib pun buat akaun media sosial ni. Tapi kalau rasa macam curious tak salah pun kalau buat. Bukan rugi papepun kan. Tapi ingat! Tak semua benda yang kita boleh share dengan orang apatah lagi dengan orang yang baru kita kenal terutamanya melalui media sosial.

Pesanan kepada diri sendiri dan anda yang membaca entry ini (terutamanya perempuan!).

Gambar peribadi, update pasal lokasi kita berada, dan lain-lain perkara yang sulit tu kalau boleh jangan la kerap sangat share kat media sosial. Sekali dua kali mungkin ok. Kalau selalu sangat, hey mungkin bahaya. Contoh, kalau dalam friendlist FB kita ada 1000 orang tak semestinya 1000 orang tu ikhlas nak berkawan dengan kita. Maybe just nak stalk kita. Lepas tu jaja cerita tentang kita yang bukan-bukan. Maybe tu perkara kecik. Dosa biarlah orang tu tanggung. Tapi macam mana pula kalau salah seorang dalam friendlist kita yang seribu tu ada seorang peragut atau perogol bersiri atau seorang penculik? Jeng jeng jeng.

Lepas tu kalau ada gambar-gambar yang tak manis (seperti nampak susuk tubuh badan, pegang-pegang dengan kekasih) jangan la upload dan share kat media sosial. Selain ada kebarangkalian untuk dicemuh someone dalam friendlist kita. Nia sejujurnya kadang-kadang sampai tergelak terbahak-bahak bila teringat jenaka,

A : aku dah putus dengan awek aku
B : si tuttttttttt tu ke?
A : yela.pastu dia nak kasi aku jealous dia hntar gambar2 dia dgn balak baru dia..siap peluk2 cium bagai..
B : siot betul lah..abis ko buat apa?
A : aku send gambar tu kat ayah dia

Hahahaaa. Padan muka :’D Hakikatnya memang begitu laa kan. Tak semua orang ada niat yang baik terhadap kita. Tak semua orang yang kita kenal melalui media sosial tu jujur, baik. Amalan tipu status, da kahwin kata single tu memang perkara biasa. Kadang-kadang bila kita da mengaku status kita da berkahwin pun dorang tak percaya. Hahaa -..-“

Lepas tu, bila kita berkenalan dengan seseorang melalui media sosial (chatting macam we chat) kan. Confirm la ayat “Nak tengok gambar U” tu memang tak sah kalau tak taip. Kalau zaman dulu, zaman SMS, bila orang tu minta MMS kan gambar memang boleh kelentong,

 “Sorry la handphone saya takda kamera”.

Tapi zaman sekarang ni, nak guna alasan lapuk camtu walhal da mention,

“I ada account Instagram”

memang nak kena sekeh la kan? Lepas tu orang tu minta gambar kita, tak nak bagi rasa serba salah pulak. Lagi-lagi kalau dia da pujuk da merayu kan. Kononnya kita pula yang tak ikhlas nak berkawan dengan dia. Hah confirm rasa serba salah dan cair. Bila da bagi gambar yang sopan (contohnya bertudung) , dia minta pula gambar lain, gambar lain, gambar lain dan lepas tu gambar yang tak berapa sopan (free hair, pakai seksi). Lepas tu dia minta pula _______________(fill in the blanks).

Girls be allert. Kalau jumpa dengan orang macam ni. Lupakan je laa. Block terus dari hidup anda. Orang macam ni bukan ikhlas pun nak berkawan. Apa yang dia nak? Kesempatan yang dia tak boleh dapat dengan bakal isteri dia (atau mungkin isteri dia). Jika anda seorang bujang (wanita terutamanya) jagalah maruah anda. Kalau di alam nyata, anda seorang yang bertudung. Berpakaian yang sopan. Jadi apa motif anda beri gambar anda yang tak bertudung kepada lelaki yang bukan muhrim? Sebab dia pakwe? Dia tunang? Jadi itu tiket dia? Kalau anda seorang muslimah. Nia rasa tak perlulah Nia nak membebel lagi.

Ingat. Kalau seseorang tu ikhlas nak berkawan dia tak kan kisah macam mana rupa kita dan kalau kita buat silap, dia akan tegur kita dengan cara yang paling berhemah dan selalu bagi kita nasihat yang membina. Bukan mengajar kita yang bukan-bukan, bagi harapan dan bila hasrat tak tercapai tinggalkan kita terkontang kanting. Biar sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Ok Bye! :)



p/s: Boleh download semua aplikasi yang disebut di atas di Google Play Store.