Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Friday, 14 February 2014

Sebulan Yang Lalu..

Assalamualaikum dan salam ceria~


Sebulan yang lalu Nia ada cerita kat blog nak buat giveaway kan? 
Tiba-tiba bila masuk bulan Januari senyap je.. 
Bila masuk asyik nampak gambar Pisang Goreng Cheese Coklat je kan? 
Sentap kan.. hmm.. 

Tapi apakan daya, masa tersangatlah mencemburi Nia.. 
Duduk depan lappy tak sampai 10minit dah nak ke sana, nak ke sini.. 
Nak update kat media sosial pun asyik tak sempat je.. 
Bila dah ada masa, idea pulak takde.. 
Lepas tu asyik lupa itu, lupa ini.. 
Hatta, kismis minda amat diperlukan di sini.. -_-"

Update mengenai Lala..
Ingat lagi tak entri Nia pasal Lala sebelum ni?
Kalau tak ingat, boleh baca kat entri ini..
Lala dah tak ada dah.. Dia dah terbang.. :'(
Mula-mula rasa sedih jugak laa..
Tetapi sekarang dah okay! :)

Okay, blog sudah berwajah baru..

Tunggu Nia update pasal hadiah giveaway esok yer.. bye!

Wednesday, 25 December 2013

Header Dan Blog #2



Assalamualaikum, salam ceria dan selamat bercuti :)


Macam mana? Ok tak header baru Nia ni?
Haaa.. Sebenarnya Nia buat header ni ingatkan nak rasmi masa hari ulang tahun blog Nia yang pertama nanti pada bulan Januari 2014.
Tetapi sebab dah terlebih eksaited, akhirnya Nia buat keputusan nak rasmikan awal sedikit.

Idea tercetus apabila Nia tengah pilih-pilih gambar untuk di print.
Ye laa banyak sangat kot gambar kucing-kucing dalam lappy..
Nak delete sayang, jadi kalau print boleh laa masuk dalam album buat tatapan kenang-kenangan..

Maka dalam beratus gambar yang Nia pilih-pilih, Ni laa 5 gambar kucing dan 1 gambar burung yang Nia boleh sesuaikan dengan font broadway ni..
Nia pilih warna hitam untuk font sebab nampak kemas..
Background yang warna turqoise dan heart berlapis atas huruf I tu sekadar penambah warna pada header..

Dekat font tu Nia masukkan gambar kucing-kucing Nia. Lala the Ring Neck Dove pun nak enterframe tau.. Hihii

Huruf D tu nama dia Comel, dia ni adik beradik dengan Puteh.
Huruf S tu si Lala The Ring Neck Dove
Huruf C saje biarkan kosong (takde idea nak letak apa sebenarnya)
Huruf A si dempol yang tengah landing tu nama dia Puteh, abang ke pada cik Comel.
Huruf R tu  Shila Amzah (ok tipu..hihii)
Huruf N tu nama dia Keroo si mata juling.
Huruf I tu pula metot bujang trang tang tang..
Huruf A saje biarkan kosong (pun sama.. takde idea nak letak apa sebenarnya)

Rasa-rasanya header ni akan kekal buat seketika sehingga Nia dapat lagi ilham untuk buat header yang lain. Ok tu je nak update. byeeee :)

P/s: fasal giveaway sempena 1st Anniversary Blog Dscarnia, Nia akan update pada bulan Januari. Hadiah sponsored by Me. Kalau ada yang nak join jadi sponsor sangat dialu-alukan. Macam mana nak sponsor? Boleh contact Nia dekat FB : Blog Dscarnia atau emel sahaja ke nianadiasalleh@gmail.com .

Monday, 22 July 2013

Penyesalan



Assalamualaikum dan salam ceria
Rasanya kalau baca tajuk entry je mesti da tau perasaan Nia sekarang..
sobss.. sobss..

Ya, Nia dilanda penyesalan..
Sebab apa?
Cuba tengok sekeliling blog Nia ni banyak sangat simbol STOP..
Wuwuwuu semua ni pun terjadi atas kesilapan diri Nia sendiri..
Tangan duk gatal pi privatekan gambar kat google plus..
Tak sangka lak boleh effect blog kan? Huhuu
Takpe laa redha je laa dengan kesilapan sendiri..

Kepada semua pembaca blog Dscarnia,
Harap maaf buat masa terdekat ni (2-3-4-5 hari kot) paparan blog Nia macam ni je laa yer.. Heee..


ok byee... selamat berpuasa :)

Saturday, 20 April 2013

Header dan Blog


Assalamualaikum dan salam ceria ~

Hari ni Nia rasa macam rajin pulak nak buat header. 
Idea datang spontan.
Bukak je photoshop.

Edit, Crop, Itu, Ini maka terhasil la header yang anda lihat sekarang ni.
Kalau tak silap da 3 kali kot header Blog Dscarnia ni bertukar.

Ini header yang pertama
Header kedua dan paling lama bertahan (setakat ni)

Dan ini yang terbaru (ketika ini, saat ini)


Tapi tak tahu laa yang ketiga ni akan bertahan sampai bila.
Heheh sekali pandang macam budak-budak punya blog je kan?
Siap ada cupcake segala bagai.
Bentuk LOVE tu memang tak pernah takda!
Ntah la yer. Suka sangat dengan bentuk love.
Nak kata Nia ni macam comel-comel ala Kiyomi takde la sangat.
Kalau brutal boleh tahan laa.. hiks


Ya, Nia tahu susah sangat nak hafal nama blog Nia ni.
DSCARNIA

Sampaikan ada yang eja dcarina, dscarina, dcania.
Sabar je laa.. hehee
Kalau agak-agak nak masuk lagi blog Nia ni.
Cuba hafal ejaan dalam 3, 4 jam (ewah)
Tak pun bookmark je..
Senang nak brows next time :)

Papepun dengan harapan jumlah readers bertambah dari bulan ke bulan.
Nia cukup berterima kasih kepada anda 
yang menyumbang kepada peningkatan jumlah pageviews setiap hari. 
Walaupun tak konsisten (eh cerewet pulak Nia ni) tapi Nia berterima kasih sangat 
sebab walaupun blog ni baru 4 bulan, 
tapi pageviews blog ni da capai targetnya yang tersendiri dan mengalahkan blog Nia yang lain-lain sebelum ni. 

Terima kasih semua =)

Friday, 11 January 2013

Tutorial : Cute Search Box


Assalamualaikum..
Salam Ceria - Ceria ~
Search Box yang Nia pakai sekarang ni..
Simple but nice kan?
Yang paling best boleh tukar-tukar warna mengikut kesesuaian warna blog kita..
1. Dashboard > Design > Page Elements > Add A gadget > pilih HTML/JavaScript
2. Copy code bawah ini :
<form action="/search" id="searchThis" method="get" style="display: inline;"> <input id="searchBox" name="q" onblur="if(this.value=='')this.value=this.defaultValue;" onfocus="if(this.value==this.defaultValue)this.value='';" style="background: #ffffff; border: #ffbf00 dashed 1px; color: #000000; font-size: 12px; width: 150px;" type="text" value="Awak Cari Nak Apa?" vinput="" /> <input id="searchButton" style="background: #fcde85; border: #ffbf00 solid 1px; color: #000000; font-size: 12px; padding-top: 3px;" type="submit" value="Cari" /></form>
ABC : Ubah warna mengikut kesesuaian blog anda. Korang bolehlah try-try untuk puaskan hati. Kod warna DI SINI! ABC : Pattern border boleh pilih antara solid / dashed / dotted. ABC : Ketebalan border.
ABC : Saiz Tulisan
ABC : Saiz lebar search box
ABC : Ubah kepada ayat sendiri
3. Save dan Preview :)
Da siap nanti dia akan jadi macam ni :
Nak lagi cantik, cuba la sendiri :)

Sunday, 6 January 2013

Blog Dscarnia


Assalamualikum dan salam ceria-ceria,

Alhamdulillah tahun 2012 telahpun melabuhkan tirainya. Segala memori dan pengalaman sepanjang tahun 2012 kini hanya tinggal kenangan. Pastinya yang baik dijadikan teladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan agar kesilapan yang lalu tidak berulang lagi (ewah). 

Kepada anda yang sudi singgah blog ini, Nia ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah dan Nia juga ingin mengucapkan Selamat Datang ke Blog Dscarnia J.
Ya, salah satu azam tahun 2013 Nia ialah untuk menulis, menaip, berkarya dan berkongsi  melalui blog secara lebih positif dan cuba memotivasikan diri sendiri menerusi  penulisan dalam apa jua perkara. No more emotional Nia! Heeeee..

InsyaAllah dalam blog ni Nia akan berkongsi tips, resepi,  motivasi, dan juga kehidupan peribadi Nia. Kita semua ada jalan cerita hidup kita sendiri kan? Pengalaman kita dengan orang lain memang tak sama. Tapi sekurang-kurangnya apabila kita berkongsi, sedikit sebanyak kita boleh meredakan seteghresss (stress) kita sekali gus, mana la tau boleh membantu atau  memberi inspirasi kepada orang-orang yang mungkin melalui peristiwa yang hampir sama dengan kita kan? Kan? Kan? (ewah lagi..)

Walau apapun,  doakan yang terbaik la ye dan semoga Nia makin rajinlah hapdet (update) entri-entri baru kat blog berwajah baru ni. *semangat berkobar-kobar* . 

Ok, jumpa lagi kat entri akan datang. 

Bye!

Salam ;)


p/s:  Semoga readers, peepers, dan followers blog ini bertambah. Amin J