Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Showing posts with label Peribahasa. Show all posts
Showing posts with label Peribahasa. Show all posts

Wednesday, 9 July 2014

Alahai Ketumbit

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Sejak tiga hari lepas (07/07/14) mata sebelah kiri Nia rasa lain sangat tau.
Bila duduk diam-diam terasa macam mata tu bergerak sendiri.
Serius panik!
Tapi masih boleh nampak cool B-)

Namun 'ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari'.
Ingatkan esoknya dah ok laa..
Tiba-tiba makin teruk!
Serius dasyat kelopak mata berdenyut-denyut.
Masa tu terdetik dalam hati,
"eh ada apa dalam mata ni?",
"Eh ada ulat ke? Cacing ke?",
"Ya Allah kalau urat mata putus, macam mana nak melihat?"
Seribu penyesalan terbuku dalam hati masa tu.
Lepas tu buat-buat pandai pi tekan keliling kelopak mata yang berdenyut tu.
Dengan harapan kalau ada ulat ke cacing ke mati laa dia kat situ.
Pendek akal betul, kalau dah mati cemana nak keluarkan?
Lagi laa masalah besar -_-"
Tapi pasrah je laa sebab dah buat kan, mata pon dah tak berdenyut lepas tu.

Tido pukul 1, bangun pukul 4.
Masa celik Nia macam pelik laa apahal laa mata ni rasa macam baru lepas nangis?
Pegi kat cermin, hukk aloh!
Bengkak!
Meluru keluar bilik tunjuk Ibu.
Ek eleh, Ibu cakap mata tembel.
Dalam erti kata lain, kena KETUMBIT.
Hahahaa buat panik je.
Haaaa.. Jangan kata Nia mengintai anak bujang orang pulak yer..


Nia pon google laa pasal Ketumbit ni.
Rupa-rupanya Ketumbit ni ada 2 jenis.
1) Akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata.
2) Keradangan disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulumata kalis air atau kalazion (ok tak faham part ni)

Antara tanda-tanda kena Ketumbit selain kelopak mata bengkak dan merah ialah :
* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

Kalau nak baca info lanjut, baca kat link bawah ni :
http://www.sihatselalu.com.my/2009/07/radang-punca-ketumbit.html

Lega sikit hati Nia bila dapat info macam ni.
Tu la bila kita tak tahu, mesti panik.
Lepas tu pandai-pandai buat andaian sendiri.
Bila dah baca ni, takde laa panik sangat.
Barulah rasa normal sangat.
*kalau tak, rasa macam tak normal.

Bayangkan Allah baru uji Nia sikit je dengan Ketumbit Nia dah panik. Tengok orang2 yang Allah uji dengan penyakit yang lebih dasyat, betapa sabar dan kuatnya dorang berjuang.
Memang Nia respect dengan semangat dorang.



Taraaaaa...
Ni laa wajah Nia semalam.
Kira hari puncak laa ketumbit ni membesar.
Punyalah susah nak tido sebab mata gatal.
Pagi ni dah elok sikit.
Alhamdulillah..

Psst..
Orang dulu-dulu kata kalau mata kena Ketumbit maknanya dia duk mengintai anak dara orang lettew.
Secara umum macam tak logik.
Tapi kalau fikirkan betul2, kalau mengintai kan orang biasa duk mengintai kat lubang-lubang kecik.
Lepas tu, lubang kecik tu pulak banyak sangat penghuni, macam labah-labah kecik tu, habuk dan confirm lah ada bakteria.
Bila bakteria terkena mata, tu yang boleh mengakibatkan ketumbit.
Betul ke bohong? Hehee

Ok laa cukup sampai sini dulu.
Assalamualaikum :)

posted from Bloggeroid

Tuesday, 4 March 2014

Sample Percuma #2



Assalamualaikum dan salam ceria :)

Semalam Nia dapat 1 lagi sample daripada Only Beauty.


Alhamdulillah..
Kali ni Nia dapat sample




Terima kasih Only Beauty sebab sentiasa bagi kegembiraan pada Nia :)


Minggu ni, anda masih boleh cuba dapatkan sample Garnier ni tau..

Atau



Tapi.. Kena laa register dulu kat http://www.onlybeauty.com.my/

Lepas tu baru boleh request :)

Bukan senang nak dapat dan bukan susah nak usaha dapatkan sample ni..
Hanya perlu request setiap hari..

"Untung sabut timbul, untung batu tenggelam"
(tak ada istilah untung batu tenggelam sebab kalau tak dapat pun tak rugi apa2.. hehee)


Minggu ni, Nia dah tak request sample Garnier tu..
Sebab dah dapatkan, bagi peluang kat orang lain pulak..
Tapi tengah target si Maybelline Color Sensational Lip Colors tu..
Dengan harapan dapat sample warna Rubilicious..
Tapi..
Kalau dapat yang lain pun tak kisah..
Dapat juga explore kaler apa yang sesuai dengan tona kulit Nia kan.. :)
(kalau dapat laa.. hehe)



Hehee Nia ni asyik dapat sample je..
Tapi belum ada kesempatan nak try semua..
Nak buat review asyik bertangguh je..
Aduyai =_="

Sekarang ni Nia tengah guna produk yang Nia dapat daripada Only Beauty pada bulan Januari yang lalu..


Haa.. Review?
K.I.V dulu yer :)
(entah sampai bila nak KIV nyer -_-")

ok bye!

Monday, 1 July 2013

Safi Balqis Perfect 10



Assalamualaikum dan salam ceria~

Sejak akhir-akhir ni kulit Nia suka buat perangai!
Kalau dulu, pakai pencuci muka je da cukup.
Walaupun tak pakai toner, mosturizer, dan lain-lain kulit tampak 'glowing' je!
heheh bukan sebab kulit licin ke hape, tapi sebab kulit Nia jenis yang berminyak. Hmm..
Tapi sekurang-kurangnya kalau ambil gambar (terutamanya selca) 
nampak ala-ala kulit Shila Amzah gittew.. :P


Tapi sekarang? hmm hmm hmm.. Malu nak citer..
Senang cerita kalau jumpa kat luar mesti tak sama dengan yang dalam gambar.. :(
Sebab tu sekarang, Nia suka dok syok sendiri..
Main mekap2 dalam rumah,lepas tu selca namblasjutakali lepas tu cuci muka lepas tu buat macam takdepape yang berlaku.. 

(mekap cemana sekali pung Dagu tetap Maintain!)

Ibu dengan Abah pun perasan kulit Nia makin teruk..
Senang cerita hari-hari memang akan naik sebijik sebijik jerawat beras 
(ntah ke betul ntah ke tidak nama dia tuu)

Seteghreesss!!!!!
Jari ni pulak, eh eh eh degil! Asyik nak picit-picit je.. Grrr..

Tapikan kata Ibu, ni semua normal. Hormon.
Hatta terima je laa hakikat umur semakin meningkat :(

Tapi.. takkan nak biarkan je sampai teruk kan?

Jadi, minggu lepas Nia pergilah Guardian..
Sebenarnya kalau bab-bab kecantikkan ni, Nia selalu dapat F masa sekolah dulu..
Da kerja ni pun barulah merasa dapat gred E!
Tu pun sebab da pandai sikit bab berhias-hias ni..
Pakai baju kurung, pashima lilit simple dengan handbang ke hulu ke hilir..
Tapi tang kaki??

Selipar Jepun jee.. 
Tettt!! -_-!

Ok berbalik kepada cerita asal.. 
Maka Nia pergi la Guardian cari sesuatu yang sesuai dengan kulit manja ni..
Sampai je tempat penjagaan kulit muka, kepala rasa macam nak pitam..

"Produk apa nak beli? Produk apa nak beli? Produk apa nak beli?"

kebetulan menghadap rak Safi Balqis, tiba-tiba kena tergur dengan promoter kat situ.

Dia tanya "Ms cari apa?" dengan senyuman terukir manis, 
Nia pun jawablah "Saya nak cari sesuatu untuk kulit saya laa.. Makin teruk :("

Ibarat kata pepatah,
"Sekilas Ikan Di Air, Sudah Tahu Jantan Betinanya"

Dia pun terus cadangkan Nia untuk guna 2 produk baru dari Safi Balqis ni :


1)  2 Dalam 1 Pembersih dan Penyegar
2) Losyen Pelembap Kawalan Minyak SPF15

Dengar explanation dia, senyum lebar Nia :)

Kenapa? Sebab kedua-dua produk ni memang ada apa Nia mahukan.

Tapi favourite Nia setakat ni, memanglah Safi Balqis 2 Dalam 1 Pembersih dan Penyegar sebab dia memudahkan kerja Nia! Selain bertindak sebagai pembersih muka, dia juga bertindak sebagai toner. Maka da kira save budget dan masa di situ!


Tak kurang juga dengan Safi Balqis Losyen Pelembap Kawalan Minyak SPF15 sebab selain berfungsi sebagai pelembap, dia juga mengawal minyak dan melindungi dari sinaran UV sebab ada SPF15. 

Harga pun tak mahal tau..
Nia beli kat Guardian dengan harga :
RM13.48 untuk Safi Balqis 2 Dalam 1 Pembersih dan Penyegar
RM16.88 untuk Safi Balqis Losyen Pelembap Kawalan Minyak SPF15
(*** Bukan harga tetap)

Kalau nak cakap pasal berkesan ke tidak, 
setakat ni Nia rasa macam ok laa..
Jerawat beras tu setakat ni belum keluar lagi..
Jerawat yang lama-lama pun menyusut 
(sebab jari ni di kuarantin daripada menyentuh kulit pipi lama-lama, terutama kuku!)
Pori-pori da semakin mengecil..
Senang cerita kalau pandang cermin, 
muka senang hati memang terserlah!

Untuk Info Lanjut boleh kunjungi :

Sunday, 7 April 2013

Media Sosial dan Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna



Assalamualaikum dan salam ceria~ 

Pejam celik pejam celik dan masuk bulan 4. Cepat betul masa berlalu. Bulan depan da masuk bulan 5. Masuk la juga bulan Rejab kan. Lepas tu Syaaban. Lepas tu Ramadhan. Lepas tu Syawal dan yay! Amboii Nia ingat nak raya je ekh. Persoalan kepada diri sendiri dan mungkin kepada yang membaca entry blog ini.

“Da ganti puasa ke belum?”

Heheh kalau belum, boleh la mula ganti puasa esok ye. :)

Lama juga Nia tak buka dashboard blogger ni. Asyik sangat dengan media sosial lain seperti Instagram, Keek, dan We Chat, sampaikan Blogspot di anak tiri kan. Maaf sayang. Tapi tu la hakikatnya seorang manusia bernama Nurul Nadia (dscarnia), suka ikut apa yang tengah trending. Kalau boleh tak nak terlepas benda2 yang baru.

Lagi-lagi bila da guna Ninetology Black Pearl 2 ni, memang aktif download aplikasi media sosial, ibarat dunia tanpa sempadan.

Maka sukalah Nia untuk mempromosikan sekali lagi Instagram Nia. Boleh follow kat http://www.instagram.com/dscarnia .

Di Keek pula boleh follow kat http://www.keek.com/dscarnia kalau tak boleh klik kat link tu, jangan malu-malu untuk taip kat search : dscarnia . Tapikan harap maklum laa kalau kat keek tu belum ada video lagi. Sebenarnya da ada hari tu masa mula-mula daftar. Tulis skrip hafal selama 5 minit lepas tu buat video dengan muka poyo sambil kata,

“Hai, Assalamualaikum saya Nia. Ok ni video pertama saya di keek. Ok sebenarnya saya tak biasa bercakap depan kamera. Tapi sebab sekarang ni da memang trend kan orang buat video letak kat keek. So apalah salahnya kalau kita cuba benda yang baru kan? Apapun salam perkenalan dari saya , jumpa lagi dalam video yang akan datang, byeeeee..”

Tengok 4, 5 kali lepas tu monolog sorang diri

“Apasal la skema sangat video aku ni?”

Tekan edit, lepas tu delete. Muarghahaha. Sadis.

Jadi sejak tu main la skodeng-skodeng je Keek orang. Paling enjoy tengok keek Hanis Zalikha, Lisa Surihani dengan Fynn Jamal. Sempoi Juna dengan muka kiut dia aishh untungnya dapat baby comel macam tu :’)


Lepas tu kan, join We Chat. Yeah We Chat. Jangan bukak google translator lepas tu taip We Chat belah kiri skrin pastu translate ke Malay ok. Sebab nanti dia keluar “kita berbual”. Itu semua salah dan menyusahkan. Paling senang tengok iklan kat TV. Kalau keluar muka Lisa Surihani berchatting dengan Shaheizy Sam lepas tu Shaheizy Sam buat video call dan do the harleem shake. Maka itulah dia We Chat.

Hey senang cerita sejak akhir-akhir ni rasanya nak buat semua akaun media sosial yang ada dalam dunia ni dengan nama dscarnia. Tapi tu laa dalam sehari cuma ada 24 jam. Macam mana nak manage akaun media sosial banyak-banyak kan? Maka buat la semuanya dengan smartphone (ehem cinta hatiku – Mr Ninetology Black Pearl 2). Tak wajib pun buat akaun media sosial ni. Tapi kalau rasa macam curious tak salah pun kalau buat. Bukan rugi papepun kan. Tapi ingat! Tak semua benda yang kita boleh share dengan orang apatah lagi dengan orang yang baru kita kenal terutamanya melalui media sosial.

Pesanan kepada diri sendiri dan anda yang membaca entry ini (terutamanya perempuan!).

Gambar peribadi, update pasal lokasi kita berada, dan lain-lain perkara yang sulit tu kalau boleh jangan la kerap sangat share kat media sosial. Sekali dua kali mungkin ok. Kalau selalu sangat, hey mungkin bahaya. Contoh, kalau dalam friendlist FB kita ada 1000 orang tak semestinya 1000 orang tu ikhlas nak berkawan dengan kita. Maybe just nak stalk kita. Lepas tu jaja cerita tentang kita yang bukan-bukan. Maybe tu perkara kecik. Dosa biarlah orang tu tanggung. Tapi macam mana pula kalau salah seorang dalam friendlist kita yang seribu tu ada seorang peragut atau perogol bersiri atau seorang penculik? Jeng jeng jeng.

Lepas tu kalau ada gambar-gambar yang tak manis (seperti nampak susuk tubuh badan, pegang-pegang dengan kekasih) jangan la upload dan share kat media sosial. Selain ada kebarangkalian untuk dicemuh someone dalam friendlist kita. Nia sejujurnya kadang-kadang sampai tergelak terbahak-bahak bila teringat jenaka,

A : aku dah putus dengan awek aku
B : si tuttttttttt tu ke?
A : yela.pastu dia nak kasi aku jealous dia hntar gambar2 dia dgn balak baru dia..siap peluk2 cium bagai..
B : siot betul lah..abis ko buat apa?
A : aku send gambar tu kat ayah dia

Hahahaaa. Padan muka :’D Hakikatnya memang begitu laa kan. Tak semua orang ada niat yang baik terhadap kita. Tak semua orang yang kita kenal melalui media sosial tu jujur, baik. Amalan tipu status, da kahwin kata single tu memang perkara biasa. Kadang-kadang bila kita da mengaku status kita da berkahwin pun dorang tak percaya. Hahaa -..-“

Lepas tu, bila kita berkenalan dengan seseorang melalui media sosial (chatting macam we chat) kan. Confirm la ayat “Nak tengok gambar U” tu memang tak sah kalau tak taip. Kalau zaman dulu, zaman SMS, bila orang tu minta MMS kan gambar memang boleh kelentong,

 “Sorry la handphone saya takda kamera”.

Tapi zaman sekarang ni, nak guna alasan lapuk camtu walhal da mention,

“I ada account Instagram”

memang nak kena sekeh la kan? Lepas tu orang tu minta gambar kita, tak nak bagi rasa serba salah pulak. Lagi-lagi kalau dia da pujuk da merayu kan. Kononnya kita pula yang tak ikhlas nak berkawan dengan dia. Hah confirm rasa serba salah dan cair. Bila da bagi gambar yang sopan (contohnya bertudung) , dia minta pula gambar lain, gambar lain, gambar lain dan lepas tu gambar yang tak berapa sopan (free hair, pakai seksi). Lepas tu dia minta pula _______________(fill in the blanks).

Girls be allert. Kalau jumpa dengan orang macam ni. Lupakan je laa. Block terus dari hidup anda. Orang macam ni bukan ikhlas pun nak berkawan. Apa yang dia nak? Kesempatan yang dia tak boleh dapat dengan bakal isteri dia (atau mungkin isteri dia). Jika anda seorang bujang (wanita terutamanya) jagalah maruah anda. Kalau di alam nyata, anda seorang yang bertudung. Berpakaian yang sopan. Jadi apa motif anda beri gambar anda yang tak bertudung kepada lelaki yang bukan muhrim? Sebab dia pakwe? Dia tunang? Jadi itu tiket dia? Kalau anda seorang muslimah. Nia rasa tak perlulah Nia nak membebel lagi.

Ingat. Kalau seseorang tu ikhlas nak berkawan dia tak kan kisah macam mana rupa kita dan kalau kita buat silap, dia akan tegur kita dengan cara yang paling berhemah dan selalu bagi kita nasihat yang membina. Bukan mengajar kita yang bukan-bukan, bagi harapan dan bila hasrat tak tercapai tinggalkan kita terkontang kanting. Biar sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Ok Bye! :)



p/s: Boleh download semua aplikasi yang disebut di atas di Google Play Store.

Saturday, 9 March 2013

Mi Maggi



Assalamualaikum dan salam ceria~ 

Maggi dengan Nia, bagaikan aur dengan tebing, bak irama dan lagu. Tak boleh dipisahkan.
Agak2 kalau lapar ke malas nak masak makanan yang complicated ke, mesti masak mi Maggi. Kadang-kadang tu bukan jenama Maggi pun, tetap cakap “Ibu, nak mi Maggi?”. Mungkin sebab da biasa kot. Yelah, dulu mana ada jenama lain kan, kalau ada pun boleh kira dengan jari. Sekarang ni, macam-macam ada. Akan tetapi, mi Maggi tetap di hati. Malah, masakan pertama Nia yang paling sedap selain goreng telur mata kerbau yang tak hangus, ialah Mi Maggi Kari. Masa tu dalam umur 12 Tahun kot. ('',) heh

Umum ketahui mi Maggi tampil dengan pelbagai perisa. Mi Maggi yang paling Nia suka ialah Maggi Tom Yam. Kalau demam, masak dua bungkus, confirm kebah!.
Tak kurang dengan Maggi Kari, pecah telur sebijik. InsyaAllah kenyang 2 jam. Hihii 2jam je laa lepas tu lapar balik -..-“ .
Lepas tu kalau Maggi Ayam, Nia suka campur dengan isi ayam, lepastu nak makan, perah sebiji limau kasturi. Perghh!!

Dan baru-baru ni, kalau anda perasan. Mi Maggi tampil dengan lagu baru! Nia paling suka irama dia. 



Tet tenenenet tet tenenenet <--- irama yang paling Nia suka! 

Verse 1:
Dulu kini hanya ini pilihan hati 
Tiada ganti yang selazat ini 
Harum sekali, rasa asli, ku nikmati berkali-kali 
Syok tak terperi 

 Chorus :
 Mi Maggi senang dimasak lazat dimakan 
Hanya kau yang ku damba sepanjang masa 
Mi MAGGI senang di masak lazat di makan
Satu satunya, satunya, selamanya 

 Verse 2: 
 Dari kecil hingga meningkat ke dewasa 
Di mana saja, kota dan di desa 
Saat saat indah sukar ku lupa 
Sajian dikongsi bersama sama 
Penuh ceria~ 

Lepas tu part Chorus yang “Mi Maggi senang dimasak lazat dimakan” da macam virus dalam kepala ni. Tapi virus yang baik laa, sebab senang nak ingat lagu dia.Walau tak hafal verse kan, tetap boleh enter frame part yang Mi Maggi senang dimasak lazat dimakan! heheh

Ok bye! Nak masak Maggi :)

Saturday, 19 January 2013

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih



Assalamualaikum dan salam ceria-ceria~

Entah mengapa hari rasa tersangatlah malas nak mandi. Da nak masuk petang, tapi air sejuk macam waktu subuh! Maka berlegarlah di ruang monolog diri ku ini peribahasa "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih".

Hidup ni macam roda. Semalam kita perli orang

"Eleh, Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih bukan susah pun nak ....."

dan hari ni kita pula yg lebih layak gunakan peribahasa tu -.-"

Maka terdetiklah di hati ni, mengapa? Mengapa diri ini perlu gunakan alasan "air sejuk" semata-mata malas nak mandi? Well, sebab tu je kot alasan yg paling munasabah. Eh jap! Ada alasan yg lagi baik? Sebab saya masih wangi lagi. Ya, saya masih wangi setelah lebih 12jam tak mandi.

Sabun apa yang saya pakai? Dettol! Dettol takde la wangi sangat kan? Tapi saya masih wangi! Maybe sebab pakai minyak wangi? oh terlupa! Tadi seluk-seluk dalam handbag, ada sample minyak wangi dan saya cuba pakai. MasyaAllah wangi tak terkata that's why saya rasa macam saya wangi sampai la sekarang ketika menaip entri ini.

Tetapi apa kaitan antara "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih" dengan wangi dan tak mandi? Tak ada.
Saje nak taip panjang-panjang supaya sekali pandang, Nia nampak seperti seorang yang sangat rajin menaip -.-"

Baru-baru ni Abah ada kemas-mengemas barang-barang dia. Sekali Abah terjumpa la copy result SPM Nia. Keputusan 3A, 4B, 3C untuk SPM 2008. Kira ok la kot? Tiba-tiba ,

Abah : Kenapa awak tak nak sambung study?
Nia    : (tergamam)
Abah : Awak sambung la belajar jarak jauh. Cuba tengok-tengok kat internet. Mana tahu ada kos yang awak minat.
Nia    : (masih tergamam)
Abah : Result awak ok, cuba la mohon mana-mana. Bila kita ada kelulusan, senang nak dapat kerja.
Nia    : (masih tergamam lagi)

Lama juga Nia terfikir, masih mampu ke Nia nak timba ilmu? Buat assigment? Oh my.. Jari kaki dan tangan tetiba sejuk macam baru lepas jumpa Cik Han (pandai-pandailah sambung). Niat nak sambung study memang ada. Tapi, sekali lagi Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.

Masa bercita-cita nak buat pavlova juga. Niat nak buat Pavlova da pasang sejak bulan August 2012. Kalau mengidam ni, anak keluar mesti meleleh-leleh je dia (sorry baby) tapi nasiblah belum mengandung lagi kan? Resepi da ada, bahan pun da ada (tapi sekarang bahan takda laa) tapi tak buat-buat. Nia, Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.

Tapi tu laa, kadang-kadang bukan sebab kita malas dan bagi macam-macam alasan untuk buat sesuatu perkara tu dengan sengaja. Tapi sebab takdir. Apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita ada hikmah yang tersendiri.

 Macam ada sekali tu, Nia da rancang dari malam nak buat kek coklat keesokkan paginya. Tapp!! Tiba -tiba esoknya blackout. Lepas tu, macam kes Nia tak melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah sekarang Nia da dapat bos yang baik.

Peribahasa "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih" tak la teruk sangat kan? Cuma tu je laa, nak mandi, tapi sejuk. Mandi air sejuk baik ke tak eh? Ke bagus mandi air panas? Da pukul 3 lebih ni Nia.....

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih -.-"

p/s: Tolong kira kan ada berapa banyak ayat Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih dalam entri ni? Tolong ye kira kan untuk kita. Jangan malas-malas! Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih!!

p/s lagi: Terima kasih Abah, sebab belikan Yaya laptop ni. Alhamdulillah banyak jasa laptop ni. Terima kasih Ayep sebab banyak install kan apa-apa yang kurang dan belikan broadband. Terima kasih banyak-banyak ^_^

Ok Byeee :)