Assalamualaikum dan
salam ceria!
Selamat hari raya :)
Pernah tak berada
dalam situasi di mana susah sangat nak dapat teksi terutamanya ketika waktu
puncak?
Contohnya kalau tunggu
teksi kat tepi jalan, bila nak tahan je mesti da ada penumpang.
Ataupun da cuba
telefon Radio Teksi tapi operator tu bagi jawapan,
“Maaf Cik tak ada
teksi berhampiran..”
Pernah tak? Pernah tak?
Hmm..
Ni la masalah
dunia yang selalu Nia hadapi.
Nak memandu takda lesen, penakut pulak tu.
Nak
berjalan sorang-sorang memang tak lah..
Hatta pengangkutan awam je laa pilihan
terakhir.
Antara yang kerap Nia gunakan ialah Teksi!
Dulu..
Nia selalu
telefon Radio Teksi je.
Tapi baru-baru ni ketika berjalan-jalan dalam Google
Playstore terjumpa pula applikasi baru untuk menempah teksi secara dalam talian
iaitu MyTeksi!
Untuk makluman semua, MyTeksi ni baru diperkenalkan dalam Malaysia.. Dalam 1-2 bulan je kalau tak silap.. Kalau kat KL atau Selangor da memang ramai yang guna. Kat Johor ada, Seremban ada, lain-lain tempat Nia kurang pasti tapi boleh cuba laa muat turun.
Semasa mula-mula buka aplikasi ni, apa yang anda kena buat dulu ialah daftar dulu maklumat peribadi. Takda la terperinci sangat, dia cuma minta Nama, Email dan No. Telefon. Nanti dia akan hantar kod pengesahan kat telefon, dan kod tu nanti kena masukkan dalam aplikasi ni. Da siap sesi pendaftaran, da boleh guna aplikasi ni bila-bila masa.
Untuk percubaan pertama Nia pilih destinasi dari pejabat ke rumah Nia. Icon MyTeksi dalam gambar kat atas ni menunjukkan teksi-teksi yang ada berhampiran dengan tempat Nia. Bila mereka terima warna keliling icon tu akan bertukar kepada hijau dan kalau mereka tolak akan bertukar kepada merah. Sekiranya ada 3-4 teksi yang hijau, jangan risau sebab hanya 1 (satu) teksi yang paling dekat dengan anda je akan datang.
Gambar kat atas ni menunjukkan maklumat peribadi pemandu yang ambil Nia hari tu. Siap dengan nombor teksi, anggaran tambang dan nomber telefon pemandu tu sendiri. Disebabkan pertama kali guna, tak malu tak segan Nia terus telefon pemandu tu sebab nak pastikan betul ke tipu ni.. hehee
Yang paling best, setiap pergerakan teksi ni kita boleh pantau step by step (itupun kalau dia onkan gps dia).
Buat masa ni Nia baru guna perkhidmatan MyTeksi ni dua kali dan rasa puas hati sebab senang sangat laa nak guna. Tak sampai seminit da boleh tahu sama ada, ada teksi atau tak. Ye laa sebab kalau telefon radio teksi paling-paling makan masa 2-3 minit tu pun belum tentu dapat teksi tau.
Jadi kepada semua pengguna tegar pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan teksi, Nia cadangkan muat turun aplikasi ni sekarang. Mana laa tahu saat getir nanti tak payah nak susah-susah kelam-kabut baru nak muat turun aplikasi ni kan. Saiz pun tak besar, cuma 3.36MB je.
Cuma ada beberapa perkara yang anda perlu tahu :
- Anda boleh buat tempahan awal dengan menggunakan aplikasi ini.
- Anda boleh pilih sama ada nak guna teksi budget atau teksi eksekutif.
- Kadang-kadang pemandu teksi akan telefon anda untuk pengesahan.
- Anggaran harga di skrin tidak semestinya tepat (bergantung kepada laluan yang digunakan pemandu, keadaan lalu lintas).
Untuk maklumat lanjut : -
Satu je pesanan Nia, gunakan aplikasi ini untuk memudahkan kerja dan bukannya nak menyusahkan orang lain. Haaa.. Jangan buat kerja gila buat tempahan teksi dari Johor ke Tawau pulak. Memang nak kena lestik lelaju la tu.. :P
Ok bye :)