Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Sunday, 17 February 2013

Cinta Hati - Ninetology Black Pearl 2



Assalamualaikum dan salam ceria-ceria!

Hey! Rasa rindu la pulak dengan blog. Da lama tak update entry baru. Nak kata busy, takde la busy sangat. Pegi kerja, balik kerja, rehat kat rumah. Makan minum online tidur. Rutin harian yang tersangatlah klishe. 

Walaupun tak kerap update blog, Nia rajin laa juga masuk blog sendiri kot-kot ada komen-komen terbaru kan. Tapi harap maklum laa kalau yang reply komen tu Nadia Salleh, tu bukan orang lain ye. Tu Nia juga, guna email lain.. Heee..

So hari ni Nia sekadar nak update tentang 'Cinta Hati' Nia, Mr Ninetology Black Pearl 2 yang hensem! 

Gambar yang diambil dengan Ninetology Black Pearl 2 i9400

Secara rasmi pada 7 February 2013, genaplah sebulan Nia guna Mr NBP2 dan tersangatlah puas hati!


Gambar yang diambil cantik-cantik belaka. Gila tak cantik camera 8MP tu! Haishh kalau nak cakap pasal camera memang da berbuih da mulut ni mention yang camera Ninetology Black Pearl 2 ni 8MegaPixel!

Pulak tu dengar cerita stok Ninetology Black Pearl 2 ni da habis, pheww! Nasiblah Nia cepat-cepat grab telefon ni, kalau tak confirm menangis belakang pintu 2 - 3 jam sampai sanggup biarkan kulit ayam KFC yang ranggup tu jadik lemau semata dua mata terpaksa tunggu Ninetology re-stock pada bulan Mac nanti.
(okeh! tak ada kaitan -.-")

Sejujurnya Nia belum godeh-godeh sangat telefon ni. Bila tengok dorang (pengguna ninetology yang lain) berbincang tentang root dan unroot, Nia hanya mampu membaca dalam hati dan mulut melopong (phew! nasib takda lalat yang masuk --") sebab lack of confidence nak cuba root atau unroot sendiri. sobs sobs.

Firmware pun sekarang ni da boleh pegi upgrade kepada V17. Hanya pergi ke outlet yang korang beli telefon tu dan cakap la kat dia "Saya nak upgrade firmware V17" jangan lupa bawa resit pembelian!. Melalui pembacaan di laman-laman media sosial, harap maklum perkhidmatan ini adalah PERCUMA dan mengambil masa kira-kira 15min ke 1jam (bergantung kepada servis outlet masing-masing). 

Kalau lupa, boleh pergi ke link ini untuk senarai outlets Ninetology seluruh negeri di Malaysia >>> http://www.ninetology.com/malaysia/retail_outlets.html

Monolog : Hampes kau Nia! kau sendiri belum upgrade firmware kan? cehhh!! -.-"

Sebelum Nia tahu yang Ninetology ni da built in dengan screenshot (betul ke susunan ayat aku ni?), galau juga la cari kat Play Store. Sebab da terbiasa pakai blackberry kan, guna capture nux dengan munch screen. Jumpa kat Play Store macam-macam lepas tu konfiden je download kan. Eh! Sekali tengok video dari Ninetology Sabah, ek eleyh makan sepes (space) je download apps yang bukan-bukan..

Rupa-rupanya hanya tekan :
power button + volume down button serentak dan hold 3saat!



Senangkan? Untuk apa Screen Shot ni?
Kalau Nia sendiri, Nia guna screen shot ni untuk ajar kawan-kawan Nia yang baru guna Ninetology ni, ye la kadang-kadang dorang tanya,
"Nia macam mana eh nak buat bla bla bla, telefon aku keluar bla bla bla bila aku buat bla bla bla"
Tak kan nak expect Nia pegi rumah dia yang jauh berkilometer semata-mata nak ajar dia guna telefon ni kan? Jadi Nia Whats App la dengan dia sambil attach screen shot telefon Nia dan bagi guide step by step.
Memang la tak dibayar pun tolong dia, even buat post ni pun tak dibayar pun. Tapi apa salahnya kita sharing kan? sharing is caring right? (tapi kalau nak share top up lepas tu tak nak ganti balik memang kena lestik laju-laju la!! Eh!)

Kemudian kebahagian Nia dengan Mr NBP2 lebih terasa dengan kehadiran apps seperti Pou. Yup Pou! Mula-mula Nia siap perli kawan Nia si bdk100 main game ni. Ye la kan, muka sikit punya macho tapi main Pou? Kelakar kot. Sekali tak puas hati download la. Amekaw ketagih pulak! Sengaja biarkan si Pou Nia gedempol, comel rasa macam nak cubit-cubit jek!!

Instagram Nia memang takde. Tak nampak keperluan untuk ada akaun Instagram. Sebab tak mampu nak handle banyak-banyak akaun media sosial -.-" Tapi tak tau la kot-kot nanti terbuka hati nak buat Instagram, jangan lupa follow Nia k? hikhiks


Sebab Nia ni suka edit gambar walaupun tak seprofesional mana pun, Nia download apps Cartoon Camera dengan Cymera untuk snap gambar.
Paling seronok dengan Cartoon Camera laa. Terasa diri ini tersangatlah comel.. (wekk termuntah sendiri)

Kids Piano Lite - Untuk berangan jadi baby main xylophone. Do Re Mi Fa So La Ti Do. Lepas tu berangan main lagu hepi besday tu yu, walhal baru je belajar 2minggu praktis baru boleh master, tu pun kadang-kadang lupa key -.-"

Game pulak Nia suka main Chess Free, Crazy Star, dan UNO Free. Opera Mini memang wajib ada sebab kalau layari Opera Mini dengan Digi boleh online FB secara percuma! Untuk Rohani, Nia Download Quran Bahasa Melayu dan  Kisah 25 Nabi dan Rasul.Whats App memang tak lupa la kan.. hehee

Terlalu banyak yang ingin dikongsikan dalam entry ni sampai Nia jadi hilang arah mana satu nak mula! Apepun, jom Like Page Ninetology MalaysiaNinetology Black Pearl 2 i9400, dan jom join group Ninetology User untuk dapatkan informasi yang terkini. ceeewah!

Mungkin entry ini juga menarik untuk dibaca :
Pakej Komunikasi Belia (SKMM) dan Ninetology Black Pearl 2 i9400
Tips Penjimatan Bateri - Ninetology Black Pearl 2 i9400

Ok sekian untuk entry kali ni, Nunite :)

11 comments:

  1. wah..blh try guna ni..menarik..

    ReplyDelete
  2. hahah..sama la.
    kalo mood ke laut dan idea kering seminggu sekali la jwbnye update blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa seminggu sekali ok lagi tu.. yg sebulan sekali ni rasa macam nak nangis pun ade T.T

      Delete
  3. WAHH!!..cantik btul pic guna kmera NBP2 ni ye.Memang laku BP2 nih..dah tnya bnyk kdai yg jual rebet fon, smua dah sold out.Xdapat la nk beli!! Jenama 9tology yang ada stok tp xde kat kedai pun kena booking dulu.huhu..sedih.. Mac 2013 nnt baru ada. Itupun blum tentu bila.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. tau takpe. laku mengalahkan chocolate fudge! hihii takpe yg penting sentiasa ikut update dari page ninetology dan dealers kat kat tempat noor.. insyaAllah ada rezeki tak ke mana :)

      Delete
  4. bateri tepn ni cepat kong tak? sebab ramai cakap mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak dinafikan kalau tak upgrade firmware v17 memang bateri cepat abis. Macam Nia, belum pegi upgrade lagi. jadi pagi bangun je terus cas. sementara nak bersiap pergi kerja bateri da penuh. Masuk keja kul 8, sambil kerja ada juga online, check email, fb, tweet, instagram dan main game boleh la tahan sampai 10malam camtu.. kalau da lepas upgrade katanya boleh tahan sampai 2-4 hari. jadi untuk smartphone memang da cukup baik la tu :)

      Delete

Comment :)