Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Showing posts with label Data Connection. Show all posts
Showing posts with label Data Connection. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

MyTeksi So Seksi



Assalamualaikum dan salam ceria!

Selamat hari raya :)

Pernah tak berada dalam situasi di mana susah sangat nak dapat teksi terutamanya ketika waktu puncak?
Contohnya kalau tunggu teksi kat tepi jalan, bila nak tahan je mesti da ada penumpang.
 Ataupun da cuba telefon Radio Teksi tapi operator tu bagi jawapan,

“Maaf Cik tak ada teksi berhampiran..”

Pernah tak? Pernah tak?

Hmm.. 
Ni la masalah dunia yang selalu Nia hadapi. 
Nak memandu takda lesen, penakut pulak tu. 
Nak berjalan sorang-sorang memang tak lah.. 
Hatta pengangkutan awam je laa pilihan terakhir. 
Antara yang kerap Nia gunakan ialah Teksi!

Dulu..
Nia selalu telefon Radio Teksi je. 
Tapi baru-baru ni ketika berjalan-jalan dalam Google Playstore terjumpa pula applikasi baru untuk menempah teksi secara dalam talian iaitu MyTeksi!



Hatta tak fikir panjang terus muat turun ke dalam Cinta Hati - Ninetology Black Pearl 2 dan pada 12 Ogos 2013 yang lalu, hari pertama Nia rasmikan aplikasi ini.. 
Untuk makluman semua, MyTeksi ni baru diperkenalkan dalam Malaysia.. Dalam 1-2 bulan je kalau tak silap.. Kalau kat KL atau Selangor da memang ramai yang guna. Kat Johor ada, Seremban ada, lain-lain tempat Nia kurang pasti tapi boleh cuba laa muat turun.

Semasa mula-mula buka aplikasi ni, apa yang anda kena buat dulu ialah daftar dulu maklumat peribadi. Takda la terperinci sangat, dia cuma minta Nama, Email dan No. Telefon. Nanti dia akan hantar kod pengesahan kat telefon, dan kod tu nanti kena masukkan dalam aplikasi ni. Da siap sesi pendaftaran, da boleh guna aplikasi ni bila-bila masa.




Untuk percubaan pertama Nia pilih destinasi dari pejabat ke rumah Nia. Icon MyTeksi dalam gambar kat atas ni menunjukkan teksi-teksi yang ada berhampiran dengan tempat Nia. Bila mereka terima warna keliling icon tu akan bertukar kepada hijau dan kalau mereka tolak akan bertukar kepada merah. Sekiranya ada 3-4 teksi yang hijau, jangan risau sebab hanya 1 (satu) teksi yang paling dekat dengan anda je akan datang.


Gambar kat atas ni menunjukkan maklumat peribadi pemandu yang ambil Nia hari tu. Siap dengan nombor teksi, anggaran tambang dan nomber telefon pemandu tu sendiri. Disebabkan pertama kali guna, tak malu tak segan Nia terus telefon pemandu tu sebab nak pastikan betul ke tipu ni.. hehee


Yang paling best, setiap pergerakan teksi ni kita boleh pantau step by step (itupun kalau dia onkan gps dia). 

Buat masa ni Nia baru guna perkhidmatan MyTeksi ni dua kali dan rasa puas hati sebab senang sangat laa nak guna. Tak sampai seminit da boleh tahu sama ada, ada teksi atau tak. Ye laa sebab kalau telefon radio teksi paling-paling makan masa 2-3 minit tu pun belum tentu dapat teksi tau.

Jadi kepada semua pengguna tegar pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan teksi, Nia cadangkan muat turun aplikasi ni sekarang. Mana laa tahu saat getir nanti tak payah nak susah-susah kelam-kabut baru nak muat turun aplikasi ni kan. Saiz pun tak besar, cuma 3.36MB je.

Cuma ada beberapa perkara yang anda perlu tahu :
  • Anda boleh buat tempahan awal dengan menggunakan aplikasi ini.
  • Anda boleh pilih sama ada nak guna teksi budget atau teksi eksekutif.
  • Kadang-kadang pemandu teksi akan telefon anda untuk pengesahan.
  • Anggaran harga di skrin tidak semestinya tepat (bergantung kepada laluan yang digunakan pemandu, keadaan lalu lintas).
Untuk maklumat lanjut : - 


Satu je pesanan Nia, gunakan aplikasi ini untuk memudahkan kerja dan bukannya nak menyusahkan orang lain. Haaa.. Jangan buat kerja gila buat tempahan teksi dari Johor ke Tawau pulak. Memang nak kena lestik lelaju la tu.. :P

Ok bye :)


Friday, 24 May 2013

Ninetology Black Pearl 2 - Data Connection


Assalamualaikum dan salam ceria~

Salam berhujung minggu! Sekali lagi update fasal Ninetology Black Pearl 2 i9400. Masa mula-mula Nia bingung eh kenapa Nia boleh on data pakai number DiGi je? Kenapa Maxis tak boleh? Bila pilih Maxis mesti dia keluar ayat ni.
"3G service is not available with this selected SIM. This may load data slower. You can change the 3G service settings > Wireless & Network > Mobile Networks. Are you sure to select this SIM?" – eh hampes betul dia tanya kita pulak?
Maka hidup-hidup Nia ingat Sim kad Maxis Nia ni masih 2G. Maka terima kasih Encik Google sebab akhirnya sim kad Maxis Nia da tukar kepada 3G! Cuba lagi.
"3G service is not available with this selected SIM. This may load data slower. You can change the 3G service settings > Wireless & Network > Mobile Networks. Are you sure to select this SIM?" – eh cari fasal ke apa?
Hatta Nia memberanikan diri untuk godeh-godeh. Akhirnya, Nia jumpa jalan penyelesaiannya. Hanya 15 langkah mudah, makan masa dalam 10-15minit (5 minit kalau da expert) untuk ubah setting da boleh online!

Cara tukar Data Connection DiGi ke MAXIS.


Langkah 1 : Pergi ke Settings > WIRELESS & NETWORKS pilih More..
Langkah 2 : Pilih Mobile Networks
Langkah 3 : 3G service


Langkah 4 : pilih Enable 3G 
Langkah 5 : pilih MY MAXIS
Langkah 6 : Baca pop up tu sampai habis, da konfiden tekan Continue



Langkah 7 : tunggu dia Switching dalam masa 10 saat.
Langkah 6 (typo sebenarnya) : Pastikan Network Mode GSM/WCDMA (auto mode). Nia pun tak tau apa fungsi sebenarnya tapi saje inform takut ada yang gatal pi ubah pulak.. hehe



Langkah 9 : Tekan back button (atau ulang Langkah 1 & 2) > pilih Access Point Names 
Langkah 10 : pilih MY MAXIS
Langkah 11 : pilih Maxis 3G Internet



Langkah 12 : Tekan back button (atau ulang Langkah 1 & 2) > Network operators
Langkah 13 : pilih MY MAXIS
Langkah 14 : tunggu dia Searching



Langkah 15 : pilih MY MAXIS 3G


Lepas tu tunggu laa dia Register on network! Siap! Da boleh online pakai number MAXIS pulak (nak jimat, sebelum tu langgan laa dulu pelan data)


Cara tukar MAXIS ke DiGi

Ikut Langkah satu 1 sampai 15 tetapi untuk Langkah 11, Langkah 14 dan Langkah 15 paparan skrin dia ikut macam bawah ni.


Untuk syarikat telco yang lain Nia tak pasti macam mana caranya, tapi boleh cuba laa langkah-langkah yang Nia kongsikan ni. Kalau ada apa-apa masalah boleh kongsikan kat ruang komen ya. Kalau Nia boleh bantu, Nia bantu :)

P/s : Untuk masalah call tak masuk ketika sedang on data - dekat paparan skrin Langkah 2 tu pastikan GPRS transfer prefer mode tu di Tick (Call prefer) kalau tidak nanti call tak masuk.

 Hee.. Ok bye!