Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Showing posts with label Anugerah Steak. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Steak. Show all posts

Tuesday, 18 August 2015

Restoran Anugerah Steak - Western Food

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa :)

Sejak akhir2 ni, Nia da macam jadi food hunter. 
Pantang dengar orang cakap dan nampak orang update "Makan kat ..... sedappp!"
Mesti mark tempat makan tu dekat "Must Eat List"
Konon nak stop jadi food hunter 2 minggu selepas raya..
Tapi...
TAKDENYAAAA.. Hahaha

Jadi kali ni, Nia nak update salah satu tempat favourite Nia untuk makan Western Food.

Taraaaaaa...

Restoran Anugerah Steak!


Salah satu restoran Western Food yang berdekatan dengan tempat Nia.
Masa mula2 nampak signboard Anugerah Steak naik, seronok dan teruja gila!

1st Menu bos Nia belanja, masa tu makan Grilled Chicken Chop.
Perghhh sos black pepper dia memang terbaik la.
Terus jatuh cinta dengan suapan pertama!

Pastu ajak ibu pulak makan.
Menu Lamb Chop, Fried Chicken Chop, Mushroom Soup dengan Garlic Bread.
(Gambar ade, tapi lost in folders)

Then, tak ingat dah berapa kali makan.
Selepas dapat name card dekat kaunter pembayaran.
Nia prefer order dekat Whatsapp dan tapau makan kat rumah / office.
Pastu setiap kali order, tanya kak Syaza "semua sekali berapa RM ye?"
Akhirnya dengan bahagianya kak Syaza bagi full menu Anugerah Steak!








Menu yang lazat dengan harga yang berpatutan!

Kalau anda baru nak cuba pergi makan kat Anugerah Steak,
Nia cadangkan cuba menu-menu ni di kunjungan pertama:
1) Fried Chicken Chop
2) Cheesy Wedges
3) Meatball with Creamy Sauce
4) Mushroom Soup dan Garlic Bread (Garlic Bread dia serius terbaikk)



Antara menu yang Nia tapau dan makan dekat office.. hehehe
(gambar tanpa edit / filter)


Anugerah Steak ada dua cawangan di Johor Bahru:

Alamat pertama : 
No. 18, Jalan Susur Tun Abdul Razak 6,
80200, Johor Bahru,
Malaysia.

Alamat kedua :
(berdekatan 3 Abdul Steamboat and Grill)
No 93, Jalan Nibong 10,
Taman Daya, 
81100, Johor Bahru, Johor
Malaysia.

Nia belum pernah pergi Anugerah Steak di Jalan Susur Tun Abdul Razak 6,
Jadi entry ini, khusus untuk Anugerah Steak cawangan Taman Daya.

Selamat mencuba :)


Sunday, 14 June 2015

Cerita Setengah Tahun Dalam Satu Entry

Assalamualaikum dan salam santai,

Malam ni menaip segan-segan sebab dah lama sangat tak update blog.
Kali terakhir masa bulan Januari kot.
Lama sangaaaaaat kan.

Segan juga bila orang tanya, "Nia dah lama tak update blog ye?".
Lepas tu bila tengok blog, tetiba template yang lama dah tak cantik.
Kelam kabut carik template kaler biru pastu pasang.
Tak edit apa2 terus offline.
Bila bukak kat telefon, "Hahaha kelakarnye template ni"
Luangkan sedikit masa, tukar pulak template simple ni.
Tu pon malas nak edit sebenarnye.
Tak cukup masa, pinjam 2jam boleh?

Dari awal tahun, busy sebenarnye.
Nia da pindah office baru.
Office baru ni bos Nia buat cantik sangat.
Nanti Nia cerita lain kali ye.

Lepas tu, Abah dah bagi Nia pakai kereta dia.
Belajar sejam setengah, lepas tu konon nak belajar lagi satu jam setengah.
Tapi tengok cam da ok, cakap dengan Cikgu Shah pastu Cikgu Shah kata hati2 bawa kereta.
Sekarang kalau jumpa Cikgu time tengah drive, wajib tet tett.

Pastu semangat tau bawa Ibu jalan sana sini.
Makan tempat2 sedap.
Ohmai Nia makin tembam ok.
2 3 minggu je semangat skip nasi, lepastu semua ngap!
Hahaha dapat pulak geng yang kaki makan, ohmai i love you guys.



Pegi Kuso pon tak rancang, nak posing pun terhad sebab tak bawa kamera dan Nia pakai baju kurung time. Hahaha. Lepas tu balik makan Nan Cheese dengan Ayam Tandoori kat Al-Kautzar Corner Setia Indah. Makan sekali terus jatuh cinta! Nyumm2



Tiap kali outing wajib makan. Nampak tak nia da gebubu.. Makan kat Jusco Tebrau, pastu lepak kat Taman Adda Height, lepas tu nak balik singgah makan kat Celoreng Houze, Taman Daya pulak. Kalau nak cerita pasal makan ni memang tak habis. Hahaha.

Dalam bulan 5 gitu, semangat ajak Abah, Ibu dan Kak Siti Mak Eni, jalan2 ke Nusajaya, Pekan Nenas, lepas tu pusing balik Johor. Waktu balik tu kereta Nia overheat. Hahaha kelakar, enjin da mati 2 kali baru perasan temperature dah baring ke kanan. Nasib ada orang lalu, tolong then naik tow truck. Abah siap kata, pertama kali dalam sejarah hidup dia. Nia pon tiap kali lalu jalan yang kete mati tengah jalan tu terus sengih sorang2. Hahaha

Awal bulan jun ni, Nia pulak mula melibatkan dalam bisnes kecil-kecilan. Homemade acar buah dan serunding daging. Ye laa dekat nak puasa ni kan, mana tau ada orang cari. Kalau nak info lanjut boleh laa ke FB page : Citarasa Nea.

Bos Nia pula kebetulan, buka kedai bakeries, jadi Nia tumpang laa produk kat situ. hehee kalau nak datang, boleh je. Kat Taman Daya, Johor Bahru. Info lanjut : Rabie's Delicious Foods. Mana tahu kot nanti terjalan-jalan sampai ke Anugerah Steak Taman Daya dengan 3 Abdul Steamboat dan Grill, boleh laa singgah kedai bos Nia. (Kalau nak makan Chicken Chop sedap, Anugerah Steak memang thorbaekk. sempat. hihihi)

Alhamdulillah sepanjang awal tahun 2015 ni, Nia banyak jumpa orang yang sangat memberi inspirasi dan semangat pada Nia. Terima kasih kalian. InshaaAllah Nia akan cuba ruangkan masa untuk update blog. Tapi tak janji tau. heeee..

Akhir kata, terima kasih kepada semua pembaca blog Dscarnia. Sama ada anda pembaca pertama kali singgah, pembaca tegar, keluarga, sahabat dan kenalan, terima kasih sangat2. Anda laa yang selalu buat Nia semangat nak jenguk blog. Salam ramadhan. Mohon ampun dan maaf jika sepanjang Nia berada di alam siber ni ada entry Nia mengguris hati kalian. Semoga ada juga manfaat dalam salah satu perkongsian Nia dalam ni.

Assalamualaikum dan jaga diri :)