Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sunday, 7 December 2014

Bila Cinta Hati Masuk Hospital



Assalamualaikum dan salam santai.. 

Sejak akhir-akhir ni Nia dah jarang update blog..
Kadang-kadang rasa bersalah juga bila mention diri seorang blogger..
Tapi entry setiap bulan kat blog boleh hitung pakai jari sebelah tangan.

Sejak bulan 6 Nia dah jarang on lappy sebab masa tu busy.
Lepas tu tiba-tiba charger lappy rosak.
Nia biarkan je sebab tengah busy kan.
Masuk bulan 8 dah beli charger baru, broadband u-mobile pulak expired T_T
Jadi terpaksa laa guna Cinta Hati Nia sebagai hotspot.

Sebab terlalu sayangkan Cinta Hati, jadi Nia jarang laa online.
Jarang bukak hotspot.

Tapi baru-baru ni Cinta Hati Nia jatuh sakit.
Bayangkan kemana pergi Cinta Hati selalu bersama,
menjadi perakam memori,
peneman dikala sunyi,
tiba-tiba tak bernyawa!
Meraung!!!
(tapi takde la meraung betul-betul)

Kejadian berlaku pada malam 2 Disember 2014.
Waktu malam tu, dalam pukul 11malam.
Cinta Hati (Ninetology Black Pearl 2) Nia hang.
Bila cabut bateri, nak tengah on kan semula tiba-tiba dia shutdown sendiri.
Cas pun current tak masuk.
Panikkk!!!
Hospital telefon mana yang bukak lewat malam?
Dah laa semua no. telefon family, geng dengan kawan sekerja Nia simpan dalam Cinta Hati.
Meraung lagi!!!

Hatta, kerana terpaksa aku relakan, Nia guna laa basic phone nokia.
Keesokkannya 3 Disember 2014, datang kerja bagitau bos, siap update kat FB :


Terpaksa laa sebab tak simpan dan tak kuasa nak hafal no telefon orang.
Last-last padan muka diri sendiri. Hahaa -_-“

Abah siap offer nak hantar kedai untuk repair.
Jadi sekarang ni Cinta Hati Nia masih lagi ada kat ICU.
Nasibnya juga belum diketahui lagi.

Lebih kurang 48jam takda smartphone Nia rasa macam back to nature tau..
Tiba-tiba boleh dengar lagu melalui radio, tengok tv kat tv, baca berita kat surat khabar..
Kira boleh survive laa tapi otak jadi blurr..

Namun ada dua kerinduan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata:
  1. Kerinduan nak berselfie / wefie.
  2. Kerinduan berchatting
Serius Talk!
Nia (mungkin sama juga dengan segelintir orang lain) tersangatlah memerlukan Smartphone.
Salah satu perkara yang buat Nia rasa tersangatlah seksa bila takda smartphone ialah time nak booking teksi.
Sebab sejak ada applikasi macam MyTeksi dengan Easy Taxi boleh dihitung dengan jari la Nia call radio teksi untuk booking teksi / tahan teksi tepi jalan.
Tu pon kadang-kadang sebab bila book melalui applikasi, takda teksi yang berhampiran.
Ataupun Wifi dan Data Internet takde.

Sebab tu, tak fikir panjang terus survey model telefon smarphone dalam lingkungan budget Nia sekarang.
Abah pon support beli smartphone lagi satu.
Sungguh..
Abah pun mengerti perasaannya bila takda smarphone.
Sungguh.. 
Nia berada dalam dilema bila Cinta Hati sakit.
Get well soon My Cinta Hati..
Kalau tak..
Ku Simpan Diri Mu Dalam Muzium Antik ku..

Sejak Cinta Hati masuk hospital, bersemangat ni google smartphone!
Harga Ninetology Black Pearl 2 pon dah turun sampai RM299.
Molek laa tu, dulu pon beli harga camtu jugak sebab ada SKMM dengan Manufacturer Rebate.
Lagipun Nia dah pernah guna, so takde masalah laa kalau nak upgrade firmware ke, root ke, senang sebab dah ada experience.
Ibu pulak suggest beli Samsung.
Ohh ada jugak harga RM 299.
Model Samsung Galaxy V (tak tgk lak model lain).
Bila google specs, terjumpa pulak entry Amanz.my pasal ASUS Zenfone 4.
Harga RM 299 jugak!
Aduh!!
Mana satu nak pilih ni?
Ninetology?
Samsung?
ASUS?
Tolooooong..

Ceh ceh acah je..
Dah beli pon.
Nanti senang Nia update pasal smartphone baru Nia yer.
K Bye! Assalamualaikum :)

Friday, 19 September 2014

KISAH POMEN PUTUS TUNANG

Assalamualaikum dan salam santai..

Di copy paste daripada Ekien buat renungan kita bersama..


KISAH POMEN PUTUS TUNANG

“Kau okay ke?”

Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut,

“Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.

Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana.

Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain.”

Aku terkejut.

“Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau.”

“Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni.”

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

“Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama.

Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku.

Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je lah. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku.

Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain.

Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy.

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku. Kemudian, kitorang bertunang.

Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set.

Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.

Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu. Aku gak yang disalahkan.”

Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata,

“Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku cukup-cukup.

Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?”

Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata.

“Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita.

KISAH POMEN PUTUS TUNANG YANG MENDAPAT 1,600 SHARE DI FACEBOOK

Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih.”

Aku pun sebak dengar ceritanya.

Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah.

posted from Bloggeroid