Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Tuesday 15 January 2013

Pakej Komunikasi Belia (SKMM) dan Ninetology Black Pearl 2 i9400



Assalamualaikum dan salam ceria-ceria~

Umum ketahui sejak 1 January 2013 permohonan dalam talian untuk Pakej Komunikasi Belia (PKB) iaitu pemberian diskaun atau rebet sebanyak RM 200 kepada 1.5 Juta belia untuk membeli telefon pintar 3G yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 telah dibuka.

Nia yang sangat minat dengan gadget pun sibuk la menyibukkan diri dengan google dan membaca review dari mana-mana laman web. Antaranya di Laman Rasmi Permohonan PKBMy Tetikus dan juga laman web syarikat telco di Malaysia. Gigih ni cari maklumat sampai termimpi-mimpi beli telefon baru. Sejak permohonan dalam talian dibuka, hari-hari Nia apply, minta izin dengan bos sebab internet kat opis laju hehee.. Bayangkan, hari ketujuh (07/01/2013) barulah permohonan Nia berjaya dihantar. Fuhh masa tu lega tak terkata! Rasa macam nak nangis terharu pun ada.. hihii

Sepanjang 7 Hari sebelum dapat daftarkan diri, Nia pun gigih la cari model-model telefon yang mungkin akan jadik milik Nia. Amboii rambang mata! Nasiblah masa tu cuma ada 20 pilihan je. Mula-mula yang menarik perhatian Nia opkos la Nokia Lumia 610,  Alcatel OneTouch 993D, dan juga ZTE Acqua sebab target Nia kalau nak beli telefon baru pun Nia nak yang kamera 5MP ke atas. Maka ketiga-tiga telefon tu la yang menjadi "taste" Nia (amboii). Tapi ada satu masalah! Mana nak cari telefon tu? arghh! Maka jalan punya jalan (webwalking-eh! ada ke?), terjumpalah pula satu laman web (tak ingat apa) dorang bincang pasal model telefon terbaik yang ditawarkan dalam Pakej Komunikasi Belia. Tekun Nia baca satu persatu komen. Mata sepet-sepet pun Nia besar-besarkan. Sekali, ada orang mention "Ninetology Black Pearl 2 i9400"!.

Dengan perasaan ingin tahu, Nia pun google laa spesifikasi dia..

CPU - 1GHz Dual Core Processor
Operating System - Android 4.0
Display - 4 Inch with IPS, WVGA, Touch Screen
Memory - Internal 2GB, External support up to 32GB, RAM 512MB
Camera - Primary 5MP with auto focus & LED flash, Secondary VGA
Connectivity - GPS, A-GPS, WiFi, FM, Bluetooth
Battery - 1600 mAh

***Sila fokus pada bold

Maka setelah permohonan berjaya, Nia pun survey la sekali lagi syarikat telco yang participate dalam PKB ni dan cari contact outlets sana sini. Target Nia nak beli dengan TuneTalk atau Clixters tapi sebab dorang lambat update senarai outlets maka Nia pun cuba nasib dan direct terus ke laman web Ninetology. Tengok-tengok dorang ada outlet kat Jalan Bakawali 50, Taman Johor Jaya. Eksaited tak terkata yu!! Kebetulan Sabtu lepas Nia, Ibu, Kak Gja dengan Mak Teh pergi belanja barang dapur, apa lagi kan? Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, bagaikan perut lapar ditalanya nasi dua pinggan lauk ayam masak kari kaww, ikan masin dan sambal belacan (ok..takda kaitan). Nia pun ajaklah Kak Gja pergi cari kedai tu.

Sempat jugalah sesat 10 minit hahaa dan.. Akhirnya jumpa pun kedai tu! Masa tu jari jemari ku yang runcing da mengigil-gigil kesejukkan macam baru lepas nampak Amar Ashraf (eh?). Datang-datang je tengok model Ninetology yang dorang display kat depan kedai tu, senyum kemain lebar lagi! Kalau boleh dengan geraham-geraham bongsu sekali nak enterframe (amboii). Dengan semangatnya Nia cakap dengan amoi kat kedai tu,
"Hai, tadi saya ada call tanya telefon model Ninetology Black Pearl 2"
"oh ok2.. You nak handphone kaler apa?"
"Warna hitam :]"
Maka amoi tu pun berlalu pergi mengambil telefon Ninetology Nia yang handsome tu sementara Nia pula, keluarkan slip cetakan nombor rujukan dan kad pengenalan. Daftar punya daftar, rupanya pembelian telefon ni datang sekali dengan kad prabayar Digi (percuma). Number telefon boleh tahan cantik jugak laa, sebab da terlalu eksaited nampak Ninetology Black Pearl 2, tak kira dah number cantik ke tak. Sampaikan bila bos outlet tu tanya 

" You tahu guna android phone tak? Sebab ini phone dia tak sama dengan telefon biasa"

Nia punya angguk kepala kemain laju! Mengalahkan anggukkan Dayana ketika ditanya 

"Yana nak gule-gule stobeyi tak?"

Walhal tak pernah guna pun, tapi tak risau laa sebab Nia da biasa dengan touch screen. Lepas tu da pernah "test drive" (eh?)  iPhone 4. Maka konfiden laa setakat Android 4.0 apa laaa sangat (kerek sey). Lagipun sekarang senanglah! Google je keyword-keyword tertentu, keluarlah review ke, tuto ke, video pun hade!!


Setakat 2 hari guna Ninetology Black Pearl 2 i9400 ni memang tak masalah besar yang boleh menghuru-harakan jiwa. Dengan harga serendah RM299 iaitu selepas rebate RM200 (Pakej Komunikasi Belia) dan RM100 (Smart Ecology Rebate Program) apa yang Nia boleh katakan ialah :-
- Hampir semua apps yang di download dari Google Apps Store boleh berfungsi,
- Ada video call (lepas ni boleh rajin-rajin video call dengan Abah - eh?), ada radio FM
dan...
- Kamera Utama (belakang) sebenarnya bukan 5MP tapi 8MP!! 

Cuma ada dua je kelamahan telefon ni :-
- Bateri cepat habis. (Normal la Android kot)
- GPS entah boleh ke tak berfungsi. -.-"

Apapun Nia masih belajar mengenali hati budi Mr NBP2 ni. Dia pun sebenarnya masih dalam proses mengenali Nia (ewah). Apapun, kepada sesiapa yang belum mohon boleh cepat-cepat klik link Permohonan Pakej Komunikasi Belia lepas tu kalau agak-agak nak beli Ninetology Black Pearl 2 dan nak baca review, mari klik ke SF's Blog : Review of Ninetology Black Pearl 2 i9400 lepastu kalau da beli, mari tweet Nia di @dscarnia dengan hashtag #TeamNinetologyBP2 hahaa (suka-suka kau je Nia)

Kalau ada akak-akak atau abang-abang yang lahir sebelum atau pada 31.12.1982 dan gaji di bawah RM3000 masih boleh daftar lagi. Sebab selagi umur tak masuk 31 tahun, kira masih layak untuk memohon sebab syarat kelayakkan ialah umur di antara 21 hingga 30 tahun. 

Manfaatkan kemudahan dan peluang ini dengan sebaik-baiknya. Gunakan untuk perkara yang mendatangkan faedah dan bukan sebaliknya. Buatlah pilihan model telefon yang memenuhi citarasa dan kemampuan masing-masing. ^_^

23 comments:

  1. Ok ke phone ni u?i pun ingat nak angkat ni gak

    ReplyDelete
  2. prepaid ea??
    kna bayar x?? kat mane nk amek tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup pelan Digi tu prepaid. Untuk senarai outlet, boleh ke link bawah ni:-
      http://www.ninetology.com/malaysia/retail_outlets.html

      Delete
  3. sy adapakai bp2 ni...masalah sy bp2 sy ni signal network dia sgt lemah...kdg2 ada signal, kdg2 xde..padahal kwsn yg sy duk tu (maxis n digi) line kuat je pakai phone lain...cik nadia ada mslh mcm sy x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh selama 15 hari saya guna tak ada masalah Anuwar. Awak da cuba contact dengan dealer tempat awak beli BP2 tu? Apa kata awak join page Ninetology Black Pearl 2 di facebook (kalau belum join) mana tau ada rakan yang mengalami masalah yang sama dengan awak?

      Ni link dia :
      https://www.facebook.com/NinetologyBlackPearl2?fref=ts

      Delete
  4. salam..nak tanya yang rebate smart ecology RM100 tuh kena tukar dgn phone lama ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. saya ada baca kat blog ni

      http://salesnonstop.blogspot.com/2012/12/ninetology-palette-android-smartphone-rebate-promotion.html?m=1

      katanya utk model pallete tu salah satu terms kena bawa telefon yg tak pakai.. tapi masa saya beli BP2,

      Harga retail RM599-rebate RM200- smart ecology RM100 dan total harga selepas rebate RM299 sahaja.

      apapun saya rasa lebih baik awak rujuk kat facebook ninetology ataupun kat outlet ninetology yg terdekat untuk info yg lebih terperinci :)

      Delete
    2. okay..sebenarnya mmg sy minat phone neh sebab dah lama tengok review pasal phone bp2 neh.. tapi tadi pergi nak beli dah habis stok plak.. so kena tunggu la skrg tak tahu bila dia nak restok sbb dia ckp mmg tgah laris.. tapi just nak tahu lah since awk dah pakai phone neh kan.. emh..hp neh ada jual spare part dia x?? mcm battery, earphones, charger dia?? sbb benda2 neh klu rosak mana nak cari in case emergency.. sbb sy try google mmg xjumpa.. tak kan nak guna waranty mesti lama kena tunggu kan.. sy dah rujuk fb page ninetology.. tggu respon dia ja la.. tq

      Delete
    3. Yup telefon ni memang tengah laris.

      kalau spare part ori saya kurang pasti. rasanya tu memang kena rujuk dgn ninetology. tapi apa yg pasti, earphone dgn charger dia sama macam hp blackberry atau samsung. so kalau stakat 2 benda tu rosak memang takda masalah laa boleh cari kat mana2 kedai telefon :)

      Delete
  5. software ape ek yg bole install kt phone neyh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apps? macam2 yg ada kat google apps bleh download.. instagram, cymera, games macam2 ada :)
      tapi kalau ada apps yg tak support utk bp2 ni, kena redha je laa uninstall.. hehee

      Delete
  6. saya nk tny, erm hanya wifi ke boleh support internet? or boleh no mobile network?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk internet dua2 support. wifi dan 3g data connection :)

      Delete
  7. Nak tnye. Notification fon nak tngok kat ne n cmne nk wat printscreen ye. Sy br beli tapi sy beli phaplet ninetechnology. Nampak so far ok cyme ade certain features.lom leh lagi nk jadi pro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Notification kat homescreen takda ke? kalau pallete saya kurang pasti tapi mungkin boleh cuba camni:

      tekan button back dan button home serentak dan hold selama 3saat

      Delete
  8. Salam...nak tanye boleh?mana nak carik flip case mr.bp2 ni?da abis satu skudai ni da carik..kat area atas2 sana ada x jual?kt senai ada tp mahal siak..50 lebey..xbebaloi..baik beli power bank je..

    ReplyDelete
  9. Ws salam, beli je kat mana2 kedai yang ada menjual BP2.. Tak pun nak lagi senang beli kat dealer ninetology kat Johor Jaya. Saya beli kat Econsave Taman Daya harga baru RM35 :)

    ReplyDelete
  10. Kakau umur 15 tahun boleh je dapat rebat RM 200 tu ? Teringin bonar nak beli phone black pearl 2 nihh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya PKB ni dah tamat..Tapi boleh like page Ninetology Malaysia atau join group Ninetology User, mana tau ada rebate, atau lain2..

      Delete
  11. salam.. kat mana sy boleh dapatkn spare prt bateri hp i9400 ni.. dah bnyak kedai saya cari dkat sabah tp xda... boleh ke beli secara pos.. kalau ble tlg kirimkan info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ws salam.. cuba cari kat kedai yg tersenarai di website ni. http://www.ninetology.com/malaysia/retail_outlets.html
      tapi sebelum pegi call dulu tanya ada stock ke tak :)

      Delete

Comment :)