Assalamualaikum dan salam ceria~
Hey September yang slumber!
Mungkin orang yang masuk blog ni
da naik bosan tengok-tengok entry tak berupdate berminggu-minggu kan? Ampun dan
maaf ye. Sesungguhnya Encik Masa amat mencemburui Nia. Encik Masa langsung tak
beri Nia peluang untuk duduk mengadap lappy lama-lama dan Encik U-Mobile pula
selalu buat perghagai!
Ok kalau perasan, Nia tak ada update apa-apa kan dalam blog
tentang sambutan hari Raya Aidilfitri tahun ni. Hmm ye laa, tahun ni rasanya
raya yang paling tak seronok. Eh, tapi masa dapat Bonus daripada kedua-dua
Majikan dan Ang Pow daripada Uncle depan rumah tu seronok laa kejap. Rasa eksaited macam
nak beli gula-gula stobeyi enam belas karton! Tapi apa yang buat tak seronok tu
tak dapat nak beraya banyak rumah. In fact, tahun ni tak pegi rumah siapa-siapa
pun sebab kena kuarantin.. hohoo terpaksa tolak beberapa jemputan majlis
kenduri kahwin dan ‘open house’ termasuk dari Majikan sendiri. Hmm nasib laa
diorang memahami..
Ok dalam pada tak seronok sangat beraya tu, Alhamdulillah
benda lain pula yang buat Nia seronok sangat-sangat nak share kat blog ni. Da
baca ke belum entry Nia yang sebelum ni, pasal Escada – Delicate Notes? Kalau
belum nanti klik kat link tu eh. Tapi sekarang ni fokus pada apa yang Nia nak
cerita ni.
Sejak awal tahun ni kan, mengumpul sample-sample produk ni
da jadi macam satu keseronokkan bagi Nia. Sanggup ni google 2 hari sekali untuk cari
Freebies dekat Malaysia ni. Macam-macam jugak laa produk yang Nia request
sample. Daripada produk kesihatan, kebersihan sampailah entah apa-apa je.
Antara laman web yang selalu sangat Nia kunjungi ialah : -
Dan banyak lagi sebenarnya.
Bila request tu mesti laa dapat sample tu kan (kecuali kalau
stock habis etc etc), jadi kalau nak tau sample produk apa yang Nia request dan
berjaya dapat, tunggu entry selepas ini yer.
bye ^^,
No comments:
Post a Comment
Comment :)