Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Wednesday 25 December 2013

Header Dan Blog #2



Assalamualaikum, salam ceria dan selamat bercuti :)


Macam mana? Ok tak header baru Nia ni?
Haaa.. Sebenarnya Nia buat header ni ingatkan nak rasmi masa hari ulang tahun blog Nia yang pertama nanti pada bulan Januari 2014.
Tetapi sebab dah terlebih eksaited, akhirnya Nia buat keputusan nak rasmikan awal sedikit.

Idea tercetus apabila Nia tengah pilih-pilih gambar untuk di print.
Ye laa banyak sangat kot gambar kucing-kucing dalam lappy..
Nak delete sayang, jadi kalau print boleh laa masuk dalam album buat tatapan kenang-kenangan..

Maka dalam beratus gambar yang Nia pilih-pilih, Ni laa 5 gambar kucing dan 1 gambar burung yang Nia boleh sesuaikan dengan font broadway ni..
Nia pilih warna hitam untuk font sebab nampak kemas..
Background yang warna turqoise dan heart berlapis atas huruf I tu sekadar penambah warna pada header..

Dekat font tu Nia masukkan gambar kucing-kucing Nia. Lala the Ring Neck Dove pun nak enterframe tau.. Hihii

Huruf D tu nama dia Comel, dia ni adik beradik dengan Puteh.
Huruf S tu si Lala The Ring Neck Dove
Huruf C saje biarkan kosong (takde idea nak letak apa sebenarnya)
Huruf A si dempol yang tengah landing tu nama dia Puteh, abang ke pada cik Comel.
Huruf R tu  Shila Amzah (ok tipu..hihii)
Huruf N tu nama dia Keroo si mata juling.
Huruf I tu pula metot bujang trang tang tang..
Huruf A saje biarkan kosong (pun sama.. takde idea nak letak apa sebenarnya)

Rasa-rasanya header ni akan kekal buat seketika sehingga Nia dapat lagi ilham untuk buat header yang lain. Ok tu je nak update. byeeee :)

P/s: fasal giveaway sempena 1st Anniversary Blog Dscarnia, Nia akan update pada bulan Januari. Hadiah sponsored by Me. Kalau ada yang nak join jadi sponsor sangat dialu-alukan. Macam mana nak sponsor? Boleh contact Nia dekat FB : Blog Dscarnia atau emel sahaja ke nianadiasalleh@gmail.com .

2 comments:

  1. hehe..x sabar-sabar nak tukar header tu.
    tahun baru header pun baru :)

    ReplyDelete

Comment :)