Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Showing posts with label OnlyBeauty. Show all posts
Showing posts with label OnlyBeauty. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

Sample Percuma #2



Assalamualaikum dan salam ceria :)

Semalam Nia dapat 1 lagi sample daripada Only Beauty.


Alhamdulillah..
Kali ni Nia dapat sample




Terima kasih Only Beauty sebab sentiasa bagi kegembiraan pada Nia :)


Minggu ni, anda masih boleh cuba dapatkan sample Garnier ni tau..

Atau



Tapi.. Kena laa register dulu kat http://www.onlybeauty.com.my/

Lepas tu baru boleh request :)

Bukan senang nak dapat dan bukan susah nak usaha dapatkan sample ni..
Hanya perlu request setiap hari..

"Untung sabut timbul, untung batu tenggelam"
(tak ada istilah untung batu tenggelam sebab kalau tak dapat pun tak rugi apa2.. hehee)


Minggu ni, Nia dah tak request sample Garnier tu..
Sebab dah dapatkan, bagi peluang kat orang lain pulak..
Tapi tengah target si Maybelline Color Sensational Lip Colors tu..
Dengan harapan dapat sample warna Rubilicious..
Tapi..
Kalau dapat yang lain pun tak kisah..
Dapat juga explore kaler apa yang sesuai dengan tona kulit Nia kan.. :)
(kalau dapat laa.. hehe)



Hehee Nia ni asyik dapat sample je..
Tapi belum ada kesempatan nak try semua..
Nak buat review asyik bertangguh je..
Aduyai =_="

Sekarang ni Nia tengah guna produk yang Nia dapat daripada Only Beauty pada bulan Januari yang lalu..


Haa.. Review?
K.I.V dulu yer :)
(entah sampai bila nak KIV nyer -_-")

ok bye!

Monday, 17 February 2014

Sample Percuma #1


Assalamualaikum dan salam ceria =)

Mulai tahun 2014, Nia akan kumpulkan entry tentang sample-sample percuma yang Nia dapat dalam satu label iaitu "Sample".Nia  juga akan mulakan entry dgn tajuk Sample Percuma #(nombor entry). 


Hujung tahun lepas Nia ada dapat 2 sample sekali gus.. 

1 -  Creago Breast Enhancer (C6)

Nia jumpa pasal Creago ni semasa Nia tengah webwalking cari sample percuma. Bila dah jumpa Facebook Creago, Nia tengok diorang tengah buat giveaway sample C6 ni dan handbag PRADA bernilai RM 7k (pengsan kejap) jadi tak tunggu masa yang lama Nia terus register. Bulan Januari hari tu pun diorang ada buat giveaway tau, sample dan Kamera Casio TR-15 (pengsan lagi). Tapi sayangnya bukan rezeki Nia.. Sobs sobs.. Takpe, dapat sample pun dah bahagia :D

Nia tak pasti kalau selepas ni ada lagi giveaway berupa sample atau lain-lain. Apa yang pasti kalau anda nak dapat macam apa yang Nia dapat ni, cepat LIKE page Creago sebab nanti senang nak dapat update dari diorang :)

Facebook Page : Creago

Credit gambar : Instagram Dscarnia


2 - Dentiste' Plus White Nightime Toothpaste dan Webstore Gif Card

Yang ini pula sample ubat gigi untuk waktu malam dan gift card daripada Smile Link Shop.  Nia dapat tahu pasal Dentiste' ni daripada kawan Nia. Kebetulan dia pun LIKE Facebook Page, Dentiste' Malaysia jadi Nia pun skodeng laa.. Rupa-rupanya ada sample giveaway jugaa.. Happy. Happy :)

Kalau anda belum pernah dengar atau nak tahu lebih tentang Dentiste' cepat LIKE juga Facebook page diorang, sebab Nia tengok baru-baru ni ada contest juga. Tapi sayangnya da tamat. Jadi kalau nak dapat update terkini dan mungkin sample percuma akan datang, like la sekarang :)

Facebook Page : Dentiste' Malaysia

Credit gambar : Instagram Dscarnia


Pada bulan Januari 2014, sample Nia dapat cuma satu je.. Sobs sobs..
Tu pun rezeki sebab dapat. Sample yang Nia dapat ialah daripada...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Sample yang Nia dapat ialah Maybelline Baby Lips Moisturizing Lip Balm :)



Credit gambar : Instagram Dscarnia

Kalau anda baca entry Nia yang sebelum-sebelum ini tentang sample percuma, Ini merupakan kali kedua Nia dapat Lip Balm. Sebelum ni, Nia dapat Lip Balm juga tapi sempena Giveaway, kali ni sample pula. Terima kasih Only Beauty sebab sentiasa buat orang-orang macam Nia rasa happy je bila dapat sample percuma.. hihii

Oleh itu, bagi anda yang belum join only beauty cepat-cepat la join. Senang sangat nak dapat sample percuma tau.
Untuk info lanjut pergi ke laman web : Only Beauty



Ok itu sahaja update untuk sample percuma yang Nia dah dapat kali ini.
Sekarang ini, anda masih boleh cuba dapatkan beberapa sample seperti yang di bawah :

2) Vanish


***Entry tidak berbayar. Sekadar perkongsian semasa :)




Thursday, 28 November 2013

The Smurfs Strawberry Flavoured Lip Balm!



Assalamualaikum dan salam ceria~

Cuba baca entry Nia yang lalu..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Akhirnya penantian Nia setelah hampir satu bulan berakhir!!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

The Smurfs Strawberry Flavoured Lip Balm!

Saiz Lip Balm ni sebesar jari manis je tau..
Bila pakai, rasa dia sama je macam pakai lip balm jenama lain..
Cuma bezanya bau dia sweet dan rasa dia pun ala-ala macam strawberry..
Dah nama pun Strawberry Flavoured Lip Balm kan?(-_-")

Terima kasih Supermodel2u dan Only Beauty untuk hadiah giveaway ni :)



Thursday, 21 November 2013

Sample Percuma Lagiiii



Assalamualaikum dan salam bahagia ~

Salam Jumaat juga buat semua pembaca blog Dscarnia :)
Ingat lagi tak entri Nia pasal sample percuma hari tu?
Kalau tak ingat boleh baca kat entri : Sample Sample Percuma

Kali ni Nia nak update lagi sample percuma yang Nia da dapat pada bulan Oktober dan November.
Sebab da kurang dan tak tahu dah nak request sample apa, jadi sample percuma yang Nia dapat pun da semakin berkurang.. Baru dapat 4 je.. sobs sobs..


Sample : Lactacyd 

Sample paling kiut! Ada dua sample produk lactacyd dalam ni..
1)      REVITALIZE (with Vitamin E dan Collagen) dan
2)      WHITE INTIMATE (with Marine and Plant based extracts).



  


Sample : Lift Up Serum by HABA (www.onlybeauty.com.my)

Ini merupakan sample percuma Nia yang pertama dari Only Beauty. Hehee gigih ni hari-hari masuk request semua sample yang ada (limit request 3 sample sahaja dalam sehari).
Mula-mula macam takda harapan je.. Sekali bila da dapat ni senyum lebar :]

Lift Up Serum ni Nia dapat pakai 3 kali je. Jadi untuk dapatkan kesan tu memang tak dapat laa..
Lift Up Serum by HABA ni dalam bentuk air, bila pakai kat muka rasa macam melekit sikit. Mungkin tak sesuai dengan kulit Nia yang berminyak kot. Kalau orang yang jenis kulit kering dan nak cari Serum untuk kulit, Nia cadangkan guna Lift Up Serum by HABA ni



Sample: Poise Pads
Ada 2 jenis sample dalam sample ni.
1)      2 keping Slim Pad (23cm)
2)      1 keping Extra Pad (31.5cm)

Bagi yang tak tahu Poise Pads ialah untuk kegunaan wanita yang ada masalah Light Urinary Leaks (LUL), senang cerita untuk wanita yang mudah terkucil (pada kadar sedikit) ketika ketawa atau batuk.
Sekarang ni kan da masuk musim demam kan? Haa.. memang sesuai sangat kalau stanby Poise Pads ni kat rumah dan dalam handbag. Kalau tak pernah cuba, boleh request sample ni.




Sample : Kleenex Vintage



Ini sample Limited Edition dari Kleenex dengan design grafik yang Vintage dan nampak sangat-sangat elegant. Kita memang da lama tahu Kleenex ni mengeluarkan Facial Tissues yang berkualiti, lembut tetapi tak rapuh.  Tidak seperti sesetengah Facial Tissues yang mudah rapuh bila kita lap-lap peluh dan akhir meninggalkan tisu putih-putih kat kulit kita.







Setakat ni, tu je laa sample yang Nia da dapat. Sekarang ni Nia tengah tunggu..

Jeng..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jeng..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jeng..
 -
-
-
-
-




Hehee ok itu saje untuk entri kali ni.. Bye!


Wednesday, 11 September 2013

Keseronokkan!



Assalamualaikum dan salam ceria~

Hey September yang slumber!
Mungkin orang yang masuk blog ni da naik bosan tengok-tengok entry tak berupdate berminggu-minggu kan? Ampun dan maaf ye. Sesungguhnya Encik Masa amat mencemburui Nia. Encik Masa langsung tak beri Nia peluang untuk duduk mengadap lappy lama-lama dan Encik U-Mobile pula selalu buat perghagai!

Ok kalau perasan, Nia tak ada update apa-apa kan dalam blog tentang sambutan hari Raya Aidilfitri tahun ni. Hmm ye laa, tahun ni rasanya raya yang paling tak seronok. Eh, tapi masa dapat Bonus daripada kedua-dua Majikan dan Ang Pow daripada Uncle depan rumah tu seronok laa kejap. Rasa eksaited macam nak beli gula-gula stobeyi enam belas karton! Tapi apa yang buat tak seronok tu tak dapat nak beraya banyak rumah. In fact, tahun ni tak pegi rumah siapa-siapa pun sebab kena kuarantin.. hohoo terpaksa tolak beberapa jemputan majlis kenduri kahwin dan ‘open house’ termasuk dari Majikan sendiri. Hmm nasib laa diorang memahami..

Ok dalam pada tak seronok sangat beraya tu, Alhamdulillah benda lain pula yang buat Nia seronok sangat-sangat nak share kat blog ni. Da baca ke belum entry Nia yang sebelum ni, pasal Escada – Delicate Notes? Kalau belum nanti klik kat link tu eh. Tapi sekarang ni fokus pada apa yang Nia nak cerita ni.

Sejak awal tahun ni kan, mengumpul sample-sample produk ni da jadi macam satu keseronokkan bagi Nia. Sanggup ni google 2 hari sekali untuk cari Freebies dekat Malaysia ni. Macam-macam jugak laa produk yang Nia request sample. Daripada produk kesihatan, kebersihan sampailah entah apa-apa je.

Antara laman web yang selalu sangat Nia kunjungi ialah : -

Dan banyak lagi sebenarnya.


Bila request tu mesti laa dapat sample tu kan (kecuali kalau stock habis etc etc), jadi kalau nak tau sample produk apa yang Nia request dan berjaya dapat, tunggu entry selepas ini yer. 

bye ^^,