Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Sunday 13 October 2013

Penerbit Rancangan B41 (Bahagian 2)



Assalamualaikum dan salam bahagia :)

Entry ini ialah sambungan daripada cerita Penerbit Rancangan B41 .
Umum ketahui (jika mengikut perkembangan blog Dscarnia ni), bulan lepas Nia dijemput untuk menghadiri Peperiksaan untuk memasuki Perkhidmatan Penerbit Rancangan gred B41 jadi dalam entry ini, Nia akan share pengalaman Nia sepanjang menghadiri ujian amali dan ujian bertulis.

Sebelum pergi menghadiri apa-apa ujian (amali/bertulis) Nia gigih cari info sebanyak boleh sebab nak buat yang terbaik. Kala baca kat 'about me', tentu anda tau kenapa Nia nak sangat buat yang terbaik untuk peperiksaan ni.

Salah satu tempat rujukan Nia ialah di Forum Cari (boleh klik link sebelah <--)

Dan sejujurnya Nia memang masih blurr blurr lagi masa tu..

Ujian Amali (26 Septermber 2013)
Malam tu Nia tak boleh tidur. Nia memang dah bayangkan ramai orang yang hebat-hebat berlatar belakangkan pelbagai peringkat pendidikan sebab jawatan ini lebih kepada BAKAT. Nia tak tahu nak jangkakan apa-apa, jadi Subuh tu Nia tulis je entah apa-apa dalam buku nota kecil Nia (walhal tak pakai pun, buang masa betul T_T)

Dalam pukul 7 lebih Nia siap-siap mandi, pakai baju, sarapan lepas tu duduk depan kipas "Breathe In, Breathe Out, Breathe In, Breathe Out" dah dekat pukul 9 pagi baru nak gerak ke RTM Johor. Salam Ibu dengan Abah, minta doakan Nia dapat buat yang terbaik.

Pagi tu Abah yang hantar Nia. Tup tup dah dekat nak sampai hujan bukan main lebat lagi. Masuk-masuk je RTM Johor, kena cari nama dalam senarai yang ada kat atas meja, ambil nombor giliran, tulis nombor giliran dan duduk. Giliran Nia yang ke 30. Tengok tempat duduk berselang-seli kosong lelaki-perempuan-perempuan-lelaki, nak duduk di antara tu takut rasa tak selesa. Jadi tetiba terpandang pulak satu tempat kosong sebelah hujung, sebelah seorang wanita yang berbaju kuning. Heheh Nia pun apa lagi memulakan bicara, tanya nama, dari mana, da lama sampai heheh akhirnya sampai-sampai je da dapat kawan baru. Alhamdulillah.. Nama akak tu kak Aini dari Batu Pahat dan baru je berkahwin sebulan (kalau tak silap).

Lebih kurang 5-10minit menunggu kat bahagian bawah tu. pengawas peperiksaan pun datang dan ajak laa kitorang (no giliran 20-30) pergi ke sebuah bilik di tingkat dua. Kat bilik yang sama tu laa kita akan buat persediaan sebelum menjalani ujian suara dan penyampaian. Dalam bilik tu ada kerusi dan meja, ala sama laa macam kita nak periksa masa sekolah dulu-dulu kan. Kak Aini siang-siang dah cop tempat duduk barisan depan. Molek-molek sebelah dia, dia space kan ruang untuk Nia. Tapi Nia geleng kepala laju-laju lepas tu terus jalan melulu duduk kat barisan belakang sekali. Betul-betul belakang DJ Saufi Nawawi. Masa dalam bilik tu semua senyap je. Sebelah kanan Nia seorang akak (tapi tak tau nama dia) dan sebelah kiri Nia seorang abang (ceh macam konfiden je Nia yang termuda.. hihii).

Ok bila tiba masa untuk buat persediaan. Kita semua diberikan dua buku soalan. Satu untuk ujian suara (Ada dua teks, Bahasa Melayu dan English yang ni untuk baca je) dan satu lagi ujian penyampaian (ada satu teks berita dan ada 5 soalan tugasan -kena pilih satu). Untuk Ujian Suara Nia rasa macam ok sikit laa.. Tapi ujian penyampaian tu memang mencabar. Sebab kita kena sunting balik teks berita yang diberi tu untuk sesuaikan ia dengan siaran berita. Kat situ kot yang banyak ambil masa sebab rata-rata ramai yang tak siap bahagian penyampaian tu. Bahagian penyampaian tu kena buat dalam English dan Nia buat soalan yang ke lima iaitu penyampaian hiburan. Huihh boleh tahan susah jugak laa..

Bila dah habis masa untuk buat persediaan, kitorang dibenarkan keluar dan duduk dekat hallway (disediakan kerusi) untuk tunggu giliran masuk bilik rakaman. Nia pun apa lagi melulu dapatkan tempat duduk depan konti! Heheh sebab nak tengok DJ Junaidah bertugas. Kebetulan sebelah kanan Nia ada tempat kosong, Kak Aini pun duduk laa sebelah Nia. Bual-bual kosong. Giliran dia nombor 29 jadi memang cantik sangat laa kan.. bual, bual dan bual lagi lepas tu minta FB dia. Sebab confirm akan jumpa lagi untuk ujian bertulis. Sebelah kiri Nia pula seorang wanita kecil molek berbaju hijau. Alaa comel betul. Bila bual-bual dengan dia, ohmai umur dia dah 28, da kahwin dan dah ada anak satu. Mati-mati laa Nia ingat dia ni adik-adik Nia. Nama dia Syikin, orangnya cakap laju dan lucu. Duduk sebelah dia asyik ketawa je sampai serak tekak Nia. Boleh pulak dia kata,
"Awak ni penawa ye? Senang ketawa ye?"
 aduii akak tu yang buat saya ketawa, da macam roller coaster! Bila duduk bual-bual al-kisah nombor giliran kak Syikin 28. Cantiklah! 28-29-30.

Bual-bual jugak, mata duk tengok DJ Junaidah Alahan berdeejay. Seronoknya. Cuba juga melambai-lambai kat dia tapi tak perasan kot. Tak pasti laa sama ada tu 'One Way Mirror' atau tak. Tapi bila dia keluar konti kan, ayat pertama bila dia nampak Nia,
"Hey Boolat, apasal makin boolat ni?"
 hahaa Nia pun jawab
"Hati senang kak June hehehee (dialog siap dengan ketawa ok)"
sambil bersalaman - ambil berkat.. hehee.
Sebenarnya ni kali kedua Nia pergi RTM, dulu Nia pergi untuk rakaman rancangan 'Aksi Deejay Jemputan'. Kat bilik yang sama jugalah sesi rakaman tu dijalankan.

Giliran Nia lambat sangat.. Ye laa Nia ni orang yang terakhir untuk sesi pagi. Bayangkan dari pukul 9 pagi, Nia dah tak minum air, lepas tu cakap, gelak kat tempat yang berhawa dingin, lepas tu giliran Nia masuk bilik rakaman pukul 2 lebih. Boleh bayangkan tak cemana suara Nia? Huhuu salah pun salah sendiri sebab tak nak berganjak dari situ. Tak bawa bekal air pulak tu #PadanMuka :(

Masa tunggu giiran kat luar, hati tenang je. Tapi bila da sampai giliran kak Syikin, masa tu laa rasa macam nak ke tandas, tangan sejuk, kaki gigil.. Aiyoo Aiyoo.. Bila dah giliran kak Aini lagi laaa.. Nasib laa ada pengawas yang teman-teman kat hallway tu..

Bila masuk bilik rakaman? Hah memang sudah dijangka. Panik tetiba! Sebab suara da mula serak. Lepas tu keadaan bilik tu yang kalis bunyi lagi laa menambah panik. Minda Nia terus kosong. Hahaa main baca apa yang ada depan mata. Sesekali tertelan air liur pada tempat yang tak sepatutnya.. kehkeh

Bila dah habis rakaman, fuhhh lega rasanya.. Terus serahkan semua buku soalan sekali dengan surat panggilan SPA Nia kepada pengawas bertugas.. Hahahaa apalah Nia ni.. Panik tak tentu pasal.. Hahaa Aduii.. Itulah cerita bahagian kedua pengalaman Nia menghadiri Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penerbit Rancangan Gred B41.

Baca seterusnya   : Penerbit Rancangan B41 (Bahagian 3)

Ok Bye!

2 comments:

Comment :)