Assalamualaikum dan salam ceria~
Salam berhujung minggu! Sekali lagi update fasal Ninetology Black Pearl 2 i9400. Masa mula-mula Nia bingung eh kenapa Nia boleh on data pakai number DiGi je? Kenapa Maxis tak boleh? Bila pilih Maxis mesti dia keluar ayat ni.
"3G service is not available with this selected SIM. This may load data slower. You can change the 3G service settings > Wireless & Network > Mobile Networks. Are you sure to select this SIM?" – eh hampes betul dia tanya kita pulak?Maka hidup-hidup Nia ingat Sim kad Maxis Nia ni masih 2G. Maka terima kasih Encik Google sebab akhirnya sim kad Maxis Nia da tukar kepada 3G! Cuba lagi.
"3G service is not available with this selected SIM. This may load data slower. You can change the 3G service settings > Wireless & Network > Mobile Networks. Are you sure to select this SIM?" – eh cari fasal ke apa?
Hatta Nia memberanikan diri untuk godeh-godeh. Akhirnya, Nia jumpa jalan penyelesaiannya. Hanya 15 langkah mudah, makan masa dalam 10-15minit (5 minit kalau da expert) untuk ubah setting da boleh online!
Cara tukar Data Connection DiGi ke MAXIS.
Langkah 1 : Pergi ke Settings > WIRELESS & NETWORKS pilih More..
Langkah 4 : pilih Enable 3G
Langkah 5 : pilih MY MAXIS
Langkah 6 : Baca pop up tu sampai habis, da konfiden tekan Continue
Langkah 7 : tunggu dia Switching dalam masa 10 saat.
Langkah 6 (typo sebenarnya) : Pastikan Network Mode GSM/WCDMA (auto mode). Nia pun tak tau apa fungsi sebenarnya tapi saje inform takut ada yang gatal pi ubah pulak.. hehe
Langkah 9 : Tekan back button (atau ulang Langkah 1 & 2) > pilih Access Point Names
Langkah 10 : pilih MY MAXIS
Langkah 11 : pilih Maxis 3G Internet
Langkah 12 : Tekan back button (atau ulang Langkah 1 & 2) > Network operators
Langkah 13 : pilih MY MAXIS
Langkah 14 : tunggu dia Searching
Langkah 15 : pilih MY MAXIS 3G
Lepas tu tunggu laa dia Register on network! Siap! Da boleh online pakai number MAXIS pulak (nak jimat, sebelum tu langgan laa dulu pelan data)
Cara tukar MAXIS ke DiGi
Ikut Langkah satu 1 sampai 15 tetapi untuk Langkah 11, Langkah 14 dan Langkah 15 paparan skrin dia ikut macam bawah ni.
Untuk syarikat telco yang lain Nia tak pasti macam mana caranya, tapi boleh cuba laa langkah-langkah yang Nia kongsikan ni. Kalau ada apa-apa masalah boleh kongsikan kat ruang komen ya. Kalau Nia boleh bantu, Nia bantu :)
P/s : Untuk masalah call tak masuk ketika sedang on data - dekat paparan skrin Langkah 2 tu pastikan GPRS transfer prefer mode tu di Tick (Call prefer) kalau tidak nanti call tak masuk.
Hee.. Ok bye!