Assalamualaikum dan salam ceria!
Hari ni Nia akan jawab 10 FAQ (Frequently asked questions)
berkaitan telefon Ninetology Black Pearl 2.
Info : Segala jawapan yang Nia berikan dalam entry ini
ialah hasil pengalaman Nia sendiri guna Ninetology BP2 sejak January 2013,
membaca komen-komen dari pengguna BP2 di Page dan Group yang berkaitan dengan
Ninetology dan Nia tidak di bayar untuk membuat entry ini. Sekadar perkongsian
yang mungkin boleh membantu anda dan kalau mungkin ada kesilapan dalam entry
ni, jangan segan silu untuk tegur Nia di ruang komen dengan cara yang berhemah.
J
1. Harga
Ninetology Black Pearl 2 i9400?
RM 599. Tetapi selepas rebate harga
BP2 ialah RM 299
SKMM rebate (RM 200) +
Manufacturer Rebate (RM 100)
2. Macam
mana nak dapatkan aksesori BP2 (cth: Casing, Flip Cover dll) ni?
Di mana-mana kedai yang ada
menjual BP2, di Outlets Ninetology yang terdekat dan secara online melalui
blogs dan facebook.
- Boleh cari tentang aksesori BP2 dan model lain Ninetology di Group Ninetology Malaysia
![]() |
| Casing Ninetology Nia |
3. Kenapa
saya tak boleh register M-warranty? Kenapa no telefon tak sah?
Semasa nak register M-Warranty
pastikan da ON data connection ataupun WiFi. Kalau masih mengalami masalah yang
sama pergi semula ke kedai yang beli tu untuk minta guide.
4. Cara
nak pindahkan file dari BP2 ke PC?
Sambungkan wire USB (wire
charger pun boleh) ke BP2 dan PC anda. Nanti di skrin BP2 akan muncul USB
CONNECTED, TURN ON USB STORAGE dan tekan OK.
5. Cara
Nak Print Screen ( Screen Shot) BP2?
Tekan Power Button dan Volume
Down Button serentak. Hold selama 3 saat.
6. Saya
ada masalah dengan Ninetology saya, dekat mana service center Ninetology yang terdekat?
7. Cara
nak setting ringtone mengikut Group dalam contacts (cth: Family, Friends) ?
Tiada option. Hanya boleh set
ringtone secara individual.
Pilih nama contact > Tekan
Menu Button > Set Ringtone > Pilih Ringtone (sama ada melalui ringtone
yang ada dalam Android System atau SD Card) > tekan OK.
8. Cara
nak set ringtone telefon (selain ringtone yang ada dalam Android System)?
Pergi ke Music > pilih lagu
> hold dalam 3 saat pada lagu yang di pilih nanti akan keluar pop up menu > pilih use as phone ringtone.
9. Macam
mana nak jimatkan bateri?
Pastikan da upgrade firmware
v17.
(p/s : Jangan ikut macam Nia, firmware pun masih v15. Muahaha)
Lepas tu pergi ke
Entry Tips Penjimatan Bateri Ninetology Black Pearl 2
10. Macam
mana nak online FB free dengan DiGi?
Download Opera Mini di
Playstore dan Install Opera Mini sama macam applikasi yang lain.
Bila da siap semua, pastikan
ON data connection (DiGi) selepas tu buat macam bawah ni.
kemudian da boleh online free!
Untuk pengguna DiGi Prepaid
Smart Plan bukan sekadar dapat online FB percuma guna opera mini, malah
Whatsapp pun percuma!
Ok hari ni Nia update 10 dulu, nanti ada masa Nia update lagi ya!
Lain-lain LINK berkenaan Ninetology Black Pearl 2 dari Blog Dscarnia
External Link
♥ Page Ninetology Malaysia (Facebook)
♥ Page Ninetology Black Pearl 2 (Facebook)
♥ Group Ninetology Malaysia (Facebook)
♥ Ninetology Sabah (Youtube)
♥ Ninetology Official Web (Website)
♥ Ninetology - Service Center (Website)
♥ Ninetology- Outlets (Website)











