Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

Cinta Hati - Ninetology Black Pearl 2



Assalamualaikum dan salam ceria-ceria!

Hey! Rasa rindu la pulak dengan blog. Da lama tak update entry baru. Nak kata busy, takde la busy sangat. Pegi kerja, balik kerja, rehat kat rumah. Makan minum online tidur. Rutin harian yang tersangatlah klishe. 

Walaupun tak kerap update blog, Nia rajin laa juga masuk blog sendiri kot-kot ada komen-komen terbaru kan. Tapi harap maklum laa kalau yang reply komen tu Nadia Salleh, tu bukan orang lain ye. Tu Nia juga, guna email lain.. Heee..

So hari ni Nia sekadar nak update tentang 'Cinta Hati' Nia, Mr Ninetology Black Pearl 2 yang hensem! 

Gambar yang diambil dengan Ninetology Black Pearl 2 i9400

Secara rasmi pada 7 February 2013, genaplah sebulan Nia guna Mr NBP2 dan tersangatlah puas hati!


Gambar yang diambil cantik-cantik belaka. Gila tak cantik camera 8MP tu! Haishh kalau nak cakap pasal camera memang da berbuih da mulut ni mention yang camera Ninetology Black Pearl 2 ni 8MegaPixel!

Pulak tu dengar cerita stok Ninetology Black Pearl 2 ni da habis, pheww! Nasiblah Nia cepat-cepat grab telefon ni, kalau tak confirm menangis belakang pintu 2 - 3 jam sampai sanggup biarkan kulit ayam KFC yang ranggup tu jadik lemau semata dua mata terpaksa tunggu Ninetology re-stock pada bulan Mac nanti.
(okeh! tak ada kaitan -.-")

Sejujurnya Nia belum godeh-godeh sangat telefon ni. Bila tengok dorang (pengguna ninetology yang lain) berbincang tentang root dan unroot, Nia hanya mampu membaca dalam hati dan mulut melopong (phew! nasib takda lalat yang masuk --") sebab lack of confidence nak cuba root atau unroot sendiri. sobs sobs.

Firmware pun sekarang ni da boleh pegi upgrade kepada V17. Hanya pergi ke outlet yang korang beli telefon tu dan cakap la kat dia "Saya nak upgrade firmware V17" jangan lupa bawa resit pembelian!. Melalui pembacaan di laman-laman media sosial, harap maklum perkhidmatan ini adalah PERCUMA dan mengambil masa kira-kira 15min ke 1jam (bergantung kepada servis outlet masing-masing). 

Kalau lupa, boleh pergi ke link ini untuk senarai outlets Ninetology seluruh negeri di Malaysia >>> http://www.ninetology.com/malaysia/retail_outlets.html

Monolog : Hampes kau Nia! kau sendiri belum upgrade firmware kan? cehhh!! -.-"

Sebelum Nia tahu yang Ninetology ni da built in dengan screenshot (betul ke susunan ayat aku ni?), galau juga la cari kat Play Store. Sebab da terbiasa pakai blackberry kan, guna capture nux dengan munch screen. Jumpa kat Play Store macam-macam lepas tu konfiden je download kan. Eh! Sekali tengok video dari Ninetology Sabah, ek eleyh makan sepes (space) je download apps yang bukan-bukan..

Rupa-rupanya hanya tekan :
power button + volume down button serentak dan hold 3saat!



Senangkan? Untuk apa Screen Shot ni?
Kalau Nia sendiri, Nia guna screen shot ni untuk ajar kawan-kawan Nia yang baru guna Ninetology ni, ye la kadang-kadang dorang tanya,
"Nia macam mana eh nak buat bla bla bla, telefon aku keluar bla bla bla bila aku buat bla bla bla"
Tak kan nak expect Nia pegi rumah dia yang jauh berkilometer semata-mata nak ajar dia guna telefon ni kan? Jadi Nia Whats App la dengan dia sambil attach screen shot telefon Nia dan bagi guide step by step.
Memang la tak dibayar pun tolong dia, even buat post ni pun tak dibayar pun. Tapi apa salahnya kita sharing kan? sharing is caring right? (tapi kalau nak share top up lepas tu tak nak ganti balik memang kena lestik laju-laju la!! Eh!)

Kemudian kebahagian Nia dengan Mr NBP2 lebih terasa dengan kehadiran apps seperti Pou. Yup Pou! Mula-mula Nia siap perli kawan Nia si bdk100 main game ni. Ye la kan, muka sikit punya macho tapi main Pou? Kelakar kot. Sekali tak puas hati download la. Amekaw ketagih pulak! Sengaja biarkan si Pou Nia gedempol, comel rasa macam nak cubit-cubit jek!!

Instagram Nia memang takde. Tak nampak keperluan untuk ada akaun Instagram. Sebab tak mampu nak handle banyak-banyak akaun media sosial -.-" Tapi tak tau la kot-kot nanti terbuka hati nak buat Instagram, jangan lupa follow Nia k? hikhiks


Sebab Nia ni suka edit gambar walaupun tak seprofesional mana pun, Nia download apps Cartoon Camera dengan Cymera untuk snap gambar.
Paling seronok dengan Cartoon Camera laa. Terasa diri ini tersangatlah comel.. (wekk termuntah sendiri)

Kids Piano Lite - Untuk berangan jadi baby main xylophone. Do Re Mi Fa So La Ti Do. Lepas tu berangan main lagu hepi besday tu yu, walhal baru je belajar 2minggu praktis baru boleh master, tu pun kadang-kadang lupa key -.-"

Game pulak Nia suka main Chess Free, Crazy Star, dan UNO Free. Opera Mini memang wajib ada sebab kalau layari Opera Mini dengan Digi boleh online FB secara percuma! Untuk Rohani, Nia Download Quran Bahasa Melayu dan  Kisah 25 Nabi dan Rasul.Whats App memang tak lupa la kan.. hehee

Terlalu banyak yang ingin dikongsikan dalam entry ni sampai Nia jadi hilang arah mana satu nak mula! Apepun, jom Like Page Ninetology MalaysiaNinetology Black Pearl 2 i9400, dan jom join group Ninetology User untuk dapatkan informasi yang terkini. ceeewah!

Mungkin entry ini juga menarik untuk dibaca :
Pakej Komunikasi Belia (SKMM) dan Ninetology Black Pearl 2 i9400
Tips Penjimatan Bateri - Ninetology Black Pearl 2 i9400

Ok sekian untuk entry kali ni, Nunite :)

Wednesday, 30 January 2013

Tips: Bekerja Lebih Seronok!



Assalamualaikum dan salam ceria-ceria

Adakala, kita rasa bosan bila asyik kerja, kerja, kerja.

Niat nak bekerja pada awalnya baik. Akhirnya jadi tak berapa baik, sebab perkara-perkara yang tidak dapat duga. Oleh itu, hari ini Nia akan kongsi  beberapa tips agar pergi kerja tidak lagi bosan!



1) Tentukan Matlamat Kerja

Dalam apa jua perkara yang kita nak buat kita mesti ada matlamat sebab matlamat ini la yang akan membakar semangat kita untuk bangun pagi dan pergi kerja tanpa rasa bosan. Kira target la. Contoh, bila kita belajar di tingkatan 5, pastinya matlamat kita ialah “Aku nak dapat straight A untuk SPM”. Sama juga seperti kerja, tentukan matlamat kita dahulu.

Contoh: “Aku nak kerja, nak tolong kedua Ibu Bapa Aku”, “Aku nak kerja, nanti da cukup simpanan nak masuk minang si Milah”, “Sekarang aku da jadi Assistant Manager, tak lama lagi aku nak jadi Manager” atau “Aku nak cari kerja yang boleh menjamin masa depan untuk isteri dan anak-anak Aku”.

2) Jalinkan Hubungan Baik dengan Majikan dan Rakan Sekerja

Bayangkan kalau kita berada di bawah satu bumbung, tapi tak bertegur sapa. Memang tak keruan laa rasanya. Hubungan baik bukan bermakna hubungan sulit, bukan bodek-membodek, tapi hubungan yang telus.  Tanpa ada sikap pilih kasih kerana apabila ada sikap pilih kasih, pasti ada dengki-mendengki, dan akhirnya pemulauan.

Contoh: Si A tak bertegur sapa dengan si B, sebab si B tu ‘anak emas’ Bos. Lepas tu si A ‘cakap-cakap’ dengan C, D, E, F, lalu si B di pulaukan, si B panas, surat perletakan jawatan atas meja bos -.-"  . Typical Human Being la kan?

Jadi, jalinkan hubungan baik sesama Majikan dan rakan sekerja dan sentiasa berfikiran positif. Anggap sikap pilih kasih itu sebagai semangat untuk kita untuk jadi yang lebih baik daripada dia. Jangan simpan perasan dengki sebab itu mungkin rezeki dia dan tak perlu laa nak ‘cakap-cakap’ hal orang lain, sebab kita pun belum tahu apa yang orang lain ‘cakap-cakap’ tentang kita.
Ingat, jangan ingat orang ketawa, kita ketawa. Sebenarnya kita yang ketawa dan orang yang mentertawakan kita.

Selain itu, andai ada masalah dalam kerja, pastinya konflik itu boleh diselesaikan secara dalaman dengan mudah sekiranya kita jaga hubungan kita dengan mereka. Pegang kata pepatah “Bersatu teguh, bercerai roboh” sama juga seperti sebuah organisasi. Tanpa kerjasama yang baik, kita tak akan sampai ke mana.

3)Amalkan Sikap-Sikap Yang Positif

Rajin. Hello, kalau pemalas kerja pun buat bertangguh-tangguh memang alamatnya dapat Surat Amaran la nanti. Walaupun sebenarnya kita ni bukan seorang yang rajin, tak mengapa sebab “buat-buat rajin” pun dah cukup memadai bak kata pepatah “alah bisa tegar biasa”.

Jujur. Sentiasa bersikap jujur dalam apa jua perkara. Terutamanya dalam soal duit. Andai ada buat silap, akui kesilapan diri dan jangan salahkan orang lain.

Ikhlas berkongsi ilmu. Berkatnya berkongsi ilmu, apabila dikongsikan ilmu kita bukan sahaja dapat pahala malah kita juga tak akan mudah lupa dengan ilmu yang kita ada.  Sekali gus, bila keikhlasan kita itu ada, maka dengan sendirinya rakan kita juga akan ikhlas berkongsi  ilmu yang mungkin kita belum tahu / ada.

Hormat-menghormati. Sehebat mana pun pelajaran yang kita ada,  setinggi mana pun jawatan yang kita pegang,  lebih mulia jika kita seorang yang mengamalkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Contohnya dengan panggilan Encik, Puan, Cik. Selain mempamerkan keperibadian kita yang berbudi bahasa kita juga sebenarnya boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya dengan panggilan Akak, Abang dan mungkin ‘sayang’ J.

Komunikasi. “Tak kenal, maka tak cinta”. Cuba kenali rakan sekerja atau Majikan anda dengan lebih rapat. Ambil berat tentang mereka. Contohnya tarikh lahir, tempat tinggal dan kesihatan mereka.  Mana tahu nanti boleh buat surprise birthday mereka di pejabat atau andai kalau ada apa-apa berlaku sekurang-kurangnya kita tahu sesuatu tentang mereka. Tapi awas! Jangan sampai “Jangan sampai jaga tepi kain orang”.

Dalam konteks komunikasi pun ada banyak sebenarnya. Nada berdehem, lirikkan mata, bahasa F, dan boleh juga ber’eksperimen’ dengan suara katun yang agak annoying J

4) Penampilan dan kekemasan

Apa yang kita lihat boleh merangsang naluri ceria kita. Berpakaian kemas mengikut kesesuaian tempat kerja dan gunakan warna-warna yang boleh menyuntik  rasa semangat dan keceriaan seperti merah, kuning, oren, hijau, turquoise dan biru. Sekali sekala, cuba juga warna-warna pastel yang sejuk mata memandang.

Untuk kekemasan si jejaka, rapikan rambut dengan kemas. Kalau semalam belah tengah, apa kata hari ni cuba belah tepi pula?

Begitu juga dengan Perempuan, kalau semalam free hair, apa kata hari ni rambut  ikat satu, tak pun bersanggul?

Yang bertudung pula, tukar-tukar la cara bertudung anda. Kalau semalam pakai tudung awning, apa kata hari ni guna bawal, ataupun syria, pashmina pun ok juga. Tak kisah la apa jua fesyen tudung asalkan labuh dan boleh menutup aurat.

Bersolek juga penting agar muka kita tak kelihatan pucat. Bedak asas, sedikit celak dan secalit gincu cukup untuk buatkan penampilan anda berbeza.

5) Berehat pada Waktu Rehat

Pastikan waktu rehat anda dimanfaatkan dengan rehat. Ya. Dapatkan shortnap sekurang-kurangnya  10minit untuk kembali bertenaga. Lepas tu jangan skip lunch!

6) Minyak Wangi dan Haruman Aromaterapi

Pastikan tak ada bau masam dan  bau-bau yang tidak menyenangkan ada dalam pejabat.  Wangi-wangian itu penting kerana ia boleh merangsang otak untuk tidak stress, fokus dan rasa gembira. Haruman seperti Vanila, Lavender dan Citrus boleh membantu anda. Tukar wangian anda sekurang 2 kali seminggu agar tak rasa bosan :)

7) Muzik

Sekarang ni tak ada alasan untuk tak dengar radio (melainkan kalau anda memang langsung tak minat dengan muzik). Ada pelbagai variasi radio yang boleh dipilih. Sama ada berkonsepkan tradisional, klasik, rock mahupun yang terkini. Boleh didengar menerusi  frekuensi mahupun dalam talian, rancangan yang berkonsepkan  bual bicara dan perkongsian boleh merangsang fikiran kita terutamanya pada waktu pagi. Manakala, dendangan lagu-lagu yang rancak pasti boleh menghilangkan rasa bosan dan mengantuk pada waktu petang.

Tak salah juga kalau nak berkaraoke sambil buat kerja. Lagi-lagi kalau suara sumbang-sumbang manja, ‘senyum kambing’ laa orang sebelah kita tu nanti J. Tapi awas, jangan sampai hilang fokus!

8) Rumah Kedua Ku

Jadikan pejabat anda macam rumah kedua anda. Jaga kebersihan dan hiasi pejabat anda dengan warna-warna yang terang atau mengikut musim perayaan. Contohnya, jika Chinese New Year bakal tiba. Hiasi pejabat anda dengan kad-kad ucapan yang diterima dan mungkin juga boleh letak sebakul limau mandarin di atas meja kopi..

Solek juga meja anda. Gunakan alat-alat tulis yang berwarna warni untuk memberikan rasa seronok.

9) Jajan! (kudap-kudapan/cemil-cemilan)

Pastinya setiap pejabat ada pantri kan? Mohon peruntukkan dari Majikan anda atau berbincang sesama rakan sekerja untuk membeli stock jajan!  Kebiasaanya jam 3 hingga 5 petang ialah waktu untuk minum petang. Kalau keluar untuk alas perut, banyak juga masa yang akan terbuang. Apa kata beli dan simpan stock seperti teh, nescafe, biskut, coklat dan kekacang dekat pantri untuk para staf nikmati bersama.

Sekali sekala, bergilir-gilir la keluar untuk beli pisang goreng dengan keropok lekor kat makcik depan simpang tu, bawa balik office dan makan sama-sama.. heee

10) Senyum

Sentiasa senyum.Senyuman tidak boleh menyelesaikan masalah tetapi ia boleh menenangkan jiwa. Dalam keadaan stress mana sekalipun pastikan anda senyum. Senang, senyum  J


Okay tu saje untuk kali ini. Semoga anda lebih seronok bekerja pada esok hari. Nite J

Tuesday, 22 January 2013

Tips Penjimatan Bateri - Ninetology Black Pearl 2 i9400




Assalamualaikum dan salam ceria-ceria!

Sebelum ni Nia ada taip entri tentang Pakej Komunikasi Belia (SKMM) dan Ninetology Black Pearl 2 i9400 (boleh terus klik kat link tu), Nia ada juga cerita sikit pasal telefon Ninetology Nia yg hensem tu tapi tak adalah full version sebab Nia baru je guna.


Video ni la sebenarnya yang mebuatkan Nia betul-betul yakin yang Nia nak kena beli telefon Ninetology Black Pearl 2 i9400. Masa baru je beli telefon ni, penuh je bateri macam-macam Nia teroka. Perkara pertama yang Nia buat ialah tengok kamera dia! Betul tak tipu kamera Ninetology Black Pearl 2 i9400 ni bukannya 5MP tapi 8MP! Ulang taip 8MP!

8M Pixels
Tapi tu laa, tak sampai 3jam bateri da habis. Ye la kan macam-macam Nia buat. Cuba Wifi, Radio, Aplikasi, senang cerita 3jam tu duduk mengadap telefon je! Rasa macam tak puas hati juga sebab 3jam je boleh pakai? Kemudian Nia tengok la dekat page Ninetology dan jumpa post yang bawah ni..

Print Screen dari Facebook Nineology
Oleh sebab belum ada kesempatan untuk Nia pergi upgrade latest firmware, maka Nia hanya buat step 1 dan 2. Jadi, untuk kali ni, Nia nak share tips untuk menjimatkan penggunaan bateri untuk telefon model Ninetology Black Pearl 2 i9400 dan mungkin juga tips ni boleh digunakan untuk model-model telefon android yang lain.

Tips Penjimatan Pertama (tips yang diberi oleh Ninetology)

Pergi ke Menu Screen > pilih Setting > Apps > pilih Running > Cari M-Warranty, Klik, pilih Stop dan tekan OK macam paparan di bawah ni : -

Print Screen telefon Nia

Tips Penjimatan Kedua

Pergi ke Menu Screen > pilih Settings > Battery > pilih apa-apa jua Apps yang da tak pakai (Contohnya, Facebook, Google Play Store dan lain-lain) > nanti dia keluar Use Details > tekan Force Stop kalau apps tu masih lagi running.
Print Screen telefon Nia
Andai kata, tersalah pilih apps dan tiba-tiba telefon macam ada masalah. Jangan panik. Power Off telefon Ninetology tu, lepas tu restart balik. Kalau tak elok juga, cepat-cepat bawa pergi mana-mana Ninetology Outlets untuk dapatkan nasihat dari yang pakar (ewah)


Tips Penjimatan Ketiga

Tahukah anda? Sekiranya anda slide kan jari anda dari atas ke bawah di mana jua screen telefon Ninetology Black Pearl 2 i9400 anda, akan keluar paparan seperti di bawah ini? Kalau tau, bagus.. Kalau tak tau, mai sini check nak cerita.

Print Screen telefon Nia
Tips penjimatan bateri ketiga ialah pastikan menu-menu yang ada dalam kotak pink tu hanya menyala ketika anda menggunakannya. Contohnya kalau guna Wifi, (atau Bluetooth, GPS, Data Connection dan Airplane Mode), tekan kat Wifi signal tu dan kira-kira dalam 5saat dia akan menyala dan itu tandanya Wifi connection telah pun dihidupkan.

Sekiranya anda slide kan pula jari anda di kotak pink itu dari Kiri ke Kanan atau Kanan ke Kiri, anda akan jumpa menu Brightness, Timeout, Auto Rotation dan Menu Audio Profiles (Contoh General, Silent, Meeting dan Outdoor)

Cara lain, boleh juga pergi ke Menu Screen > Settings untuk hidupkan apa jua connection dan tukar apa jua settings.

*** kalau wifi, data connection, bluetooth dan GPS sentiasa on, bateri cepat habis.


Tips Penjimatan Keempat

Kecerahan (Brightness) skrin yang maximum boleh menyebabkan bateri cepat habis. Oleh itu, pilih (adjust) kecerahan yang sedap mata memandang. Jangan risau kalau skrin macam gelap dan takut  kalau snap gambar nanti nampak tak jelas, sebab bila kita on je kamera secara automatik skrin akan cerah dengan sendirinya.

Menu Screen > pilih Settings > Display > Brightness > Edit kecerahan skrin mengikut selera (paling minimal pun da ok)

Kemudian, boleh juga edit sama ada nak Auto-rotate screen dan Sleep (kalau Nia guna 30 seconds untuk skrin sleep)


Tips Penjimatan Kelima

Download Apps Easy Battery Saver dari Google Apps Store. Contoh paparan :-
Print Screen dari telefon Nia
Kira-kira seminggu lebih guna Apps ni memang ok laa. Nia boleh tukar-tukar setting mengikut kegunaan Nia, agar bateri Nia tak cepat abis. Contoh paparan :

Print Screen dari telefon Nia
Kalau Nia, lebih selesa guna Super Power Saving Mode setiap masa ketika pergi kerja, Intelligent Power Saving Mode pada masa-masa yang tertentu (Contoh nak online FB) dan hanya guna Normal Mode ketika berada di rumah. Kalau tak suka settings yang dah sedia ada, boleh edit mengikut selera sendiri di Advance Customized Mode.

Buat masa ni, cuma 5 Tips ni saja yang mungkin boleh bantu anda, anda atau anda yang newbie macam Nia ni. Kalau tak berkesan juga, kena la upgrade firmware ye. 

Jangan lupa, Like Facebook Ninetology Malaysia, Subscribe Youtube Ninetology Sabah dan follow Twitter Ninetology Malaysia untuk latest update!

Dah alang-alang LIKE page Ninetology, jangan lupa untuk sertai Wall Of Pledge, Responsible Blogging 2013.
Klik Sini untuk sertai >>> Wall Of Pledge dan Responsible Blogging <<< untuk support kempen ini.

Nia harap perkongsian Nia ni dapat memberi manfaat kepada sesiapa jua yang mengunakan telefon Ninetology Black Pearl 2 i9400 dan seangkatan dengannya. Ok nite! ^_^


Nota dari Nia:
Tadi Nia ternampak dekat facebook Ninetology, seorang blogger post entry Review Ninetology Black Pearl 2 i9400 dan alangkah sentapnya Nia bila tengok entry Nia dicopy dan diedit sebijik-sebijik sekali dengan gambar yang Nia snap. Tak kisah kalau nak share, tapi jangan lupa bagi kredit pada tuan empunya entri. Bukan susah pun, boleh komen kat bawah ni atau pun boleh tweet je Nia kat sebelah kanan ni. Please be a responsible blogger. :)

Friday, 11 January 2013

Tutorial : SAM4, VAC dan SKYPE



Assalamualaikum 

Salam sejahtera dan salam ceria-ceria Seperti yang Nia pernah janjikan kepada rakan-rakan Nia yang bertanyakan soalan : -
"Nia, Macam mana Nia On-air secara beramai - ramai melalui Skype menggunakan SAM Broadcasting Software tu?"
Jadi, hari ni Nia akan buat tutorial tu.. Dan semua ini berdasarkan ilmu yang Nia belajar melalui Youtube dan pengalaman membuat eksperimen sendiri..
Oke untuk makluman semua..


Nia menggunakan Virtual Audio Cable 4.1 dan Skype untuk On-air beramai - ramai.. Sebelum memulakan misi mencuba tutorial ini, pastikan anda sudah pun install 3 benda ini (Nia sertakan link untuk download bagi memudahkan kerja anda) : -

(1) SAM Broadcasting Software       
Link : http://www.spacial.com/ 

(2) Virtual Audio Cable 4.1       
Link : http://www.4shared.com/zip/4ZlrEfRa/Virtual_Audio_Cable_41.html 

(3) Skype     
 Link : http://www.skype.com 


Langkah 1 :
Buka Control Panel untuk Virtual Audio Cable 4.1 Pegi ke ruangan Driver Parameters di bahagian atas sebelah kiri anda, tukar Cables kepada no 2 dan klik Set. Kemudian klik Exit



Langkah 2 :
Pergi ke Sam Broadcaster  (Bergantung kepada versi SAM anda.. Untuk Tutorial ini Nia menggunakan SAM4)


Pergi ke Voice FX, dan klik pada Config. Pastikan Mic anda Off..




Pergi ke Recording Settings dan klik pada Record Soundcard Device, tukarkan pilihan kepada Virtual Cable 1, tekan OK.




kemudian, pergi ke File dan Save Configuration.
Langkah 3 : Pergi ke Skype, klik pada Tools dan pilih Options...




Pilih Audio Settings tukarkan pilihan di Speakers kepada Virtual Cable 2 kemudian padamkan tanda di ruangan Automatically adjust speakers settings dan pastikan




Butang biru pada Volume berada di tengah-tengah.. kemudian Save dan tutup skype




Langkah 4 : 
Akhir sekali setting untuk Audio Repeater (MME).. Buka 3 tab jikalau nak senang faham..




Tab 1 (kiri) : Memindahkan suara dari Mic anda ke Cable 1 
Wave in : Mic anda (Nia punya Realtek * tertakluk pada jenis pc masing- masing) 
Wave out : Virtual Cable 1 
Total buffer : 100 
Buffers : 15 
Priority : High

Tab 2 (tengah) : Memindahkan suara dari Skype ke Cable 1 
Wave in : Virtual Cable 2 
Wave out : Virtual Cable 1 
Total buffer : 100 
Buffers : 15 
Priority : High 

Tab 3 (kanan) : Memastikan Anda dengar suara yang keluar dari Skype tanpa mendengar suara anda kembali (Echo) 
Wave in : Virtual Cable 2 
Wave out : Speaker (headphone) anda (Nia punya Realtek * tertakluk pada jenis pc masing- masing)
Sample rate : 11025 
Total buffer : 200 
Buffers : 12 
Priority : High 

Akhir sekali start semua Repeaters dan sekarang anda sudah boleh On-Air beramai-ramai.. 

Info : 
Virtual Cable 1 - suara yang akan masuk dalam SAM 
Virtual Cable 2 - suara yang akan keluar dari Skype 

 * Nia syorkan maximum 3 orang 
 * Penggunaan SAM Broadcasting Software, Virtual Audio Cable 4.1 dan Skype mungkin akan menyebabkan PC atau Lappy anda hang.. Sila pastikan anda menutup Tabs yang tidak diperlukan..  
* Sekiranya suara anda putus-putus ketika On-air, jangan salahkan line internet pendengar atau anda kerana itu tandanya RAM anda tak support.. Delete Program Files yang tak pakai di System (C:) di PC atau Lappy anda..
Jika anda mempunyai sebarang masalah mengenai tutorial ini..
Boleh taip di ruangan komen atau like dan send message kat [ Page Dscarnia ]
Sumber ilmu yang Nia perolehi ialah dari SINI
Credit gambar : Blog Simplenia