Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Sunday 7 December 2014

Bila Cinta Hati Masuk Hospital



Assalamualaikum dan salam santai.. 

Sejak akhir-akhir ni Nia dah jarang update blog..
Kadang-kadang rasa bersalah juga bila mention diri seorang blogger..
Tapi entry setiap bulan kat blog boleh hitung pakai jari sebelah tangan.

Sejak bulan 6 Nia dah jarang on lappy sebab masa tu busy.
Lepas tu tiba-tiba charger lappy rosak.
Nia biarkan je sebab tengah busy kan.
Masuk bulan 8 dah beli charger baru, broadband u-mobile pulak expired T_T
Jadi terpaksa laa guna Cinta Hati Nia sebagai hotspot.

Sebab terlalu sayangkan Cinta Hati, jadi Nia jarang laa online.
Jarang bukak hotspot.

Tapi baru-baru ni Cinta Hati Nia jatuh sakit.
Bayangkan kemana pergi Cinta Hati selalu bersama,
menjadi perakam memori,
peneman dikala sunyi,
tiba-tiba tak bernyawa!
Meraung!!!
(tapi takde la meraung betul-betul)

Kejadian berlaku pada malam 2 Disember 2014.
Waktu malam tu, dalam pukul 11malam.
Cinta Hati (Ninetology Black Pearl 2) Nia hang.
Bila cabut bateri, nak tengah on kan semula tiba-tiba dia shutdown sendiri.
Cas pun current tak masuk.
Panikkk!!!
Hospital telefon mana yang bukak lewat malam?
Dah laa semua no. telefon family, geng dengan kawan sekerja Nia simpan dalam Cinta Hati.
Meraung lagi!!!

Hatta, kerana terpaksa aku relakan, Nia guna laa basic phone nokia.
Keesokkannya 3 Disember 2014, datang kerja bagitau bos, siap update kat FB :


Terpaksa laa sebab tak simpan dan tak kuasa nak hafal no telefon orang.
Last-last padan muka diri sendiri. Hahaa -_-“

Abah siap offer nak hantar kedai untuk repair.
Jadi sekarang ni Cinta Hati Nia masih lagi ada kat ICU.
Nasibnya juga belum diketahui lagi.

Lebih kurang 48jam takda smartphone Nia rasa macam back to nature tau..
Tiba-tiba boleh dengar lagu melalui radio, tengok tv kat tv, baca berita kat surat khabar..
Kira boleh survive laa tapi otak jadi blurr..

Namun ada dua kerinduan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata:
  1. Kerinduan nak berselfie / wefie.
  2. Kerinduan berchatting
Serius Talk!
Nia (mungkin sama juga dengan segelintir orang lain) tersangatlah memerlukan Smartphone.
Salah satu perkara yang buat Nia rasa tersangatlah seksa bila takda smartphone ialah time nak booking teksi.
Sebab sejak ada applikasi macam MyTeksi dengan Easy Taxi boleh dihitung dengan jari la Nia call radio teksi untuk booking teksi / tahan teksi tepi jalan.
Tu pon kadang-kadang sebab bila book melalui applikasi, takda teksi yang berhampiran.
Ataupun Wifi dan Data Internet takde.

Sebab tu, tak fikir panjang terus survey model telefon smarphone dalam lingkungan budget Nia sekarang.
Abah pon support beli smartphone lagi satu.
Sungguh..
Abah pun mengerti perasaannya bila takda smarphone.
Sungguh.. 
Nia berada dalam dilema bila Cinta Hati sakit.
Get well soon My Cinta Hati..
Kalau tak..
Ku Simpan Diri Mu Dalam Muzium Antik ku..

Sejak Cinta Hati masuk hospital, bersemangat ni google smartphone!
Harga Ninetology Black Pearl 2 pon dah turun sampai RM299.
Molek laa tu, dulu pon beli harga camtu jugak sebab ada SKMM dengan Manufacturer Rebate.
Lagipun Nia dah pernah guna, so takde masalah laa kalau nak upgrade firmware ke, root ke, senang sebab dah ada experience.
Ibu pulak suggest beli Samsung.
Ohh ada jugak harga RM 299.
Model Samsung Galaxy V (tak tgk lak model lain).
Bila google specs, terjumpa pulak entry Amanz.my pasal ASUS Zenfone 4.
Harga RM 299 jugak!
Aduh!!
Mana satu nak pilih ni?
Ninetology?
Samsung?
ASUS?
Tolooooong..

Ceh ceh acah je..
Dah beli pon.
Nanti senang Nia update pasal smartphone baru Nia yer.
K Bye! Assalamualaikum :)

Saturday 15 November 2014

55 Amalan Sunnah Rasulullah

 Assalamualaikum dan salam inspirasi..

Berikut adalah 55 Amalan Sunnah Rasulullah

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.





11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Thursday 16 October 2014

Bioré Makeup Removing Facial Foam - hari hari pakai makeup pon takde masalah!



Assalamualaikum dan salam santai~


Beberapa minggu yang lalu (perghh lama gila),
Nia ada dapat sample daripada Kao Biore.
Tak sempat nak update dalam blog -_-"
Jadi kalau nak dapat update yang lagi cepat dari dalam blog ni, follow laa instagram @dscarnia
Kalau tak follow pon takpe, jadi silent stalker pon boleh..

Dipendekkan cerita, Nia memang suka sangat dengan produk ni.
Produk apa?

Kao Bioré Makeup Removing Facial Foam
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaaa!!


Yang kecik tu sample yang Nia dapat (15g) dan yang besar tu Nia beli (100g)
(p/s: kucing kat wallpaper tu Putih dalam kenangan)


Pencuci muka 2 dalam 1 ini dipertingkatkan dengan Japan’s breakthrough technology.

Selain bertindak sebagai pencuci muka, Bioré Makeup Removing Facial Foam ni pun boleh menanggalkan mekap tidak kalis air seperti :-

  • foundation
  • lipstick
  • eyeliner
  • eye shadow
  • blusher
  • sunscreen yang kalis air
  • BB Cream

Haruman bungaan oren yang menyegarkan juga buat Nia jatuh cinta dengan produk ini.

Apatah lagi ia diperkaya dengan Royal Jelly dan Hyaluronic Acid yang buat kulit Nia rasa lembap je selepas dicuci tidak seperti sesetengah produk yang membersih namun mengeringkan kulit.

Kalau google "Kebaikkan Royal Jelly" dan "kebaikkan Hyaluronic Acid" pasti buat diri duduk depan skrin senyum sambil terangguk-angguk.

Sebab ringkas sangat nak guna (tak payah guna kapas bagai) dan menjimatkan masa.
Nia terus cari-cari pencuci muka ni bila sample dah tinggal sikit.
Akhirnya jumpalah kat Econsave Taman Daya, Johor Bahru.

Dengan harga berpatutan RM 12.90 untuk pek 100g 
(*** bukan harga tetap)

Memang tak fikir panjang terus capai dan masuk dalam troli.

Berapa lama boleh bertahan?
Bergantung jugak la pada penggunaan.

Nia guna pon seminggu kadang-kadang dalam 4 kali, kadang-kadang sekali je.
Kalau make up tebal guna banyak, make up tipis guna laa sikit.
Jimat jimat jimat. hehee

Jadi kepada kalau anda tercari-cari makeup removal.
Nia syorkan cuba guna produk ni sekali.
Kalau ok teruskan, kalau tak - cuba lagi cari yang sesuai yer :)

Ok sampai sini dulu..
Take care dan Assalamualaikum :)

Friday 19 September 2014

KISAH POMEN PUTUS TUNANG

Assalamualaikum dan salam santai..

Di copy paste daripada Ekien buat renungan kita bersama..


KISAH POMEN PUTUS TUNANG

“Kau okay ke?”

Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut,

“Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.

Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana.

Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain.”

Aku terkejut.

“Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau.”

“Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni.”

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

“Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama.

Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku.

Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je lah. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku.

Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain.

Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy.

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku. Kemudian, kitorang bertunang.

Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set.

Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.

Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu. Aku gak yang disalahkan.”

Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata,

“Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku cukup-cukup.

Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?”

Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata.

“Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita.

KISAH POMEN PUTUS TUNANG YANG MENDAPAT 1,600 SHARE DI FACEBOOK

Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih.”

Aku pun sebak dengar ceritanya.

Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah.

posted from Bloggeroid

Monday 1 September 2014

Throwback Raya : #Generasi0408

Assalamualaikum dan salam santai..

Seperti yang dijanjikan (walaupun dah habis raya kan) entry tentang raya.
Gathering Raya 5 Cemerlang SDARY 2014.

Gambar sumbangan daripada Bestie Cik Ekien Yusop.

Hehee last Nia join Gath sempena raya ni masa Nia form 4, kira2 7 tahun lepas.
Tapi masa tu Nia join kejap je. Kali ni, join dari pagi sampai malam.
Ya malam. Hehee

Bateri henfon habis dalam pukul 3 petang, risau habis Ibu dengan Abah Nia. Sampai nak buat report polis..Hahaa

Antara rumah yang dilawati ialah Rumah Aishah, Hanizah, Syawal, Shiro, Suhaibah, Ekien, , Cikgu Mazliana, Nadila, Cikgu Siti Laila, dan Farhah. Best dapat jumpa kawan-kawan lama, catch up dan mengeratkan silaturrahim. Tak guna cakap banyak, biar gambar berbicara..


















































Sekian..
Assalamualaikum

posted from Bloggeroid

Thursday 28 August 2014

Which Month Baby are you ?

JANUARY BABY
Pretty/handsome. Loves to dress up. Easily bored. Fussy. Seldom shows emotions. Takes time to recover when hurt. Sensitive. Down-to-Earth. Stubborn.

FEBRUARY BABY
Abstract thoughts. Loves reality and abstract. Intelligent and clever. Changing personality. Attractive. sexiest out of everyone. Temperamental. Quiet, shy and humble. Honest and loyal. Determined to reach goals. Loves freedom. Rebellious when restricted. Loves aggressiveness. Too sensitive and easily hurt. Gets angry really easily but does not show it. Dislikes unnecessary things. Loves making friends but rarely shows it. Horny. Daring and stubborn. Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp. Loves entertainment and leisure. Romantic on the inside not outside. Superstitious and ludicrous. Spendthrift. Tries to learn to show emotions.

MARCH BABY
Attractive personality. sexy. Affectionate Shy and reserved. Secretive. Naturally honest, generous and sympathetic. Loves peace and serenity. Sensitive to others. Great kisser. Easily angered. Trustworthy. Appreciative and returns kindness. Hardly shows emotions. Tends to bottle up feelings. Observant and assesses others.

APRIL BABY
Suave and compromising. Funny and humorous. Stubborn. Very talkative. Calm and cool. Kind and sympathetic. Concerned and detailed. Loyal. Does work well with others. Very confident. Sensitive. Positive Attitude. Thinking generous. Good memory. Clever and knowledgeable. Loves to look for information. Able to cheer everyone up and/or make them laugh. Able to motivate oneself and others. Understanding. Fun to be around. Outgoing. Hyper. Bubbly personality. Secretive. Boy/girl crazy. Loves sports, music, leisure and travelling. Systematic. hot but has brains.

MAY BABY
Stubborn and hard-hearted . Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Shy towards opposite sex. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves travelling. Dislike being at home. Restless. Not having many children. Hardworking. High spirited.

JUNE BABY
Fun to be with. Secretive. Difficult to fathom and to be understood. Quiet unless excited or tensed. Takes pride in oneself. Has reputation. Easily consoled. Honest. Concerned about people's feelings. Tactful. Friendly. Approachable. Emotional temperamental and unpredictable. Easily hurt. Witty and sparkly. spazzy at times. Not revengeful. Forgiving but never forgets. dislikes nonsensical and unnecessary things. Guides others physically and mentally. Sensitive and forms impressions carefully. Caring and loving. Treats others equally. Strong sense of sympathy. Wary and sharp. Judges people through observations. Hardworking. No difficulties in studying. Loves to be with friends . Always broods about the past and the old friends. Waits for friends. Never looks for friends. Not aggressive unless provoked. Loves to be loved. Easily hurt but takes long to recover.

JULY BABY
You've got the best personality and are an absolute pleasure to be around. You love to make new friends and be outgoing. You are a great flirt and more than likely have an a very attractive partner. a wicked hottie. It is also more than likely that you have a massive record collection. You have a great choice in films, and may one day become a famous actor/actress yourself -heck, you've got the looks for it!!!

AUGUST BABY
outgoing personality. takes risks. feeds on attention. no self control. kind hearted. self confident. loud and boisterous. VERY revengeful. easy to get along with and talk to. has an "every thing's peachy" attitude. likes talking and singing. loves music. daydreamer. easily distracted. Hates not being trusted. BIG imagination. loves to be loved. hates studying. in need of "that someone". longs for freedom. rebellious when withheld or restricted. lives by "no pain no gain" caring. always a suspect. playful. mysterious. "charming" or "beautiful" to everyone. stubborn. curious. independent. strong willed. a fighter.

SEPTEMBER BABY
Active and dynamic. Decisive and haste but tends to regret. Attractive and affectionate to oneself. Strong mentality. Loves attention. Diplomatic. Consoling, friendly and solves people's problems. Brave and fearless. Adventurous. Loving and caring. Suave and generous. Usually you have many friends. Enjoys to make love. Emotional. Stubborn. Hasty. Good memory. Moving, motivates oneself and others. Loves to travel and explore. Sometimes sexy in a way that only their lover can understand.

OCTOBER BABY
Loves to chat. Loves those who love them. Loves to takes things at the centre. Inner and physical beauty.Gets angry often. Treats friends importantly. Brave and fearless. Always making friends. Easily hurt but recovers easily. Daydreamer. Opinionated. Does not care to control emotions. Unpredictable. Extremely smart, but definitely the hottest AND sexiest of them all.

NOVEMBER BABY
Trustworthy and loyal. Very passionate and dangerous. Wild at times. Knows how to have fun. Sexy and mysterious. Everyone is drawn towards your inner and outer beauty and independent personality. Playful, but secretive. Very emotional and temperamental sometimes. Meets new people easily and very social in a group. Fearless and independent. Can hold their own. Stands out in a crowd. Essentially very smart. Gets hurt on small things from close ones. Very caring and loving to their partner and family. Stubborn. Usually, the greatest men and women are born in this month. If you are already in a relationship with someone in this month, hold on to them because their one of a kind.

DECEMBER BABY
This straight-up means ur the most good-looking person possible... better than all of these other months! Loyal and generous. Patriotic. Competitive in everything. Active in games and interactions. Impatient and hasty. Ambitious. Influential in organizations. Fun to be with. Easy to talk to, though hard to understand. Thinks far with vision, yet complicated to know. Easily influenced by kindness. Polite and soft-spoken. Having lots of ideas. Sensitive. Active mind. Hesitating, tends to delay. Choosy and always wants the best. Temperamental. Funny and humorous. Loves to joke. Good debating skills. Has that someone always on his/her mind. Talkative. Daydreamer. Friendly. Knows how to make friends. Abiding. Able to show character. one guy/girl kind of person. Loveable. Easily hurt.
DON'T FORGET TO SHARE :)
This is so true
check it 99 % true
posted from Bloggeroid

Saturday 16 August 2014

Rahsia Tarikh Lahir, Betul Ke Tidak?

Assalamualaikum dan salam syawal :)

Masih lagi dalam mood raya kan?
Tadi fbwalking terjumpa satu status ni mengenai rahsia tarikh lahir, macam menarik untuk dikongsikan.

Januari 01-09 ~ hamster
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ hamster
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ jerung
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ jerung
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ jerung
Jun 21-24 ~ hamster
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ jerung
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ hamster
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati

»»» maksud/erti :

# Jerung: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

# Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

# Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun,kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

# Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

# Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

# Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kehadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!

# Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

# hamster: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. # Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan..

P/s : Ada yang sama, ada yang tak. Tak semestinya yg dikongsi ni semuanya betul. Kalau ada sifat yang baik, kekalkan laa.. Kalau ada yang kurang, perbaikilah.. Tak kenal maka tak cinta. Nak cari jodoh jangan bergantung dengan entry ni yer.. :P
posted from Bloggeroid

Tuesday 12 August 2014

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam Syawal..

Rasanya belum terlewat untuk Nia ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua follower (blog, insta, twitter, fb) dan pengunjung di blog Nia. Nia mohon maaf andai sepanjang Nia menaip entry, balas komen, balas kunjungan, ada terkasar bahasa atau sindiran pedas. Ye laa dalam pergaulan seharian kita tak semuanya sama. Mungkin ayat basahan pada kita, tapi ayat tak sopan bagi orang lain kan (contoh je). Jadi kosong-kosong yer ;)

Sambutan Syawal Nia tahun ni sederhana je macam tahun-tahun yang sudah. Tak kemana pun, cuma menyambut tamu. Pagi raya memang tak dapat merasa ketupat, lodeh, rendang minangkabau Ibu sebab pagi tu kitorang decide nak masak Nasi Ayam. Ok rare laa sikitkan.. hehee

Raya ketiga pulak barulah dapat beraya dengan Abah. Ibu masak Nasi Beriyani Kambing. Ohmai..

Masa puasa kemahen kata nak diet lepas Ramadhan sebab bulan puasa ada bazaar, akak yg jual mee rebus tu sedap gila jadi hari-hari beli terus kansel nak jaga badan.

Tak hadenya bila masuk bulan Syawal kemahen makan susah nak pause. Hehee..
Raya pertama sampai raya kelima, Nia memang tak ke mana..
Raya keempat je dah kene keja halfday (ok la tu bos kasi), kelima dah normal dah..

Nia cuma ambil cuti sehari je untuk raya tahun ni. Iaitu untuk hari raya keenam. Tu pun sebab nak join gathering sempena raya kawan sekolah Nia.

Nanti Nia cerita dekat entry lagi satu. Bye. Assalamualaikum :)


posted from Bloggeroid

Tuesday 22 July 2014

Sample Percuma #7

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan :)

Kelmarin Nia baru dapat satu lagi sample.
Huhuu ingatkan dapat dalam Jun.
Rupanya dapat dalam bulan ni.
Walauapapun, syukur Alhamdulillah.

Sample kali ni datangnya daripada EverydayMe!



Ada 2 sample produk iaitu :
1. Olay Regenerist Serum (10ml)
2. Downy Parfum Collection Mystique (20ml)



Kedua-dua produk ni Nia belum pernah guna.
Jadi ni kira pengenalan yg terbaik laa untuk pengguna macam Nia ni cuba sesuatu produk dengan sample percuma.

Anda masih berpeluang untuk dapatkan sample ini dan Joy di laman web www.everydayme.com.my

Ok bye. Assalamualaikum :)

posted from Bloggeroid

Thursday 10 July 2014

Cepat! Cepat! Giveaway Photobook lagi!

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

Berita baik untuk pemegang kad BCARD!
Sekiranya ada salah seorang pemengang kad BCARD dan anda terlepas Giveaway pada bulan Jun 2014 yang lalu, kini anda masih lagi berpeluang untuk mendapatkan Giveaway Photobook sehingga 31 Ogos 2014!!

Semalam Nia dapat Newsletter daripada BCARD



Ikut 2 langkah mudah ni :
1. Belanja minimum RM20 dengan kad BCARD anda di mana-mana merchant outlets.
2. Lengkapkan maklumat anda (Nama, No. BCARD, Emel dan No. Telefon) di https://www.bcard.com.my/v3/?p=3135 sebelum 31 Ogos 2014.

Anda akan menerima emel kod voucher daripada Photobook Malaysia dalam masa 14hari.



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Hadiah giveaway kali ni masih sama dengan hadiah giveaway pada bulan Jun yang lalu iaitu :

6" x 6" Mini Square Softcover (40pages) bernilai RM79 daripada Photobook Malaysia!
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Sekiranya anda belum lagi mendaftar sebagai ahli BCARD, cepat pergi ke :
https://www.bcard.com.my/v3/?page_id=706


Psst.. Nia dah dapat voucher code giveaway bulan Jun. Hehee boleh laa abadikan gambar sendiri ke, gambar kenangan ke, gambar sempena raya ke, kat dalam mini square softcover ni nanti. Ada 40pages dan boleh edit ikut kreativiti kita sendiri.

Ok bye! Assalamualaikum :)

posted from Bloggeroid

Wednesday 9 July 2014

Alahai Ketumbit

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Sejak tiga hari lepas (07/07/14) mata sebelah kiri Nia rasa lain sangat tau.
Bila duduk diam-diam terasa macam mata tu bergerak sendiri.
Serius panik!
Tapi masih boleh nampak cool B-)

Namun 'ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari'.
Ingatkan esoknya dah ok laa..
Tiba-tiba makin teruk!
Serius dasyat kelopak mata berdenyut-denyut.
Masa tu terdetik dalam hati,
"eh ada apa dalam mata ni?",
"Eh ada ulat ke? Cacing ke?",
"Ya Allah kalau urat mata putus, macam mana nak melihat?"
Seribu penyesalan terbuku dalam hati masa tu.
Lepas tu buat-buat pandai pi tekan keliling kelopak mata yang berdenyut tu.
Dengan harapan kalau ada ulat ke cacing ke mati laa dia kat situ.
Pendek akal betul, kalau dah mati cemana nak keluarkan?
Lagi laa masalah besar -_-"
Tapi pasrah je laa sebab dah buat kan, mata pon dah tak berdenyut lepas tu.

Tido pukul 1, bangun pukul 4.
Masa celik Nia macam pelik laa apahal laa mata ni rasa macam baru lepas nangis?
Pegi kat cermin, hukk aloh!
Bengkak!
Meluru keluar bilik tunjuk Ibu.
Ek eleh, Ibu cakap mata tembel.
Dalam erti kata lain, kena KETUMBIT.
Hahahaa buat panik je.
Haaaa.. Jangan kata Nia mengintai anak bujang orang pulak yer..


Nia pon google laa pasal Ketumbit ni.
Rupa-rupanya Ketumbit ni ada 2 jenis.
1) Akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata.
2) Keradangan disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulumata kalis air atau kalazion (ok tak faham part ni)

Antara tanda-tanda kena Ketumbit selain kelopak mata bengkak dan merah ialah :
* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

Kalau nak baca info lanjut, baca kat link bawah ni :
http://www.sihatselalu.com.my/2009/07/radang-punca-ketumbit.html

Lega sikit hati Nia bila dapat info macam ni.
Tu la bila kita tak tahu, mesti panik.
Lepas tu pandai-pandai buat andaian sendiri.
Bila dah baca ni, takde laa panik sangat.
Barulah rasa normal sangat.
*kalau tak, rasa macam tak normal.

Bayangkan Allah baru uji Nia sikit je dengan Ketumbit Nia dah panik. Tengok orang2 yang Allah uji dengan penyakit yang lebih dasyat, betapa sabar dan kuatnya dorang berjuang.
Memang Nia respect dengan semangat dorang.



Taraaaaa...
Ni laa wajah Nia semalam.
Kira hari puncak laa ketumbit ni membesar.
Punyalah susah nak tido sebab mata gatal.
Pagi ni dah elok sikit.
Alhamdulillah..

Psst..
Orang dulu-dulu kata kalau mata kena Ketumbit maknanya dia duk mengintai anak dara orang lettew.
Secara umum macam tak logik.
Tapi kalau fikirkan betul2, kalau mengintai kan orang biasa duk mengintai kat lubang-lubang kecik.
Lepas tu, lubang kecik tu pulak banyak sangat penghuni, macam labah-labah kecik tu, habuk dan confirm lah ada bakteria.
Bila bakteria terkena mata, tu yang boleh mengakibatkan ketumbit.
Betul ke bohong? Hehee

Ok laa cukup sampai sini dulu.
Assalamualaikum :)

posted from Bloggeroid

Friday 4 July 2014

Dugaan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

Diam tak diam dah seminggu Ramadhan berlalu.
Setakat ni, alhamdulillah Nia puasa penuh dan dugaan lapar tu macam tak terasa sangat.
Tapi dugaan lain pula yang Nia hadapi.
Sejak dua tiga hari sebelum puasa asyik nak naik hangin je.

Tak pasti laa orang lain perasan ke tak, tiba-tiba rasa macam jadi seorang yang sangat beremosi.
Jalan jem sikit dah nak merungut (dalam hati).
Mesin fax sangkut rasa macam nak rentap2 je.
Budak bising main bola rasa macam gigit2..
Hmm susah laa nak jelaskan macam mana..
Macam ada satu perasaan yang tak lepas..

Bila Ramadhan tiba pulak, masa sahur semuanya baik.
Bos pulak bagi cuti hari Isnin (selalunya cuti awal Ramadhan tak ambil).
Memang happy la kan :)

Tiba2 pagi 1st Ramadhan, buka pintu dalam pukul 11pagi dah ada 3 ekor anak kucing depan rumah.
Ya Allah..
Masa tu hati dah panas.
Bukan apa, bila orang buang kucing depan rumah bab nak kasi makan memang takde hal.
Tapi part anak kucing tu nak melepas yang masalah.
Bila nampak je muka anak kucing tu memang dah boleh bayangkan dah raut wajah jiran tertangga yang tak suka kucing.
Kena pulak, anak kucing tu berak depan rumah dia.
Muka confirm monyok semacam.
Sampai sekarang ni pun hati masih geraaam je dengan orang yang buang anak kucing depan rumah.

Puasa hari kedua, tiga, empat sederhana je laa.
Ada juga laa naik hangin kecil-kecilan macam cari kunci tak jumpa.
Berjalan kaki tersandung kaki meja.
Menci tau.
Sakit..
T_T

Hari kelima pula, disaat orang sibuk update pasal Felixia Yeap lafaz syahadah.
Nia pula lepas sahur dah bermandi air mata.
Bukan sengaja.
Tapi rasa terlalu hiba.


Sebenarnya pada hari ke-4 tu, kucing kesayangan Nia, si Puteh dah mula nampak tak sihat.
Dia macam diam je.
Duduk dalam bilik air.
Murung.
Makan tak nak.
Minum tak mahu.
Dia cuba kencing tapi tak keluar apa.
Kesian sangat tengok dia.

Selama ni dia ada juga demam2 macam tak aktif sangat.
Bulu kembang.
Tapi Nia ingat takde benda serius yang berlaku pada dia.
Ye laa badan dia kussemangat dempol.
Berat mungkin 4 kilo lebih.
Lepas tu suka sangat lompat2 tangkap lalat.
Jadi secara logiknya maybe dia penat atau salah urat.
Sebab biasanya sehari dua selepas itu, dia dah boleh menakalkan diri semula.

Tapi pagi Khamis tu berbeza.
Nia cuba laa google kenapa dia macam tu?
Nia jumpa, dan baca.
http://kucingkuduniaku.blogspot.com/2013/08/masalah-kesihatan-kucing-2flutd.html?m=0

Ya Allah..
Masa tu air mata turun tak boleh nak berhenti.
Sakitnya.
Kenapa laa Nia tak sedar dari awal?
Kenapa baru sekarang nak google?
Padahal kalau Nia sedar dari awal.
Ada cara nak rawat Puteh samaada bawa ke vet atau rawat dari rumah.
Nia jumpa tips kat sini : http:// dapurmaktam.blogspot.com/2010/11/untuk-yang-membela-kucingwhat-to-do.html?m=0

Sebelum pergi kerja.
Nia usap badan Puteh, cakap kat dia
"Puteh, akak sayang Puteh. Maafkan akak ye."
Dia dah tak boleh angkat kepala.
Tapi mata dia tengok je.
Hanya rentak nafas yang memberi isyarat dia masih dengar dan sedar Nia bercakap dengan dia.

Pergi kerja pagi tu dengan mata yang bengkak.
Mula2 bos Nia pon tak perasan.
Tiba2 bos ada tanya pasal citam.
"Kucing cacat yang Nadia bawa balik tu kaki dia dah ok?"
Nia tak boleh tahan.
Sebak.
Tiba2 boleh menangis depan bos.
"Citam ok, tapi kucing yang saya sayang tu sakit.."
Terus laju je air mata keluar.
Bos pon panik tetiba tengok pagi2 pekerja dia dah gembeng.
Malunya.

Setiap jam Nia call Ibu tanya keadaan Puteh.
Dalam tengahari, Puteh dah takde.
Menangis lagi.
Ibu pulak siap cakap,
"Lat, Puteh dah takde. Senangnya dia pergi, macam tengah tidur je. Tak terkencing. Tak terberak."
Sebak.
"Balik nanti Lat balik kita tanam sama2 ye"
... T_T



Gambar terakhir dari Puteh.
Puteh pergi dalam keadaan dia tidur dan seolah-olah macam tersenyum.

Puteh, akak sayang Puteh.
Dari stray cat, Puteh jadi best friend akak.



Akak berleter Teh dengar.
Akak marah-marah Teh datang pujuk.
Akak makan Teh teman.
Akak buat kerja Teh kacau.
Terima kasih, Teh kerana menjadi sebahagian yang indah dalam hidup akak.
Akak tak akan lupa Teh sampai bila2..



Dempol, Teddy Bear, Polar Bear, Tehpol, Gede Bob.



Puteh Dalam Kenangan
#AlFatihah
#RIPPuteh
2013-2014

posted from Bloggeroid

Friday 27 June 2014

Rawat Luka Kucing dengan ...

WARNING : Gambar yang akan dipaparkan dalam entry ini mungkin mengerikan bagi sesetengah orang.

Assalamualaikum dan salam santai~

Dalam entry Kucing Kurang Upaya - Citam dan Pungut, Nia ada cerita pasal Pungut yang kena simbah dengan air panas. Akibatnya dia jadi kucing kurang upaya sebab dia memang tak boleh nak pertahankan diri dan survive kat luar sebagai kucing jalanan dalam keadaan luka dia yang memang parah.

Oleh demikian, sekarang dia dah jadi homecat dan masih lagi dalam proses pemulihan. Sebenarnya tak terkecuali si Citam yang lumpuh sejak dari kecil. Terpaksa berjalan dalam keadaan bersimpuh dan menyeret kaki menyebabkan kaki dia melecet dan kulit dia hampir masak sebab berjalan atas jalan tar waktu tengahari juga masih lagi dalam recovery mode.



Kaki Citam pada hari pertama Nia bawa dia balik rumah.



Badan si Pungut lebih kurang sehari kena simbah dengan air panas.

Teruk kan luka dorang? Tapi dua-dua muka relax je bila Nia pegang sekitar luka tu (sebab dah rasuah dengan ikan goreng).

Sebenarnya sejak kecik lagi kan, Nia macam tak hairan sangat laa dengan kucing-kucing luka ni sebab masa Nia kecik dulu pun, ibu selalu selamatkan dan rawat kucing sakit, nak beranak dan lain-lain. Sebab tu Nia tak geli. Bila orang kata "jangan pegang takut ada jangkitan", Nia hanya mampu tersenyum - tak mampu nak berkata apa-apa.

Nia bukanlah seorang doktor nak merawat kucing-kucing ni, tapi Ibu laa yang menjadi kekuatan dan tulang belakang untuk Nia rawat Citam dan Pungut. Bermodalkan petua tradisi turun menurun dari moyang ke cucu cicit.

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Taraaaaaa~



Ya kunyit.
Umum ketahui cara nak merawat kucing yang ada kurap ialah dengan menggunakan minyak bekas goreng ikan.

Sebenarnya ada betul dan salahnya.
Yang betul minyak bekas goreng ikan yang berkunyit.
Yang salah minyak bekas goreng ikan yang takda kunyit. Dan tak semestinya minyak bekas goreng ikan je. Minyak bekas goreng ayam (kunyit bukan celup tepung) pon boleh sebenarnya.

Sebab apa?
Salah satu khasiat kunyit ialah ia boleh bertindak sebagai agen antiseptik dan antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka dan terbakar. Oleh itu, kunyit sangat membantu salam proses penyembuhan luka dan pembetukan semula kulit yang rosak.

Tapi kalau dah tahu kunyit tu berkhasiat, kenapa tak sapu pes kunyit tu direct kat luka, kan senang?

Cakap memang senang. Nia yang manusia ni yang makan sayur dan ulam-ulaman pon rasa macam tak mampu nak makan kunyit mentah2 gitu. Apatah lagi kucing. Sebab tu pakai minyak bekas goreng ikan / ayam. Supaya bila dia jilat / terjilat minyak tu takde laa mulut dia berbuih (sebab tak boleh terima rasa kunyit mentah). Sekurang-kurangnya ada juga rasa ikan dan ayam goreng yang dia suka, kan?

Lagipun minyak pon membantu tau sebab dia mencegah lalat daripada bertelur kat luka tu dan berulat. Sebab kalau dah berulat parah dan mesti bawa pegi vet.

Macam kes Citam dan Pungut ni, Nia cepat sapu minyak bekas goreng ikan. Lukanya pon tak terlalu dalam. Jadi kalau lalat sempat bertelur pon larva dia akan mati sebab tak cukup oksigen akibat minyak yang menutupi permukaan kulit dan luka.

Bila dah sapu minyak bekas goreng ikan tu, biarkan je. Nanti bila dia asyik jilat je luka tu. Keringlah nanti. Sapu sehari sekali. Bila nampak kopeng dia kering berkeping-keping, tolonglah gugur-gugurkan.

Kesian Pungut tau. Nia memang pantang jumpa kopeng tau suka kopek. Asyik kena marah dengan Ibu je..

Ibu : Lat (nama manja) dah laa tu kesian dia sakit..
Nia : Manade sakit tengok dia landing baik je tak lari pon..

Monolog Pungut : Memang laa tak lari akak dah tindih betis akak kak kaki saya T_T

Hehehee untuk kebaikan dia juga tau. Nak kopek kopeng pon ada teknik tau supaya tak berdarah. Lepas tu jangan lupa cuci tangan.

Oh ye lagi satu, better kurung kucing yang sudah sapu dengan minyak kunyit supaya kesan minyak kunyit tu tak tertinggal kat mana-mana tempat yang dia landing.

Hasilnya..



Kaki Citam sebelum rawatan 25.03.2014 dan selepas 13.04.14.



Proses penyembuhan Pungut step by step. Oh ya. Kalau kucing (manusia pon sama) ada luka. Jangan bagi makan telur dan benda2 yang gatal. Sebab dalam kes Pungut ni, masa luka dia baru nak kering, Nia terkasi dia makan telur dadar (suka mengacau orang makan) dan akibatnya kulit dia macam ruam-ruam. Cian Pungut..



Gambar terkini (dalam minggu ni tak ingat hari apa) Hampir semua kopeng dia dah tanggal. Sikit je lagi lepas tu dah boleh bersamba ria!

Sekian perkongsian daripada Nia untuk merawat kucing yang luka.



Yang sedia membantu,
DTB Nia
(DTB = Doktor Tak Bertauliah)
Pakar Kopeng

posted from Bloggeroid

Tuesday 24 June 2014

Kucing Kurang Upaya - Citam dan Pungut

Assalamualaikum dan salam santai~

Hari ni Nia nak share sikit pasal kucing. Sebelum ni ada share pasal kucing yang Nia ada dalam entry Kucing.
Masa menulis tu Nia cuma mention 2 ekor je kucing Nia kan?

Lepas tu dalam entry Header dan Blog #2 sekali lagi Nia cerita pasal kucing tapi kali ni ada tambahan Puteh dan Comel kan?
Dan kali ini pula, Nia nak cerita lagi dua ekor kucing tambahan dalam rumah Nia iaitu Citam dan Heeh Heeh (Ibu panggil dia Pungut, Nia tetap panggil dia Heeh Heeh)

Sebenarnya masa dah ambil Puteh dan Comel, Nia memang dah tak nak ambil stray cats lagi tau..
Kalau nak bagi makan memang takde masalah, yang masalahnya kalau nak bela dalam rumah.
Tapi, tertambah juga laa dua ekor ni sebab dua-dua ni kira kucing terbiar yang kelainan upaya (KKU-Kucing Kurang Upaya)

Si Citam ni memang KKU sejak dari kecil. Kulit dekat celah peha dia tu macam tak cukup. Jadi dia tak boleh berdiri macam kucing biasa sebab kaki dia tak dapat dibuka dengan sempurna.

Macam mana nak terangkan eh? Ermm.. Kira macam ni, contohnya perempuan. Pernah tengok perempuan pakai kain skirt sendat gila? Susahkan nak berjalan? Haa macam tu laa nasib si Citam. Jadi cari paling mudah dia nak jalan ialah duduk ala-ala macam bersimpuh lepas tu seret je kaki dia.
Kadang-kadang nampak gaya dia berjalan macam Suster Ngensot (eeek seram)

Tapi memang Nia puji laa upper body strength si Citam ni memang terbaik. Bayangkan dia boleh cari makan dekat kawasan perumahan dengan kaki yang macam tu, bersaing cari makanan dengan stray cats yang sihat-sihat dan boleh tahan sakit kaki melecet akibat geseran kaki dengan jalan tar. Bayangkan.



Sebab tu laa Nia ambil keputusan untuk bawa balik si Citam ni. Rawat, makan.minum, beri kasih sayang, dan jaga dia sepanjang hayatnya. InsyaAllah

Si Pungut pula (Nia panggil heeh heeh) pun kucing jantan yang KKU. Tapi KKU dia disebabkan perangai manusia yang macam binatang. Kena simbah dengan air panas. Pungut ni salah seekor stray cats dari berbelas ekor kucing yang Nia bagi makan (sekitar rumah dan office). Jadi dia selalu juga datang berheeh heeh depan pintu minta makan. Badan dia tough dan bersih (sebelum kena simbah air panas) kiranya kat area rumah Nia ni dia kira "abang long" laa..

Tiba-tiba satu hari tu dia datang, sebelah kiri badan dia melecur! Nia bagi makan tapi nak ajak masuk rumah dia tak mahu. Masa tu, Nia ingatkan dia kena ekzos ke motor ke sebab luka dia nampak macam selari je. Tapi selepas beberapa hari dia datang lagi, tak fikir panjang terus bawa masuk dan rawat dia. Kopeng dia kussemangat tebal! Nia (Ibu gelar Doktor Kopeng) terus tanggalkan semua kopeng tu dan letak sesuatu yang ajaib (tunggu entry akan datang) kat luka-luka dia tu. Masa tu baru laa jelas kelihatan yang Pungut sebenarnya kena simbah dengan air panas sebab nampak bulu sekitar luka tu macam mereput. Tapi lepas sapu je ubat dia minta keluar.



Sejak malam tu, setiap malam Pungut datang minta makan, Nia kopek kopeng yang dah kering, sapu sesuatu yang ajaib dan dia keluar rumah. Namun sejak seminggu yang lalu, dia dah tak nak keluar rumah dah. Nak jadi homecat gamaknya. Manja tidur dekat kaki orang. Pandai bawa diri (kalau kucing jantan lain kepala dah senget nak bergaduh) eh senang cerita memang dia well behave laa..

Ok. Rasanya cukup dulu Nia cerita pasal Citam dan Pungut. Kira ni sekadar pengenalan laa (pengenalan yang panjang lebar) Nanti Nia sambung lagi dalam entry akan datang ye.
Assalamualaikum :)
posted from Bloggeroid

Monday 23 June 2014

Cadangan resepi untuk berbuka puasa

Assalamualaikum dan salam ketenangan~

InsyaAllah tinggal 6 hari je lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan.
Nia pun apa lagi.. Sempat juga google resepi2 baru untuk dicuba dalam bulan Ramadhan ni.
Contohnya macam semalam Nia Duk google resepi Sarak Ikan Kembung.
Dulu-dulu masa kecik jiran Nia buat sedapnya.. Masin lemak secukup rasa, jahitan dia pun kemas je.. ohmai.. Aunty Norlia punya air tangan memang sedap :)


Lepas tu tadi FBwalking terjumpa laa satu status yg akak Nia share dari FB Ismi Nurhamizah. Hehee nak like tak boleh, jadi Nia share je laa kat wall FB Blog Dscarnia.
Dah terlanjur rajin ni kan, share jugak laa kat blog..
Semua sekali ada 30 resepi..

RESEPI SEBULAN TAK PAYAH PENING-PENING
Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu 
2. Udang Masak Serai Wangi 
3. Ikan Siakap Kukus 
4. Ikan Masak Berlada 
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis 
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina 
7. Pajeri Nenas 
8. Mee Hailam 
9. Ketam Bertelur 
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
12. Ikan Tiga Rasa 
13. Ikan Pari Lemas!!!! 
14. Tandoori Kurau 
15. Tom Yam 
16. Nasi Ayam Hakka 
17. Mee Rebus 
18. Daging Masak Kicap
19. Ayam Golek Seri Pahang 
20. Kari Kepala Ikan 
21. Black Pepper Steak 
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
23. Asam Pedas Tumis (Melaka) 
24. Soto Ayam 
25. Nasi Paprik 
26. Nasi Dagang 
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 
28. Gulai nenas ikan kering orang utara 
29. Ayam Bercili masak ketumbar 
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
_______________________________________

1) Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan: 
1kg kepak ayam 
1 senduk besar minyak bijan 
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) 
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) 
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... 
________________________________________

2) Udang Masak Serai Wangi 
Bahan-bahan: 
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai 
100 gm cili kering 
100 gm bawang merah 
100 gm cili merah 
70 gm bawang putih 
70 gm halia muda 
3 sudu besar pati asam jawa 
30 gm belacan bakar 
100 gm pati santan 
Garam dan gula secukup rasa 
Cara memasak: 
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 
4. Masukkan pati santan dan udang. 
5. Masak hingga naik bau. 
________________________________________

3) Ikan Siakap Kukus 
Bahan-bahan:
 
1 ekor ikan siakap sederhana besar 
3 sudu besar sos tiram 
2 susu besar sos cili 
2 susu besar sos tomato 
1 sudu gula 
4cm halia - dimayang 
3 ulas bawang putih - dimayang 
3 ulas bawang besar - dimayang 
3 tangkai daun sup(saderi) 
1/2 biji limau nipis 
garam secukup rasa 
Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). 
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi. 
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. 
________________________________________

4) Ikan Masak Berlada 
Bahan-bahan: 
3 ~ 4 ekor ikan sembilang 
10 biji cili merah - dikisar 
2 batang serai - dititik 
1 ulas bawang besar - dimayang kasar 
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 inci halia - ditumbuk 
air limau kasturi 
sedikit garam dan gula secukup rasa 
Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu. 
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan. 
________________________________________

5) Ikan Kerapu Masak Asam Manis 
Bahan-bahan A: 
1 ekor ikan kerapu 
120gram tepung jagung 
1 biji telur ayam 
Sedikit minyak 
(untuk goreng) 
Garam secukup rasa 
Bahan-bahan B: 
5 ulas bawang merah - dikisar 
5 ulas bawang putih - dikisar 
3cm halia 
1 batang serai - dititik 
1 helai daun pandan 
3 sudu cili sos 
1 sudu cili giling 
Sedikit kunyit hidup 
3 sudu tomato sos 
3 cawan air 
Sedikit cuka masak 
Garam secukup rasa 
Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup. 
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. 
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. 
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan: 
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
________________________________________

6) Ayam Masak Cendawan Ala Cina 
Bahan-bahan: 
1/2 ekor ayam 
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 
1 inci halia - dihiris 
1 biji bawang besar - dihiris 
6 ulas bawang putih - dicincang 
4 ~ 5 tangkai cili padi 
Sedikit kicap lemak manis 
Sedikit sos tiram 
Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang). 
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa. 
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap. 
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau. 
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). 
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
________________________________________

7) Pajeri Nenas 
Bahan-bahan: 
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga) 
Sedikit serbuk kunyit 
4 biji bawang merah ] 
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang 
Biji sawi 
gula sikit 
garam secukup rasa 
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus) 
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air 
Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit. 
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa. 
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
________________________________________

8) Mee Hailam 
Bahan-bahan: 
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang) 
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan) 
rencah ayam/udang/sotong 
sos tiram 
garam secukup rasa 
6 biji cili api 
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) 
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn) 
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api. 
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya. 
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil. 
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah. 
5. Masukkan sayur2 an dan mee. 
________________________________________

9) Ketam Bertelur 
Bahan-bahan: 
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 
3 sudu sos tiram 
3 sudu sos cili 
3 sudu cili yang dah diblend 
7 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih yang agak besar 
sepotong halia 
sebiji telur 
garam 
sedikit gula 
sedikit minyak untuk menumis 
bawang besar 
Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya 
2. Masukkan secawan air 
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit 
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa 
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul, 
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul. 
________________________________________

10) Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 
Bahan -bahan: 
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah 
Sesame oil/Minyak bijan 
Serbuk lada hitam 
Fish sauce/Sos ikan 
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2) 
Sos tiram 
Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam. 
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). 
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi
[18/06 11:23 am] Pak Long Malham: ik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam 
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
________________________________________

11) Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
Bahan-bahan: 

1 camca besar garam masala 
4 ulas bawang putih dicincang halus 
2 cm halia dicincang halus sedikit garam 
2 camca kecil serbuk cili 
1 camca besar serbuk ketumbar 
1/2 camca kecil serbuk buah pala 
1 camca besar serbuk jintan kasar 
1 camca besar paparika 
4 labu bawang besar dihiris nipis 
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki ) 
150ml Tairu 
2 camca besar tomato puri 
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin 
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus 
2 biji cili hijau dihiris 
Minyak Vesawit untuk menggoreng 
Air secukupnya 
Garam secukup rasa 
Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi. 
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit. 
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
________________________________________

12) Ikan Tiga Rasa 
Bahan-bahan 
1 ekor ikan siakap / kerapu 
sedikit bawang putih (ditumbuk) 
1 inci halia 
2 biji tomato (agak masak) 
6 biji cili merah 
10 biji cili padi 
2 sudu sos tiram 
2 sudu sos cili 
1 sudu sos tomato 
sedikit gula, garam 
bhn utk dikisar 
Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan. 
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar 
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air 
4. Tuang atas ikan 
________________________________________

13) Ikan Pari Lemas!!!! 
Bahan A: 
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar) 
- di basuh bersih 
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu. 
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks) 
Bahan B: 

5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis) 
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus 
2 batang serai di mayang halus 
1 helai daun limau purut di koyak empat 
25 biji cili padi di mayang halus 
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang 
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus 
3 sudu besar minyak masak 
2 sudu besar sos minyak ikan 
sedikit ajinamoto 
1/2 sudu kecil garam 
1/4 sudu kecil gula 
Bahan C: 
10 biji limau kasturi 
Cara memasak: 
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit 
________________________________________

14) Tandoori Kurau 
Bahan-bahan: 

3 keping ikan kurau 
1 biji liamu purut 
1 sudu besar halia (dicincang halus) 
2 biji bawang putih (dicincang halus) 
5 sudu besar yoghurt 
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar 
10 gm jintan halus 
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus) 
Garam dan lada hitam secukup rasa 
2 sudu besar minyak sapi 
Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk. 
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam. 
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit. 
4. Hidangkan bersama roti atau nasi. 
________________________________________

15) Tom Yam 
Bahan-bahan: 
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil) 
Daging - 250 gm (dipotong kecil) 
Udang - terpulang pada tukang masak 
Bahan A – 

Blenderkan Halia 
3 inci Bawang merah 
6 ulas Cili api 
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah) 
Bahan-bahan lain 
Minyak masak - 1/5 cawan 
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh 
Lobak merah - 2 btg (dipotong) 
Bunga kubis - 150 gram 
Putik jagung - 2 bungkus 
Tomato - 3 biji (potong 4) 
Bawang besar - 3 biji (potong 4) 
Daun limau purut - 3 atau 4 helai 
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan 
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan) 
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu 
Air 
Garam 
Bahan perasa - jika berminat 
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A). 
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu ! 
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging. 
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu. 
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak. 
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati). 
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api. 
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam..... 
________________________________________

16) Nasi Ayam Hakka 
Bahan-bahan: 

1 ekor ayam segar 
Kicap cair (Cap Camel) 
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji 
Bawang putih 3 biji 
1 ketul kecil halia 
Beras 2 tin susu 
1 sudu besar garam 
1 sudu kecil Ajinamoto 
Sedikit lada putih 
Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi. 
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas. 
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas. 
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras) 
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing). 
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih. 
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
________________________________________

17) Mee Rebus
Bahan-bahan: 

1 paket mee kuning - celur 
Bahan sayuran: 

50 sen Taugeh - celur 
Sedikit daun sup - hiris nipis 
Sedikit daun bawang - hiris nipis 
Bawang goreng 
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis. 
5 biji Cili hijau - dihiris nipis 
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua 
Telur rebus - belah dua 
Bahan-bahan kuah: 
Sedikit minyak untuk menumis 
4 sudu cili kering yang di kisar 
3 biji bawang merah - kisar 
3 sudu lengkuas yang di kisar 
4 batang serai dikisar halus 
2 biji bawang putih - kisar 
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap. 
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus 
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus 
3 sudu gula atau secukup rasa 
garam secukup rasa 
Sedikit ajinomoto 
4 sudu sos tomato 
Air - agak-agaklah 
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali. 
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato. 
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
________________________________________

18) Daging Masak Kicap
Bahan-bahan
400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Cara Memasak:
1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.
2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.
( kalau nak rebus daging sampai empuk pun boleh, bila masak tu boleh kurangkan kuantiti airnya)

_______________________________________

19) Ayam Golek Seri Pahang 
Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam (dibersihkan) 
300 gm bawng merah (dikisar halus) 
5 cm halia (dititik) 
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur 
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan) 
Garam dan gula secukup rasa 
Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit. 
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya. 
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman.
________________________________________

20) Kari Kepala Ikan 
Bahan-bahan: 
1 kg kepala ikan 
50 gm bawang merah 
30 gm halia (dikisar) 
30 gm bawang putih (dikisar) 
50 gm cili kering (dikisar) 
50 gm ketumbar 
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 
10 gm serbuk lada putih 
40 gm serbuk kunyit 
1 liter santan kelapa 
20 gm garam 
10 biji kacang bendi 
6 biji terung 
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
________________________________________

21) Black Pepper Steak 
Bahan-bahan: 
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang) 
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!) 
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci) 
1/2 cawan kicap manis 
1 cawan air 
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci) 
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah) 
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6) 
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah) 
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa 
2 sudu besar minyak masak 
Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan. 
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. 
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam. 
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu). 
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato. 
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa. 
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi. 
8. Siap untuk dihidang.
Tips: 
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries. 
________________________________________

22) Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
Bahan-bahan: 
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam 
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang. 
________________________________________

23) Asam Pedas Tumis (Melaka) 
Bahan-bahan: 
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 
7/8 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
sebesar ibu jari kaki belacan 
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk) 
air asam jawa 
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap) 
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng) 
sedikit halba 
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana. 
garam secukup rasa 
perasa ajinomoto jika suka. 
Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. 
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga. 
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. 
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya. 
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau. 
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. 
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam. 
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan. 
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah. 
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus. 
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips : 
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap... 
________________________________________

24) Soto Ayam 
Bahan A 
1 ekor ayam di potong ikut suka 
3 biji bawang besar (potong 4) 
5 ulas bawang putih (di ketuk je) 
2 inci halia (di mayang) 
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah) 
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis) 
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus 
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B 
10 bijik bawang merah 
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat 
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu. 
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan C
Daun sup dan daun Bawang 
Di potong dan masukkan dalam sup tu. 
Sambal kicap 
Bahan-bahan: 
20 bijik cili api 
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah) 
2 ulas bawang putih 
kicap 
sikit gula 
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat 
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau. 
3. Sedia untuk dimakan .
________________________________________

25) NASI PAPRIK 
Bahan-bahan: 
5 pinggan nasi putih panas 
1/2 kilo isi ayam/daging 
6 biji cili api, dihiris 
3 ulas bawang merah, dimayang halus 
2 ulas bawang putih, dimayang 
1/2 btg serai dihiris 
5 sudu sos cili 
2 sudu sos tomato 
1 sudu sos tiram 
3 btg kacang panjang dipotong 
2 sudu bawang goreng 
Garam secukup rasa 
sedikit minyak masak 
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging. 
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
________________________________________

26) Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 
2 cawan santan pekat 
4 cawan santan cair 
2 sudu besar halba 
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 
6 ulas bawang putih, mayang halus 
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) 
Garam dan gula secukup rasa. 
Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan 
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 
Bahan A 
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 
5 keping asam gelugor 
2 inci halia, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar 
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula 
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci) 
Bahan B 
Santan pekat dari satu biji kelapa 
3 keping asam gelugor 
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 
4 ulas bawang putih, ditumbuk 
1 inci halia, ditumbuk 
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes 
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Cara memasak: 
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. 
Pijarkan minyak di dalam periuk 
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau 
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak 
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih 
Masukkan santan pekat dan asam gelugor 
Bila mendidih masukkan gula merah 
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) 
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 
4 sudu makan gula kabung (manisan) 
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja 
Cara memasak: 
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun. 
________________________________________

27) Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 
Bahan-bahan: 
1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk) 
5 biji bawang merah 
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) 
½ cawan udang hidup 
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) 
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 
¾ - 1 cawan gula pasir 
3 - 4 cawan air rebusan daging 
1 sudu makan sos tiram 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. 
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) 
NOTE: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu. 
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
4. Masukkan sos tiram 
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). 
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
5. Hidangkan.
________________________________________

28) Gulai nenas ikan kering orang utara 
Bahan-bahan: 
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering 
1 biji nenas 
Isi / tulang ikan talang kering 
Santan 
garam 
bawang merah 
daun kari 
minyak untuk menumis 
Cara memasak :
1. Ikan talang direndam. 
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih. 
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu) 
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari. 
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi. 
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi. 
7. Siap dan boleh dimakan. 
________________________________________

29) Ayam Bercili masak ketumbar 
Bahan-bahan: 
1/2 kg ayam 
Serbuk kunyit gaulkan 
Sedikit garam 
6 biji bawang kecil 
3 ulas bawang putihditumbuk lumat 
sedikit halia 
4 sudu besar biji ketumbar 
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus 
4 sudu besar cili mesin/cili boh 
2 asam keping 
Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan. 
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya). 
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak. 
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana). 
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan 
________________________________________


30) Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style 
Bahan-bahan: 
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar)) 
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit) 
1 inci kunyit hidup 
2-3 batang serai (dititik) 
santan (dr sebiji kelapa) 
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya.. 
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik 
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak 
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure) 
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

Simple je kan resepi yang di share.. Boleh laa cuba nanti.. Tapi ingat.. Masak jangan sampai membazir ye.. Selamat berpuasa :)



Updated : 19/06/2015 by Nadia Dscarnia
posted from Bloggeroid