Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Thursday 31 December 2015

Selamat Tinggal 2015


Assalamualaikum dan salam bahagia.

Tinggal beberapa jam je lagi 2015 akan melabuhkan tirainya.



2015..

Tahun yang penuh dengan suka duka, tawa tangis, dan tahun yang paling banyak nia makan.

Banyak sangat memori tahun ni yang kadang-kadang buat senyum sampai telinga, nangis sampai mata bengkak, makan sampai perut buncit. Hahaha

Alhamdulillah, sejak da ada kereta Nia cuba sedaya upaya untuk merapatkan silaturrahim dengan family dan sahabat. 

Hasilnya sekarang, double chin.
Setiap kali keluar, setiap kali tu jugak laa pegi makan.
Nia da update separuh cerita dalam 
Cerita Setengah Tahun Dalam Satu Entry.

Kali ni nak update yang separuhnya lagi.
Bermula bulan Jun sampai laa December.


Masa bulan 6, sebelum bulan Ramadhan, Nia Ibu dengan Abah pergi ziarah nenek tiri dengan pakcik kecik dekat belakang wet world batu pahat. Kalau tahu laa rumah nenek kat situ, memang confirm bawa baju lebih hahaha.

Pastu esoknya, pegi Kahang teman makcik meeting dan terus pegi Mersing rumah Paklong Malham.

Masa tu dapat tengok pantai dari jauh je sebab pegi pon da nak petang. Tapau kopok lekor, pastu makan sata. Ohmai sata mersing memang win!!


Masa pertengahan bulan 6 pulak, ada mini gath #kitabuddies dekat restoran Al-Kauzar Corner makan Nan Cheese dengan Ayam Tandoori. Huuiii wajib pegi. Shiro dari #kitageng pon join.



Pastu masa awal Ramadhan, #girlsdayout dengan Puan Lin (masa tu cik lagi). Cari laksam, rupanya akak lin jual. Ya Allah sedap gila.. 


Kemudian pada 27.06.2015, Allahyarham pakcik Nia yang nama Aziz meninggal dunia.
Ada la sikit perjumpaan keluarga selepas tu.

Masa bulan 7 pulak raya. 


Pagi raya tema hitam merah.

Kemudian da beberapa hari raya, ajak ibu pegi beraya rumah Maklong Chik kat Kampung Melayu. Kat sana jumpa Pak itam sekeluarga. Dah alang2 pegi laa beraya 2 buah rumah sama2. 

Tak banyak gambar sempat di rakam sebab kadang2 bila da jumpa time raya ni lupa gadjet kejap.

Pegi beraya rumah Puan Rabiah pon tak sempat snap gambar.

Pastu ahli #kitageng, ekien, shiro, aishah datang beraya.
Dorang balik, Nia gi ECO pulak dengan Ibu.


25.07.2015 dating dengan Nadila pulak kat Country Garden dan Plaza Angsana.


08.08.2015, Abah ajak pegi Taman Pertanian Kongkong, Masai.
Macam2 ade kat sana.
Balik tu, ajak ibu tapau Murtabak Cheese Jumbo kat Kampung Kurnia.
Ya Allah sedapnyaaa!!


11.08.2015 melawat Ijan kat HSI, Ijan kena appendix. Perghh sakit2 pon dia masih boleh tersenyum. Haih crush, kuatnya semangat mu.
Terima kasih Fattah, sebab guide jalan ke sana.


15.08.2015 pulak, abah ajak Ibu, Nia dan anak-anak angkatnya dating makan sate kat warung Pakcik Ijan (nama pakcik tu pon ijan.. hahaha)


Dating dengan Ibu dan Kucing2 dekat Cats Cafe.
Makanan sedap. Harga berbaloi.
kucing comel tapi tak boleh gomol puas-puas. hehe


Pastu ada dating dengan #kitageng, Jonaydi belanja makan Domino’s Pizza kat BBU. Haaih murah rezeki abam joe.


30.08.2015 Terjah The One Shop (tempat idah kerja) dengan Aishah, Shiro dan Wanie dari #kitageng.

31.08.2015 Breakfast #kitabuddies dekat kedai makan Keluarga Lin.
Lin belanja, alhamdulillah murah rezeki Lin.

09.09.2015 Celebrate birthday abah biase2. Ibu buat bubur putih bubur merah


25.09.2015, #kitageng buat surprise konvo party untuk Niza kat dataran Johor Bahru. Perghh masa tu dah la waktu malam. Pastu memang meriah gila sebab ramai orang. Ade laa makan2 sikit. Kek, kek batik, satay. Memang malam tu masing2 dah di bagi2 kan tugas. Planning memang menjadi, sampai menangis Niza. Da makan, gasak kitorang main giant bubbles. Pastu gasak berwefie hahaha.


Dua hari selepas tu, Fuad ajak #kitabuddies makan kat Johor Steamboat pulak. Makan, sembang, lepak2 je dah 3 jam. Oncet yot.. Hahaha masyeh Fuad belanja murah rezeki.


Awal bulan 10, ajak atie teman Nia kat office. Seperti biase, wajib ade aktiviti makan. Hahahaha


12.10.2015, support Abang Shahzaly berniaga ayam gunting dekat Hospital Permai. Abang Shahzaly lanje ayam dengan sotong. Masyeh, murah rezeki.


14.10.2015 cuti sempena Maal Hijrah, Abah ajak pegi desaru dengan Ibu.

Mula-mula pegi desaru je. Sayang tak bawa baju spare sebab pegi pon da tengahari, Ibu tak kasi mandi sebab takut sunburn. 

Masa otw ke Desaru nampak kedai ECO, jadi balik Desaru, singgah kedai ECO beli barang sikit pastu abah ajak gi Tanjung Balau pulak. Kat Tanjung Balau makan ice cream roti, pastu abah ckp “Jom pegi main air kat tepi pantai”. Jadi dapat laa rendam kaki jap dalam air.


17.10.2015 konon nya nak teman bride to be Puan Lin (dulu cik) cari Butik Pengantin. Tapi konon je laa, kami dating kat Awiet Corner kat RNR Pandan. Ekien dengan Fuad pon ade. Tapi tak sempat nak berwefie dengan dorang. Sebab pas gi RNR Pandan, kitorang gi Pandan City pulak. 



30.10.2015 rasanya hari yang paling bahagia tahun ni. Sebab tanpa plan lama2, akhirnya Ekien sah menjadi tunang Fuad. Ekien bestie dari SMK Dato Abdul Rahman Yassin (2003-2006), Fuad pulak kawan dari SMK Taman Daya 2 (2008). Ingat lagi masa zaman form 5 dulu, Ibu berkenan habis laa dengan Fuad. Siap cakap, “Ibu kalau ade anak lagi sorang, Ibu kawinkan dengan Fuad” masin mulut Ibu. Anak lagi sorang tu rupanya Ekien. Alhamdulillah. Sayangnya masa ni Nia demam, batuk sampai muntah2. Jadi hanya gambar dari group #kitabuddies dan #kitageng yang menjadi saksi..



05.11.2015 Ulang tahun perkahwinan Ibu dengan Abah yang ke 25!!


22.11.2015, masa tu dah plan cantik nak pegi outing dengan #kitageng dekat Tanjung Balau.


Tapi sebab musim air pasang dan hujan, tak dapat pegi. Merajuk la jugak. Pastu Ibu, Kak Siti ajak pegi Stulang Laut dengan Mas Dedi. Kononnye boleh sejukkan hati, tapi tak sejuk pon. Hahahaha


27.12.2015, Puan Lin Kawen!!!





Hahahaa dapat laa outing kejap dengan Ekien dan Fuad. Jumpa ahli #kitabuddies yang lain and beloved crush. Hahahaa gurau je



Pastu start 25.12.2015 sampai hari ni 31.12.2015 Nia cuti. Berjalan dekat2 je. Paling jauh pon gi Ulu Tiram, beli barang kat kedai ECO. Hahaha tahun ni senang cerita banyak spent time dekat kedai ECO laa. Hampir 2 atau 3 minggu sekali pegi kedai ECO. Pergi sekali pasti kembali. Setakat ni, dah pergi dekat Kempas, Desaru (kot nama tempat tu), dan Ulu Tiram. Pokai makcikk. hahaha


Harapan 2016, NAK KURUS dan sihat!
Selepas tu Ibu dan Abah bahagia dan sihat selalu!
Sahabat, geng, buddies dan kawan2 dapat capai azam masing-masing dengan jayanye!

Yang lainnya seperti peluang tambah rezeki, jodoh, kerajinan nak update blog, kalau datang sekali Alhamdulillah laa bonus.

Family is my priority now.


Sekian sahaja untuk tahun ini.
Assalamualaikum :)