Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Friday 24 May 2013

Ninetology Black Pearl 2 - Data Connection


Assalamualaikum dan salam ceria~

Salam berhujung minggu! Sekali lagi update fasal Ninetology Black Pearl 2 i9400. Masa mula-mula Nia bingung eh kenapa Nia boleh on data pakai number DiGi je? Kenapa Maxis tak boleh? Bila pilih Maxis mesti dia keluar ayat ni.
"3G service is not available with this selected SIM. This may load data slower. You can change the 3G service settings > Wireless & Network > Mobile Networks. Are you sure to select this SIM?" – eh hampes betul dia tanya kita pulak?
Maka hidup-hidup Nia ingat Sim kad Maxis Nia ni masih 2G. Maka terima kasih Encik Google sebab akhirnya sim kad Maxis Nia da tukar kepada 3G! Cuba lagi.
"3G service is not available with this selected SIM. This may load data slower. You can change the 3G service settings > Wireless & Network > Mobile Networks. Are you sure to select this SIM?" – eh cari fasal ke apa?
Hatta Nia memberanikan diri untuk godeh-godeh. Akhirnya, Nia jumpa jalan penyelesaiannya. Hanya 15 langkah mudah, makan masa dalam 10-15minit (5 minit kalau da expert) untuk ubah setting da boleh online!

Cara tukar Data Connection DiGi ke MAXIS.


Langkah 1 : Pergi ke Settings > WIRELESS & NETWORKS pilih More..
Langkah 2 : Pilih Mobile Networks
Langkah 3 : 3G service


Langkah 4 : pilih Enable 3G 
Langkah 5 : pilih MY MAXIS
Langkah 6 : Baca pop up tu sampai habis, da konfiden tekan Continue



Langkah 7 : tunggu dia Switching dalam masa 10 saat.
Langkah 6 (typo sebenarnya) : Pastikan Network Mode GSM/WCDMA (auto mode). Nia pun tak tau apa fungsi sebenarnya tapi saje inform takut ada yang gatal pi ubah pulak.. hehe



Langkah 9 : Tekan back button (atau ulang Langkah 1 & 2) > pilih Access Point Names 
Langkah 10 : pilih MY MAXIS
Langkah 11 : pilih Maxis 3G Internet



Langkah 12 : Tekan back button (atau ulang Langkah 1 & 2) > Network operators
Langkah 13 : pilih MY MAXIS
Langkah 14 : tunggu dia Searching



Langkah 15 : pilih MY MAXIS 3G


Lepas tu tunggu laa dia Register on network! Siap! Da boleh online pakai number MAXIS pulak (nak jimat, sebelum tu langgan laa dulu pelan data)


Cara tukar MAXIS ke DiGi

Ikut Langkah satu 1 sampai 15 tetapi untuk Langkah 11, Langkah 14 dan Langkah 15 paparan skrin dia ikut macam bawah ni.


Untuk syarikat telco yang lain Nia tak pasti macam mana caranya, tapi boleh cuba laa langkah-langkah yang Nia kongsikan ni. Kalau ada apa-apa masalah boleh kongsikan kat ruang komen ya. Kalau Nia boleh bantu, Nia bantu :)

P/s : Untuk masalah call tak masuk ketika sedang on data - dekat paparan skrin Langkah 2 tu pastikan GPRS transfer prefer mode tu di Tick (Call prefer) kalau tidak nanti call tak masuk.

 Hee.. Ok bye!

Sunday 19 May 2013

FAQ - Ninetology Black Pearl 2 i9400




Assalamualaikum dan salam ceria!

Hari ni Nia akan jawab 10 FAQ (Frequently asked questions) berkaitan telefon Ninetology Black Pearl 2.

Info : Segala jawapan yang Nia berikan dalam entry ini ialah hasil pengalaman Nia sendiri guna Ninetology BP2 sejak January 2013, membaca komen-komen dari pengguna BP2 di Page dan Group yang berkaitan dengan Ninetology dan Nia tidak di bayar untuk membuat entry ini. Sekadar perkongsian yang mungkin boleh membantu anda dan kalau mungkin ada kesilapan dalam entry ni, jangan segan silu untuk tegur Nia di ruang komen dengan cara yang berhemah. J


1.       Harga Ninetology Black Pearl 2 i9400?
RM 599. Tetapi selepas rebate harga BP2 ialah RM 299
SKMM rebate (RM 200) + Manufacturer Rebate (RM 100)

2.       Macam mana nak dapatkan aksesori BP2 (cth: Casing, Flip Cover dll) ni?
Di mana-mana kedai yang ada menjual BP2, di Outlets Ninetology yang terdekat dan secara online melalui blogs dan facebook.
- Boleh cari tentang aksesori BP2 dan model lain Ninetology di Group Ninetology Malaysia 

Casing Ninetology Nia 
3.       Kenapa saya tak boleh register M-warranty? Kenapa no telefon tak sah?
Semasa nak register M-Warranty pastikan da ON data connection ataupun WiFi. Kalau masih mengalami masalah yang sama pergi semula ke kedai yang beli tu untuk minta guide.

4.       Cara nak pindahkan file dari BP2 ke PC?
Sambungkan wire USB (wire charger pun boleh) ke BP2 dan PC anda. Nanti di skrin BP2 akan muncul USB CONNECTED, TURN ON USB STORAGE dan tekan OK.

5.       Cara Nak Print Screen ( Screen Shot) BP2?
Tekan Power Button dan Volume Down Button serentak. Hold selama 3 saat.

6.       Saya ada masalah dengan Ninetology saya, dekat mana service center Ninetology yang terdekat?

7.       Cara nak setting ringtone mengikut Group dalam contacts (cth: Family, Friends) ?
Tiada option. Hanya boleh set ringtone secara individual.
Pilih nama contact > Tekan Menu Button >  Set Ringtone >  Pilih Ringtone (sama ada melalui ringtone yang ada dalam Android System atau SD Card) > tekan OK.

8.       Cara nak set ringtone telefon (selain ringtone yang ada dalam Android System)?
Pergi ke Music > pilih lagu > hold dalam 3 saat pada lagu yang di pilih nanti akan keluar  pop up menu > pilih use as phone ringtone.

9.       Macam mana nak jimatkan bateri?
Pastikan da upgrade firmware v17. 
(p/s : Jangan ikut macam Nia, firmware pun masih v15. Muahaha)


10.   Macam mana nak online FB free dengan DiGi?
Download Opera Mini di Playstore dan Install Opera Mini sama macam applikasi yang lain.
Bila da siap semua, pastikan ON data connection (DiGi) selepas tu buat macam bawah ni.


kemudian da boleh online free!



Untuk pengguna DiGi Prepaid Smart Plan bukan sekadar dapat online FB percuma guna opera mini, malah Whatsapp pun percuma!



Ok hari ni Nia update 10 dulu, nanti ada masa Nia update lagi ya!

Lain-lain LINK berkenaan Ninetology Black Pearl 2 dari Blog Dscarnia

External Link
 Page Ninetology Malaysia (Facebook)
♥ Page Ninetology Black Pearl 2 (Facebook)
♥ Group Ninetology Malaysia (Facebook)
♥ Ninetology Sabah (Youtube)
♥ Ninetology Official Web (Website)
♥ Ninetology- Outlets (Website)


Wednesday 15 May 2013

May - Entry Tengah Bulan




Assalamualaikum dan salam ceria ~


Muehehe.. Terlanjur ada masa seminit dua ni Nia nak luangkan masa untuk update blog Nia ni.

Sebenarnya da beberapa hari Nia tak masuk blog, jadi semalam sekadar nak skodeng kot ada komen terbaru, barulah Nia perasan yang pageviews blog Nia da melebihi 15k dalam tempoh 5bulan yang pertama. Memecahkan rekod peribadi blog Puanpanda aka Simple Nia yang telah mencecah 15k dalam masa 2tahun -.-!. Jadi kira blog Dscarnia ni ok sikit la kot. Hehee.. Alhamdulillah. Terima kasih buat semua pengunjung blog Dscarnia, tak lupa incik Google dan incik Busuk yang sangat-sangat membantu :)

Nanti kalau ada kesempatan, Nia nak update pasal FAQ tentang Ninetology Black Pearl 2 sebab Nia selalu jumpa soalan yang sama daripada orang yang berbeza, kadang-kadang macam serba salah nak bagi jawapan sebab takut terbagi jawapan yang tak sama. Ye laa kan, bila kita balas komen ni, kita balas mengikut ayat apa yang terlintas kat kepala kita kan? Pulak balas komen time takde idea, kat otak fikir lain, jari pulak menaip lain. Parah.

Sebenarnya banyak sangat benda yang kalau boleh Nia nak cerita dalam blog ni. Namun disebabkan tak cukup jari dan masa, maka Nia akan K.I.V laa dulu ok?

Untuk yang bertanya kepada Nia kenapa haritu nampak Nia update kat FB check in - Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, anggap je tu macam TEASER untuk entry Nia yang akan akan datang ok? Hehee

Apapun tahniah BN di atas kemenangan di PRU13 yang lalu. Nia harap selepas ni keadaan akan menjadi lebih baik. Buat parti-parti lain yang menang kerusi juga, Nia ucapkan tahniah. Walaupun banyak sangat pertikaian yang berlaku, dengan adanya media baru. Nia harap pengendali media-media sosial lebih bertanggungjawab dalam berkongsi apa jua maklumat yang belum pasti kesahihannya dan sebagai pembaca dan pelayar internet Nia harap kita pun tak mudah termakan kata-kata yang boleh menyebabkan berlakunya huru hara dalam rumah kita sendiri.

Akhir kata, kalau nak tanya apa-apa berkenaan handphone Ninetology Black Pearl 2, boleh terus hantar mesej kat Page Blog Dscarnia sebab sekarang tak berapa nak sempat masuk blog. Hihii ok. Take care semua. Be safe :) byeeeeee~