Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Friday 27 June 2014

Rawat Luka Kucing dengan ...

WARNING : Gambar yang akan dipaparkan dalam entry ini mungkin mengerikan bagi sesetengah orang.

Assalamualaikum dan salam santai~

Dalam entry Kucing Kurang Upaya - Citam dan Pungut, Nia ada cerita pasal Pungut yang kena simbah dengan air panas. Akibatnya dia jadi kucing kurang upaya sebab dia memang tak boleh nak pertahankan diri dan survive kat luar sebagai kucing jalanan dalam keadaan luka dia yang memang parah.

Oleh demikian, sekarang dia dah jadi homecat dan masih lagi dalam proses pemulihan. Sebenarnya tak terkecuali si Citam yang lumpuh sejak dari kecil. Terpaksa berjalan dalam keadaan bersimpuh dan menyeret kaki menyebabkan kaki dia melecet dan kulit dia hampir masak sebab berjalan atas jalan tar waktu tengahari juga masih lagi dalam recovery mode.



Kaki Citam pada hari pertama Nia bawa dia balik rumah.



Badan si Pungut lebih kurang sehari kena simbah dengan air panas.

Teruk kan luka dorang? Tapi dua-dua muka relax je bila Nia pegang sekitar luka tu (sebab dah rasuah dengan ikan goreng).

Sebenarnya sejak kecik lagi kan, Nia macam tak hairan sangat laa dengan kucing-kucing luka ni sebab masa Nia kecik dulu pun, ibu selalu selamatkan dan rawat kucing sakit, nak beranak dan lain-lain. Sebab tu Nia tak geli. Bila orang kata "jangan pegang takut ada jangkitan", Nia hanya mampu tersenyum - tak mampu nak berkata apa-apa.

Nia bukanlah seorang doktor nak merawat kucing-kucing ni, tapi Ibu laa yang menjadi kekuatan dan tulang belakang untuk Nia rawat Citam dan Pungut. Bermodalkan petua tradisi turun menurun dari moyang ke cucu cicit.

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Taraaaaaa~



Ya kunyit.
Umum ketahui cara nak merawat kucing yang ada kurap ialah dengan menggunakan minyak bekas goreng ikan.

Sebenarnya ada betul dan salahnya.
Yang betul minyak bekas goreng ikan yang berkunyit.
Yang salah minyak bekas goreng ikan yang takda kunyit. Dan tak semestinya minyak bekas goreng ikan je. Minyak bekas goreng ayam (kunyit bukan celup tepung) pon boleh sebenarnya.

Sebab apa?
Salah satu khasiat kunyit ialah ia boleh bertindak sebagai agen antiseptik dan antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka dan terbakar. Oleh itu, kunyit sangat membantu salam proses penyembuhan luka dan pembetukan semula kulit yang rosak.

Tapi kalau dah tahu kunyit tu berkhasiat, kenapa tak sapu pes kunyit tu direct kat luka, kan senang?

Cakap memang senang. Nia yang manusia ni yang makan sayur dan ulam-ulaman pon rasa macam tak mampu nak makan kunyit mentah2 gitu. Apatah lagi kucing. Sebab tu pakai minyak bekas goreng ikan / ayam. Supaya bila dia jilat / terjilat minyak tu takde laa mulut dia berbuih (sebab tak boleh terima rasa kunyit mentah). Sekurang-kurangnya ada juga rasa ikan dan ayam goreng yang dia suka, kan?

Lagipun minyak pon membantu tau sebab dia mencegah lalat daripada bertelur kat luka tu dan berulat. Sebab kalau dah berulat parah dan mesti bawa pegi vet.

Macam kes Citam dan Pungut ni, Nia cepat sapu minyak bekas goreng ikan. Lukanya pon tak terlalu dalam. Jadi kalau lalat sempat bertelur pon larva dia akan mati sebab tak cukup oksigen akibat minyak yang menutupi permukaan kulit dan luka.

Bila dah sapu minyak bekas goreng ikan tu, biarkan je. Nanti bila dia asyik jilat je luka tu. Keringlah nanti. Sapu sehari sekali. Bila nampak kopeng dia kering berkeping-keping, tolonglah gugur-gugurkan.

Kesian Pungut tau. Nia memang pantang jumpa kopeng tau suka kopek. Asyik kena marah dengan Ibu je..

Ibu : Lat (nama manja) dah laa tu kesian dia sakit..
Nia : Manade sakit tengok dia landing baik je tak lari pon..

Monolog Pungut : Memang laa tak lari akak dah tindih betis akak kak kaki saya T_T

Hehehee untuk kebaikan dia juga tau. Nak kopek kopeng pon ada teknik tau supaya tak berdarah. Lepas tu jangan lupa cuci tangan.

Oh ye lagi satu, better kurung kucing yang sudah sapu dengan minyak kunyit supaya kesan minyak kunyit tu tak tertinggal kat mana-mana tempat yang dia landing.

Hasilnya..



Kaki Citam sebelum rawatan 25.03.2014 dan selepas 13.04.14.



Proses penyembuhan Pungut step by step. Oh ya. Kalau kucing (manusia pon sama) ada luka. Jangan bagi makan telur dan benda2 yang gatal. Sebab dalam kes Pungut ni, masa luka dia baru nak kering, Nia terkasi dia makan telur dadar (suka mengacau orang makan) dan akibatnya kulit dia macam ruam-ruam. Cian Pungut..



Gambar terkini (dalam minggu ni tak ingat hari apa) Hampir semua kopeng dia dah tanggal. Sikit je lagi lepas tu dah boleh bersamba ria!

Sekian perkongsian daripada Nia untuk merawat kucing yang luka.



Yang sedia membantu,
DTB Nia
(DTB = Doktor Tak Bertauliah)
Pakar Kopeng

posted from Bloggeroid

Tuesday 24 June 2014

Kucing Kurang Upaya - Citam dan Pungut

Assalamualaikum dan salam santai~

Hari ni Nia nak share sikit pasal kucing. Sebelum ni ada share pasal kucing yang Nia ada dalam entry Kucing.
Masa menulis tu Nia cuma mention 2 ekor je kucing Nia kan?

Lepas tu dalam entry Header dan Blog #2 sekali lagi Nia cerita pasal kucing tapi kali ni ada tambahan Puteh dan Comel kan?
Dan kali ini pula, Nia nak cerita lagi dua ekor kucing tambahan dalam rumah Nia iaitu Citam dan Heeh Heeh (Ibu panggil dia Pungut, Nia tetap panggil dia Heeh Heeh)

Sebenarnya masa dah ambil Puteh dan Comel, Nia memang dah tak nak ambil stray cats lagi tau..
Kalau nak bagi makan memang takde masalah, yang masalahnya kalau nak bela dalam rumah.
Tapi, tertambah juga laa dua ekor ni sebab dua-dua ni kira kucing terbiar yang kelainan upaya (KKU-Kucing Kurang Upaya)

Si Citam ni memang KKU sejak dari kecil. Kulit dekat celah peha dia tu macam tak cukup. Jadi dia tak boleh berdiri macam kucing biasa sebab kaki dia tak dapat dibuka dengan sempurna.

Macam mana nak terangkan eh? Ermm.. Kira macam ni, contohnya perempuan. Pernah tengok perempuan pakai kain skirt sendat gila? Susahkan nak berjalan? Haa macam tu laa nasib si Citam. Jadi cari paling mudah dia nak jalan ialah duduk ala-ala macam bersimpuh lepas tu seret je kaki dia.
Kadang-kadang nampak gaya dia berjalan macam Suster Ngensot (eeek seram)

Tapi memang Nia puji laa upper body strength si Citam ni memang terbaik. Bayangkan dia boleh cari makan dekat kawasan perumahan dengan kaki yang macam tu, bersaing cari makanan dengan stray cats yang sihat-sihat dan boleh tahan sakit kaki melecet akibat geseran kaki dengan jalan tar. Bayangkan.



Sebab tu laa Nia ambil keputusan untuk bawa balik si Citam ni. Rawat, makan.minum, beri kasih sayang, dan jaga dia sepanjang hayatnya. InsyaAllah

Si Pungut pula (Nia panggil heeh heeh) pun kucing jantan yang KKU. Tapi KKU dia disebabkan perangai manusia yang macam binatang. Kena simbah dengan air panas. Pungut ni salah seekor stray cats dari berbelas ekor kucing yang Nia bagi makan (sekitar rumah dan office). Jadi dia selalu juga datang berheeh heeh depan pintu minta makan. Badan dia tough dan bersih (sebelum kena simbah air panas) kiranya kat area rumah Nia ni dia kira "abang long" laa..

Tiba-tiba satu hari tu dia datang, sebelah kiri badan dia melecur! Nia bagi makan tapi nak ajak masuk rumah dia tak mahu. Masa tu, Nia ingatkan dia kena ekzos ke motor ke sebab luka dia nampak macam selari je. Tapi selepas beberapa hari dia datang lagi, tak fikir panjang terus bawa masuk dan rawat dia. Kopeng dia kussemangat tebal! Nia (Ibu gelar Doktor Kopeng) terus tanggalkan semua kopeng tu dan letak sesuatu yang ajaib (tunggu entry akan datang) kat luka-luka dia tu. Masa tu baru laa jelas kelihatan yang Pungut sebenarnya kena simbah dengan air panas sebab nampak bulu sekitar luka tu macam mereput. Tapi lepas sapu je ubat dia minta keluar.



Sejak malam tu, setiap malam Pungut datang minta makan, Nia kopek kopeng yang dah kering, sapu sesuatu yang ajaib dan dia keluar rumah. Namun sejak seminggu yang lalu, dia dah tak nak keluar rumah dah. Nak jadi homecat gamaknya. Manja tidur dekat kaki orang. Pandai bawa diri (kalau kucing jantan lain kepala dah senget nak bergaduh) eh senang cerita memang dia well behave laa..

Ok. Rasanya cukup dulu Nia cerita pasal Citam dan Pungut. Kira ni sekadar pengenalan laa (pengenalan yang panjang lebar) Nanti Nia sambung lagi dalam entry akan datang ye.
Assalamualaikum :)
posted from Bloggeroid

Monday 23 June 2014

Cadangan resepi untuk berbuka puasa

Assalamualaikum dan salam ketenangan~

InsyaAllah tinggal 6 hari je lagi untuk kita menyambut bulan Ramadhan.
Nia pun apa lagi.. Sempat juga google resepi2 baru untuk dicuba dalam bulan Ramadhan ni.
Contohnya macam semalam Nia Duk google resepi Sarak Ikan Kembung.
Dulu-dulu masa kecik jiran Nia buat sedapnya.. Masin lemak secukup rasa, jahitan dia pun kemas je.. ohmai.. Aunty Norlia punya air tangan memang sedap :)


Lepas tu tadi FBwalking terjumpa laa satu status yg akak Nia share dari FB Ismi Nurhamizah. Hehee nak like tak boleh, jadi Nia share je laa kat wall FB Blog Dscarnia.
Dah terlanjur rajin ni kan, share jugak laa kat blog..
Semua sekali ada 30 resepi..

RESEPI SEBULAN TAK PAYAH PENING-PENING
Menu:
1. Ayam Panggang Bermadu 
2. Udang Masak Serai Wangi 
3. Ikan Siakap Kukus 
4. Ikan Masak Berlada 
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis 
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina 
7. Pajeri Nenas 
8. Mee Hailam 
9. Ketam Bertelur 
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
12. Ikan Tiga Rasa 
13. Ikan Pari Lemas!!!! 
14. Tandoori Kurau 
15. Tom Yam 
16. Nasi Ayam Hakka 
17. Mee Rebus 
18. Daging Masak Kicap
19. Ayam Golek Seri Pahang 
20. Kari Kepala Ikan 
21. Black Pepper Steak 
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
23. Asam Pedas Tumis (Melaka) 
24. Soto Ayam 
25. Nasi Paprik 
26. Nasi Dagang 
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 
28. Gulai nenas ikan kering orang utara 
29. Ayam Bercili masak ketumbar 
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
_______________________________________

1) Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan: 
1kg kepak ayam 
1 senduk besar minyak bijan 
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) 
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) 
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... 
________________________________________

2) Udang Masak Serai Wangi 
Bahan-bahan: 
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai 
100 gm cili kering 
100 gm bawang merah 
100 gm cili merah 
70 gm bawang putih 
70 gm halia muda 
3 sudu besar pati asam jawa 
30 gm belacan bakar 
100 gm pati santan 
Garam dan gula secukup rasa 
Cara memasak: 
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 
4. Masukkan pati santan dan udang. 
5. Masak hingga naik bau. 
________________________________________

3) Ikan Siakap Kukus 
Bahan-bahan:
 
1 ekor ikan siakap sederhana besar 
3 sudu besar sos tiram 
2 susu besar sos cili 
2 susu besar sos tomato 
1 sudu gula 
4cm halia - dimayang 
3 ulas bawang putih - dimayang 
3 ulas bawang besar - dimayang 
3 tangkai daun sup(saderi) 
1/2 biji limau nipis 
garam secukup rasa 
Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). 
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi. 
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. 
________________________________________

4) Ikan Masak Berlada 
Bahan-bahan: 
3 ~ 4 ekor ikan sembilang 
10 biji cili merah - dikisar 
2 batang serai - dititik 
1 ulas bawang besar - dimayang kasar 
2 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 inci halia - ditumbuk 
air limau kasturi 
sedikit garam dan gula secukup rasa 
Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak. 
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu. 
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan. 
________________________________________

5) Ikan Kerapu Masak Asam Manis 
Bahan-bahan A: 
1 ekor ikan kerapu 
120gram tepung jagung 
1 biji telur ayam 
Sedikit minyak 
(untuk goreng) 
Garam secukup rasa 
Bahan-bahan B: 
5 ulas bawang merah - dikisar 
5 ulas bawang putih - dikisar 
3cm halia 
1 batang serai - dititik 
1 helai daun pandan 
3 sudu cili sos 
1 sudu cili giling 
Sedikit kunyit hidup 
3 sudu tomato sos 
3 cawan air 
Sedikit cuka masak 
Garam secukup rasa 
Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan $b!f (ba $b!g (b dan goreng hingga rangup. 
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik. 
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak. 
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng. 
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan: 
Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
________________________________________

6) Ayam Masak Cendawan Ala Cina 
Bahan-bahan: 
1/2 ekor ayam 
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam 
1 inci halia - dihiris 
1 biji bawang besar - dihiris 
6 ulas bawang putih - dicincang 
4 ~ 5 tangkai cili padi 
Sedikit kicap lemak manis 
Sedikit sos tiram 
Cara memasak:
1. Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang). 
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa. 
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik bau baru masukkan ayam. Kacau sekejap. 
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letak garam sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau. 
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa). 
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hingga kuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
________________________________________

7) Pajeri Nenas 
Bahan-bahan: 
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga) 
Sedikit serbuk kunyit 
4 biji bawang merah ] 
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang 
Biji sawi 
gula sikit 
garam secukup rasa 
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus) 
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air 
Cara memasak:
1. Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit. 
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa. 
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
________________________________________

8) Mee Hailam 
Bahan-bahan: 
1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang) 
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan) 
rencah ayam/udang/sotong 
sos tiram 
garam secukup rasa 
6 biji cili api 
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) 
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn) 
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dan cili api. 
2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya. 
3. Masukkan sos tiram setengah botol kecil. 
4. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah. 
5. Masukkan sayur2 an dan mee. 
________________________________________

9) Ketam Bertelur 
Bahan-bahan: 
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 
3 sudu sos tiram 
3 sudu sos cili 
3 sudu cili yang dah diblend 
7 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih yang agak besar 
sepotong halia 
sebiji telur 
garam 
sedikit gula 
sedikit minyak untuk menumis 
bawang besar 
Cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya 
2. Masukkan secawan air 
3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit 
4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa 
5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul, 
6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul. 
________________________________________

10) Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 
Bahan -bahan: 
Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah 
Sesame oil/Minyak bijan 
Serbuk lada hitam 
Fish sauce/Sos ikan 
Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2) 
Sos tiram 
Cara memasak:
1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam. 
2. Sejam kemudian angkat, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). 
3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi
[18/06 11:23 am] Pak Long Malham: ik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam 
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.
________________________________________

11) Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
Bahan-bahan: 

1 camca besar garam masala 
4 ulas bawang putih dicincang halus 
2 cm halia dicincang halus sedikit garam 
2 camca kecil serbuk cili 
1 camca besar serbuk ketumbar 
1/2 camca kecil serbuk buah pala 
1 camca besar serbuk jintan kasar 
1 camca besar paparika 
4 labu bawang besar dihiris nipis 
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki ) 
150ml Tairu 
2 camca besar tomato puri 
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin 
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus 
2 biji cili hijau dihiris 
Minyak Vesawit untuk menggoreng 
Air secukupnya 
Garam secukup rasa 
Cara memasak:
1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi. 
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit. 
3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.
________________________________________

12) Ikan Tiga Rasa 
Bahan-bahan 
1 ekor ikan siakap / kerapu 
sedikit bawang putih (ditumbuk) 
1 inci halia 
2 biji tomato (agak masak) 
6 biji cili merah 
10 biji cili padi 
2 sudu sos tiram 
2 sudu sos cili 
1 sudu sos tomato 
sedikit gula, garam 
bhn utk dikisar 
Cara memasak:
1. Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan. 
2. Tumis bawang putih (naik bau) + bhn kisar 
3. Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air 
4. Tuang atas ikan 
________________________________________

13) Ikan Pari Lemas!!!! 
Bahan A: 
1 bahagian ikan pari yang telah di potong (sederhana besar) 
- di basuh bersih 
- sediakan besen sebagai acuan untuk kertas timah yang boleh di muatkan dengan ikan pari tadi, kemudian lapik dengan kertas timah 3-4 helai, biar tebal sikit supaya tak koyak. Biarkan kertas timah tu besar macam nak balut hemper! supaya senang nak balut ikan pari tu. 
- letak ikan pari ke atas acuan kertas timah. (biarkan dulu ikan tu releks) 
Bahan B: 

5 biji bawang putih di hiris nipis dan dipotong memanjang (macam batang mancis) 
2 biji bawang besar di belah dua dan di mayang halus 
2 batang serai di mayang halus 
1 helai daun limau purut di koyak empat 
25 biji cili padi di mayang halus 
halia sebesar ibu jari kaki di hiris nipis dan di potong memanjang 
1biji cili besar (merah) di mayang dan dicincang halus 
3 sudu besar minyak masak 
2 sudu besar sos minyak ikan 
sedikit ajinamoto 
1/2 sudu kecil garam 
1/4 sudu kecil gula 
Bahan C: 
10 biji limau kasturi 
Cara memasak: 
Campurkan kesemua bahan B, dan gaul sehingga rata, kemudian masukkan kedalam bahan A. barulah bahan C di perah keatasnya, balut ikan pari tadi dengan rapi dan kemas. biarkan selama 15 minit untuk dia mesra dengan kesemua bahan-bahan tadi. lepas tu kukus/bakar selama 20 minit 
________________________________________

14) Tandoori Kurau 
Bahan-bahan: 

3 keping ikan kurau 
1 biji liamu purut 
1 sudu besar halia (dicincang halus) 
2 biji bawang putih (dicincang halus) 
5 sudu besar yoghurt 
1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar 
10 gm jintan halus 
Setangkai daun ketumbar (dipotong halus) 
Garam dan lada hitam secukup rasa 
2 sudu besar minyak sapi 
Cara:
1. Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk. 
2. Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam. 
3. Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit. 
4. Hidangkan bersama roti atau nasi. 
________________________________________

15) Tom Yam 
Bahan-bahan: 
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil) 
Daging - 250 gm (dipotong kecil) 
Udang - terpulang pada tukang masak 
Bahan A – 

Blenderkan Halia 
3 inci Bawang merah 
6 ulas Cili api 
20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah) 
Bahan-bahan lain 
Minyak masak - 1/5 cawan 
Serai - 6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh 
Lobak merah - 2 btg (dipotong) 
Bunga kubis - 150 gram 
Putik jagung - 2 bungkus 
Tomato - 3 biji (potong 4) 
Bawang besar - 3 biji (potong 4) 
Daun limau purut - 3 atau 4 helai 
Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan 
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) cili api - diketuk (jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan) 
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu 
Air 
Garam 
Bahan perasa - jika berminat 
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A). 
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini, sedikit air perlu ! 
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging. 
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak. Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang ada didalam periuk tu. 
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak. 
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati). 
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api. 
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam..... 
________________________________________

16) Nasi Ayam Hakka 
Bahan-bahan: 

1 ekor ayam segar 
Kicap cair (Cap Camel) 
Minyak Bijian Bawang merah 1 biji 
Bawang putih 3 biji 
1 ketul kecil halia 
Beras 2 tin susu 
1 sudu besar garam 
1 sudu kecil Ajinamoto 
Sedikit lada putih 
Cara memasak:
1. Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi. 
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas. 
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas. 
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras) 
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing). 
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih. 
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.
________________________________________

17) Mee Rebus
Bahan-bahan: 

1 paket mee kuning - celur 
Bahan sayuran: 

50 sen Taugeh - celur 
Sedikit daun sup - hiris nipis 
Sedikit daun bawang - hiris nipis 
Bawang goreng 
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis. 
5 biji Cili hijau - dihiris nipis 
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua 
Telur rebus - belah dua 
Bahan-bahan kuah: 
Sedikit minyak untuk menumis 
4 sudu cili kering yang di kisar 
3 biji bawang merah - kisar 
3 sudu lengkuas yang di kisar 
4 batang serai dikisar halus 
2 biji bawang putih - kisar 
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap. 
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus 
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus 
3 sudu gula atau secukup rasa 
garam secukup rasa 
Sedikit ajinomoto 
4 sudu sos tomato 
Air - agak-agaklah 
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali. 
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato. 
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.....
________________________________________

18) Daging Masak Kicap
Bahan-bahan
400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Cara Memasak:
1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.
2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.
( kalau nak rebus daging sampai empuk pun boleh, bila masak tu boleh kurangkan kuantiti airnya)

_______________________________________

19) Ayam Golek Seri Pahang 
Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam (dibersihkan) 
300 gm bawng merah (dikisar halus) 
5 cm halia (dititik) 
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur 
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan) 
Garam dan gula secukup rasa 
Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit. 
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya. 
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman.
________________________________________

20) Kari Kepala Ikan 
Bahan-bahan: 
1 kg kepala ikan 
50 gm bawang merah 
30 gm halia (dikisar) 
30 gm bawang putih (dikisar) 
50 gm cili kering (dikisar) 
50 gm ketumbar 
40 gm serbuk jintan putih 30 gm serbuk kaskas 
10 gm serbuk lada putih 
40 gm serbuk kunyit 
1 liter santan kelapa 
20 gm garam 
10 biji kacang bendi 
6 biji terung 
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.
________________________________________

21) Black Pepper Steak 
Bahan-bahan: 
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang) 
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk, tapi rasanya kurang oomph!) 
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci) 
1/2 cawan kicap manis 
1 cawan air 
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci) 
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah) 
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6) 
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air (untuk memekatkan kuah) 
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa 
2 sudu besar minyak masak 
Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan. 
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. 
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalam periuk yang dalam. 
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya tak kering dan tambah air, jika perlu). 
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato. 
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato berserta minyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa. 
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi. 
8. Siap untuk dihidang.
Tips: 
Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries. 
________________________________________

22) Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
Bahan-bahan: 
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 
Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam 
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang. 
________________________________________

23) Asam Pedas Tumis (Melaka) 
Bahan-bahan: 
ikan serkut/tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli tapi masak asam ni kalo melaka(sebelah merlimau)suka ikan parang rasanya lebih sedap.ikan parang 
7/8 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
sebesar ibu jari kaki belacan 
kunyit hidup sebesar ibu jari tangan (boleh juga gunakan kunyit serbuk) 
air asam jawa 
cili yang telah diblander(dapat yang digiling lebih sedap) 
2 sudu besar kerisik(kelapa goreng) 
sedikit halba 
sedikit halia (sebesar separuh ibu jari)- agak-agak kuah dan ikan banyak mana. 
garam secukup rasa 
perasa ajinomoto jika suka. 
Cara memasak:
1. Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. 
2. kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga. 
3. Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. 
4. Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya. 
5. Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau. 
6. Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. 
7. Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam. 
8. Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan. 
9. Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah. 
10. Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus. 
11. Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
Tips : 
Masak asam sebenarnya rasa asam(masam kuahnya) dengan pedasnya mestilah seimbang.Ikannya mesti segar. Gunalah ikan parang next time guna ikan lain...rasalah bezanya anda akan tahu....Tumisan lada dan bawangnya mesti garing (jangan sampai hangit) jika tak tak sedap... 
________________________________________

24) Soto Ayam 
Bahan A 
1 ekor ayam di potong ikut suka 
3 biji bawang besar (potong 4) 
5 ulas bawang putih (di ketuk je) 
2 inci halia (di mayang) 
2 ketul sub bunjut (cap apa pun tak kisah) 
sedikit kayu kayan (bunga cengkeh, bunga lawang, kayu manis) 
Cara memasak:
1. Semua bahan A nie hendaklah direbus 
2. Bila ayam dah empuk dan semua bahan tu dah sebati masukkan la garam, pak aji, gula sikit.
Bahan B 
10 bijik bawang merah 
Cara memasak:
1. Bawang ni di goreng dengan minyak baru (minyak yang belum digunakan) minyak ni agak2 , jangan banyak sangat 
2. Bila dah kuning tuangkan bawang ngan minyak tu kedalam sup yang dah masak tu. 
3. Tutup periuk sup supaya naik bau wangi bawang.
Bahan C
Daun sup dan daun Bawang 
Di potong dan masukkan dalam sup tu. 
Sambal kicap 
Bahan-bahan: 
20 bijik cili api 
2 bijik limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah) 
2 ulas bawang putih 
kicap 
sikit gula 
Cara:
1. Tumbuk cili ngan bawang putih , bila dah lumat 
2. Masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, gula dan perahkan limau. 
3. Sedia untuk dimakan .
________________________________________

25) NASI PAPRIK 
Bahan-bahan: 
5 pinggan nasi putih panas 
1/2 kilo isi ayam/daging 
6 biji cili api, dihiris 
3 ulas bawang merah, dimayang halus 
2 ulas bawang putih, dimayang 
1/2 btg serai dihiris 
5 sudu sos cili 
2 sudu sos tomato 
1 sudu sos tiram 
3 btg kacang panjang dipotong 
2 sudu bawang goreng 
Garam secukup rasa 
sedikit minyak masak 
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, serai dan sedikit air selepas menggelegak, masukkan isi ayam/daging. 
2. Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit. hidangkan.
________________________________________

26) Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa) 
2 cawan santan pekat 
4 cawan santan cair 
2 sudu besar halba 
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus 
6 ulas bawang putih, mayang halus 
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis) 
Garam dan gula secukup rasa. 
Cara memasak:
1. Didihkan air didalam periuk kukusan 
2. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam 
3. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus 
4. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
5. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar 
6. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya. 
7. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang 
Bahan A 
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar 
5 keping asam gelugor 
2 inci halia, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar 
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar 
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula 
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci) 
Bahan B 
Santan pekat dari satu biji kelapa 
3 keping asam gelugor 
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk 
4 ulas bawang putih, ditumbuk 
1 inci halia, ditumbuk 
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes 
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan) 
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa. 
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan") 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Cara memasak: 
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. 
Pijarkan minyak di dalam periuk 
Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau 
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak 
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih 
Masukkan santan pekat dan asam gelugor 
Bila mendidih masukkan gula merah 
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor) 
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.
Sambal kelapa untuk Nasi Dagang 
Bahan-bahan: 
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang 
4 sudu makan gula kabung (manisan) 
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja 
Cara memasak: 
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun. 
________________________________________

27) Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 
Bahan-bahan: 
1 kg mee kuning 
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk) 
5 biji bawang merah 
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar) 
½ cawan udang hidup 
1 cawan daging rebus (dipotong nipis) 
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) 
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar) 
¾ - 1 cawan gula pasir 
3 - 4 cawan air rebusan daging 
1 sudu makan sos tiram 
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan) 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference. 
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris) 
NOTE: 
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu. 
Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. 
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali 
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing 
4. Masukkan sos tiram 
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada). 
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan) 
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras. 
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan 
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka. 
5. Hidangkan.
________________________________________

28) Gulai nenas ikan kering orang utara 
Bahan-bahan: 
1 paket serbuk kari ikan / ikan kering 
1 biji nenas 
Isi / tulang ikan talang kering 
Santan 
garam 
bawang merah 
daun kari 
minyak untuk menumis 
Cara memasak :
1. Ikan talang direndam. 
2. Rebus nenas yang telah dipotong bersama-sama dengan serbok kari sehingga hampir kering dengan api sederhana. Kemudian masukkan santan dan ikan talang tadi biarkan mendidih. 
3. Ketepikan. Garam bubuh kemudian sebab gulai tersebut mungkin telah masin dari isi ikan talang tersebut.(Rasa dulu) 
4. Bawang merah dimayang kemudian ditumis didalam kuali bersama-sama dengan daun kari. 
5. Setelah garing masukkan bawang bersama-sama minyak tadi ke dalam gulai ikan tadi. 
6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk tadi. 
7. Siap dan boleh dimakan. 
________________________________________

29) Ayam Bercili masak ketumbar 
Bahan-bahan: 
1/2 kg ayam 
Serbuk kunyit gaulkan 
Sedikit garam 
6 biji bawang kecil 
3 ulas bawang putihditumbuk lumat 
sedikit halia 
4 sudu besar biji ketumbar 
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus 
4 sudu besar cili mesin/cili boh 
2 asam keping 
Cara memasak:
1. Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan. 
2. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya). 
3. Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak. 
4. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana). 
5. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan 
________________________________________


30) Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style 
Bahan-bahan: 
1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar)) 
30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit) 
1 inci kunyit hidup 
2-3 batang serai (dititik) 
santan (dr sebiji kelapa) 
2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)
Cara memasak:
1. Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya.. 
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik 
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak 
5. Perisakan dgn garam (serbuk perasa tak perlu..nanti tak pure) 
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas bolehLAH ditutup apinya..
Nota:
Kalau suka kentang, masukkan selepas masukkan santan kedalam kuali dan kecilkan api supaya ia cepat empuk.

Simple je kan resepi yang di share.. Boleh laa cuba nanti.. Tapi ingat.. Masak jangan sampai membazir ye.. Selamat berpuasa :)



Updated : 19/06/2015 by Nadia Dscarnia
posted from Bloggeroid