Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Saturday 17 January 2015

New Hubby!!! ASUS Zenfone 4

Assalamualaikum dan salam berhujung minggu..

Rasanya belum terlewat untuk Nia ucapkan “Selamat Tahun Baru 2015!!”
Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lalu,
dalam entry ini Nia akan cerita pasal henpon baru Nia..

Henpon Ninetology Black Pearl 2 Nia tak dapat diselamatkan.
Hatta, dia telah pun di masukkan dalam koleksi Muzium antik Nia..

Jadi........

Meet my new hubby!!

Taraaaa!!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kualiti gambar tak ok sebab guna fon lainT_T


ASUS – Zenfone 4

Sebenarnya, Nia terlalu dimanjakan dengan Ninetology Black Pearl 2
sehinggakan sejak dah ada NBP2 tu Nia dah tak ada ikut perkembangan gadjet.
Lepas tu tetiba NBP2 khianat!
Buat hal rosak pulak!
Panik mak oiii!
Dah laa awal bulan..
Huwaaaaaa..

Jadi survey la harga smartphone kat Lazada.
Masa tu survey je laa.
Bila dibandingkan spesifikasi Ninetology Black Pearl 2, Samsung V dengan ASUS Zenfone.
Terus Nia bertekad nak beli ASUS Zenfone ni.
Tak tanya pun pandangan orang lain tau.
 Nak tanya macam mana no telefon semua hilang T_T
Masuk FB pun kejap sangat.

Antara kelebihan awal yang Nia suka pasal ASUS ni ialah :-
  • Dual SIM (micro SD – senang boleh masukkan dua2 simkad Nia, tapi Nia guna 1 SIM je..)
  • CPU : Dual Core 1.2GHz (jadi kalau main game takda la hang)
  • Skrin : 4 inci touchscreen (molek.. senang nak pegang)
  • Memory :  card slot Micro SD up to 64GB dan internal memory 4/8 GB
  • Kamera : Belakang 5 MP, depan 0.3
  • Android 4.3 (Jelly Bean), and upgradable to 4.4.2 (KitKat) tapi Nia tak update pon
  • Ada radio FM, Ada GPS dan banyak lagi..

Kalau nak ambil gambar pon ada banyak options. Autofocus, Scenery, Selfie, Potrait. Kalau tak download Camera360 pon tak ada masalah.





Setakat ni kekurangan yang jelas pada ASUS Zenfone 4 ialah tak ada flash light.
Jadi tak boleh laa nak berselfie dalam gelap T_T 
(dah kenapa nak selfie dalam gelap Nia oii)
Mahupun dalam keadaan yang kurang pencahayaan yang baik.
Dan back, home dan recent app buttons yang ada kat skrin pulak tak ada lampu.
Jadi kadang-kadang waktu malam tertekan back laa, home laa..

Yang seronok tu boleh customise settings dekat ASUS Customised Setting.
Untuk set cara nak screenshot, set up mode penjimatan bateri (tak payah download applikasi untuk jimatkan bateri)
Lepas tu kalau kita tarik skrin kiri dari atas ke bawah dia keluar system notifications (whatsapps, emel dan lain2), kalau tarik skrin kanan dari atas ke bawah pula dia keluar quick settings di mana kat situ kita boleh adjust macam-macam.

Nia pulak jenis yang suka download applikasi macam Beetalk, Wechat, Instagram, Facebook Video Downloader, pastu main game macam COC ke, Pirate Kings ke,  Fun Run ke, Pool Live Tour ke, ok je.. Handphone sikit tak hang (maybe sebab baru lagi kot).

Senang cerita, memang berbaloi-baloi kalau beli ASUS Zenfone 4 ni.
Dalam masa yang sama Nia intai-intai jugak telefon OPPO.
Kamera Chuwatekkkk!
Ok Bye! :)