Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Wednesday, 31 July 2013

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya!!



Assalamualaikum dan salam ceria!!

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya..
Hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk umat Islam seluruh dunia meraikan Syawal yang bakal tiba..

Walaupun Ramadhan tahun ni belum berakhir, namun apa yang boleh Nia perkatakan ialah Ramadhan kali ini telah memberi Nia 3 perkara yang cukup-cukup bermakna tatkala kerungsingan melanda diri. Iaitu :-
  • keTENANGan
  • keSABARan
  • keMATANGan

Syukur, Alhamdulillah..
Kini dada rasa lapang sangat..
Biarpun masih menanti detik berakhir segalanya..
Namun Nia bersyukur kerana Nia telah menunaikan janji Nia.. :)

Persiapan raya Nia tahun ni pun ala kadar sahaja..
Kuih main tunjuk-tunjuk je sebab tahun lepas buat Tart Nenas je pun da rasa macam buat Doploh jenis kuih! Haaaiiihh pengsan..
Jadi bila takda buat kuih, boleh la simpan tenaga untuk makan ketupat pagi raya nanti! Heheh..

Tapi sebenarnya belum decide lagi menu pagi raya..
Nak makan Ketupat dengan Rendang Minangkabau ke?
Laksa Johor ke?

Soto ke?
Nasi Beriani ke? 
Spaghetti ke?
Entahlah...
Apa yang pasti Laksa Johor dengan Rendang Minangkabau memang takda dalam list laa sebab baru makan minggu lepas..
Hatta kita tunggu jelah sehari sebelum raya yer O_O

Jadi sempena Syawal yang bakal tiba ini, Nia ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog Dscarnia dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali Nia, seadainya Nia ada terbuat apa-apa yang mengguris perasaan, Nia minta maaf ye..

Jadi Nia tinggalkan anda dengan serangkap pantun,
Selamat berpuasa dan selamat hari raya..



No comments:

Post a Comment

Comment :)