Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Sunday, 6 January 2013

Blog Dscarnia


Assalamualikum dan salam ceria-ceria,

Alhamdulillah tahun 2012 telahpun melabuhkan tirainya. Segala memori dan pengalaman sepanjang tahun 2012 kini hanya tinggal kenangan. Pastinya yang baik dijadikan teladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan agar kesilapan yang lalu tidak berulang lagi (ewah). 

Kepada anda yang sudi singgah blog ini, Nia ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah dan Nia juga ingin mengucapkan Selamat Datang ke Blog Dscarnia J.
Ya, salah satu azam tahun 2013 Nia ialah untuk menulis, menaip, berkarya dan berkongsi  melalui blog secara lebih positif dan cuba memotivasikan diri sendiri menerusi  penulisan dalam apa jua perkara. No more emotional Nia! Heeeee..

InsyaAllah dalam blog ni Nia akan berkongsi tips, resepi,  motivasi, dan juga kehidupan peribadi Nia. Kita semua ada jalan cerita hidup kita sendiri kan? Pengalaman kita dengan orang lain memang tak sama. Tapi sekurang-kurangnya apabila kita berkongsi, sedikit sebanyak kita boleh meredakan seteghresss (stress) kita sekali gus, mana la tau boleh membantu atau  memberi inspirasi kepada orang-orang yang mungkin melalui peristiwa yang hampir sama dengan kita kan? Kan? Kan? (ewah lagi..)

Walau apapun,  doakan yang terbaik la ye dan semoga Nia makin rajinlah hapdet (update) entri-entri baru kat blog berwajah baru ni. *semangat berkobar-kobar* . 

Ok, jumpa lagi kat entri akan datang. 

Bye!

Salam ;)


p/s:  Semoga readers, peepers, dan followers blog ini bertambah. Amin J

No comments:

Post a Comment

Comment :)