Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Saturday 20 April 2013

Header dan Blog


Assalamualaikum dan salam ceria ~

Hari ni Nia rasa macam rajin pulak nak buat header. 
Idea datang spontan.
Bukak je photoshop.

Edit, Crop, Itu, Ini maka terhasil la header yang anda lihat sekarang ni.
Kalau tak silap da 3 kali kot header Blog Dscarnia ni bertukar.

Ini header yang pertama
Header kedua dan paling lama bertahan (setakat ni)

Dan ini yang terbaru (ketika ini, saat ini)


Tapi tak tahu laa yang ketiga ni akan bertahan sampai bila.
Heheh sekali pandang macam budak-budak punya blog je kan?
Siap ada cupcake segala bagai.
Bentuk LOVE tu memang tak pernah takda!
Ntah la yer. Suka sangat dengan bentuk love.
Nak kata Nia ni macam comel-comel ala Kiyomi takde la sangat.
Kalau brutal boleh tahan laa.. hiks


Ya, Nia tahu susah sangat nak hafal nama blog Nia ni.
DSCARNIA

Sampaikan ada yang eja dcarina, dscarina, dcania.
Sabar je laa.. hehee
Kalau agak-agak nak masuk lagi blog Nia ni.
Cuba hafal ejaan dalam 3, 4 jam (ewah)
Tak pun bookmark je..
Senang nak brows next time :)

Papepun dengan harapan jumlah readers bertambah dari bulan ke bulan.
Nia cukup berterima kasih kepada anda 
yang menyumbang kepada peningkatan jumlah pageviews setiap hari. 
Walaupun tak konsisten (eh cerewet pulak Nia ni) tapi Nia berterima kasih sangat 
sebab walaupun blog ni baru 4 bulan, 
tapi pageviews blog ni da capai targetnya yang tersendiri dan mengalahkan blog Nia yang lain-lain sebelum ni. 

Terima kasih semua =)

No comments:

Post a Comment

Comment :)