Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Tuesday, 6 May 2014

Hai May!


Assalamualaikum dan salam ceria :)

Hehee saje je letak gambar keroo di awal entri. Budak juling ni selalu buat Nia tersenyum walau dalam apa jua keadaan sekalipun. ^_^

Hujung April yang lalu Nia gigih tau ambil cuti sebab nak buat preparation untuk raya. Haaa.. Untuk raya okeh. Beli kain ela untuk buat baju raya, langsir, dan semua benda-benda kecik yang remeh-temeh. Jadi outing laa dengan Ibu. Makan lepak-lepak kat mekdi. Hehee rasa macam muda remaja je lepak-lepak dengan Ibu bual pasal benda-benda yang macam
"eh macam laa tak sempat nak bual dekat rumah kan?".

Saje je mengada sekali sekala. Balik daripada shopping beli laa Lemonade with Jelly Each A Cup - Big Cup minum sorang-sorang(ok tipu Ibu pun ada share sikit) Hentam sampai abis, elok-elok sihat wal'afiat, esoknya demam.

Haaaaaa..mekkaw. Dah seminggu lebih dah ni. Jumpa / telefon colleague pun dorang duk tanya
"Eh? Tak elok lagi? Dah pergi Klinik ke belum?".
 Sayang jugak dorang dengan Nia yer. hehee

Tapi sekarang dah ok sikit. Batuk-batuk dah kurang, seleseme pun ada sikit-sikit je. Yang paling best, pagi tadi bangun telinga pekak sebelah. Eh, takde laa pekak sampai tak dengar apa-apa. Cuma dengar sayup-sayup kadang-kadang rasa macam dalam gua. hehee.. Panas dalam kot. Ala sekejap je tu, nanti esok bangun pagi.
Tadaaaaaa!! Da clear!!! (hopefully)

Apa yang Nia harap dalam bulan May ini, harap-harapnya dapat clearkan meja. Sekarang ni meja Nia macam "Erghhh!!" Susah nak explain. Kalau tengok pun "Erghhh!!" Serabutnya. Banyak sangat kertas. Tak sempat nak susun mana yang tak pakai buang, mana yang nak kena masuk dalam file. Hehee kadang-kadang rasa macam kelakar tau bila masuk waktu puncak je, macam apa dah cari kertas atau note yang entah mana-mana diletaknya. Kelam kabut dibuatnya. Elok-elok kerja boleh siap dalam 5minit jadik sampai 10-15minit. Tapi tak selalu jugak laa, sebab kadang-kadang ajaibnya macam tau-tau je celah mana note atau kertas-kertas penting tu ada (ni kalau Nia yang cari kalau orang lain setahun pun maybe tak jumpa lagi.. hehee).

Nia ada terbaca kat blog ASHQIARA tentang orang yang suka bekerja dalam keadaan Meja Berselerak. Kalau korang pun macam Nia, heh wajib baca ni..


MEJA BERSELERAK:
Inividu ini adalah seorang yang kreatif tetapi sukar mengikut peraturan. Selain itu, x pandai membahagikan tugas yang diberikan mengikut skala pioriti tugasan tersebut. Pun begitu, apa yang positif tentang mereka adalah ketika mood dlm keadaan baik, mereka berupaya menyelesaikan segala kerja/tugas sehingga selesai dengan hasil yang memuaskan dan berkualiti biarpun meja mereka berselerak. Ini kerana individu seperti ini biasanya tidak selesa dan sukar melakukan kerja dalam keadaan meja tersusun rapi.

-kalau nak baca entri penuh, klik laa kat nama ASHQIARA-
Macam betul laa pulak kan. Jadi tu laa harapan Nia untuk bulan May ni dan kalau boleh biarlah cepat sembuh, sebab tak sabar nak minum Lemonade lagi. Hehee.. Ok Bye!



2 comments:

  1. Hai..http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/happy-hour-giveaway_5.html

    ReplyDelete
  2. semangat nak raya..dah siap prepare tu..hehe
    saya baru beli kain nak buat baju je.

    ReplyDelete

Comment :)