Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Saturday, 10 May 2014

Sayang Ibu


Assamualaikum dan salam mesra :)

Dalam seminggu ni kan Nia tengok masing-masing buat entri khas 
dan update kat media sosial tentang 
Ibu, Mak, Mami, Ummi, Ibu, Mama, Mum 
masing-masing sempena sambutan Hari Ibu pada hari esok.

Biasanya Hari Ibu disambut setiap tahun pada hari Ahad minggu ke-2 dalam bulan Mei 
(Hari Bapa pula disambut pada hari Ahad minggu ke-3 dalam bulan Jun)

Tapi bagi Nia, hari-hari pun Hari Ibu dan Hari Bapa kan?
Mereka mesti dihormati dan dikasihi setiap detik, saat, minit, jam, 
senang cerita selagi nyawa dikandung badan.

Jadi entri ni Nia nak dedikasikan khas untuk Ibu Nia..

Ini Ibu Nia, Puan Maimunah. Umur 63 tahun. Gambar ni ialah gambar yang baru diambil pada hari sambutan hari jadinya pada bulan April yang lalu.. 

Ibu ni seorang yang bersemangat tinggi, penyayang dan tabah. Bayangkan dalam pada Ibu ada sakit lutut tapi dek kerana sifat penyayang dia dengan kucing dia masih sanggup tau bela / jaga sama-sama kucing 4 ekor dan seekor kucing kurang upaya yang Nia selamatkan dekat Office. Nia memang dibesarkan dalam memori yang dipenuhi dengan kucing-kucing, dari kecil sampailah dah besar ni.

Rutin harian Ibu pula, setiap pagi, mesti ada sarapan yang Ibu sediakan untuk Nia dah Abah makan sebelum pergi kerja. Lepas tu bila dah nak gerak, Nia mesti cium tangan Ibu, pipi kanan kiri kanan. Kemudian Ibu mesti cium tangan Abah, pipi kanan kiri kanan (Sweet sangat tau tengok pasangan veteren buat macam tu.. hehee..). 

Apa yang mengikat kasih sayang dalam keluarga Nia, rasanya air tangan Ibu. Ohmai kalau Ibu masak Laksa Johor sedapnyaaaa. Abah yang makan berpantang pun, terus jadi pantang jumpa Laksa Johor. Makan bertambah-tambah. Lagi satu masakan yang paling terer Ibu Nia masak ialah sambal hijau. Alaa sambal cilipadi yang ada letak ikan bilis tu. Perghh.. Kalau makan dengan jemput-jemput, superb! Sebab pedas, manis, masin secukup rasa. Yang paling penting lada memang masak tapi tak hangit. Makan sedap, tapi takda la asyik ulang alik pegi tandas je. Sebab tu Ibu menduduki tangga pertama orang yang masak paling sedap dalam dunia Nia. (Nia pun masak sedap sebab Ibu laa.. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak kat nasi kan? hehee)

Ibu Nia juga seorang yang tabah. Sebab dalam keadaan Nia dilanda krisis (taknak bagitau krisis apa), Ibu laa yang menguatkan diri untuk Nia jadi kuat juga. Ohmai those days, yang kita rasa macam why me? why me?  Ibu laa yang banyak bagi moral support. Sentiasa berada disisi menjadi pendengar setia, memeluk dengan kehangatan ketenangan. Hmm.. Luar biasa. Love you, Ibu..

Macam baru-baru ni kan Nia kena demam. Ibu laa yang jadi doktor kat rumah. Suruh berehat, ambil cuti, ingatkan makan ubat, masakkan bubur. In fact sejak dari kecil lagi! Masa Nia kena cikenpox (ohmai sakit paling seksa betul!) , Ceri Beri (selalu juga kena dulu) dan terseliuh kaki. Oh Ibu laa yang selalu ada. Abah pun ada juga. Tapi entah ye, sebab dah biasa dari kecil kalau demam mesti nak dengan Ibu. Kalau Abah atau orang lain jaga macam tak sama. Lambat nak kebah kekdahnye. Heh semua orang pun macam tu kan..

Sebab tu kan, masa habis sekolah dulu Nia teragak-agak nak sambung study tau. Tak nak berjauhan dengan Ibu. Anak tunggal maklumlah kan, kalau ada adik-adik lain juga. Well, Ibu dah didik Nia dengan sempurna. Dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi (sebab anak tunggal khen). 

Kadang-kadang kan, Nia rasa macam kalau Nia ada adik, mesti Nia jadi batu api bila tengok adik-adik macam kecikkan hati Ibu. Why? Heh maaf cakap laa, kalau orang macam memperlekehkan mak kita, macam kebolehan mak kita ke, (contoh masak inti karipap termasin.. contoh ye contoh) I would be like, "heh kau perfect sangat ke?". Yet Ibu selalu tau macam tenang. Tak ambil port. Nia pula yang over-over. heheh nak kata gene Abah, tak juga. Maybe sebab Nia tak suka jadi naif sangat. Kalau orang cari pasal mesti confront. Bukan cakap belakang-belakang. Hasut orang sana, hasut orang sini. Boleh blah, baik tak payah kenal dari awal! (kau dah kenapa Nia tetiba emo? hahaa)

Panjang pula entri ni -_-"
Ok make it simple.

Bingkisan sempena hari Ibu. I love you Ibu. Terima kasih untuk segalanya. Semoga Ibu panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Selamat Hari Ibu juga buat semua insan yang bergelar Ibu.
"Ibu di hati, Syurga menanti" InsyaAllah..



3 comments:

  1. Selamat hari ibu :)

    Eh mak, tumpang lalu he...23x

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu kat mak nia dan sume ibu kat dunia la :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari hari hari ibu ..hehehe

    ReplyDelete

Comment :)