Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Saturday, 1 June 2013

Anakonda di Lazada!

Assalamualaikum dan salam ceria ~

Siapa kata kat Brasil je ada Ankonda? Kat Lazada pun ada! Hehee
Sebenarnya hari Khamis lepas (30/05/2013), Nia saje je jalan² kat laman web Lazada Malaysia. Sebenarnya Nia memang tengah usha tablet. Minggu sebelum dan sebelumnya pun ada usha juga, tapi harga tak berapa kena dengan target sebab kalau boleh nak beli tablet yg spesifikasi ummph dengan harga yang berbaloi-baloi.

Mungkin nasib menyebelahi Nia, sebab Nia macam ragu² nak beli tablet minggu lepas sebab yang tablet yang Nia berkenan tu harga dia masa tu RM399. Sekali bila tengok Khamis lepas da turun kepada RM169.

Woo..Ini mimpi ke fantasi ke realiti?

3-4 kali Nia refresh page sebab memang susah nak percaya! Fikir 5-6 kali juga sebelum nak tekan button checkout tu. Akhirnya lebih kurang dalam pukul 4.30pm (hari khamis) Nia telah selamat checkout dengan kaedah pembayaran COD (Cash On Delivery).

Bila dapat email malam tu dari Lazada Malaysia mengatakan tablet yang Nia pesan tu da dalam proses penghantaran ke Johor Bahru (rumah Nia) oleh Ta-Q-Bin, hoii tidur dalam keadaan mata terpejam dan senyum melebar-lebar! Dipendekkan cerita jam 12.41pm keesokkan harinya, tablet Nia pun selamat sampai kat rumah :)

Nama tablet yang Nia beli ialah The Anaconda Xenith Series T-SC2 dan spesikasinya adalah seperti berikut :

- 7" (800×480 G+P LED display, 5 point touch screen)
-OS Android 4.1.1 (Jellybean)
- Rockship Cortex A9 1.2GHz processor
- 512MB DDR3
- Dual Camera (2MP belakang, 0.3MP depan)
- Wi-Fi and 3G dongle applicable
- Li-ion battery 2500mAh
- 4GB internal memory
- microSD up to 32GB
- support hampir ke semua aplikasi di Google Play
- warranty 1 tahun

Setakat 3 hari guna tablet ni, Nia memang tersangatlah puas hati dan Nia syorkan kepada sesiapa yang berminat nak beli tablet pada harga yang sangat² berpatutan atau apa² jua barang keperluan yang lain cepat² pergi ke laman web www.lazada.com.my . Kepuasan Dijamin!

7 comments:

  1. nia... kalo mase COD tu, barang yg kita nak tu tak sama.... camne ek? lagi satu, macam mana nak tahu tempat kita tu, lazada boleh COD.... saya duk trg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Iza, semasa masukkan poskod alamat delivery nanti baru tahu sama ada COD atau tak. Kalau barang tu tak sama, nanti kena call balik Lazada dan bagitahu kalau tak silap boleh dikembalikan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh masuk simkad broadband utk on9 x?

      Delete
    2. Tablet ni tak boleh masukkan simkad, tapi dia boleh guna broadband selain wifi.

      Delete
  3. masa u mula2 beli u charge dulu kan tab ni..and then lepas tu buka kan? but mine tak boleh bukak..macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, yup boleh buka. tapi skrg kadang2 ada masalah dgn skrin. kalau awak punya tak boleh hidup, boleh call lazada, bagitau masalah (nanti dia minta order number), lepas tu kena pos balik tab tu dan minta ganti @ refund bergantung kpd t&c.

      Delete

Comment :)