Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Wednesday 15 May 2013

May - Entry Tengah Bulan




Assalamualaikum dan salam ceria ~


Muehehe.. Terlanjur ada masa seminit dua ni Nia nak luangkan masa untuk update blog Nia ni.

Sebenarnya da beberapa hari Nia tak masuk blog, jadi semalam sekadar nak skodeng kot ada komen terbaru, barulah Nia perasan yang pageviews blog Nia da melebihi 15k dalam tempoh 5bulan yang pertama. Memecahkan rekod peribadi blog Puanpanda aka Simple Nia yang telah mencecah 15k dalam masa 2tahun -.-!. Jadi kira blog Dscarnia ni ok sikit la kot. Hehee.. Alhamdulillah. Terima kasih buat semua pengunjung blog Dscarnia, tak lupa incik Google dan incik Busuk yang sangat-sangat membantu :)

Nanti kalau ada kesempatan, Nia nak update pasal FAQ tentang Ninetology Black Pearl 2 sebab Nia selalu jumpa soalan yang sama daripada orang yang berbeza, kadang-kadang macam serba salah nak bagi jawapan sebab takut terbagi jawapan yang tak sama. Ye laa kan, bila kita balas komen ni, kita balas mengikut ayat apa yang terlintas kat kepala kita kan? Pulak balas komen time takde idea, kat otak fikir lain, jari pulak menaip lain. Parah.

Sebenarnya banyak sangat benda yang kalau boleh Nia nak cerita dalam blog ni. Namun disebabkan tak cukup jari dan masa, maka Nia akan K.I.V laa dulu ok?

Untuk yang bertanya kepada Nia kenapa haritu nampak Nia update kat FB check in - Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, anggap je tu macam TEASER untuk entry Nia yang akan akan datang ok? Hehee

Apapun tahniah BN di atas kemenangan di PRU13 yang lalu. Nia harap selepas ni keadaan akan menjadi lebih baik. Buat parti-parti lain yang menang kerusi juga, Nia ucapkan tahniah. Walaupun banyak sangat pertikaian yang berlaku, dengan adanya media baru. Nia harap pengendali media-media sosial lebih bertanggungjawab dalam berkongsi apa jua maklumat yang belum pasti kesahihannya dan sebagai pembaca dan pelayar internet Nia harap kita pun tak mudah termakan kata-kata yang boleh menyebabkan berlakunya huru hara dalam rumah kita sendiri.

Akhir kata, kalau nak tanya apa-apa berkenaan handphone Ninetology Black Pearl 2, boleh terus hantar mesej kat Page Blog Dscarnia sebab sekarang tak berapa nak sempat masuk blog. Hihii ok. Take care semua. Be safe :) byeeeeee~


No comments:

Post a Comment

Comment :)