Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Friday 24 May 2013

Ninetology Black Pearl 2 - Data Connection


Assalamualaikum dan salam ceria~

Salam berhujung minggu! Sekali lagi update fasal Ninetology Black Pearl 2 i9400. Masa mula-mula Nia bingung eh kenapa Nia boleh on data pakai number DiGi je? Kenapa Maxis tak boleh? Bila pilih Maxis mesti dia keluar ayat ni.
"3G service is not available with this selected SIM. This may load data slower. You can change the 3G service settings > Wireless & Network > Mobile Networks. Are you sure to select this SIM?" – eh hampes betul dia tanya kita pulak?
Maka hidup-hidup Nia ingat Sim kad Maxis Nia ni masih 2G. Maka terima kasih Encik Google sebab akhirnya sim kad Maxis Nia da tukar kepada 3G! Cuba lagi.
"3G service is not available with this selected SIM. This may load data slower. You can change the 3G service settings > Wireless & Network > Mobile Networks. Are you sure to select this SIM?" – eh cari fasal ke apa?
Hatta Nia memberanikan diri untuk godeh-godeh. Akhirnya, Nia jumpa jalan penyelesaiannya. Hanya 15 langkah mudah, makan masa dalam 10-15minit (5 minit kalau da expert) untuk ubah setting da boleh online!

Cara tukar Data Connection DiGi ke MAXIS.


Langkah 1 : Pergi ke Settings > WIRELESS & NETWORKS pilih More..
Langkah 2 : Pilih Mobile Networks
Langkah 3 : 3G service


Langkah 4 : pilih Enable 3G 
Langkah 5 : pilih MY MAXIS
Langkah 6 : Baca pop up tu sampai habis, da konfiden tekan Continue



Langkah 7 : tunggu dia Switching dalam masa 10 saat.
Langkah 6 (typo sebenarnya) : Pastikan Network Mode GSM/WCDMA (auto mode). Nia pun tak tau apa fungsi sebenarnya tapi saje inform takut ada yang gatal pi ubah pulak.. hehe



Langkah 9 : Tekan back button (atau ulang Langkah 1 & 2) > pilih Access Point Names 
Langkah 10 : pilih MY MAXIS
Langkah 11 : pilih Maxis 3G Internet



Langkah 12 : Tekan back button (atau ulang Langkah 1 & 2) > Network operators
Langkah 13 : pilih MY MAXIS
Langkah 14 : tunggu dia Searching



Langkah 15 : pilih MY MAXIS 3G


Lepas tu tunggu laa dia Register on network! Siap! Da boleh online pakai number MAXIS pulak (nak jimat, sebelum tu langgan laa dulu pelan data)


Cara tukar MAXIS ke DiGi

Ikut Langkah satu 1 sampai 15 tetapi untuk Langkah 11, Langkah 14 dan Langkah 15 paparan skrin dia ikut macam bawah ni.


Untuk syarikat telco yang lain Nia tak pasti macam mana caranya, tapi boleh cuba laa langkah-langkah yang Nia kongsikan ni. Kalau ada apa-apa masalah boleh kongsikan kat ruang komen ya. Kalau Nia boleh bantu, Nia bantu :)

P/s : Untuk masalah call tak masuk ketika sedang on data - dekat paparan skrin Langkah 2 tu pastikan GPRS transfer prefer mode tu di Tick (Call prefer) kalau tidak nanti call tak masuk.

 Hee.. Ok bye!

11 comments:

  1. saya punye tengah usaha cari smarphone lg ni..huhu

    ReplyDelete
  2. smartphone ni panjang nye berapa

    ReplyDelete
  3. Saya pakai maxis jenis topup. Bila saya beli internet contoh sehari . Bila saya on data connection tak boleh pon. Dulu boleh skrg tk boleh dah . Kenapa erk ? Awak tahu tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak dah cuba seperti yg di atas? Saya tak pasti la kenapa..mungkin kena check dgn maxis..

      Delete
    2. Saya dah try . Hurmn mungkin jugak :/

      Delete
  4. kalau macam samsung tak ada enable 3g, so nak tanya ada software tak yang boleh downlaod dan install kat phone sebab area aku tak ada 3g so nak langgan internet agak susah...

    ReplyDelete
  5. kalau macam samsung tak ada enable 3g, so nak tanya ada software tak yang boleh downlaod dan install kat phone sebab area aku tak ada 3g so nak langgan internet agak susah...

    ReplyDelete

Comment :)