Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Wednesday 26 June 2013

Program TNA for Pandan City Furries



Assalamualaikum dan salam ceria


Pada 30 Jun ini, akan diadakan "Program TNA (Trap, Neuter & Adopt) for Pandan City Furries" untuk menyelamatkan kucing-kucing terbiar di sekitar Pandan City anjuran bersama Pandan City Furries dan Wira Fans Club. In Shaa Allah kalau takda aral melintang Nia akan join dan Nia nak ajak la readers yang tinggal sekitar Johor atau Singapore atau mungkin berminat nak menjadi sukarelawan untuk menyertai program ini.

Kalau anda berminat nak join, jangan lupa PM nama dan details kat page facebook WIRA FANS CLUB atau di page facebook PANDAN CITY FURRIES (maaf ye tak dapat sertakan link sebab taip ni pakai henpon je.. heee)

Jadi untuk maklumat lanjut, Nia copy paste je details kat bawah ni dari page WIRA FANS CLUB

…………………………………………………………………………............................……………


Sokongan anda amat diperlukan bagi memastikan shelter ini akan berterusan. kucing-kucing ini akan di mandulkan, di buka untuk adoption dan apabila berkurangan, program TNA akan bergerak ke pasar awam lain.

Bukan setakat menyelamatkan mereka, kerjasama dengan pihak pengurusan agar gejala pembuangan kucing dapat dikurangkan. Pelbagai kaedah akan digunakan bagi memastikan kuantiti kucing di Pandan City khususnya dapat dikurangkan sehingga angka 0. Mendidik masyarakat yang kami utamakan.

Dengan kerjasama Iskandar Pets, Astro Awani, Pengurusan Pandan City & juga seluruh rakyat Malaysia & Singapura, kami sangat-sangat berharap program ini berjaya.

kos bulanan untuk pusat pelindungan mereka sehingga di adopt (anggaran 80 ekor)

1) sewa - RM500
2) Pekerja - RM800
3) Elektrik/air - RM300
4) makanan - RM1200
5) pasir - RM500
6) Ubatan & lain2 - RM 100

JUMLAH - RM3400

Maybank Banking Berhad : 5513-3353-1549 (PER PENGKASIHAN HAIWAN)


No comments:

Post a Comment

Comment :)