Artikel Terkini Dscarnia

Followers

Sunday, 16 June 2013

Hari Bapa Lebih Bermakna



Assalamualaikum..

Selamat hari bapa kepada bapa-bapa seluruh dunia..
Terutamanya buat abah Nia, Encik Mohd Salleh :)

Alhamdulillah hari bapa tahun ni lebih bermakna..
Walaupun setiap tahun hari bapa di sambut, seluruh dunia.
Tetapi tahun ini lah, tahun 2013 adalah tahun yang paling bermakna dari segi pengertiannya bagi Nia..

Sejujurnya Nia memang sangat rapat dengan ibu, berbanding abah..
Mungkin kerana ketika Nia sedang membesar, mula bersekolah, Nia jaang sangat spent time dengan abah..

Apa yang Nia tahu ketika itu, abah ialah seorang yang sangat komited dengan kerjayanya..
Seorang yang berkerja keras, dipercayai dan disegani di tempat kerja..

Walaubagaimanapun, setelah meningkat remaja, setelah abah sakit, setelah Nia bekerja berdekatan dengan tempat kerja abah (pergi dan balik kerja abah hantar).
Nia dapat rasakan masa Nia dengan abah yang hilang ketika Nia bersekolah dulu, telah dikembalikan.

Nia mula sedar secara ketika abah jatuh sakit pada tahun 2012 (darah tinggi dan darah beku dalam otak),
"bersyukur kerana masih mempunyai seorang ayah" dan dari situ Nia mula step by step untuk memahami abah..

Ya, terlalu banyak masa yang dibazirkan..
Dahulu, tiada apa yang Nia mengerti tentang abah sebenarnya..
Namun kini..
Nia sedar..

Sometimes..
I do have my father's brain..
I do have my father's skills..
I do have my father's spirits..
I do have my father's hearts..
Ye laa kan, kuah nak tumpah kan mana kan? Heheh..

All this time I knew that abah is someone who is strong inside and outside..
Kuat sehingga tidak pernah melihat abah menangis kecuali ketika kehilangan atok dan ahli keluarga yang lain..
But recently I saw him burst into tears, thinking about me and watching me dealing with my life..
As if I could see in his eyes, telling me..
"I can be with you, support you, but I'm sorry I can't do anything"
As if he can feel my pain, but he can't heal it.. :(

Walauapapun, terima kasih abah kerana ada ketika Nia memerlukan abah..
I will always be your "budak" (nama manja abah panggil bila berbual dengan ibu.. hehee) sampai bila-bila..

I love you, Abah.. :)
Nia cuma berharap agar selepas ini, Nia akan terus dan lebih memahami abah :)

Kadang-kadang kita sebagai seorang anak ada ego dan suara hati tersendiri yang kadang-kadang menjarak hubungan di antara seorang anak dengan orang tuanya..
Sedarlah, masa kita tak lama..
Hargai setiap detik..
Keegoan tidak menguntungkan, kemaafan tidak merugikan, malah mendapat pahala..

I love you Abah, Selamat Hari Bapa :)



2 comments:

  1. selamat hari bapa jugak.
    ni x sabar nak jadi ayah ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tahu kan tahun depan, giliran Cikgu pulak jadi Bapa? hihii

      Delete

Comment :)